March 2013

Sunday, March 31, 2013

Review #5 - Semakan Syarat Kelayakan Program IPTA : i-MAS-C-U



Tahniah diucapkan kepada Cik Laili kerana terpilih memenangi Segmen Follow & Blogwalking #2. Marilah sama-sama kita terjah entri terbaik Cik Laili...


Semakan Syarat Kelayakan Program IPTA : i-MAS-C-U

Pengumuman keputusan SPM 2012 telahpun diketahui pada 21 Mac 2013. Tahniah diucapkan kepada pelajar yang telah berjaya mendapat keputusan cemerlang di dalam SPM. Sudah tentu ibu bapa/penjaga, guru-guru serta sahabat handai bangga dengan kejayaan anda.

Di sini saya ingin kongsikan satu sistem yang membolehlah lepasan SPM dan STPM menyemak kelayakan yang ditawarkan di IPTA dan boleh digunakan sebagai panduan untuk memilih jurusan yang layak anda mohon semasa mengisi borang UPU online.





Selanjutnya, klik SINI untuk terjah.

Wahh... bagusnya bila ada sistem khas untuk menyemak kelayakan bagi semua program yang ditawarkan di semua IPTA seluruh Malaysia. Masa dahulu, tiada pula sistem seperti ini. Kena semak secara manual dan baca buku program yang ditawarkan. Mengambil masa yang agak lama. Sekarang, dengan sistem ini pelajar lepasan SPM, STPM dan Matrikulasi KPM boleh ketahui dengan pantas sama ada layak atau tidak untuk memohon jurusan yang ditawarkan oleh IPTA berkenaan. Semoga berjaya menempatkan diri di IPTA nanti.

segalanya mudah dengan sistem....
Read more / Baca Lagi >>>

Review #4 - Keindahan Alam Semulajadi... Syurga Dunia



Tahniah diucapkan kepada Bin Muhammad kerana terpilih memenangi Segmen Follow & Blogwalking #2. Marilah sama-sama kita terjah entri terbaik Bin Muhammad...

Keindahan Alam Semulajadi... Syurga Dunia

Terpesona pandangan dan mententeramkan jiwa. Keindahan yang sungguh mengasyikkan... membuat diri terpukau hingga tertawan hati dan perasaan.

Keindahan yang mengingatkan kita akan kebesaran dan kekuasaan Maha Pencipta yang menjadikan alam ini untuk kita diami dan nikmati.

relaks minda

Ketenangan hati penting untuk kita menetapkan pendirian, mengawal diri dan bertindak positif. Syaitan akan mudah menggoda dan menghasut jika hati tidak tenang. Hati yang tenang dan bersih akan dapat menyerlahkan keperibadian yang mulia.  Sentiasa ingat akan Allah... Berzikirlah...

pulau indah
  
Kehidupan kita di dunia ini sungguh singkat... Terlalu banyak masa hanya sibuk dengan kehidupan duniawi. Luangkan juga sedikit masa untuk beribadat. Janganlah sampai terlupa akan bekalan yang harus kita bawa untuk kita nikmati pula Keindahan di Syurga...

Selanjutnya, klik SINI untuk terjah.

Bila buka sahaja entri ini di blog Relaks Minda, Mia betul-betul terasa tenang, nyaman dan sejuk apabila melihat koleksi gambar-gambar keindahan semulajadi yang begitu mengasyikkan buat santapan minda dan rohani.  Syurga dunia. Begitu besarnya kebesaran Allah.... 

terpegun dengan ciptaanNya....
Read more / Baca Lagi >>>

Sofea Dengan Topeng Spiderman


Sofea Dengan Topeng Spiderman

Sofea memang suka ikut Mia kalau nak ke kedai runcit beli barang. Entah kenapa semalam perasan pula dia topeng-topeng mainan yang bergantungan di atas kaunter bayaran. Terus menjerit nak satu. Mia pun belilah yang jenis spiderman.

Balik rumah terus tidak sabar nak pakai topeng muka ini dan terus nak jadi Spiderman.... nak selamatkan dunia katanya...

