January 2014

Friday, January 31, 2014

Makan Malam Dengan Roti


Alhamdulillah, rezeki malam ini bila bertandang ke rumah kedua a.k.a. yang terakhir, kami disajikan dengan roti. Sofea punyalah suka.


Sempat posing dengan roti. Sedap....

puas makan roti ni.....
Read more / Baca Lagi >>>

Hari Ini Hari Terakhir Fasa Kedua Giveaway Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda


Fasa Kedua Giveaway Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda

Hari ini adalah hari terakhir penerimaan entri review dari semua peserta. Kepada yang belum hantar lagi, sila hantar ke inbox fanpage Mia sebelum 11.59 malam ini. Terima kasih kepada semua peserta yang telah pun menghantar entri review masing-masing. Macam-macam cerita. Nak tahu kisah mereka, jom terjah entri mereka di SINI.

Keputusan akan diumumkan dalam masa terdekat selepas selepas sesi penilaian yang dibuat oleh pihak OceanLife. Nampak gayanya... clue yang Mia terima setakat ini, memang akan ada lebih seorang yang akan menang. Doa-doa lah ya...

Semoga berjaya.... sihat dan cantik dengan Ephyra... (^_^)

Jom cuba Ephyra dengan harga istimewa. Emelkan ke ephyra@mialiana.com atau hanya dengan whatsapp ke 0146118445.

surprise.... ada giveaway Ephyra yang ketiga di bulan Februari nanti, khas untuk mereka yang nak sangat cuba minum Ephyra dan belum pernah menang mana-mana contest Ephyra sebelum ini... tunggu ya...
Read more / Baca Lagi >>>

Mee Bandung Santapan Petang



Seronoknya dah bertandang ke rumah saudara, boleh pula dihidangkan mee bandung. Kata orang rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Teruslah kami makan sekeluarga. Alhamdulillah... 



Alamak... boleh termasuk pula pisang yang dibeli tadi di SINI. Sofea pula yang suka makan. Dah lama tak jumpa, sekali datang seronoklah nampaknya. Kat rumah Adik Mak Mertua Mia ni...

family relatives hour....
Read more / Baca Lagi >>>

Buah Tangan... Buah Pisang...


Punyalah agak sibuk hari ini. Dah namanya cuti. Petang sampai ke malam pula pergi melawat saudara sebelah mertua. Selalunya kalau datang bertandang rumah saudara, tak sah kalau tak bawa buah tangan.


Yang paling mudah, beli buah pisang. Nampak tak Mak Mertua Mia borong buah pisang? Ada dua rumah nak pergi hari ini. Dah macam raya pula...

update blog masa on the way ke Kota Tinggi...
Read more / Baca Lagi >>>

7 Rahmat Di Sebalik Dugaan



Perkongsian dari fanpage Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad yang boleh memotivasikan kita supaya sentiasa bersabar menghadapi apa jua keadaan.


7 rahmat di sebalik dugaan

  1. Allah tingkatkan darjat dan keimanan kita
  2. Allah tarik sedikit nikmat untuk diberikan nikmat yang lebih besar
  3. Allah berikan satu musibah bagi mengalih musibah yang lebih besar
  4. Allah hapuskan dosa-dosa kita
  5. Allah sedarkan kita dan mahu mendengar rintihan hati kita yang semakin mendekatinya
  6. Allah mahu berikan iktibar kepada orang lain melalui kita
  7. Tanda Allah ingat dan sayangkan kita
Syukur.... alhamdulillah. Perkongsian yang baik untuk tazkirah di tengahari Jumaat ini. Sama-samalah kita muhasabah diri.

 jangan sampai lupa diri bila diduga... huhuhu..
Read more / Baca Lagi >>>

Selamat Bercuti Chinese New Year


Wahhh.. selamat bercuti Chinese New Year buat semua pengunjung blog ini. Tentu ada yang balik kampung. Pergi jalan-jalan. Ataupun hanya di rumah pun tidak mengapa. Asalkan kita semua gembira dan ceria bersama keluarga.


Comel je kan... tengok ikon gambar ini dari Google. Google pun wish juga.

