July 2013

Wednesday, July 31, 2013

Wordless Wednesday 42




Angry Birds Tablet Case
Read more / Baca Lagi >>>

Makan Malam Di Chao Phraya


Alhamdulillah... Kenyangnya. Baru sahaja lepas makan di restoren Chao Phraya. So sweet...







Makan berempat dengan kawan Suami Mia, Badar yang bakal berkahwin pada bulan September ini. Sambil berborak sambil makan...

Congratssss... pada bakal mempelai ini. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. (^_^)

sesi flirting....

posted from Bloggeroid

Read more / Baca Lagi >>>

Tuesday, July 30, 2013

Senarai Hadiah Giveaway 10K Followers Yang Tidak Dituntut




Nampaknya telah genap 7 hari selepas Mia buat pengumuman pemenang minggu lepas. Ternyata ada beberapa hadiah yang tidak dituntut dalam tempoh tersebut walaupun Mia dah maklumkan di blog, fanpage, facebook dan google+.

Hadiah yang tidak dituntut ialah

1 x Tudung DeZahra bernilai RM 75 serta Brooch bernilai RM 6

1 x Bantal Love Mialiana.com bernilai RM 35

1 x Multifunctional Buff - Seamless Magic Scarf bernilai RM 15

2 x Doodle bernilai RM 10  - telah dituntut (update pada 1/8/2013)

Ini bermakna 5 kali cabutan akan dibuat menggunakan random.org bagi peserta yang masih mengekalkan entri penyertaan di blog. Semakan akan dibuat dan senarai peserta terkini untuk cabutan bertuah kedua akan dimaklumkan kemudian.

Mana tahu, anda ada tuah kali ini... Good luck ya...

syukur.. kebanyakan pemenang dah dapat hadiah mereka daripada sponsor....
posted from Bloggeroid
Read more / Baca Lagi >>>

Cuti Raya 2013



Bahang hari raya sudah terasa kini. Sibuk nak fikir bila nak cuti raya...


Kalau mengikut kalendar, cuti raya tahun ini jatuh pada hari Khamis dan Jumaat, 8 hingga 9 Julai 2013. Elok benarlah. Senang nak ambil cuti ni.

Hari ini baru mohon cuti raya, sehari sebelum raya dan sambung tiga hari pada minggu berikutnya. Ikutkan hati nak cuti lama-lama. Tapi baki cuti tahun ini dah tak banyak, nak kena simpan cuti untuk hal-hal penting dan emergency.

Jom cuti-cuti raya.....

dah mohon cuti raya ke belum?

posted from Bloggeroid
Read more / Baca Lagi >>>

EPHYRA - Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda



EPHYRA
Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda
Kulit Lebih Gebu dan Flawless Dalam 14 Hari

Wahhh... terasa teruja sangat Mia apabila diberi peluang untuk mencuba produk EPHYRA ini selama sebulan oleh www.oceanlife2u.com. Terima kasih banyak-banyak ya. Tidak sabar rasanya nak menunggu produk EPHYRA sampai ke rumah Mia hari Rabu ini... Bak kata orang pucuk dicita, ulam mendatang.... (^_^)

Apa itu EPHYRA?
Ephyra ialah sejenis minuman antioksida berasaskan kolagen, yang paling sedap, dalam bentuk sachet yang dihasilkan daripada gabungan mantap rumusan terunggul dari alam semula jadi di seluruh dunia, (L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi & Serbuk Tomato) yang boleh merawat, memperbaharui dan seterusnya menyerlahkan lagi keserian dan kesihatan dalaman dan luaran.

Risaunya... halal ke tidak ni?
EPHYRA terbukti halal oleh JAKIM dan selamat oleh KKM. Jangan bimbang EPHYRA dijamin sebagai produk yang selamat dan tidak membahayakan kesihatan.


