April 2013

Tuesday, April 30, 2013

Bantu Blogger Edit Blog


Malam tadi, Mia bantu lagi seorang blogger yang sedang edit blog dan ingin memasukkan coding auto read more. Angah telah cuba buat tetapi tidak berjaya. Link tutorialnya di SINI.

Jadi, Mia pun belek coding blognya dan ternyata Angah dah buat semua yang blog tutorial ajarkan. Mia pun semak lagi rupanya blog Angah ini ada pernah diubah sendiri dan Mia masukkan coding yang sama juga pada bahagian yang satu lagi. Bila di preview, barulah menjadi fungsi auto readmore.

klik pada gambar untuk besarkan

Alhamdulillah, selesai juga masalah Angah. Terima kasih kerana sudi buat entri penghargaan di SINI.

sejak akhir-akhir ini, ramai juga blogger yang minta bantuan Mia. Mia tolong mana yang termampu dan bergantung kepada kelapangan...
Read more / Baca Lagi >>>

Kuota Pelan Data Masih Banyak


Hari ini hari terakhir bulan April 2013. Bila Mia semak pelan data handphone ini masih banyak lagi. Guna pun tak sampai 2GB.



Walaupun Sofea dah tengok kartun Pingu dan Upin Ipin di YouTube, namun masih banyak lagi. Stres juga ni.

Nampaknya, hari ini perlu guna internet sebanyak yang termampu di handphone ini. Rasa rugi kalau ambil pakej 3GB, tapi tak gunakan sepenuhnya.

kalau tak sempat nak habiskan... redha ajelah jawabnya...
Published with Blogger-droid v2.0.6
Read more / Baca Lagi >>>

Sihir Pemisah Suami Isteri



Selalunya sihir pemisah ini ditujukan kepada suami isteri. Hubungan yang intim tiba-tiba menjadi dingin dan asyik bertelagah sesama sendiri tanpa sebab yang munasabah. Memang kadang kita tidak perasan. Tetapi cuba kita selidik dan dalami mana tahu kot-kot terkena ilmu sihir pemisah ke... Kita kadang tidak tahu, mungkin ada orang dengki dengan kebahagiaan rumahtangga kita ke... bekas kekasih yang tidak puas hati ke... macam-macam kemungkinan boleh berlaku. Apabila dah terasa lain macam, cepat-cepatlah pergi berubat dan dapatkan rawatan tradisional supaya ianya tidak melarat dan mengakibatkan penceraian.

Dari Jabir r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Iblis meletakkan singgahsananya di atas air, kemudian ia mengirim pasukannya. Serendah-rendah mereka adalah yang paling besar dalam melakukan godaan atau gangguan. Seorang dari mereka berkata, "Aku telah melakukan perkara ini dan itu", maka berkata Iblis, "Kamu tidak melakukan apa-apa", Kemudian seorang lagi datang dan berkata, "Aku tidak meninggalkannya (manusia) sehingga aku pisahkan antara suami dan isterinya", Iblis berkata, "Ya, kamulah (yang betul hebat)". (Riwayat Muslim)

Hadis ini menjelaskan, iblis dan bala tenteranya menjadikan pasangan suami isteri sasaran utama misi mereka untuk memecah belah anak cucu Adam.

Menjadi kebanggaan mereka sekiranya terjadi pergaduhan dan penceraian antara pasangan yang berumah tangga.

Di sini Mia kongsikan maklumat tentang sihir pemisah...

Apa itu sihir pemisah? Sihir pemisah merupakan sihir yang seringkali dilakukan untuk memisahkan pasangan suami isteri atas sebab tertentu selalunya berkaitan masalah peribadi, dengki, balas dendam, khianat dan sebagainya.

Sihir ini juga dikenali sebagai sihir 'at-Tafriq' dan mempunyai kaitan dan persamaan dengan sihir pembenci. Ia lebih fokus kepada pasangan suami isteri agar hubungan bermasalah dan penceraian.

Ibnu Kathir menjelaskan setiap pasangan suami isteri yang terkena sihir ini akan mengakibatkan pandangan suami atau isteri terhadap pasangannya disihirkan sehingga kelihatan hodoh atau buruk sama ada dari rupa paras atau perilaku.

Antara medium yang digunakan untuk menjayakan sihir adalah menggunakan barang berkaitan dengan mangsa seperti gambar atau pakaian, air atau minyak dijampi dan dicalitkan kepada mangsa atau diletakkan di laluan lokasi mangsa atau dimasukkan ke dalam makanan mangsa tanpa disedari.

Sebenarnya apa yang digunakan hanya hiasan luar oleh pengamal sihir untuk mengaburi mata pelanggan. Pengamal sihir sebenarnya menggunakan jin simpanan atau belaan sebagai pengantara ilmu sihir mereka.

Apabila pengamal sihir menghantar sihir kepada seseorang, mereka sebenarnya menghantar jin yang telah membuat ikatan taat setia kepada mereka. Jin yang dihantar memasuki tubuh mangsa dan melakukan kerosakan dalam badan manusia.

Jin tersebut mempengaruhi pemikiran, emosi dan nafsu manusia bagi melakukan perkara yang dikehendaki pengamal sihir.