Layanssss...





suka semua jenis permainan..
Read more / Baca Lagi >>>

Saturday, March 30, 2013

Berhentilah Mencari Kesalahan Orang Lain...




Berhentilah mencari kesalahan orang lain dan mempertikaikan kekurangan mereka...

Lihat ke dalam diri kita, berapa banyak aib kita yang Allah sembunyikan... 
dengan itu kita nampak mulia dan baik di mata umum...
Sedangkan hakikatnya hanya Allah yang Maha Mengetahui...

sumber : facebook

kata-kata hikmah yang menginsafkan...
Read more / Baca Lagi >>>

Kadangkala SEPI Itu INDAH




Kadangkala kita perlu menyepi,
untuk mencari kembali kekuatan diri yang telah hilang...

Adakah kita perlu menyepi,
untuk mencari ketenangan hati...

Adakalanya kita perlu menyepi
untuk kebaikan diri sendiri...
dan kadangkala sepi itu indah...

sumber :  facebook

renung-renungkan.... 
Read more / Baca Lagi >>>

Semakan Daftar Pemilih SPR Melalui Online Dan SMS


Semakan Daftar Pemilih SPR Melalui Online Dan SMS

Bahang nak pilihanraya umum yang ke 13 ini sudah semakin terasa sangat. Sana sini dah terpacak bendera parti masing-masing. Jangan lupa untuk laksanakan tanggungjawab kita dengan memilih untuk mengundi. Sebelum itu, jom semak maklumat daftar pemilih kita..

Melalui Online

Minggu lepas, Mia buka laman web Suruhanjaya Pilihanraya Raya Malaysia di http://www.spr.gov.my

Sempat Mia printscreen...

Ada dua pilihan sama ada untuk semakan individu atau keluarga.


Mia pilih Semakan Isi Rumah

Maklumat kami masih ada sama seperti dulu dan tidak berubah. Kami akan mengundi di Skudai.


Melalui SMS

Namun begitu, kemudahan SMS turut disediakan bagi memudahkan semakan dibuat secara mobile.

Semak Daftar Pemilih Melalui SMS

taipkan SPR<jarak>SEMAK<jarak>No. IC 
dan hantarkan ke 15888


Semuanya senang dan mudah sekarang ini. Tidak macam dulu. Kalau nak ikuti perkembangan pilihanraya terkini bolehlah kita layari di portal rasmi PRU-13 (SPR) di http://www.pru13.gov.my

pernah bertugas sebagai kerani pengundian (undi pos) dalam pilihanraya umum ke 11 tahun 2004 yang lepas.
Read more / Baca Lagi >>>

Friday, March 29, 2013

Kit Jom Bertindak Sempena PRU13



Kit Jom Bertindak Sempena PRU13

Mia baru sahaja mendaftar di http://www.1malaysia.com.my/my/action untuk mendapatkan edaran Kit Jom Bertindak secara percuma yang telah dilancarkan baru-baru ini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sempena menjelangnya Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) nanti.

Urusan pendaftaran yang mudah dan cepat dengan hanya memasukkan butiran maklumat yang dikehendaki. Sesiapa yang berminat bolehlah mendaftar segera di http://www.1malaysia.com.my/my/action. Teringin juga Mia nak simpan satu sebagai koleksi buat kenang-kenangan.

"Kit Tindakan ini mengandungi kelengkapan asas bagi membantu anda bersiap sedia untuk menghadapi Pilihanraya Umum yang bakal menjelang. Anda akan menerima satu buku panduan yang menyediakan tip-tip mudah bagi pengundi baru dan mereka yang inginkan rujukan semula, satu pin kolar, sebatang pen dan beberapa keping pelekat"

paparan skrin untuk pendaftaran

Tentu dah ramai yang mendaftar sekarang ini. Mia cuba nasib. Mana tahu kalau ada rezeki. Bertindak sekarang..

teruja sangat nak dapat satu.. rebut peluang.. tindakan yang bijak..