Banyak betul produk kolagen di pasaran. Apa bezanya dengan EPHYRA?
  • EPHYRA menggunakan kolagen ikan laut dari jenis "white fish" yang hidup di laut dalam di mana ikan di perairan laut dalam adalah bebas daripada pencemaran.
  • EPHYRA menggunakan kolagen yang terhidrolisis. Kolagen terhidrolisis terdiri daripada pecahan asid amino yang kecil dan mudah diserap oleh badan. 
  • Kolagen dalam Ephyra mudah diserap. Inilah yang patut diketahui oleh pengguna. Ramai yang mengambil kolagen tetapi lambat kesannya kerana faktor berat molekul kolagen yang tinggi mengakibatkan sukar untuk diserap. Berat molekul kolagen sesuatu jenama produk diukur dalam unit DALTON (Da). Semakin cepat diserap, semakin cepatlah nampak kesannya.
  • Saiz collagen EPHYRA = kurang dari 1500 Dalton, sangat mudah diserap oleh badan. Dengan minum EPHYRA kesannya boleh dilihat seawal 7 hari.
  • Kandungan kolagen EPHYRA adalah cukup untuk keperluan badan. Badan manusia tidak memerlukan kuantiti kolagen yang banyak sekali tetapi dengan kuantiti yang sedikit dan berterusan. Perlu diingatkan, pengambilan kolagen yang berlebihan akan memudaratkan buah pinggang.
Selain dari kecantikan kulit, ada lain lagi tak kelebihannya?
EPHYRA ialah skin supplement iaitu minuman tambahan untuk kecantikan kulit, malah ada banyak lagi manfaat lain selain kulit menjadi cerah dan anjal. Antaranya:-
  1. Energy booster ~ Ramai pengguna yang beritahu, selepas minum EPHYRA, rasa penat menjadi kurang. Mereka yang mudah lesu memang akan nampak kesannya dan apabila balik kerja masih boleh meneruskan kerja-kerja rumahtangga.
  2. Rambut kurang gugur ~ Kuatkan akar rambut, malah rambut baru banyak tumbuh. Ini terbukti kerana kolagen boleh menyuburkan dan menguatkan pertumbuhan rambut. 
  3. Sistem pembuangan menjadi lawas ~ membantu untuk mengawal berat badan. Ramai pengguna mengalami turun berat badan selepas minum EPHYRA
  4. Kuku menjadi cantik dan bersinar ~ merawat masalah kuku yang mudah patah
  5. Tumit merekah dan kering ~ masalah tumit dapat diatasi
  6. Lingkaran hitam di bawah mata akan berkurangan ~ tona warna kulit akan lebih sekata
  7. Mengurangkan sakit radang dan sendi lutut ~ Ramai yang sakit lutut apabila minum EPHYRA akan nampak kesannya dalam masa sebulan. Terutamanya kepada golongan warga tua, akan boleh berjalan laju dan menunaikan solat dengan mudah


Apa kata pengguna EPHYRA?
Tentu nak tahu juga testimonial dari pengguna EPHYRA dan lihat video-video lain di Youtube EPHYRA.




Promosi EPHYRA
Sempena Hari Raya Aidilfitri... kalau sebelum ini harga sekotak EPHYRA ialah RM 228, tetapi sekarang hanya RM 197 sekotak. Di dalamnya mengandungi 30 sachets (15 gram setiap sachet) untuk sebulan. Memang berbaloi..


Ada lagi.... Yang ini memang tidak sabar Mia nak beritahu. Promosi yang lagi berbaloi. Pengunjung blog ini boleh beli 2 kotak EPHYRA pada harga RM380 sahaja + FREE GIFT. Sila emelkan ke info@oceanlife2u.com dengan nyatakan nama blog ini, mialiana.com untuk dapatkan harga promosi ini.

Memang menarik, tertarik dan tergoda sungguh dengan EPHYRA ini, Jom cuba Ephyra dengan harga istimewa. Emelkan ke ephyra@mialiana.com atau whatsapp ke 0146118445.

Sesiapa yang berminat boleh hubungi,

Official Website : www.oceanlife2u.com
Instagram : ephyra2u
Telefon : 03 4141 7889
SMS : 019 3999 238
Emel : info@oceanlife2u.com

entri sticky post 24 jam ini dimasukkan pada 7.00 pagi, 29 Julai 2013.