Antara simptom yang sering diberitahu pesakit yang terkena sihir pemisah atau pembenci ini adalah seperti berikut:

1 Timbul rasa benci amat sangat tanpa sebab jelas pada salah seorang daripada pasangan atau kedua-duanya sekali.

2 Berlaku perselisihan faham, pertengkaran antara pasangan tanpa sebab atau sebab kecil dan tidak munasabah, juga di kalangan anak yang menyebabkan suasana keluarga sentiasa tegang dan kucar-kacir.

3 Timbul rasa was-was syaitan dalam hati menyebabkan isteri takut mendekati suami. Seolah-olah suami hendak menganiayai isteri atau sebaliknya.

4 Timbul rasa cemburu melampau hingga menyebabkan isteri berang kerana syak suami menduakannya, padahal suami tidak berbuat demikian. Ini menyebabkan isteri melarikan diri, enggan duduk berhampiran suami atau tidur sebilik.

5 Rasa resah gelisah, sakit kepala dan buntu selagi pasangan berada di samping, dan merasa lega sebaik saja pasangan keluar dari rumah atau berada jauh dari pasangan.

6 Berlaku perubahan rupa pada pandangan mata. Isteri mungkin melihat suami dengan rupa menakutkan atau sentiasa marah dan bengis atau suami melihat isteri kelihatan hodoh. Apa yang dilakukan serba tak kena.

7 Timbul desakan dalam jiwa suami untuk menceraikan isteri tanpa sebab. Dalam hati timbul bisikan yang dia telah melafazkan cerai, padahal suami tidak berhasrat.

Kadang-kala lafaz cerai benar-benar keluar dari lidah seolah ada kekuatan dari dalam diri melepaskan tanpa dapat dikawal. Isteri kadang-kala meminta cerai bertalu-talu sambil mencabar suami dalam keadaan tidak terkawal dan membawa kepada pergaduhan.

Sumber : SINI

Begitu menakutkan sebenarnya. Semoga rumahtangga kita aman dan damai daripada gangguan jin dan syaitan. Bersabarlah dalam menghadapi dugaan hidup berumahtangga. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.

sentiasa berdoa... rumahtangga kekal dan bahagia hingga ke akhir hayat...
Read more / Baca Lagi >>>

Monday, April 29, 2013

Berakhirnya Segmen #2 Bloglist 12 Jam Mialiana.com



Pertama kalinya, Mia nak ucapkan ribuan terima kasih kerana segmen ini telah berjaya mendapat sambutan di luar dugaan. Terima kasih pada semua yang sudi join segmen kedua bloglist Mia ini. Syukur alhamdulillah.

  • Senarai pemenang terkini akan dikemaskini pada hari esok, 30 April 2013. 
  • Keputusan pemenang akan diumumkan pada hari lusa, 1 Mei 2013.

Diharap semua peserta dapat bersabar sementara menanti keputusan diumumkan. Izinkan Mia untuk membelek blog dan membuat penilaian.

pemenang bakal memasuki bloglist bulan Mei dan Jun 2013 di blog ini...
Read more / Baca Lagi >>>

Segmen #2 Bloglist 12 Jam Mialiana.com



Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2013 di Mialiana.com bermula tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen #2 Bloglist 12 Jam Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI.
Copy Coding Entri :


Contoh Cara Nak Paste Coding Entri :
klik pada gambar untuk besarkan

Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh Mia Liana sendiri dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...