Entri berkaitan :
Kit Jom Bertindak Sempena PRU13 Telah Sampai
Buku Panduan Mengundi Jom Bertindak 5 Mei 2013
Read more / Baca Lagi >>>

Review #3 - Mak, Kenapa Cepat Ek Masa Berjalan?



Tahniah diucapkan kepada Cik Mun kerana terpilih memenangi Segmen Follow & Blogwalking #2. Marilah sama-sama kita terjah entri terbaik Cik Mun...


Mak, Kenapa Cepat Ek Masa Berjalan? 




Selanjutnya, klik SINI untuk terjah.

Mia suka dengan entri Cik Mun ini. Pandainya lukis dan buat dialog yang menarik tentang kemusykilan masa kepada emaknya semasa zaman persekolahan dahulu.

Rasanya masa kecil-kecil dulu, ramai yang alami perkara seperti Cik Mun ini. Masa memang bergerak seperti biasa cuma terkadang akibat terlalu leka dengan sesuatu perbuatan / pekerjaan yang kita suka, terasa begitu cepat masa itu berlalu.

mesej yang hendak disampaikan dapat difahami jelas dengan penerangan dan lukisan oleh Cik Mun...
Read more / Baca Lagi >>>

SOLAT SUNAT DHUHA


SOLAT SUNAT DHUHA


Solat dhuha adalah sembahyang sunat 2 rakaat atau lebih.  Maksimanya 12 rakaat.


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلَاثٍ بِصِيَامِ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَرْقُدَ

Drp Abu Hurairah, Sabda Nabi saw, "Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah saw) tiga macam pesanan: Puasa 3 hari   setiap bulan,  sembahyang dhuha 2 rakaat dan  sembahyang witir sebelum tidur" (riwayat Bukhari, Muslim dan Thabarani). 

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ صَلَّى الضُّحَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً بَنَى اللَّهُ لَهُ قَصْرًا مِنْ ذَهَبٍ فِي الْجَنَّةِ


Drp Anas bin Malik, Sabda Nabi SAW ; "Barang siapa sembahyang dhuha 12 rakaat, Allah akan membuat baginya istana daripada emas di syurga" (riwayat Tirmidzi & Ibnu Majah)  

Rasulullah bersabda yang bermaksud,

"Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan."

Rasulullah bersabda lagi,

"Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat."

 Di dalam hadis yang lain pula diterangkan seperti berikut:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ:"إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا، يُقَالُ لَهُ: الضُّحَى، فَإِذَا كَانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ نَادَى مُنَادٍ: أَيْنَ الَّذِينَ كَانُوا يُدِيمُونَ عَلَى صَلاةِ الضُّحَى؟ هَذَا بَابُكُمْ فَادْخُلُوهُ بِرَحْمَةِ اللَّهِ

Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW , beliau bersabda : "Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan, "Dhuha." Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru : manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah." Al-Tabrani



Niat Solat Dhuha

 أصَلِّي سُنَّةَ الضُحَى رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja aku mengerjakan sembahyang sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala 

Selesai solat, hendaklah baca tasbih ini sebanyak 10 kali

سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ وَلَا حَوْلَ  وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيُّ الْعَظِيمِ عَدَدَ خَلَقِ اللَّهِ وَبِدَوَامِ مُلُكِ اللهِ

"Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan yang lain melainkan Allah, Allah yang Maha Besar, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Besar, pujian sebanyak bilangan ciptaan Allah dan selama kekalnya Kekuasaan Allah"

Doa :

اللَّهُمَّ إِنَّ الضُّحَاءَ ضُحَاءُكَ وَالْبَهَاءَ بَهَائُكَ وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ . اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ رِزْقِي فِي الْسَمَاءِ فَأَنْزِلْهُ وَإِنْ كَانَ فِيْ الأَرْضِ فأَخْرِجْهُ وَإِنْ كَانَ مَعْسِرًا فَيَسِّرْهُ وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَإِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضُحَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِي مَا أَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ

"Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu dhuha-Mu, cahayanya cahayaMu, kerinduannya kerinduanMu, kekuatannya kekuatanMu, ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit maka turunkannya jika ada di bumi keluarkannya. Jika cahaya jauh pendekatannya dan jika ada hampir maka permudahkannya dengan kebenaran dhuhaMu, cahayaMu, kekuatanMu dan kesucianMu, berikanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh. 