Entri berkaitan :
- Produk Ephyra Tajaan OceanLife Dah Sampai
Read more / Baca Lagi >>>

Monday, July 29, 2013

Murtabak Daging


Menu berbuka hari ini ialah murtabak daging. Lebih suka dimakan dengan sambal daripada kuahnya sendiri.




Kalau nak makan murtabak ini, kenalah berbuka di rumah mertua. Beli kat kawasan sini. Memang laris jualannya. Ramai suka sebab isinya banyak dan kuahnya pun sedap.

Kiranya popular betul. Pukul 5.30 petang masa beli tadi pun... rasanya dah tinggal sedikit. Nasib sempat beli...

favourite Suami Mia....

posted from Bloggeroid

Read more / Baca Lagi >>>

Menang GA Ramadhan Raya by Emas Putih


Alhamdulillah... rezeki di bulan Ramadhan. Tidak sangka pula nombor peserta Mia, 29 terpilih di dalam entri SINI. Terima kasih ya Uzu.

Dan hadiahnya ialah.... Al-Quran / Terjemahan

Al-Quran Al-Karim dengan Panduan Waqaf dan Ibtida'

Mia dah pun berikan butiran maklumat pada Uzu. Tak sabar rasanya nak tunggu hadiah sampai ke rumah. Syukur sangat-sangat...

entri penyertaan Mia ada di SINI...
Read more / Baca Lagi >>>

Sunday, July 28, 2013

Kalau Guna WhatsApp Kena Bayar...


Mia rasa ramai pengguna smartphone menggunakan aplikasi mobile Whatsapp. Memang senang dan mudah untuk berhubung...

Agak-agaknya kalau WhatsApp ni dah kenakan bayaran, ramai tak yang nak gunanya? Atau bertukar kepada aplikasi lain yang lebih percuma...




Tengah godek-godek Setting WhatsApp, teringin pula nak tengok Payment Info... Hmmmm... banyak juga tu setahun $0.99 ....

lebih rela guna aplikasi lain yang percuma....

posted from Bloggeroid
Read more / Baca Lagi >>>

Troubleshooting Blog Maria



Di sini Mia kongsikan masalah yang dihadapi oleh blogger Maria yang ingin membuat auto readmore untuk entri di blognya. Awal bulan Julai, Maria menghantar emel dan meminta bantuan Mia. Setelah mengikuti tutorial di SINI, ternyata Maria tidak berjaya. 

Jom kita troubleshooting apakah penyebabnya dan cara untuk menyelesaikannya....

Template blog Maria ada 2 lokasi untuk tag data:post.body. Mia semak coding blog dan didapati Maria telah memasukkan coding auto readmore di lokasi yang pertama.

Lokasi kedua, ialah di baris 1614, pun perlu dimasukkan coding auto readmore yang sama juga. 

lokasi kedua di baris 1614

coding auto readmore di masukkan

Auto readmore telah berjaya dihasilkan.

Mia tukarkan ayatnya kepada Baca Lagi di mana apabila diklik sahaja, entri akan dipaparkan sepenuhnya. Sekurang-kurangnya, Maria dah mencuba sendiri terlebih dahulu. Mia kagum dengan usaha Maria. Tidak mengapa, kita belajar dari kesilapan.

Entri ini adalah perkongsian untuk blogger baru sekiranya menghadapi masalah yang sama dengan Maria. Boleh mencuba cara-cara yang Mia tunjukkan di atas. Good luck..

memang suka bab-bab coding ni....
Read more / Baca Lagi >>>

Ranking Alexa Mialiana.com 28.7.2013



Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang tidak putus-putus mengunjungi blog ini. Ternyata ranking Alexa blog ini masih lagi maintain di tahap yang selesa. Semuanya bergantung kepada kunjungan trafik yang konsisten ke blog ini. Tanpa anda, tiada maknalah blog ini.

Jemput tengok prestasi blog ini pada hari ini...


Global Rank : 40,855
Rank in Malaysia : 268

sumber : SINI

Klik SINI untuk laporan sebelum ini.

rekod laporan untuk akhir Julai 2013.. (^_^)
Read more / Baca Lagi >>>

Saturday, July 27, 2013

Pentingnya Kalkulator


Selama ini apabila ingin membuat kira-kira, kalkulator ada depan mata. Kat handphone memang ada kalkulator. Bayangkan kalau kita kira tanpa menggunakan kalkulator? Lebih-lebih lagi apabila mengira 4- 5 digit nombor. Tentu lambat, bukan? Kena kira dua tiga kali untuk semak jawapan sama ada betul ataupun tidak.




