Tukar Cermin Mata Baru

Sunday, December 1, 2013

Tukar Cermin Mata Baru


Sejak semenjak sebulan dua ini, Mia asyik sakit kepala dan mata kadang berair bila memandu di waktu malam. Bila tengok cahaya lampu, terasa silaunya mata ini. Bila dah banyak kali alami perkara ini, Mia rasa dah makin naik power mata ini.

Malam tadi Mia pergi kedai cermin mata Jack. Mia memang pelanggan tetap kedai ini dari mula anak dara sampailah sekarang. Jack memang amat memahami Mia. Katanya mata Mia terlalu letih. Power tak naik sebenarnya. Rabun silau ada naik sedikit tetapi akan kembali normal bila mata dah tak letih lagi. Kat gambar di atas, cermin mata baru di sebelah depan, yang lama di belakang.

Kali ini dia cadangkan guna cermin mata fleksibel Polo Marine dan cermin Blue Whale, Super Blue Coat Lens yang boleh membantu menjaga mata dari biasan cahaya LED di sekitar kita seperti handphone, komputer, laptop, televisyen dan lain-lain lagi. Pendek kata, mata akan lebih selesa. Untuk lebih lanjut cuba tengok gambar di bawah ini. Sila klik pada gambar untuk besarkan.



Dalam seminggu akan siap. Harganya pun murah dan dalam bajet Mia. (^_^)

sebelum ini kisah tukar cermin mata ada di SINI dan kedai cermin mata Jack di SINI.



26 comments:

  1. Spek mata sya pun nk kna tkar dah ni..huhu..rabun jauh tu smakin kuat la plak ni..

    ReplyDelete
  2. sheila punya power dah naik juga. walaupun bila tengok tv pakai cermin mata, still rasa tak jelas lagi. belum tukar lagi. heee.

    p/s: sheila tag kak mia dalam giveaway by kak Lyssa Faizureen.

    http://gadismerahjingga.blogspot.com/2013/12/saya-nak-rm-100-daripada-lyssa-faizureen.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak jelas... memang kena tukarlah.... huhuhu

      p/s: terima kasih ya sheila...

      Delete
  3. Aisyah pun sama~~ kepala ni rasa cm2 skit je.. mcm nk tmbh lgi power tinggi.. dhlah power dh tinggi dh~~ huhu... mata-mata pulak kabur2 je.. (sikit je.. xpi xleh biarkan smpai melarat) ~~

    ReplyDelete
  4. Jom join segmen ni.. http://www.erazfadli.com/2013/12/saya-nak-rm-100-daripada-lyssa-faizureen.html

    ReplyDelete
  5. fae pun nak buat spec baru tapi takde bajet huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. simpan duit dulu ya fae.... tengah belajar memang macam tu...

      Delete
  6. hope lepas nie akak mia selesa pakai spek baru tu..btw sye lagi suka design yg lama..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks dear... pattern depan tu design yang baru punya... selera nak tukar yang macam tu pula... hehehe

      Delete
  7. baru tahun nie tukar cermin mata itupun sebab patah..huhu

    ReplyDelete
  8. saya baru je tambah power spec ni bulan lepas. cuma kedai ni check camni, kedai yang lain check camni.. ermm, sabar jelah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak mia pula memang kedai ni dari dulu... hihihi

      Delete
  9. Replies
    1. uikk... nanti makin bertambah rabun jadinya... cepat2 pakai spec ya..

      Delete
  10. Eraz dah setahun lebih tak tukar kot.. Sib baik ok lagi..

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.