sumber : SINI

untuk koleksi rujukan peribadi...
Read more / Baca Lagi >>>

Thursday, March 28, 2013

ASMAUL HUSNA



ASMAUL HUSNA
klik pada gambar untuk besarkan

Nas-aluka
Nas - Aluka Yaa Man Huwallahulladzii Laa Ilaaha Illaahu
Awarrohmaanur Rohimul 
Almalikul Qudduusus Salaamul Mu’minul Muhaiminul ‘Aziizul Jabbaar – 
Almutakabbirul Khooliqulbaariul Mushowirul Ghoffar
Walqohharul Wahaabur Rozzaaqul Fattaahul ‘Aliim – 
Alqoobidhul Baasithul Khoofidhur Alroofi’ul Mu’izzul Mudhillus Samii’ul Bashiirul Hakamul’adl – 
Allathiiful Khobiir – 
Alhaliimul ‘Adhim – 
Alghofurus Syakuur – 
Al’aliyul Kabiirul Hafiidhul Muqiit – 
Alhasiibul Jaliil Al Kariimur Roqiibul Mujiibul Waa Si’ul Hakiimul Waduudul Majiidul Baa’itsus Syahid –
Alhaqqulwakiil – 
Alqowiyul Matiin – 
Alwaliyul Hamiid – 
Almuhshil Mubdiul Mu’iid – 
Almuhyil Mumiitul Hayyul Qoyyum – 
Alwaajidul Maajidul Waahidus Shomadul Qoodirul Muqtadirul Muqoddimul Muakh Khirul Awwalul Akhiir – 
Addhoohirul Baatinul Waalil Muta’al Bar Ruttawwaaabul Muntaqimul ‘Afuwwur Roufum Maalikul Mulki Dzul Jalaali Qal Ikroom – 
Almuqsitul Al Jaami’ul Ghoniyul Mughnil Maani’ud Dhoor Runnaafi’un Nuurul Haadii Badii’ul Baaqii – 
Alwaaritsur rosyiidus Shobuurulladzi ladza kamits lihi Syaiun Wawas Samii’ul Bashiir – 
Alloohumma Solli Afdhollas Sholati’alaa As’adi MAkhluuqoo Tika Sayyidinaa Muhammadiwa’alaa alihii

Washohbihii wasallim ‘Adada Ma’luu Maatika Wamidaa Dzakalimaa Tika Kullamaa
Dzakaro Kad Dzaakiruuna Waghofala ‘An Dzikrihil Ghoofiluun.

sumber : emel

apa salahnya luangkan masa seketika untuk membacanya sebentar....
Read more / Baca Lagi >>>

Segmen: 300 bloggers




Rajin betul Paly buat segmen. Tidak terkejar Mia rasanya. Mia gagahi juga untuk support Paly dengan join segmen ini.

Syarat macam bese ler, simple mimple. (copy & paste dari entri penganjur)
1. Buat satu entri bertajuk "Segmen: 300 bloggers", letak gambar atas dan backlink ke entri ni.
2. Publish dan hantar link korang, settle.
Tarikh tamat @ 3 April 2013 | Tepat pada masa 11:59 malam

Blogger baru yang nampak ada potensi dalam bidang blogging ni. Rajin betul update entri dan buat segmen. Syabas ya Paly...

kalau berminat, joinlah sama ya...
Read more / Baca Lagi >>>

Pencarian Bloglist Fizgraphic Bulan April




Wahhh.. Apit buat lagi segmen. Mia nak join juga tanda support pada Apit. Terpilih atau tidak, itu belakang punya kira.

Kenapa ya Mia nak masuk dalam bloglist Apit? Hmm... nak juga duduk dalam bloglist Apit yang sentiasa happening tu. Kadang Mia pun blogwalking guna bloglist Apit. Apit pun bukan calang-calang blogger, nak juga memperkenalkan blog Mia ni dengan rakan blogger lain dalam komuniti Apit. Apit pun sporting dan support Mia lebih-lebih lagi sponsor ilustrasi vektor untuk Mia. Terima kasih ya Apit.