Hari ini Mia terasa betul-betul pentingnya kalkulator. Bayangkan menjawab soalan matematik untuk Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat F41 tadi, tanpa menggunakan kalkulator. Jenuh juga kira selaju mungkin dengan anggaran satu soalan tidak sampai satu minit harus siap... Habis semua jari diguna... Ala-ala speedy gonzales. Nak fikir pun tak sempat.

Syukur, kalkulator dah ada di zaman sekarang...

baru perasan... setiap hari kita ada mengira...

posted from Bloggeroid
Read more / Baca Lagi >>>

Dah Selesai Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat F41


Alhamdulillah.... Leganya Mia. Beban yang dipikul seminggu dua ini telah pun selesai. Pagi tadi Mia telah hadiri Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat F41 dari jam 8.30 pagi sehinggalah 1.00 petang di Grand Paragon Hotel.

Ramai betul yang hadir. Mia jawab semua soalan dan masa memang tidak mencukupi. Kena jawab cepat-cepat dan tidak boleh ambil masa yang lama untuk jawab satu soalan. Ada juga soalan yang mengelirukan, kena pandai pilih jawapan yang terbaik.

Ini adalah kali kedua Mia hadiri peperiksaan SPA. Sebelum ini untuk jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41.

Semasa di bawah lobi hotel, Mia bertemu dengan blogger Oshin. Itupun dia yang tegur Mia dulu. Minta maaf ya... Mia tidak berapa perasan sangat, dah ramai-ramai macam tu. Sempat juga kami bergambar....




Barulah boleh menarik nafas lega dan jiwa sudah kembali tenteram. Selepas ini, hanya perlu menunggu keputusannya saja...

mood rehat....

posted from Bloggeroid
Read more / Baca Lagi >>>

Kad Raya Daripada Blogger Shida - 2



Tahun ini dapat kad raya daripada blogger Shida lagi. Jauh datangnya, dari Ipoh, Perak. Rajin betul Shida buat kad raya sendiri. Cantiknya..... Terima kasih ya Shida...


Wahhh siap berpantun lagi Shida... Selamat hari raya... Maaf zahir dan batin daripada Mia sekeluarga. Terima kasih juga sudi menghargai persahabatan ini. Terharu sangat-sangat..... (^_^)

klik SINI untuk tengok kad raya Shida tahun lepas...
Read more / Baca Lagi >>>

Friday, July 26, 2013

Status Kuota Pelan Data - 2



Setiap kali dah nak sampai hujung bulan, perkara yang memang sentiasa menjadi perhatian ialah status kuota pelan data yang tidak habis digunakan. Nak kata jimat... tidaklah jimat sangat. Mia baru guna 2.31 GB. Sempat lagi nak habiskan ni, ada masa beberapa lagi sebelum Ogos menjelma.

Pening nak habiskannya sedangkan orang-orang lain sentiasa tidak mencukupi. Malah ada yang menambah kuota pelan data lagi. Entri sebelum ini, SINI dan SINI.

Syukur... 3GB masih lagi mencukupi...

mood mobile internet...
Read more / Baca Lagi >>>

Review Kakao Talk


Semakin lama, semakin banyak aplikasi mobile yang muncul saban hari. Sebagai pengguna internet yang tegar, tentulah patut mencuba menggunakannya. Aplikasi yang kini terhangat di kaca televisyen ialah Kakao Talk, free calls and text messaging. Pertama kali menggunakannya Mia cukup berkenan dengan fungsi Free Call, maksudnya panggilan percuma kepada rakan-rakan kita. ID Mia ada di entri SINI.

