Kisah Mia, Sofea Demam Dan Ubat Homeopati

Tuesday, December 10, 2013

Kisah Mia, Sofea Demam Dan Ubat Homeopati

Hari ini yang sangat sibuk bagi Mia. Sofea mula demam lepas pukul 10.00 malam sehinggalah pukul 4.30 pagi baru reda panasnya. Ikutkan Mia nak ambil cuti hari ini, nak jaga Sofea.. tetapi ada kursus pula. Terpaksalah hantar Sofea ke taska juga.

Nampak macam seronok sahaja semasa Mia kursus tetapi di dalam hati ini begitu gundah gulana memikirkan Sofea sepanjang masa. Masa tengahari selama 1 jam, Mia korbankan masa makan untuk pergi tengok Sofea di taska. Badan Sofea masih lagi panas. Tetapi tidaklah sepanas tengah malam tadi. Alas perut dengan roti dan air hundred plus.

Balik ke tempat kursus untuk sesi petang pula, terus terfikir nak kena bawa Sofea ke Klinik Homeopati yang terdekat. Sambil berkursus sambil google di internet. Alhamdulillah, terjumpa juga dengan Klinik Homeopati di Taman Dahlia. Punyalah suka.

Selepas habis kursus, cepat-cepat ambil Sofea dari taska dan bawa ke klinik tersebut. Doktornya sangat peramah dan terus beri ubat berbentuk biji gula-gula dan Sofea terus makan. Selang dalam kurang 10 minit, panas Sofea terus reda dengan cepatnya. Syukur sangat.

ubat demam homeopati (bertanda A dan 1)

ubat krim luka dan gatal homeopati (buat emergency)

Ubat demam yang bertanda A untuk dimakan setiap setengah jam manakala yang bertanda 1 untuk 4 kali sehari. 4 biji untuk setiap kali makan. 

Kos keseluruhan rawatan sebanyak RM35. Tidaklah mahal sangat jika dibandingkan dengan keberkesanannya.  Terasa lapang dada ini.

Baru malam ini Sofea nampak ceria dan dah boleh makan. Walaupun Mia agak keletihan hari ini namun bila demam Sofea beransur pulih, hilang terus rasa letih dan penat. Syukur sangat...

Malam ini Mia masih pantau lagi perkembangan Sofea dan jaga pemakanan ubatnya mengikut jadual. Doakan agar Sofea cepat sembuh... amin...

baru sempat nak update blog ketika Sofea sedang nyenyak tidur dipelukan ayahnya...

41 comments:

  1. znk sy pun baru sy try bwk gi homeopati

    ReplyDelete
  2. ubat homeopati memang mujarab.. dh pernah makan. in shaa allah baik

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, demam sofea dh semakin membaik..:)

    ReplyDelete
  4. boleh tahan harga ubatnya...hope Sofea segera sembuh.......

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.....apapun..mudah-mudahan Sofea fully recover...skarang ni macam-macam...Ubat homeopati lebih kurang jer harga dengan klinik biasa kat kawasan rumah saya ni...

    All the best Mia...

    x0x0 ^___^

    ReplyDelete
  6. InsyaAllah aminnn ;)

    New entry: http://www.kedaivitamin-ku.blogspot.com/2013/12/jom-tambah-berat-badan-dengan-set.html

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.. semoga terus cepat pulih.. aamiin..

    ReplyDelete
  8. sue dolu penah bawak anak G hemopaty ni...tp anak time tu tak reti nak hisap ubat manis ni, sebab dier tak pandai waktu menghisap..

    ReplyDelete
  9. bgsnya hemopaty ni...apa pun get well soon sofea..

    ReplyDelete
  10. hemopaty kaedah yg terbaik selain natural remedy.. mga sofea cpat smbuh...

    ReplyDelete
  11. MIL pun kalau sakit lebih prefer Homeopathi..

    ReplyDelete
  12. memang kalau anak dah sakit,kita jadi tak keruan,kak..risau jer rasa kan..

    ReplyDelete
  13. anak tak sihat semua mak mesti tak senang duduk, kan kak..

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.