Kekuatan blog ini? Hmm... sama seperti blog personal lain. Mengisahkan kisah perjalanan hidup Mia, berkongsi pengalaman dan juga suka berkenalan dengan blogger lain. Ada juga kongsikan perkara-perkara lain yang Mia rasakan perlu. Maklumlah terlalu peramah lah katakan. 

Kekerapan update dalam sehari? Paling minimum 2 kali sehari itupun kalau sibuk sangat. Paling selalu update 3 kali sehari. Kalau terlebih rajin, akan update sampai 4-5 kali bergantung pada keadaan. Yang penting tetap update setiap hari.

Kepada blogger lain yang berminat, jomlah join sama...


SYARAT-SYARAT : (copy paste dari entri Apit)

1. Buat entry tajuk "Pencarian Bloglist Fizgraphic Bulan April"
2. Tempek banner atas tue. Copy ja code banner dan paste dalam entry (HTML).
3. Explain kat aku, kenapa nak masuk dalam bloglist fizgraphic. Apa kekuatan blog hampa dan berapa kerap hampa update blog dalam sehari. (Ayat 2-3 baris automatik aku tekan X)
3. Follow blog www.fizgraphic.com dan like fanpage --> TEKAN
4. Copy link entry dan hantar kat ruangan komen entry nie.
5. Tepuk tangan 3 kali sambil senyum selepas berjaya hantar link entry kat aku. *hihihi
6. Tamat : 30hb Mac 2013 pukul 11.59 malam.

 senyum aje ya... (^_^)
Read more / Baca Lagi >>>

Wednesday, March 27, 2013

Terharu Sungguh Dengan Penghargaan Daripada Mak Dara Dan Kisah Protege



Mia rasa cukup tersentuh dengan entri Mak Dara di SINI. Lebih-lebih lagi bila nampak gambar di bawah ini...


Sama-sama ya Mak Dara. Tahniah kerana dah berjaya berada di bawah ranking 500 Alexa Malaysia. Mak Dara adalah orang yang paling supportive dalam apa jua yang Mia cuba buat bagi menaikkan prestasi blog ini. Kami bertambah lebih rapat dan sekarang dah seperti adik-beradik.

Mia banyak lakukan try and error pada tahun lepas. Di kala Mia rasa macam tidak berjaya dan hampir putus asa, Mak Dara bagi sokongan dan kuatkan semangat Mia. Apa yang Mia tahu, Mia cuba juga di blog Mak Dara yang juga menggunakan platform blogspot seperti Mia. Jadi senanglah sedikit. Diakui memang Mak Dara terlalu sibuk dengan penulisan skripnya dan aktiviti untuk berblog yang agak terhad. Namun begitu, walaupun jauh di Kuala Lumpur, hubungan kami tetap mesra melalui blog, facebook, twitter dan instagram.

Hasil daripada try and error pada tahun lepas juga, Mia dapat simpulkan beberapa cara yang mudah untuk menaikkan ranking alexa bagi blogger personal yang menggunakan blogspot. Akhirnya membentuk satu cara komprehensif yang Mia aplikasikan pada blog Protege dalam masa singkat (bergantung kepada usaha dan kerajinan Protege, boleh jadi sebulan atau dua bulan). Alhamdulillah, blog Protege pun sekarang sudah berada di bawah ranking 500 Alexa Malaysia. Sedikit masa lagi, kedua-dua blog Mak Dara dan Protege akan berada di bawah ranking 100,000 Alexa. InsyaAllah, kalau dapat maintain aktiviti-aktriviti berblog secara rutin dan konsisten.

Mia pun tidaklah berapa mahir sangat tentang ini tetapi sentiasa usaha dan cuba untuk belajar mana yang termampu... Alhamdulillah, usaha keras selama ini membuahkan hasil.

mood syukur...
Read more / Baca Lagi >>>

Wordless Wednesday #21




Tenangkan jiwa...