Senarai Peserta
  1. http://www.fizgraphic.com/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  2. http://fatihahfazlin333.blogspot.com/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  3. http://www.menulismenconteng.my/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  4. http://neynaproperty.blogspot.com/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  5. http://www.kisahemasputih.com/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  6. http://rusukiri.blogspot.com/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  7. http://www.nazlee.com/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  8. http://www.ieyzartdsyahieyr92.my/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  9. http://kisahsidairy.blogspot.com/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  10. http://www.khairilmazri.com/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  11. http://norminieza.blogspot.com/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  12. http://farahwahyda.blogspot.com/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  13. http://sweetyzhanieyz83.blogspot.com/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  14. http://diarijejakahangat1.blogspot.com/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  15. http://dekayangan.blogspot.com/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  16. http://alamslegacy.blogspot.com/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  17. http://www.syuhadasalleh.my/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  18. http://anisfadliyana.blogspot.com/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  19. http://ibuamirulpunyeblog.blogspot.com/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  20. http://ynarazali.blogspot.com/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  21. http://yangbaik.blogspot.com/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  22. http://suzlinazreena.blogspot.com/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  23. http://rossacalla.blogspot.com/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  24. http://www.paly.my/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  25. http://www.nurdzafirah.my/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  26. http://le-carnetderose.blogspot.com/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  27. http://sayaabel.blogspot.com/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  28. http://ceritamayapersada.blogspot.com/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  29. http://pape-jer.blogspot.com/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  30. http://eryati.blogspot.com/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  31. http://strawberrysweets92.blogspot.com/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  32. http://ceritaciklebah.blogspot.com/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  33. http://mselim3.blogspot.com/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  34. http://zamani84.blogspot.com/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialiana.html
  35. http://sna-aai.blogspot.com/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  36. http://shuhaidasaad.blogspot.com/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  37. http://dianaazisworld.blogspot.com/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  38. http://furrasbubblynotes.blogspot.com/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  39. http://myalycia.blogspot.com/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  40. http://coretangirlblog.blogspot.com/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  41. http://dunia-kami-realiti.blogspot.com/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  42. http://jmbelog.blogspot.com/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  43. http://msvelentine.blogspot.com/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  44. http://lorong-cinta.blogspot.com/2013/04/bloglist-12-jam-mialiana.html
  45. http://ienaazaidi.blogspot.com/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  46. http://www.erazfadli.com/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  47. http://schamanking.blogspot.com/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  48. http://www.anisempoi.com/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  49. http://anisa-mylife.blogspot.com/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  50. http://www.ainizakaria.my/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  51. http://angellovesoldier.blogspot.com/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  52. http://ehfarahin.blogspot.com/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  53. http://seneoritabaharin.blogspot.com/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  54. http://fareastfaiz.blogspot.com/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  55. http://nmalazamzuri.blogspot.com/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jan-mialianacom.html
  56. http://resipidarihati.blogspot.com/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  57. http://sweet7cupcakes.blogspot.com/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  58. http://www.ciklilyputih.com/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  59. http://www.monologseoranghamba.com/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  60. http://mizzkeyna.blogspot.com/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  61. http://diarisedetiklebihfarisha.blogspot.com/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  62. http://sibodohjangankacau.blogspot.com/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  63. http://sweetsour93.blogspot.com/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  64. http://lynnmunir.blogspot.com/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  65. http://blogmizzaiza.blogspot.com/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  66. http://diarionlinenurul.blogspot.com/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  67. http://alyaeyanaqaisara.blogspot.com/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  68. http://colourfulofainilife.blogspot.com/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  69. http://www.bicaramakdara.com/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  70. http://maszull.blogspot.com/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  71. http://imaniiwani-myprincess.blogspot.com/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  72. http://fiqansz.blogspot.com/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  73. http://milopurple.blogspot.com/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  74. http://sya-syasweet.blogspot.com/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  75. http://aennpunyerbelog.blogspot.com/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  76. http://www.mizruha.com/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  77. http://inikisahtia.blogspot.com/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  78. http://www.mhakimfaiz.my/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  79. http://rozeath.blogspot.com/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  80. http://merepekgila.blogspot.com/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  81. http://www.ayuinsyirah.my/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  82. http://deemataque.blogspot.com/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  83. http://bahrain-info.blogspot.com/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  84. http://armifdesign.blogspot.com/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  85. http://www.azhafizah.com/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  86. http://www.nieyxzha.com/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  87. http://mardiyanhani.blogspot.com/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam.html
  88. http://www.belogcikkumbang.tk/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  89. http://www.akupenghibur.com/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  90. http://babyaimacomel.blogspot.com/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  91. http://husnazahidi.blogspot.com/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  92. http://kakikerja.blogspot.com/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  93. http://mylifecetomey.blogspot.com/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  94. http://www.timizero.my/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  95. http://relakssminda.blogspot.com/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
  96. http://sabghina.blogspot.com/2013/04/segmen-2-bloglist-12-jam-mialianacom.html
Read more / Baca Lagi >>>

Kurangkan Bercakap



Hari ini Mia pergi kerja. Nasib baik tiada ada mesyuarat pada hari ini. Mood nak buat kerja pun agak kurang. Bila bercakap sahaja, terus rasa gatal tekak dan nak batuk. Terpaksalah kurangkan bercakap hari ini walaupun selalu mulut ini suka bercakap. Maklumlah peramahlah katakan.

Membuat kerja seperti biasa. Makan ubat mengikut masanya. Agak-agak kalau tak larat, buat kerja perlahan-perlahan. Kepala masih berat juga ni.

Kalau batuk masih tak sembuh juga, esok atau lusa kenalah pergi urut satu badan ini. Selalu macam itu, baru sembuh sepenuhnya... atau pun pergi buat sauna, biar berpeluh satu badan dan akan terasa segar sangat lepas tu. Kita hanya merancang... tengok sahajalah nanti...

diam itu lebih baik....
Read more / Baca Lagi >>>

Sunday, April 28, 2013

Terpaksa Makan Ubat


Akhirnya, hari ini Mia terpaksa juga pergi ke klinik memandangkan sakit tekak yang teramat sangat dan batuk berpanjangan.



Dapat ubat batuk, kumur-kumur, cairkan kahak, antibiotik dan demam. Suami Mia dah bising sejak Jumaat lepas, suruh pergi klinik. Tapi Mia rasa tidaklah teruk sangat.

Hari ini, barulah lega lepas makan ubat. Harap cepat sembuh. Suara pun dah serak ni...

esok nak pergi kerja..
Published with Blogger-droid v2.0.6
Read more / Baca Lagi >>>

Ranking Alexa Dah Di Bawah 40,000


Alhamdulillah... Pada hari ini, blog ini telah pun berada di bawah 40,000 ranking Alexa. Prestasi yang harus dikekalkan selepas ini. Kalau tak maintain, boleh turun bila-bila masa nanti. Sebelum ini, Mia ada buat entri semasa ranking Alexa berada di bawah 50,000 di SINI.

Global Rank : 39,968
Rank in MY : 257


Terima kasih kepada yang sudi menyokong blog ini. Gembiranya Mia. Kepada yang ingin menyemak ranking  Alexa blog, sila klik SINI.

sikit-sikit, lama-lama jadi bukit....
Read more / Baca Lagi >>>

Lovely Giveaway By Momoy Blogirl



Terima kasih ya Sis Moy sudi jemput Mia untuk meriahkan GA ini. Lama juga Mia kenal dengan Sis Moy yang comel ini. Sebagai tanda support, Mia pun join. Happy Anniversary blog yang pertama ya Sis Moy.