Mia dan Suami Mia pula nak sambung projek mengecat di rumah sewa. Buat sikit-skit memanglah lambat siap. Cadangnya nak sewakan bulan Februari ini...

family hour...
Read more / Baca Lagi >>>

Pencarian 50 Bloglist Mamaniza.com




Wahhh.... hebat ni Hasniza yang lebih dikenali dengan Mama Niza buat segmen bloglist. Hari ini hari terakhir baru Mia sempat join.

Tengok-tengok ramai pula yang dah join. Tak kira. Nak menyelit juga. Salam perkenalan buat blogger yang baru mengenali blog ini.

kalau free... jomlah join....
Read more / Baca Lagi >>>

Thursday, January 30, 2014

Program Latihan Terapi Spa di Beaubelle Academy



Program Latihan Terapi Spa di Beaubelle Academy

Kepesatan pembangunan industri spa kini menarik ramai pelancong asing yang ingin memelihara badan, minda dan rohani termasuklah spa dan barangan penjagaan diri. Begitu juga dengan pelancong tempatan. Bagi menampung keperluan yang mendesak ini, Beaubelle Academy menjemput kepada semua yang layak untuk memperoleh sumber pendapatan di samping menjalani latihan melalui biasiswa yang ditawarkan. Latihan terapi spa mampu meningkatkan kemahiran dan memberi peluang kepada setiap individu untuk mendapat kerjaya yang stabil pada masa hadapan.

Program ini membuka peluang kepada keluarga yang kurang berkemampuan untuk menghantar anak-anak mereka ke kolej / universiti, mereka yang tidak ada pekerjaan, anak-anak yatim, lepasan sekolah, ibu tunggal, dan mereka yang berminat untuk mempelajari teknik yang betul untuk melakukan terapi spa.

Ditaja sepenuhnya oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia dan Beaubelle Academy. Ditawarkan kepada mereka yang berumur 18 tahun hingga 40 tahun. Berlangsung selama 6 bulan dan merangkumi 2 bahagian iaitu Teori selama 3 bulan di Beaubelle Academy dan Latihan Amali di premis spa terpilih selama 3 bulan. Beaubelle mempunyai 2 buah spa iaitu di ibu pejabat, Dataran Prima dan sebuah lagi di Starhill, Kuala Lumpur.

Sepanjang berada 3 bulan di Akademi, pelajar akan diberi elaun sebanyak RM300 sebulan kepada mereka yang mempunyai jumlah pendapatan seisi rumah tidak melebihi RM3000. Selama 3 bulan berada di Akademi, pelajar diberi pilihan untuk tinggal sendiri atau di asrama (hostel) yang disediakan oleh Beaubelle Academy. Pelajar yang ingin tinggal di asrama akan dikenakan bayaran sebanyak RM150 sebulan termasuk bil air dan bil elektrik.

Selepas 3 bulan di Akademi, pelajar akan menjalani latihan amali di premis spa bertaraf 3 bintang hingga 5 bintang dan mereka akan terus diserap di spa tersebut. Antara spa-spa bertaraf 3 bintang hingga 5 bintang yang telah menempatkan pelajar-pelajar Beaubelle Academy, ialah Shangri La Putrajaya, Spa Village Kuala Lumpur, The Banjaran Hotspring, Body Perfect Sdn. Bhd., Reedes Beauty Centre, Spa Manja Johor Bahru, Pullman Putrajaya Lakeside, Avillion Spa Port Dickson dan The Sompotan Spa.

Selepas tamat pengajian, pelajar akan diberi pengiktirafan Sijil SKM Tahap 3, di mana sijil ini sebenarnya adalah sijil yang perlu pelajar ikuti selama setahun tetapi di Beaubelle Academy, pelajar hanya perlu menjalani latihan selama 3 bulan sahaja. Para pelajar akan mempunyai kontrak selama 2 tahun dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia untuk bekerja di spa tersebut.