Published with Blogger-droid v2.0.6
Read more / Baca Lagi >>>

Wordless Wednesday #20



Buat Teddy Bear Dari Stokin

sumber : emel
Read more / Baca Lagi >>>

Tuesday, March 26, 2013

Khasiat Dan Kelebihan Asam Jawa


Khasiat Dan Kelebihan Asam Jawa

Asam jawa (tamarindus indica) merupakan sebuah kultivar daerah tropis dan termasuk tumbuhan berbuah polong. Batang pohonnya yang cukup keras dapat tumbuh menjadi besar dan daunnya rindang.

Daun asam jawa bertangkai panjang, sekitar 17 cm dan bersirip genap. Bunganya berwarna kuning kemerah-merahan dan buah polongnya berwarna coklat dengan rasa khas asam. Di dalam buah polong selain terdapat kulit yang membungkus daging buah, juga terdapat biji berjumlah 2 – 5 yang berbentuk pipih dengan warna coklat agak kehitaman.

Asam jawa merupakan sejenis ramuan masakan yang terkenal dikalangan masyarakat Melayu. Biasanya asam jawa akan dilarutkan ke dalam air dan hanya airnya digunakan dalam masakan. Hampasnya pada kebiasaannya dibuang. Selain digunakan dalam masakan, asam jawa juga boleh dimakan begitu sahaja ataupun dengan ditambah dengan gula.

Demam Panas
Bagi anak-anak kecil yang kadang-kala mengalami demam panas ambillah segenggam asam jawa yang kemudiannya diramas di dalam semangkuk air. Kemudian air tersebut dilumurkan di atas kepala bayi anda sambil disertakan selawat .

Sakit Perut
Ambillah segenggam asam jawa yang kemudiannya diramas dan disapukan air tadi di perut dan kemudian biarkan seketika sebelum dibilas dengan air yang bersih. Cara ini sesuai diamalkan oleh kanak-kanak dan orang dewasa.

Sakit Asma
Bagi yang sakit asma pula anda rebuslah dua (2) potong kulit asam jawa dengan satu (1) liter air sehingga ia mendidih kemudian di ditapis. Minumlah air rebusan tersebut sebanyak dua (2) kali sehari.


Batuk / Perit Tekak
Selain itu asam jawa juga digunakan secara tradisional bagi mengubat batuk dan perit tekak. Caranya dengan mengambil air asam jawa, dicampukan bersama gula dan air. kemudian ditapis, minum seperti biasa.


Luka / Bisul
Manakala daun muda asam jawa juga boleh ditumbuk lumat dan di tampal untuk mengubati penyakit reumatisme, luka dan bisul.


Alergik
Ambillah 2-3 golong buah asam jawa yang telah tua, garam secukupnya, 1/4 senduk kapur sirih. Caranya semua bahan tersebut direbus dengan 3 gelas air sehingga mendidih hingga tinggal 2 gelas dan disaring. Kemudian diminum dua (2) kali sehari, pagi dan petang.


Bengkak Disengat Lipan atau Lebah
Sediakan 3-5 biji asam jawa dan minyak kayu putih secukupnya. Biji asam jawa tadi ditumbuk halus. Kemudian bahagian yang bengkak itu dibersihkan terlebih dahulu dengan kain dan dibasahkan kain tersebut bersama dengan minyak kayu putih. Selepas itu taburkan atau tempelkan bahan tersebut diatas bahagian anggota yang bengkak.

Maklumat di atas hanyalah untuk rawatan alternatif / sementara sahaja. Jika keadaan masih tidak reda juga, anda adalah dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor.

SELAMAT MENCUBA!

sumber : emel

kadang kita tidak perasan, sebenarnya asam jawa ini banyak khasiatnya..

Read more / Baca Lagi >>>

Sofea Demam


Sofea Demam

Semalam petang masa baru nak balik kerja, tiba-tiba Mak Mertua call beritahu Sofea baru demam. Cepat-cepat Mia call Dr Ariffin tanya klinik homeopati tutup pukul berapa. Nasib baik pukul 7.00 malam. Keadaan petang semalam hujan yang lebat. Selepas ambil Sofea di rumah Mak Mertua terus Mia bergegas menuju ke  klinik tersebut di Pekan Francais MARA Pulai Perdana. Mia ada pernah ceritakan masa Sofea demam tahun lepas di SINI.