Sebagai memenuhi syarat GA, Mia perlu komen sedikit tentang blog Sis Moy. Harap jangan kecil hati ya..

SUKA :
  1. Suka bila Sis Moy update entri blog jenis review produk. Penerangan yang jelas dan beri pandangan tersendiri secara jujur tentang pengalaman menggunakan produk itu. Sesuai atau tidak dengan sebabnya sekali.
  2. Suka template blog Sis Moy yang berwarna lembut sesuai dengan tuannya. Hati pun suka bila nak baca entri.

TAK SUKA :
  1. Bila Sis Moy sibuk dengan kerja, terkadang Mia pun tertunggu juga update terkini dari blog Sis Moy. Hmmm... susah hati juga kot-kot ada apa-apa yang berlaku ke... Tapi faham keadaan Sis Moy.
  2. Mia kurang berminat, kalau ada mouse trail pada ikon mouse. Leceh nak klik pada shoutbox, masa nak tinggalkan jejak. Terkadang terhighlight semua. Lepas itu, kena klik balik sekali lagi, baru betul kedudukan cursor.

Jom tengok sini... (copy paste dari entri GA)

CARA untuk join
  1. Tulis 2 perkara yang kawan-kawan SUKA dan TAK SUKA tentang blog ni. (Simple sentence sahaja pun boleh).
  2. TAJUK entri bebas. Ikut kreativiti masing-masing.

SYARAT-SYARAT penyertaan
  1. Terbuka untuk Malaysian sahaja.
  2. Boleh follow blog ni jika suka. 
  3. Tepek banner giveaway di atas dalam dalam entri blog beserta link. Tepek di sidebar dialu-alukan.
  4. Beri link entri penyertaan dan email di kotak komen di bawah entri ini.
  5. Pemenang diberi tempoh 3 hari untuk respon (melalui email) selepas keputusan diumumkan. Jika tidak, pemenang lain akan dipilih. Keputusan muktamad.
  6. Tarikh tutup giveaway: 15 Jun 2013
hadiahnya menarik... kalau berminat jemputlah join ya....
Read more / Baca Lagi >>>

Saturday, April 27, 2013

Kisah Eclipse Mint



Hari semalam, Mia dah mula gatal tekak dan batuk. Memandangkan ada kerja ad-hoc yang Mia perlu siapkan, tak sempat nak beli strepsil...

Nasib baik dalam handbag ada Eclipse Mint ini, dapat juga menghilangkan gatal tekak sementara. Padahal rasa berangin untuk segarkan nafas. Suami Mia punya sebenarnya. Sambil buat kerja sambil makan gula-gula ini. Rasa segar je tekak. Boleh bercakap tanpa batuk. Bila sedar dah tinggal sedikit. Opppsss...

Balik kerja, sebelum sampai rumah terus singgah beli strepsil dan eclipse yang baru. Lega.... masalah selesai.

pecah rahsia kalau Suami Mia baca entri ni...
Published with Blogger-droid v2.0.6
Read more / Baca Lagi >>>

Segmen Sabtu by Emas Putih Part #4


As-Salam


Hari ni nak buat segmen sabtu part #4 
Segmen ini akan berlangsung selama 2 hari bermula
27 April 2013 jam 11.59 PM - 29 April 2013 / 11:59 PM
( 2 hari sahaja )

Syarat :

1. Follow blog  :

2. Like fan page :


 3. Follow G+ kat bawah ni



3. PALING WAJIB copypaste coding entry  yang diberikan dibawah ini dan paste kan ke ruangan html post.   *kalau x faham sila ikut step dibawah*


Dah siap? Tinggalkan entry segmen anda di ruangan komen.

Hadiah : 

Top Referral
Topup RM10

Random
Topup RM5 x 9
Topup RM3 x 1

Selamat menjoinkan diri dalam Segmen Sabtu by Emas Putih Part #4 !!

Read more / Baca Lagi >>>

Video Gwiyomi Bobo



Wahhhh.... hebat betul Bobo ini sekarang. Sebelum itu Mia nak ucapkan "Happy Birthday yang ke 20 ya Bobo... Semoga apa yang diidamkan akan menjadi kenyataan". Hari ini genaplah usia Bobo menjangkau 20 tahun. Sebut sahaja nama Bobo mesti teringat video Parodi - Syae Sayang Apa Khabar Denganmu. Betul, kan?

Terkini, Bobo telah pun ada buat video penuh Gwiyomi. Baru sahaja di upload pada hari semalam, 26 April 2013.  Mia dapat tahu dari https://www.facebook.com/OfficialBoboMY. Jom kita tengok...


Bagi yang belum mengenali Bobo, di sini Mia kongsikan beberapa video supaya dapat mengenali Bobo dengan lebih dekat lagi.

Kagum betul Mia dengan pencapaian selebriti sensasi internet ini. Jemput tengok video Parodi Bobo JoHaRa (Medley Teman Pengganti, Sayang & Bosan)...


Siapa sangka dengan video Parodi Syae -  Sayang Apa Khabar Denganmu dari facebook, semakin terkenal dan popular nama Bobo... Terlalu banyak viewers. Tahniah ya...



