October 2013

Thursday, October 31, 2013

Penjelasan Daripada Seorang Pengasuh


Tempohari Mia ada buat 2 entri berkaitan pengasuh di SINI dan SINI. Rentetan daripada komen-komen yang ada dalam 2 entri tersebut telah mendapat perhatian daripada seorang pengasuh.

Jemput baca apa yang ingin diperjelaskan supaya jangan memandang negatif terhadap pengasuh.






Terima kasih di atas penjelasan yang diberikan. Setiap orang ada pendapatnya masing-masing. Diharap para pengunjung tidak tersalah faham.

dah 5 hari berlalu... baru sekarang sempat buat entri ini.......

posted from Bloggeroid
Read more / Baca Lagi >>>

Pukul 3.00 Pagi


Kalau dah tertidur awal jam 8.00 malam, macam inilah jadinya. Tengah malam boleh bangun, dan sibuk menghadap handphone dia.




Sofea.. Sofea... ni dia tengah sibuk main pou dia. Nak shopping baju baru katanya. Segar bugar. Mia dah ngantuk semacam. Akhirnya... matikan lampu. Tinggal lampu dapur sahaja supaya tak gelap sangat. Barulah dia tidur semula.

selagi tak gelap, selagi itu susah nak tidurkan dia......

posted from Bloggeroid
Read more / Baca Lagi >>>

Pengumuman Pemenang Segmen 12 Jam Bloglist #5



Akhirnya sampai juga ke tarikh 31 Oktober 2013... Alhamdulillah, Mia telah pun selesai follow dan blogwalking kesemua 77 blog peserta. Terima kasih kerana sudi menjayakan segmen ini. Pemilihan pemenang telah dibuat melalui random.org. Sila rujuk entri SINI untuk senarai peserta.

Seperti yang dijanjikan pemenang bagi segmen ini dan sekaligus bakal menjadi penyeri bloglist Mialiana.com untuk bulan November dan Disember ialah
















Tahniah kepada semua pemenang di atas. Diharap anda semua akan dapat masukkan blog Mia ke dalam bloglist masing-masing mulai esok, 1 November 2013. Sekiranya didapati selepas 5hb, blog Mia masih belum dimasukkan lagi, bermakna anda tidak setuju dan Mia akan keluarkan blog anda daripada bloglist Mia. Harap maklum.

segmen berkala yang nampaknya akan diteruskan lagi untuk tahun 2014.. (^_^)
Read more / Baca Lagi >>>

Wednesday, October 30, 2013

Wordless Wednesday 54




Makan waffle + ice cream di event SINI 

posted from Bloggeroid
Read more / Baca Lagi >>>

Hadiah Yang Dibawa Pulang Semalam


Semalam kan Mia dan Kila ada pergi event VMware Solutions Symposium 2013 di Kuala Lumpur dan kami turut bawa pulang hadiah / goodies / cenderahati yang kami dapat dari booth yang dilawati. Memang suka sangat.

Jom tengok...

Hadiah yang diterima dari booth Dell. Koleksi bola golf, voucher Jusco RM30 dan set toolbox. Ingatkan bola golf mainan punya, rupanya bola golf betul. Adui.. nak main kat mana ni...

Patung bear, robot comel, bola berlampu, pen dari booth Emerson dan Veeam.

Hadiah purse dari Trend Micro, T-shirt dari Global Knowledge, botol air dari Hitachi, coklat m&m dari HP, cd antivirus dari McAfee, highlighter dari Bintara, tag nama dari CISCO dan EMC.

Alhamdulillah.. syukur. Suka join aktiviti yang diadakan oleh booth-booth ini. Ada yang cabutan bertuah, teka bilangan, pusing roda impian, masuk dalam kotak besar berangin untuk ambil kupon hadiah, buat slogan dan lain-lain lagi. 

walaupun penat tapi bila tengok hadiah... rasa berbaloi... (^_^)

Read more / Baca Lagi >>>

Wordless Wednesday 53






Boleh terkaraoke di event SINI...
posted from Bloggeroid
Read more / Baca Lagi >>>

Tuesday, October 29, 2013

Pou Sakit


Adui.. gawat ni. Tiba-tiba ada notification pou Mia sakit. Terlupakan dia satu hari ni. Patutnya berikan max potion hari ini.

Apalagi... cepat-cepat buka game pou dan beli health potion. Selepas minum health potion terus sihat. Leganya.










Sayangnya kat pou ni. Banyak dah shopping kan untuk dia. Tak nak dia mati. Penat tu... kalau kena jaga dari kecil semula.

penghibur di kala duka...

posted from Bloggeroid
Read more / Baca Lagi >>>

VMware Solutions Symposium 2013


Hari ini Mia dan pelajar praktikal, Kila menghadiri VMware Solutions Symposium 2013 di One World Hotel. Ramai betul yang hadir dan banyak booth dibuka antaranya Cisco, Dell Intel, EMC, Hitachi, HP Intel, Trend Micro, F5, Symantec, McAfee, Hitachi, Emerson, Fujitsu dan lain-lain. Mana yang rajin bertandang dan rajin isi borang bolehlah dapat cenderahati daripada setiap booth. Jenuh nak mengisi tu. Kumpulkan cop yang penting untuk cabutan bertuah. Ini pun rasanya tinggal 6 booth lagi belum lengkap copnya di bahagian Silver Education Sponsors.
















Siapa yang datang awal akan dapat voucher Jusco RM30. Sukanya. Petang nanti barulah habis.

