November 2013 - Mia Liana

Saturday, November 30, 2013

Giveaway Ephyra : Cepat Join Sebelum 11.59 Malam Ini

11/30/2013 10:06:00 PM 16 Comments

Wahhhhh..... tak sampai 2 jam Giveaway ini akan tamat. Kepada yang belum join, cepat-cepatlah join sebelum jam 11.59 malam ini...

Jom cuba Ephyra dengan harga istimewa. Emelkan ke ephyra@mialiana.com atau hanya dengan whatsapp ke 0146118445.

alhamdulillah... dah lebih 200 penyertaan.... (^_^)

Hati-Hati Dengan Putar Belit Advertiser

11/30/2013 04:48:00 PM 41 Comments

Tadi pagi Mia update wall status facebook Mia dengan keadaan yang agak kecewa. Boleh baca kat gambar printscreen di atas.

Kadang ada yang cop blogger sombong bila tolak tawaran lumayan dari advertiser (pengiklan). Bukan itu sebenarnya yang blogger cari. Macam Mia, Mia selalu berhati-hati tidak mahu terjadi seperti blogger-blogger lain.

Kadang advertiser hanya pentingkan diri sendiri dan sentiasa pandang rendah pada blogger. Walaupun blogger itu ada kerjaya tetap yang profesional. Sekarang ini.. golongan profesional pun ada blog sendiri.

Ingat dengan bayaran yang lumayan boleh beli blogger? Oh.. please... blogger pun ada maruah juga. Jadi bila ada advertiser sebegini, sila semak butiran perjanjian (agreement) dengan betul. Kalau ianya lebih berat kepada advertiser, tidak perlulah nak susahkan diri sendiri.

Dalam kes ini, Mia dengan rela hati melepaskan RM 2000 sebulan pergi. Sebab tahu kemampuan Mia. Mia ada komitmen kerja dan keluarga. Syukur sangat, telah ditunjukkan keadaan sebenar yang advertiser ini tidak boleh nak toleransi sebelum sign agreement. Alhamdulillah...

Terima kasih kepada Eyriqazz yang inbox facebook Mia, berikan pandangan dan nasihat kepada Mia. Barulah rasa lega sedikit hati ini.

Entri ini tidak berniat untuk burukkan sesiapa tetapi sekadar luahan Mia saja.

tidak mengapa... yang penting kita happy berblog... (^_^)


Giveaway Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda
Hadiah bernilai RM 2,387.00 untuk dimenangi

Dah join ke belum? Hari ini hari terakhir. Cepat ya, sebelum 11.59 malam ini.

Cuci Bilik Air Dengan Sofea

11/30/2013 02:27:00 PM 17 Comments
Hari ini hari Sabtu. Aktiviti bersama keluarga. Sofea sibuk nak tolong Mia cuci bilik air. Tolong beruskan lantai. Sukanya Mia. Sofea dah besar dan dah boleh tolong buat kerja-kerja rumah. Tapi kena buat sama-sama dengan Sofea. Barulah mesra...


Terpancar wajah ceria Sofea bila lantai bilik air dah bersih. Selama ini dia cuma tengok Mia cuci bilik air. Minggu ini dia join sama. Siap booking awal-awal, minggu depan pun dia nak tolong cuci bilik air juga.

pentingnya kebersihan dalam bilik air...


Giveaway Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda
Hadiah bernilai RM 2,387.00 untuk dimenangi

Dah join ke belum? Hari ini hari terakhir. Cepat ya, sebelum 11.59 malam ini.

Mialiana.com Sudah Ada 10600 Followers

11/30/2013 05:39:00 AM 50 Comments
Alhamdulillah..... syukur sangat blog ini, mialiana.com sudah ada 10,600 followers. Terima kasih kepada semua yang sudi follow blog ini.


Memang diakui Mia kadang tidak sempat nak follow balik. Bukannya sombong tetapi ada komitmen lain dan masa pun tidak mencukupi untuk blogwalking. Sudilah kiranya inbox fanpage mialiana.com, tinggalkan url blog supaya senang Mia nak follow balik bila-bila ada kelapangan nanti.

terima kasih sekali lagi...... (^_^)

Giveaway Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda
Hadiah bernilai RM 2,387.00 untuk dimenangi

Dah join ke belum? Hari ini hari terakhir. Cepat ya, sebelum 11.59 malam ini.

Friday, November 29, 2013

Makan Berdulang

11/29/2013 01:45:00 PM 38 Comments
Sebelum waktu tengahari tadi, Mia makan berdulang nasi beriani kambing dengan Kak Aida dan Dayah. Pagi tadi ada event Majlis Perhimpunan Pagi disambung dengan bacaan yassin dan akhir sekali tazkirah.