Video interview Bobo oleh KaioStudioTV. Memang Bobo pun betul-betul tidak sangka dengan sambutan yang diterima dari videonya di facebook.


berbakat besar...

Entri berkaitan :
Video Gwiyomi : Nora Danish, Wawa Zainal, Elfira Loy, Faizal Ismail
Video Gwiyomi Siti Nurhaliza
Read more / Baca Lagi >>>

Friday, April 26, 2013

Bebelan Di Tengah Malam - 6


Bebelan Di Tengah Malam - 6

Mialiana.com : Sehari dua hari ini tengok macam takde mood je? Susah hati pasal apa?

Mia : Eh! Takde apa-apa lah. Cuma agak sibuk sedikit dengan kerja ad-hoc, buat design dan printing untuk event esok. Memang moody sedikit sebab asyik batuk je memanjang. Nak update blog pun macam blank hari ini.

Mialiana.com : Kena makan ubat tu... takleh biarkan nanti melarat. Ni ada benda nak beritahu sedikit ni.

Mia : Ok... thanks. Nak beritahu apa tu?

Mialiana.com : Rank MY Alexa sudah makin merosot, tapi 259 masih ok lagi. Nasib baik Global Rank Alexa meningkat 40,314. Biasalah tentu ada pasang surutnya.

Mia : Susah skit nak maintain sekarang ini, masa nak blogwalking pun terhad. Internet pun kena akses dari handphone. Tapi takpelah... akan sentiasa update macam biasa.

Mialiana.com : Ok, good. Ni ada satu perkara lagi nak beritahu.. Tentu nak buat segmen bloglist tu esok kan? Ala... takyah lah esok. Buat je hari Isnin ni, sempat lagi tu.

Mia : Hmmm... akan dipertimbangkan. Elok juga tu. Buat 12 jam jugalah.

Mialiana.com : Dah jumpa ke belum protege baru? 

Mia : Entahlah... macam dah jumpa beberapa blog tapi masih pantau lagi. Pun masih ragu-ragu lagi nak teruskan ke tidak... terasa ilmu di dada macam belum cukup lagi...

Mialiana.com : Ala... takyah difikirkan sangat. Buat je yang termampu. Takpe take your time. Dah lewat ni. Itu jelah yang penting nak dibincangkan tadi. Have a good rest..

Mia : Ok.. good nite...

sekadar meluahkan...
Read more / Baca Lagi >>>

Video Gwiyomi : Nora Danish, Wawa Zainal, Elfira Loy, Faizal Ismail



Fenomena Gwiyomi nampaknya hangat sangat sekarang ini. Kalau cari dalam YouTube macam-macam versi pun ada. Terhibur jugalah bila tengok aksi mereka di depan video. Bila Mia blogwalking ke blog-blog lain, ramai blogger yang telah memperkatakan tentang video ini.

Dalam banyak-banyak video Gwiyomi, tidak ketinggalan juga ada segelintir artis atau personaliti Malaysia pun turut buat video sendiri. Antaranya Wawa Zainal, Nora Danish, Elfira Loy (dengan Ezlisa Loy) dan Faizal Ismail HotFM (FBI). Tapi video yang paling Mia suka ialah video Nora Danish, nampak sweet sangat. 

Tak percaya? Jom tengok kat bawah ini...





Ada juga video lain yang comel. Tapi dalam entri ini, Mia hanya review 4 video Gwiyomi di atas sahaja. Kalau nak cuba pun boleh, mana tahu ada bakat yang terpendam ke...

jom happy kan diri....

Entri berkaitan :
Video Gwiyomi Bobo
Video Gwiyomi Siti Nurhaliza
Read more / Baca Lagi >>>

Senarai Bloglist Bakal Bertukar



Alhamdulillah, dah nak hampir 2 bulan, Mia kekalkan senarai bloglist sedia ada hasil daripada Segmen Bloglist yang pertama. Rasanya ingin menukar kepada senarai bloglist baru. Keutamaan akan diberikan kepada blog yang kerap di update setiap hari dan kepelbagaian entri di dalam blog.

Terima kasih diucapkan kepada blogger-blogger yang telah menempatkan diri dalam bloglist Mia selama 2 bulan ini. Begitu juga dengan trafik yang disumbangkan kepada blog ini.

segmen kedua bakal menyusul kemudian... bagi mengisi bloglist cute ini... (^_^)
Read more / Baca Lagi >>>

Thursday, April 25, 2013

Saya Nak Masuk Dalam Bloglist Fuh.My




Menariknya segmen ini. Nak-nak dari blog yang tidak asing lagi dalam arena blogging ini. Teringin juga Mia nak masuk dalam bloglist bulan Mei Fuh.my ni.  Semua syarat-syarat telah dipatuhi.