Memudahkan dan menjimatkan asalkan ada pelan data internet. Jemput tengok antara paparan printscreen dari handphone Mia...

paparan skrin pertama

senarai chat

Sesi meroyan dengan Kak Aida guna Free Call

Borak dan sembang dengan Kak Aida dan Kak Mazni guna Group Call

Senang sangat nak berhubung dengan Suami Mia, keluarga dan juga rakan-rakan. Semuanya sudah tersedia. Rugi kalau tidak mencuba...

suka sangat.... (^_^)
Read more / Baca Lagi >>>

Permudahkanlah Segalanya




Barangsiapa ditimpa kegelisahan, kesuntukan, penderitaan atau kesulitan,
lalu dia mengucapkan "Allahu Rabbi Laa Syarikalah"
nescaya semua itu akan Allah lenyapkan darinya.

Sumber : SINI

tazkirah di hari Jumaat...
Read more / Baca Lagi >>>

Thursday, July 25, 2013

Mood Sangat-Sangat Busy


Mulai malam ini, mood Mia bertukar kepada sangat-sangat busy. Esok Mia ambil cuti. Hari Sabtu ini Mia perlu hadiri Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat F41.




Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Mia berusaha untuk belajar mana yang termampu. Susah hati dan risau pun ada juga ni. Walaupun sekadar membaca untuk tambahkan pengetahuan am tentang teknologi maklumat dan buat latihan matematik. Namun, hati ini cukup berdebar-debar...

Untuk makluman, Mia sediakan entri autopublish untuk hari esok dan lusa buat tatapan pengunjung blog ini yang dikasihi....

tolong doakan Mia ya.... tiba-tiba terasa macam nak pergi berperang je...

Entri berkaitan :
Persediaan Menghadapi Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat F41

posted from Bloggeroid
Read more / Baca Lagi >>>

Tahniah Buat Blogger Eraz


Wahhhhh... bestnya. Mia nak ucapkan tahniah kepada blogger Eraz yang kini dengan rasminya menjadi seorang ayah.




Isterinya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan tengahari tadi. Alhamdulillah telah selamat semuanya. Semoga ibu dan anak sihat walafiat hendaknya.

Congratsss sangat-sangat pada Eraz.... tentu sibuk dengan kehadiran orang baru. Raya bertigalah tahun ni... (^_^)

tumpang gembira...

posted from Bloggeroid

Read more / Baca Lagi >>>

Hadiah Gloria Jean's Coffees Malaysia Dah Sampai


Sukanya Mia...apabila semalam petang sebelum berbuka puasa Mia terima bungkusan GDEX. Memang lama sangat menanti ni. Terus cepat-cepat buka bungkusan ini.

Alhamdulillah sampai juga hadiah Gloria Jean's Coffees Malaysia ke tangan Mia. Terima kasih ya....

Jom tengok hadiahnya...




Hadiah berupa Draw It Yourself Travel Mug yang sangat cute beserta set pensil warna. Paling terharu sekali apabila ada kata-kata madah Mia untuk contest dicetak dengan kreatif dan tertera pada mug ini. Syukur sangat-sangat...

mood suka + senyum sakan....

Entri yang berkaitan :
Read more / Baca Lagi >>>

Wednesday, July 24, 2013

Proses Tuntutan Hadiah Giveaway Sedang Berlangsung


Alhamdulillah.... ada beberapa orang pemenang telah pun menerima hadiah mereka pada hari ini daripada sponsor. Sukanya Mia...

Sejak keputusan pemenang Giveaway 10K Followers diumumkan semalam, sudah ada ramai pemenang yang melaporkan diri di fanpage Mia. Kepada yang belum, sila berbuat demikian dalam masa 7 hari selepas keputusan diumumkan. Butiran yang diperlukan hendaklah dilengkapkan dan Mia akan maklumkannya kepada sponsor yang berkenaan.

Mia lebih suka memilih cara seperti ini supaya proses tuntutan hadiah menjadi senang dan cepat. Ia juga boleh mengelakkan masalah yang mungkin akan timbul di antara sponsor dan pemenang.



Di harap semua sponsor yang dapat memberikan kerjasama sepenuhnya semasa proses tuntutan hadiah ini berlangsung. Terima kasih...

kali pertama melibatkan ramai sponsor.. risau juga ni...

posted from Bloggeroid

Read more / Baca Lagi >>>

Top Supporters April 2017