Kemudahan asrama pelajar





Jika anda berminat, jemputlah datang ke Hari Terbuka Kerjaya Beaubelle Academy pada hari Isnin, 17 Februari 2014

klik pada gambar untuk besarkan

Rebutlah peluang untuk menerima biasiswa bernilai RM9,500 termasuk elaun bulanan sebanyak RM300 sebulan sepanjang 3 bulan di Beaubelle Academy dan selepas 3 bulan anda akan dijanjikan peluang pekerjaan di spa-spa terpilih dengan gaji permulaan sebanyak RM1200. Anda juga berpotensi bekerja di hotel spa bertaraf 5 bintang!

Tarikh : 
17 Februari 2014 ( Isnin )

Masa : 
1.00 petang hingga 4 petang

Lokasi :
No 31 - Tingkat 6, Block D1 PJU 1/41, Dataran Prima, 47301 Petaling Jaya.


Sesi temuduga adalah terhad. Pihak Beaubelle akan menghubungi anda. 
Sila isi borang pendaftaran online dengan  KLIK SINI

sememangnya program latihan terapi spa ini 100% percuma dan 100% dapat kerja... jangan lepaskan peluang ini... 
Read more / Baca Lagi >>>

Kotak Ephyra Yang Ke 6 Dah Sampai



Alhamdulillah... sempat juga sampai hari ini. Maklumlah stok dah nak habis. Ini adalah kotak Ephyra yang ke 6. Sekejapnya masa berlalu, dah nak masuk 6 bulan Mia minum Ephyra.

Sebelum ini masa kotak ke 5 sampai, Mia terlalu sibuk betul-betul tak sempat nak buat entri. Kali ini Mia pastikan sempat juga.

Tips cara minum Ephyra yang berkesan dari Mia.
Kadang tu bila masa sibuk atau stres, memang jerawat mudah keluar namun hanya sedikit saja. Jerawat mudah kecut bila Mia minum Ephyra 2 kali sehari iaitu di sebelah malam sebelum tidur dan di sebelah pagi sebelum sarapan. Mia banyakkan minum air masak dan jaga pemakanan. Dalam 3 hari, jerawat dah kecut dan seterusnya parut akan semakin pudar dari sehari ke sehari. Pastikan waktu tidur mencukupi.

Entri masa kotak ke 4 sampai ada di SINI.


Jom cuba Ephyra dengan harga istimewa. Emelkan ke ephyra@mialiana.com atau hanya dengan whatsapp ke 0146118445.

puas hati minum Ephyra...
Read more / Baca Lagi >>>

Pengumuman Pemenang Soal Selidik 3 Mialiana.com


Pengumuman Pemenang Soal Selidik 3 Mialiana.com

Bestnya. Tentu tidak sabar nak tahu, bukan? Mula-mula Mia nak ucapkan terima kasih di atas sambutan yang begitu menggalakkan dengan penyertaan seramai 94 orang blogger dalam Soal Selidik 3 Mialiana.com sehingga dapat menghasilkan Statistik Perasaan Pengunjung Mialiana.com #3.

Sila semak nombor anda dalam entri SINI. Tarik nafas dalam-dalam. Dengan ini Mia nak umumkan 5 orang pemenang yang bertuah melalui random.org ialah...
Diucapkan tahniah kepada semua peserta yang bernombor di atas. Sila inbox ke fanpage mialiana.com butiran-butiran di bawah untuk menuntut topup masing-masing.

1. No Peserta :
2. URL Blog :
3. No Handphone :
4. Telco : Contoh Maxis

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Kepada yang lain, diharap usah berputus asa, sila cuba lagi di masa yang akan datang. (^_^)

terima kasih kerana support Mialiana.com
Read more / Baca Lagi >>>

Statistik Perasaan Pengunjung Mialiana.com #3




Pada jam 1.25 petang 21 Januari 2014 sehingga 11.59 malam 27 Januari 2014, Mia telah pun mengadakan Soal Selidik 3 perasaan pengunjung di dalam entri SINI. Alhamdulillah, seramai 94 orang blogger telah pun menjawab dan berkongsi perasaan mereka. Mereka semua dapat menjawab dengan tenang dan rasional.