Hadiah yang dibawa pulang ada di entri SINI.

suka update diri dengan teknologi IT terkini...

posted from Bloggeroid
Read more / Baca Lagi >>>

Monday, October 28, 2013

Makan Malam Dengan Pengasas Produk Ephyra


Wahhh bestnya tadi. Mia dengan pengasas produk Ephyra, Puan Amiza. Kami makan malam di Aji Don Alley, Plaza Damas Sri Hartamas. Baiknya hati Puan Amiza ni ambil Mia di Quality Hotel City Centre pukul 8.00 malam tadi. Tengahari tadi Mia sampai Kuala Lumpur. Esok Mia ada seminar IT di sini.

Dapat jugalah Mia berborak secara in-person dengan Amiza (lebih mesra guna nama ni). Kata orang, kisah di sebalik suka duka produk Ephyra. Macam-macam lagilah yang diborakkan sehinggalah timbul idea nak cuba buat Giveaway kat blog Mia ni. Terharunya Mia. Hadiahnya ialah produk Ephyra. Doakan agar perancangan untuk kerjasama Giveaway ini menjadi. Maklumlah kan... bukan senang nak buat. Agak-agak ramai tak.. yang nak join Giveaway Ephyra ini? Risau juga Mia, kot-kot tiada sambutan ke... Harap sangat pengunjung akan suka dengan Giveaway ini nanti kalau perancangan ini menjadi.

original faces tanpa make-up

kuey teow goreng penang

dari handphone iphone 5 Amiza

kotak ke 3 Ephyra untuk Mia

Alhamdulillah.. syukur. Mia dapat kotak ke 3 Ephyra daripada Amiza. Terima kasih ya. Suami Mia juga dah mula gunakan produk ini.

Jom cuba Ephyra dengan harga istimewa. Emelkan ke ephyra@mialiana.com 
atau hanya dengan whatsapp ke 0146118445.

seorang wanita yang berpandangan jauh, cekal dan rajin berusaha... terbaiklah pengasas produk Ephyra ini...

Read more / Baca Lagi >>>

Event Ephyra Bersama Memey Suhaiza Dan Norman Hakim


Pada hari Sabtu lepas, Mia dan Suami Mia telah menghadiri event Ephyra bersama pasangan selebriti yang popular, Memey Suhaiza Dan Norman Hakim di Flora Terrace Hampshire Place Kuala Lumpur. Nak tengok kad jemputannya ada di entri SINI. Sebenarnya event ini diadakan eksklusif  untuk para media dan blogger. Bukan itu sahaja, para pemenang contest Ephyra tempohari pun turut diraikan. Memang kreatif betul mereka ini. Pandai bergaya dengan Ephyra.

Kata orang, kiranya malam itu ibarat sesi beramah mesra. Betul-betul mesra malam itu. Apa tidaknya, event atau majlis ini tidak pernah sunyi dengan celoteh pengacara jemputan yang begitu peramah, Kak Amyza Aznan. Pandai melawak dan hidupkan suasana. Majlis tersangatlah meriah.

Pasangan selebriti Memey Suhaiza dan Norman Hakim dilantik secara rasmi sebagai duta produk Ephyra memandangkan mereka adalah pengguna tegar produk Ephyra sejak Ogos 2013 lagi dan amat berpuashati dengan kesan positif yang dialami. Awish pun ada sekali. Mereka menceritakan pengalaman dan perubahan ketika menggunakan produk Ephyra. Ternyata memang berbaloi dan tidak merugikan.

Puan Amiza, CEO OceanLife Marketing Sdn Bhd merangkap founder produk Ephyra tampil begitu anggun sekali. Memang cantik sangat orangnya. Jeles betul dengan bentuk badannya yang ramping. Peramah orangnya dan tidak lekang dengan senyuman.

Aktiviti lain malam itu ialah sesi soal jawab tentang produk Ephyra, jamuan makan malam, karaoke dan bergambar sakan... serius ni sampai sakit urat pipi sebab banyak sangat ambil gambar. Senyum memanjang.

Mia rasa seronok dapat jumpa kawan-kawan blogger seperti Eyriqazz, Yana, Ujang, Kak Ina dan lain-lain. Masa terasa cukup singkat, rasa macam tak puas sahaja.

Nak tahu tak satu lagi perkara. Mia telah secara tidak sengaja terkaraoke pula malam itu. Mula-mula acah pengacara kot-kot ada lagu Seiring Dan Sejalan... rupanya ada pula. Adui, parah ni. Kak Amyza boleh jumpa pula lagu itu. Terpaksa jugalah karaoke walaupun suara tidaklah berapa nak merdu. Berduet dengan Suami Mia. Terharunya. Gambar kami berkaraoke diambil oleh Norman Hakim menggunakan handphone Suami Mia. Lagi terharu bila dapat hadiah seorang satu. Suka sangat-sangat.

Jom tengok gambar-gambar kami masa itu.... banyak sebenarnya, tapi kalau nak puas tengok kat bawah ini, sila klik pada gambar untuk besarkan.



















Yang penting, kami gembira dapat hadir ke event ini walaupun datang dari jauh. Terima kasih banyak-banyak Puan Amiza. Dapat bawa balik goodies produk Ephyra. (^_^)

Ini juga kali pertama Mia hadiri event tanpa pakai foundation cuma pakai krim pelembap muka dan bedak loose powder. Ada cerita tentang Ephyra dalam blog ini. Boleh tengok entri pengenalan produk Ephyra di SINI dan entri testimoni Mia di SINI.

Jom cuba Ephyra dengan harga istimewa. Emelkan ke ephyra@mialiana.com 
atau hanya dengan whatsapp ke 0146118445.

the sweetest moment dalam hidup Mia, dapat bergambar dengan selebriti Memey Suhaiza Dan Norman Hakim... rasa macam mimpi (^_^)
Read more / Baca Lagi >>>

Top Supporters January 2017