Keadaan jalan raya sesak semasa menuju ke Skudai. Bila hujan, jalan ada yang naik air, dan kenderaan harus bergerak perlahan. Cukup menduga kesabaran Mia.

Akhirnya sampai juga ke klinik homeopati tersebut dalam 6.20 petang dan Sofea diberikan dua botol ubat. Ubat yang pertama untuk setiap setengah jam dan ubat kedua untuk setiap 4 jam. 

Pukul 9.00 malam, Mia dan Suami Mia bawa Sofea urut satu badan kat rumah Kak Zah di Larkin. Ada salah urat sedikit. Nasib Sofea tidak meragam ketika diurut.

Satu malam tadi Mia dan Suami bergilir jaga Sofea sehingga ke pagi supaya tidak terlalu panas demamnya. Sentiasa basahkan kepala dan badannya dengan tuala.

wajah Sofea pagi tadi

Pagi ini Sofea dah beransur pulih. Dah suam-suam kuku panasnya. Mia pula terpaksa ambil cuti hari ini untuk pantau kesihatan Sofea. Cepat-cepat sembuh ya Sofea nanti boleh kita jalan-jalan...

sayang Sofea sangat-sangat....
Read more / Baca Lagi >>>

Monday, March 25, 2013

Tutorial Cara-Cara Nak Buat Segmen Copy Paste


Tutorial Cara-Cara Nak Buat Segmen Copy Paste

Diharap ini dapat membantu para blogger dalam membuat segmen copy paste seperti yang Mia maklumkan dalam entri SINI. Semoga idea segmen copy paste dari Mia ini menjadi sumber inspirasi kepada blogger lain.

Langkah-langkahnya adalah seperti berikut :
(klik pada gambar untuk besarkan)

Buat Entri Segmen

Mula-mula, buatlah entri untuk segmen yang hendak dianjurkan. Mia ambil contoh masa nak buat entri  Giveaway Naili Shoppe Di Mialiana.com





Cara Nak Dapatkan URL Entri Segmen

Ambil Dari Post Settings di sebelah kanan.



Kemudian linkkan banner dan tajuk segmen dengan URL entri tadi.



Copy Coding Entri Segmen

Klik pada HTML dan kemudian highlight semua coding dan copy.




Kotak Segmen

Download dahulu template kotak segmen di SINI.

Selepas download, cuba buka fail tadi menggunakan aplikasi Notepad.



Nampak tak ayat ini, * isikan butiran coding entri di sini * gantikan dengan coding entri segmen yang telah di copy tadi. Dah siap, Save dahulu.


Seterusnya, copy semua coding di dalamnya untuk langkah selanjutnya.


Masukkan Kotak Segmen Ke Dalam Entri Segmen

Edit entri segmen tadi dan masukkan ayat Copy Coding Entri Yang Disediakan Ini : di ruangan Compose.



Klik pada HTML, dan cari ayat Copy Coding Entri Yang Disediakan Ini :


Paste kan coding kotak segmen tadi di bawah ayat Copy Coding Entri Yang Disediakan Ini :

* mia tambah tag center sebelum dan selepas tag span untuk center kan kotak segmen

 tag center sebelum tag span

tag center selepas span

Hasilnya, bila kita klik pada ruangan Compose akan jadi begini..



Publish Entri Segmen

Barulah boleh Publish entri segmen tadi dengan jayanya. Selamat mencuba..


Berpeluh-peluh nak menyiapkan entri tutorial ini dengan terperinci demi permintaan blogger-blogger sekalian. Kalau baik hati, silalah kreditkan pada Mia ya....

Entri berkaitan :
Segmen Teknik Copy Paste Jadi Inspirasi Pada Blogger Lain

Read more / Baca Lagi >>>

Top Supporters January 2017