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, boleh pilih jawapan lebih daripada satu dan tiada jawapan yang salah semasa menjawab soal selidik ini. Hanya ada satu soalan sahaja iaitu : 

Apakah Perasaan Anda Apabila Datang Ke Blog Ini?
1. Suka
2. Benci
3. Ceria
4. Sedih
5. Jeles
6. Seronok
7. Menyampah
8. Moody
9. Teruja
10. Tiada perasaan

Statistik Perasaan Pengunjung #3
Sasaran pengunjung soal selidik ini ialah golongan blogger. Jumlah blogger yang terlibat ialah 94 orang. Ada 10 jenis perasaan dan seorang blogger boleh menjawab lebih daripada satu perasaan.


 Jenis Perasaan vs Jumlah Perasaan


Jumlah perasaan Suka mencatat yang tertinggi iaitu 79, diikuti dengan Teruja (56) dan Seronok (48). Manakala pilihan yang terendah ialah Menyampah (2) diikuti oleh Moody, Sedih dan Benci iaitu 3.


Jumlah Perasaan vs Bilangan Blogger


Terdapat Satu hingga Sepuluh perasaan yang dialami oleh blogger ketika datang ke blog ini. 29 orang blogger mempunyai Dua dan Tiga perasaan, diikuti 11 orang blogger mempunyai Satu dan Empat perasaan.

Kesimpulannya, kebanyakan pengunjung Suka dan mempunyai Dua dan Tiga perasaan ketika datang ke blog Mialiana.com. 

Ribuan terima kasih kepada 94 orang blogger yang menjayakan Soal Selidik 3 ini :
  1. http://www.paly.my
  2. http://musangmadot.blogspot.com
  3. http://yayaonly.blogspot.com
  4. http://sheilashahfiekry.blogspot.com
  5. http://cyanxkamo.blogspot.com
  6. http://blogashalya.blogspot.com
  7. http://kecekkira.blogspot.com
  8. http://suehanasuha.blogspot.com
  9. http://imbeingme96.blogspot.com
  10. http://wafacw.blogspot.com
  11. http://aswanazmy.blogspot.com
  12. http://www.bubblynotes.com
  13. http://thescreammer.blogspot.com
  14. http://sallyyatiey.blogspot.com
  15. http://storystorynadya.blogspot.com
  16. http://pemudattbc.blogspot.com
  17. http://kanvaskehidupanku.blogspot.com
  18. http://notaibu77.blogspot.com
  19. http://juliajamaludin.blogspot.com
  20. http://puangojes.blogspot.com
  21. http://dewqracintakita.blogspot.com
  22. http://edmia.blogspot.com
  23. http://norminieza.blogspot.com
  24. http://www.diarijejakahangat.com
  25. http://kesinambunganzaman.blogspot.com
  26. http://unsecretostories.blogspot.com
  27. http://www.malaysiatercinta.com
  28. http://maszull.blogspot.com
  29. http://gadisbiasebiase.blogspot.com
  30. http://tokmimicapayam.blogspot.com
  31. http://nurazzah8.blogspot.com
  32. http://hanimsain-delimasari.blogspot.com
  33. http://blogfyna.com
  34. http://83zaza.blogspot.com
  35. http://hati-dan-bicaranya.blogspot.com
  36. http://loveprettydinda.blogspot.com
  37. http://umikasum.blogspot.com
  38. http://www.erazfadli.com
  39. http://www.khirkhalid.com
  40. http://www.sallysamsaiman.blogspot.com
  41. http://mardiahdiana.blogspot.com
  42. http://akuainkausiapa.blogspot.com
  43. http://imaniiwani-myprincess.blogspot.com
  44. http://xiauraellallyn.blogspot.com
  45. http://ismaildotcom.blogspot.com
  46. http://qileh.blogspot.com
  47. http://ainimrashihah.blogspot.com
  48. http://wafiremli.blogspot.com
  49. http://publicsnail.blogspot.com
  50. http://yangbaik.blogspot.com
  51. http://mayabeautyempire.blogspot.com
  52. http://rosnizacollections.blogspot.com
  53. http://momoy-blogirl.blogspot.com
  54. http://kesumaangsana.blogspot.com
  55. http://www.mizisempoi.com
  56. http://myalycia.blogspot.com
  57. http://ceritamayapersada.blogspot.com
  58. http://jmbelog.blogspot.com
  59. http://www.mizzaiza.com
  60. http://macam2020.blogspot.com
  61. http://iamtifa.blogspot.com
  62. http://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com
  63. http://coratcoretnurul80.blogspot.com
  64. http://www.azhafizah.com
  65. http://perducinta.blogspot.com
  66. http://csmaryam.blogspot.com
  67. http://hnr318.blogspot.com
  68. http://www.duniashida.com
  69. http://invisiblenote.blogspot.com
  70. http://www.ayuinsyirah.my
  71. http://shirochan99.blogspot.com
  72. http://anisa-mylife.blogspot.com
  73. http://ctalfakhishah.blogspot.com
  74. http://sweetlittlemom.blogspot.com
  75. http://nurfaezahabdullah1712.blogspot.com
  76. http://ciklyeen.blogspot.com
  77. http://zafarah.blogspot.com
  78. http://qtremors.blogspot.com
  79. http://misteriomuchacha.blogspot.com
  80. http://kamihardsman.blogspot.com
  81. http://tunggujap.blogspot.com
  82. http://syiralokman.blogspot.com
  83. http://smilingsafieqa.blogspot.com
  84. http://ayuzan.blogspot.com
  85. http://arolpunyeblog.blogspot.com
  86. http://fatinamdzfr.blogspot.com
  87. http://sna-aai.blogspot.com
  88. http://nurainothman.blogspot.com
  89. http://myfirdz-trulylove.blogspot.com
  90. http://chinky-winky.blogspot.com
  91. http://vidolaaa.blogspot.com
  92. http://shafiquestevenson.blogspot.com
  93. http://sweetsourtheworld.blogspot.com
  94. http://my-life-are-here.blogspot.com
keputusan Soal Selidik 3 untuk awal tahun 2014 menunjukkan blog ini masih disukai pengunjung...