Selepas itu... jamuan makan....




Misi makan berdulang dah selesai. Habis licin. Alhamdulillah... kenyang...

rezeki makan.. jangan ditolak...


Jemput join Giveaway Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda
25/11/2013 - 30/11/2013
Hadiah bernilai RM 2,387.00 untuk dimenangi

Jemputan Ke Blogger Site Visit Day Trip

11/29/2013 09:20:00 AM 25 Comments
Sukanya Mia, bila terima emel jemputan ini dari SEDA Malaysia. Terima kasih sudi jemput Mia... (^_^)



Wahhhh.... nak pergilah lawatan ini. Bukannya senang nak dapat peluang macam ini.

Antaranya blogger akan dibawa untuk melawat tempat solar farm, biomass lanfill dan ke rumah-rumah contoh yang memasang solar.

Tapi setiap kali event blogger, kenalah Mia turun ke Kuala Lumpur dan melibatkan kos yang agak besar untuk menginap di hotel dan perjalanan pergi balik dari Johor Bahru.

Masih dalam pertimbangan Mia. Memang nak sangat pergi....

event SEDA Malaysia yang Mia hadir sebelum ini, ada di SINI...


Jemput join Giveaway Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda
25/11/2013 - 30/11/2013
Hadiah bernilai RM 2,387.00 untuk dimenangi

Thursday, November 28, 2013

Projek Aiskrim Play-Doh

11/28/2013 09:56:00 PM 44 Comments

Inilah dia hasil beberapa cawan aiskrim yang dibuat oleh Sofea dan Suami Mia. Mia ambil gambar sekejap untuk update blog ini. Bising juga Sofea sebab belum siap lagi hias aiskrimnya itu.

Sehari dua ini Sofea asyik main play-doh sahaja, sejak kami belikan tempohari. Kisahnya ada di SINI. Malam ini pun main play-doh. Habis melekat-lekat semuanya...

aiskrim yang tidak boleh dimakan...


Jemput join Giveaway Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda
Hadiah bernilai RM 2,387.00 untuk dimenangi

Dapat Doodle Dari Blogger Farhan

11/28/2013 01:03:00 PM 39 Comments
Wahhhh... Mia dapat doodle dari blogger muda yang berusia 14 tahun, Farhan. Dia ada buat entri di SINI. Terima kasih ya. Comel doodle ini. 



Muda-muda lagi dah pandai buat artwork sendiri. Bakat yang ada harus dikembangkan. Mana tahu dah besar nanti, akan berjaya dalam bidang rekabentuk grafik.

Hebatlah Farhan ni... (^_^)

jom kenal-kenal dengan Farhan ya...


Jemput join Giveaway Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda
Hadiah bernilai RM 2,387.00 untuk dimenangi

Giveaway Ephyra : Sudah Ada 175 Penyertaan

11/28/2013 10:01:00 AM 20 Comments

Alhamdulillah, Giveaway Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda telah pun mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para blogger. Terima kasih kepada semua yang sudah join. Tentu tidak sabar nak tahu keputusannya, kan?

Peluang untuk mendapat sponsor produk Ephyra ini jangan dilepaskan. Mana-mana blogger boleh join. Kita tengok siapa yang bertuah nanti... ada yang nak buat hantaran kahwin.. ada yang hadiahkan pada ibu... Yang pastinya, ramai yang join untuk cuba sendiri produk yang hebat ini.

Sabtu ini hari terakhir giveaway ini..... Jangan tunggu lama-lama... join tau...

Jom cuba Ephyra dengan harga istimewa. Emelkan ke ephyra@mialiana.com atau hanya dengan whatsapp ke 0146118445.

support Mia ya...

Jemput join Giveaway Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda
Hadiah bernilai RM 2,387.00 untuk dimenangi

Wednesday, November 27, 2013

Play-Doh Perfect Twist Ice Cream Untuk Sofea

11/27/2013 06:41:00 AM 26 Comments

Inilah dia hadiah untuk Sofea yang dapat semua A dalam final exam tadikanya tahun ini. Ada dikisahkan di SINI. Dah lama Sofea nakkan set mainan play-doh. Cuma Mia dan Suami Mia nak tunggu sehingga keputusan final exam Sofea keluar. Dah janji dengan dia, kalau semua subjek dapat A, baru kami belikan. Sementara itu, saban hari Sofea asyik tengok video main play doh di youtube sahaja. Memang betul-betul berminat ni...