Sebelum itu, jom tengok dulu.. (copy paste dari entri penganjur)

Syarat-syarat dia mudah sahaja :-
  1. Follow blog fuh.my ni (widget follower ada kat bawah sekali)
  2. Masukkan blog fuh dalam bloglist blog korang. Ingat, bloglist ye! bukan sekadar link blog. Dan bloglist hendaklah berada di mainblog anda, bukan di blog lain atau di Page lain!
  3. Tekan g+1 dekak sidebar belah kanan ni
  4. Buat 1 entri bertajuk "Saya Nak Masuk Dalam Bloglist Fuh.My"
  5. Masukkan banner di atas dan linkkan ke entry ini
  6. Dah siap semua, tinggalkan link ENTRI anda dalam kotak komen bawah ni
  7. Mudah kan? So apa tunggu lagi? rugi tak join! oh ya. Tarikh tutup adalah pada jam 12:00 tengah hari 30 April 2013.
Kenapa korang mesti ada dalam bloglist fuh.my?
  1. Purata Page View harian 50,000 SEHARI (so, komfem korang dapat tempias dari trafik fuh.my sekiranya korang berada dalam bloglist fuh.my)
  2. Google Page Rank 3
  3. Backlink berkualiti dari fuh.my
  4. Dapat memperkenalkan blog korang kepada blogger-blogger lain
  5. Top referrer akan mendapat Cash/Topup RM30 (mesti lebih 50 referrer)
Sesiapa yang berminat silalah join ya...
Read more / Baca Lagi >>>

Buku Panduan Mengundi Jom Bertindak 5 Mei 2013



Sebagai persediaan sebelum mengundi pada 5 Mei 2013 nanti, sebaiknya kita baca dahulu Buku Panduan Mengundi Jom Bertindak bagi mengetahui cara-cara untuk mengundi dengan betul dan juga sebagai pengenalan kepada para pengundi yang bakal mengundi buat kali pertama pada Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) 2013 ini. Sekurang-kurangnya, kita telah bersedia dan boleh mengundi dengan tenang dan bijaksana.

Isi kandungan Buku Panduan Mengundi
  1. Pengenalan
  2. Adakah Anda Boleh Mengundi?
  3. Semakan Status Pemilih Anda
  4. Siapakah Yang Tidak Layak Untuk Mengundi?
  5. Maklumat Mengenai Calon-Calon Pilihan Najib Razak
  6. Tips Berguna Untuk Mengundi
  7. Cara Untuk Mengundi
  8. Soalan-Soalan Popular
  9. Cara Mengundi Dengan Betul
  10. Pembetulan Maklumat Pemilih

Mungkin ada yang telah menerima Kit Jom Bertindak selepas mendaftar di http://www.1malaysia.com.my ataupun mungkin ada yang telah mendaftar tetapi belum lagi menerima kit ini. Pilihanraya pula hampir tiba. Jangan risau. Mia akan kongsikan Buku Panduan Mengundi Jom Bertindak di sini.

Download Buku Panduan Mengundi Jom Bertindak

Selamat membaca dan sesuaikan diri dengan persekitaran tempat mengundi nanti. Jalankan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia dengan memilih untuk mengundi. Undi adalah hak kita. Penentu pemimpin masa depan negara.

sokonglah yang terbaik dan boleh menjamin masa depan kita... 1 undi boleh mengubah segalanya..

Entri yang berkaitan :
Kit Jom Bertindak Sempena PRU13
Kit Jom Bertindak Sempena PRU13 Telah Sampai
Read more / Baca Lagi >>>

Follower Mialiana.com Yang Ke 9669


Alhamdulillah... semakin bertambah follower Mia dari sehari hingga ke sehari. Syukurnya... Bila Mia belek-belek ruangan sidebar sebelah kanan blog tadi, tiba-tiba mata seolah-olah terpukau bila nampak angka 9669. Nombor cantik ini tak mungkin akan dilepaskan lantas Mia pun printscreen.


Bila diklik sahaja maka terpampanglah blog ini.... Tertulis di belog...


Blognya simple dan belum sampai 200 follower. Oh ya... Mia dah follow Anisah dulu sebab tidak boleh follow apabila klik Join This Site sahaja 


jom kita kenali Anisah...
Read more / Baca Lagi >>>

Wednesday, April 24, 2013

Wordless Wednesday 23

Read more / Baca Lagi >>>

PRU 13 Pilihanraya Umum 2013 : Senarai Calon Parti Negeri Johor



Amat penting bagi kita untuk mengetahui siapakah calon parti yang bertanding untuk Parlimen dan DUN di kawasan kita. Semakin dekat menjelangnya Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) semakin hebat dan sengit kempen yang dibuat oleh calon-calon parti yang bertanding. Di mana-mana sahaja, penuh dengan bendera parti.

Memandangkan Mia menetap di negeri Johor, di sini Mia kongsikan Senarai Calon Parti  Pilihanraya Umum 2013 di seluruh Negeri Johor

P140 SEGAMAT
BN - Datuk S Subramaniam
PKR - Datuk Chua Jui Meng

P141 SEKIJANG
PKR - Julailey Abdul Manap
BN - Anuar Abd Manap

P142 LABIS
BN - Datuk Chua Tee Yong
DAP- S Ramakrishnan

P143 PAGOH
BN - Tan Sri Muhyiddin Yasin
PAS - Mohd Rozali Jamil

P144 LEDANG
BN - Hamim Samuri
PKR - Hassan Karim

P145 BAKRI
DAP - Er Teck Hwa
BN - Chris Lee Ching Yong

P146 MUAR
BN - Datuk Mohd Razali Ibrahim
PKR - Nor Hizwan Ahmad

P147 PARIT SULONG
PAS - Khairuddin A Rahim
BN - Datuk Noraini Ahmad

P148 AYER HITAM
PAS - Hu Pang Chaw
BN - Datuk Dr Wee Ka Siong

P149 SRI GADING
BN - Datuk Ab Aziz Kaprawi
PKR - Mohd Khuzzan Abu Bakar

P150 BATU PAHAT
BN - Dr Mohd Puad Zarkashi
PKR - Datuk Idris Jauzi

P151 SIMPANG RENGGAM
BN - Liang Teck Meng
PAS - Suhaizan Kaiat

P152 KLUANG
BN - Datuk Dr Hou Kok Chung
DAP - Liew CHing Tong

P153 SEMBRONG
PKR - Onn Abu Bakar
BN - Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein

P154 MERSING
PAS - Roslan Nikmat
BN - Datuk Dr Abd Latiff Ahmad

P155 TENGGARA
BN - Datuk Halimah Mohamed Sadique
PAS - Muhamad Said Jonit

P156 KOTA TINGGI
BN - Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid
PAS - Onn Jaafar

P157 PENGERANG
PKR - Tengku Intan Tengku Abdul Hamid
BN - Datuk Seri Azalina Othman
BEBAS - Mohd Azaman Johari

P158 TEBRAU
PKR - Steven Choong Shiau Yoon
BN - Khoo Soo Seang

P159 PASIR GUDANG
PKR - Dr Ahmad Faidi Saidhi
BN - Normala Abdul Samad

P160 JOHOR BAHRU
PKR - Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein
BN - Tan Sri Shahrir Abdul Samad

P161 PULAI
BN - Datuk Nur Jazlan Mohamed
PAS - Salahuddin Ayub

P162 GELANG PATAH
BN - Datuk Abdul Ghani Othman
DAP - Lim Kit Siang

P163 KULAI
DAP - Teo Nie Ching
BN - Tay Chin Hein
BEBAS - K Surendran

P164 PONTIAN
PKR - Haniff@Ghazali Hosman
BN - Datuk Ahmad Maslan

P165 TANJONG PIAI
BN - Datuk Wee Jeck Seng
DAP - Mahdzir Ibrahim

N1 BULOH KASAP
BN - Norshida Ibrahim
PAS - Firdaus Masod

N10 TANGKAK
BN - Goh Tee Tee
DAP - Ee Chin Li

N11 SEROM
BN - Abd Razak Minhat
PAS - Azmi Ahmad

N12 BENTAYAN
DAP - Chua Wee Beng
BN - Helen Foh Soh Lan

N13 SUNGAI ABONG
PAS - Dr Sheikh Ibrahim Salleh
BN - Dtk Dr Haris Salleh

N14 BUKIT NANING
PKR - Abdul Aziz Mohammad
BN - Dtk Saipol Bahari Suib
BEBAS - Md Ghazali Salamon

N15 MAHARANI
BN - Datuk Zulkhairi Ahmad
PAS - Dr Mohammad Taslim

N16 SUNGAI BALANG
BN - Zaiton Ismail
PAS - Malik Mohamad Diah

N17 SEMERAH
PKR - Md Ysahrudin Kusni
BN - Mohd Ismail Roslan

N18 SRI MEDAN
BN - Datuk Zulkurnain Kamisan
PAS - Ahmad Rosdi Bahari

N19 YONG PENG
DAP - Chew Peck Choo
BN - Lim Kee Moi

N2 JEMENTAH
BN - Dr Lee Hong Tee
DAP - Tan Chen Choon

N20 SEMARANG
BN - Datuk Shamsolbari Jamali
PAS - Ilyas Abu Bakar

N21 PARIT YAANI
BN - Teo Yew Chuan
PAS - Aminolhuda Hassan

N22 PARIT RAJA
BN - Datin Azizah Zakaria
PAS - Noor Khalim Sakib

N23 PENGGARAM
BN - Dr King Ban Siang
DAP - Gan Peck Cheng

N24 SENGGARANG
BN - A Aziz Ismail
PAS - Dr Mohd Ramli Md Kari

N25 RENGIT
BN - Ayub Jamil
PAS - Ahmad Kailani Kosnin

N26 MACHAP
BN - Abd Taib Abu Bakar
PAS - Mohd Khalid Salekan

N27 LAYANG-LAYANG
BN - Abd Mutalib Abd Rahim
PKR - Mohd Ishak Shir Mohd

N28 MENGKIBOL
BN - Chai Kee Yaw
DAP - Tan Hong Ping
BEBAS - Ng Lum Ha

N29 MAHKOTA
BN - Md Jais Sarday
PAS - Khairul Faizi Ahmad Kamil

N3 PEMANIS
PAS - Normala Sudirman
BN - Lau Chin Hoon

N30 PALOH
DAP - R Shanker
BN - Teoh Yap Kun

N31 KAHANG
BN - R Vidyanathan
PKR - Hamdan Basiran

N32 ENDAU
PAS - Mohd Azam Abdul Razak
BN - Abd Latif Bandi

N33 TENGGAROH
PKR - MS Murugan
BN - K Raven

N34 PANTI
BN - Datuk Baderi Dazuki
PAS - Azlisham Azahar
PKR - Mohd Annuar Mohd Salleh

N35 PASIR RAJA
BN - Datuk Dr Adham Baba
PAS - Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar

N36 SEDILI
BN - Rasman Ithnain
PKR - Datuk Abdul Kadir Sainudin

N37 JOHOR LAMA
BN - Asiah Md Ariff
PAS - Kamaldin Tahir

N38 PENAWAR
BN - Hamimah Mansor
PAS - Anis Afida Mohd Azli

N39 TANJONG SURAT
PKR - Hasnul bin Ahmad
BN - Syed Sis bin A Rahman

N4 KEMELAH
BN - Datuk Ayub Rahmat
PKR - Natrah Ismail

N40 TIRAM
BN - Datuk Maulizan Bujang
PAS - R Kumutha

N41 PUTERI WANGSA
BEBAS - D Ravindaran
PAS - Abdullah Husin
BN - M Soorianarayan

N42 JOHOR JAYA
BN - Tan Cher Puk
DAP - Liow Cai Tung
BEBAS - Elvin Hong Eng Wah

N43 PERMAS
BN - Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
PAS -Syed Othman Abdullah

N44 TANJUNG PUTERI
BN - Datuk Adam Sumiru
PKR -Mohd Salleh Ahmad

N45 STULANG
DAP - Chen Kah Eng
BN - Chong Chee Siong

N46 PENGKALAN RINTING
DAP - Cheo Yee How
BN - Cheng Mei Kee

N47 KEMPAS
BN - Tengku Putra Haron Aminurrashid Tan Sri Tengku Hamid Jumaat
PAS - Suhaizan Kaiat

N48 SKUDAI
BN - Liang Ah Chy
DAP - Dr Boo Cheng Hau

N49 NUSA JAYA
PAS - Salahuddin Ayob
BN - Dr Zaini Abu Bakar

N5 TENANG
BN - Mohd Azahar Ibrahim
PAS - Mohd Zin Johar

N50 BUKIT PERMAI
BN - Ali Mazat Salleh
PAS - Mazlan Aliman

N51 BUKIT BATU
BN - Cheong Chin Liang
BEBAS - K Surandran
PKR - Jimmy Puah Vee Tse

N52 SENAI
DAP - Wong Shu Qi
BN - Tan Nai Soon

N53 BENUT
PAS - Sorobo Ponoh
BN - Datuk Hasni Mohamad

N54 PULAI SEBATANG
BN - Datuk Tee Siew Kiong
PAS - Ungku Mohd Nor Ungku Mahmood

N55 PEKAN NENAS
BN - Wong You Fong
DAP - Yap Tung Siong

N56 KUKUP
PAS - Ghazaley Ayub
BN - Suhaimi Salleh

N6 BEKOK
BN - Tan Chong
DAP - Lim Eng Guan

N7 BUKIT SERAMPANG
BN - Ismail Mohamed
PKR - Saadon Abdullah

N8 JORAK
PAS - Norhayati Bachok
BN - Datuk Dr Sharuddin Salleh

N9 GAMBIR
BEBAS - Mohd Zan Abu
BEBAS - Yunos Mustakim
BN - M Asojan
PAS - Datuk Dr Mahfodz Mohamed

Sumber Senarai : SINI

Selamat mengundi dan pilihlah pemimpin masa depan dengan bijak...
Read more / Baca Lagi >>>

Tuesday, April 23, 2013

Lawat Kak Aida Di Regency Specialist Hospital


Alhamdulillah syukurnya. Kak Aida telah pun selamat menjalani pembedahan di Regency Specialist Hospital, Bandar Seri Alam, Masai semalam. Mia risau juga semalam tapi malam tadi lega bila dapat mesej WeChat dari Kak Aida selepas dia sedar. 

Petang tadi kami melawat Kak Aida. Kehadiran kami, Haji Mus (bos Kak Aida), Kak Mazni, Assalinda, Dayah dan Mia disambut mesra oleh Kak Aida dan Suami Kak Aida. Namun, riak wajah Kak Aida masih lagi belum ceria. Tapi tetap senyum... Kuat betul semangat Kak Aida. Mia kagum sangat dengan dia ni.

Sayang sangat Kak Aida. Baik orangnya. Cepat-cepat sembuh ya.. nanti boleh kita keluar makan sama macam dulu. Kak Aida akan bercuti lama selepas ini. Rehat betul-betul ya... Will be missing you soon...



doakan Kak Aida ya....
Read more / Baca Lagi >>>

Aktifkan Dynamic View Untuk Blog


Memandangkan tempohari Eca ada tanya bagaimana cara-cara nak buat dynamic view untuk blog, dalam entri ini Mia akan tunjukkan cara-cara untuk membuatnya.

Perlu diingatkan bahawa tutorial ini hanya terpakai untuk blog yang menggunakan platform blogspot sahaja.

Cara-cara Nak Aktifkan Dynamic View Untuk Blog

1. Pergi ke Settings > Other > Site Feed. Di ruangan Allow Blog Feed, sila pilih Full dan kemudian Save Settngs.
2. Cuba buka browser baru dan masukkan URL blog anda diikuti /view/timeslide untuk melihat paparan blog anda dalam timeslide dynamic view.

Contohnya : http://www.mialiana.com/view/timeslide dan paparan akan muncul seperti di bawah.


3. Anda juga boleh cuba jenis dynamic view yang lain seperti di bawah. Sila gantikan mialiana.com kepada URL blog anda.
Selamat mencuba...

dynamic view untuk paparan secara interaktif...
Read more / Baca Lagi >>>

Top Supporters February 2017