Semalam, semasa pergi ke Jusco Bukit Indah, kami belikan Sofea satu set Play-Doh Perfect Twist Ice Cream. Betapa sukanya dia. Terus ceria sangat. Bukannya apa.. supaya rasa dihargai apabila mendapat keputusan yang bagus semasa exam. Kiranya sebagai perangsang supaya akan datang dia akan kekal belajar dengan bersungguh-sungguh.

tak pasal-pasal mak dan ayahnya pun kena main sama... (^_^)


Jemput join Giveaway Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda
Hadiah bernilai RM 2,387.00 untuk dimenangi

Tuesday, November 26, 2013

Cup Cake Dari Anis

11/26/2013 08:02:00 PM 24 Comments
Sebelum pulang kerja petang tadi, tiba-tiba Anis datang hantar cup cake birthday di Unit ICT. Wahhh.. rezeki lagi. Tak perasan pula birthday Anis semalam. Sempat juga wish tadi birthday mom itu.

Dah namanya cup cake, tentulah manis. Alhamdulillah. Rezeki hari ini dapat makan strawberi, dapat fridge magnet dan dapat makan cup cake.... Syukur.



manis... semanis tuannya...


Jemput join Giveaway Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda
Hadiah bernilai RM 2,387.00 untuk dimenangi

Fridge Magnet Dari Korea

11/26/2013 04:55:00 PM 31 Comments

Hari ini Hafizs baru naik pejabat selepas outstation 2 minggu di Korea mengikuti satu program anjuran JPA. Ada ole-ole untuk staf unit ICT. Rezeki kami dapat fridge magnet dari Korea. Untunglah dapat jalan-jalan ke sana. Seronoknya bila dia tunjukkan gambar-gambar lawatan semasa di sana dan bercerita tentang makanan, budaya dan kehidupan di dalam rumah yang serba hi-tech. Nak guna tandas pun main tekan-tekan untuk keluarkan air. Memang best katanya. Kami yang mendengarnya rasa teruja sekejap

Mia punya yang warna pink itu.... lawa kan? Dikepit oleh fridge magnet yang warna biru, untuk Aqhmar dan Nasuha. Alhamdulillah, tambah lagi koleksi fridge magnet di peti sejuk Mia.

suka sangat warna pink... (^_^)


Jemput join Giveaway Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda
Hadiah bernilai RM 2,387.00 untuk dimenangi

Buah Strawberi Dari Cameron Highland

11/26/2013 03:36:00 PM 25 Comments


Rezeki buah strawberi untuk staf unit ICT hari ini. Ole-ole dari Cameron Highland. Bos outstation ke sana tempohari. Dapat jugalah merasa sebiji dua. Masam sedikit, tidak mengapa.

Sukanya.... (^_^)

so sweet....


Jemput join Giveaway Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda
Hadiah bernilai RM 2,387.00 untuk dimenangi

Giveaway Ephyra : Sudah Ada 86 Penyertaan

11/26/2013 10:32:00 AM 23 Comments


Alhamdulillah... setakat ini sudah ada 86 penyertaan untuk Giveaway Ephyra Serlahkan Kejelitaan Anda. Terima kasih kepada semua yang sudah join.

Kepada yang belum join, sudi-sudikanlah diri tu untuk join. Semua blogger dijemput join. Lelaki pun boleh juga. Senang dan mudah untuk join. Hanya perlu copy dan paste coding yang telah Mia sediakan. 

Peluang ada di depan mata
Jangan tunggu lama-lama
Hanya ambil sedikit masa
Entri copy paste sekejap saja

Jom cuba Ephyra dengan harga istimewa. Emelkan ke ephyra@mialiana.com atau hanya dengan whatsapp ke 0146118445.


Klik SINI untuk join giveaway yang luar biasa terserlah ini.... (^_^)


Jemput join Giveaway Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda
Hadiah bernilai RM 2,387.00 untuk dimenangi

Monday, November 25, 2013

Asyik Buang Ini Saja

11/25/2013 11:47:00 PM 22 Comments

Kalau setiap kali online, Mia akan semak ini dahulu di blogger dashboard. Apa tidaknya asyik nak kena buang ini saja. Komen berunsurkan spam. Macamlah kita ini tidak ada kerja lain. Padahal selepas maghrib tadi, Mia dah buang. Baru beberapa jam dah melambak macam ini. Terfikir juga macam mana mereka ini boleh buat kerja ini ya.... huhuh

Mia memang sentiasa buang... kalau satu hari tak buang, alamatnya lagilah melambak. Memang senang saja nak buang tapi kalau dah sepanjang masa asyik nak membuang, jenuh kita nanti... Yang penting kita buang dari dibiarkan.

jangan simpan tau... buang je....


Jemput join Giveaway Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda
Hadiah bernilai RM 2,387.00 untuk dimenangi