Entri Berkaitan :
- Statistik Perasaan Pengunjung Mialiana.com #1
Statistik Perasaan Pengunjung Mialiana.com #2
Read more / Baca Lagi >>>

Redha Dengan Kekecewaan


Pagi yang ceria, di hari Khamis yang indah ini, Mia kongsikan kata-kata motivasi untuk renungan kita semua.


Apabila kita REDHA 
pada sesuatu yang mengecewakan hati kita
maka percayalah
ALLAH akan menggantikan kekecewaan itu
dengan sesuatu yang tidak dijangka

Redha dengan ketentuanNya. Ada hikmah atas apa yang terjadi. Kena kuatkan semangat sebab DIA sayangkan kita.

Mia redha...
Read more / Baca Lagi >>>

Wednesday, January 29, 2014

Hati-Hati Dengan Cara Penyampaian Entri Di Blog



Pernah tak kita pergi ke mana-mana blog, lepas itu sedang membaca hati terasa terguris atau tersentuh kerana entri itu seperti menyakitkan hati kita? Itu baru baca sekali. Terfikir, sebenarnya apa mesej yang hendak disampaikan ya... Bila dah baca 2 kali barulah faham, kalau masih tak faham juga baca lagi. Bila faham barulah tahu mesej yang tersirat dan tersurat. Sila abaikan cara penyampaian melalui pantun atau puisi, kerana ianya memang berbentuk kiasan. Yang Mia maksudkan dan tekankan di sini ialah cara penyampaian entri yang selalu kita buat tu, adakah pengunjung dapat mesej yang betul atau salah. Kalau betul, tidak mengapalah. Kalau salah tentu akan mengundang ketidakpuashatian pengunjung. Tentu kita tidak mahu jadi macam itu, bukan? Maka berhati-hatilah dengan cara penyampaian entri di blog.

Jadi apalah salahnya kiranya kita letakkan diri kita di kaca mata pengunjung. Pura-pura berlakonlah macam tu. Baca balik entri kita itu, dalam 2 kali dan cuba bayangkan apakah perasaan pengunjung ketika membaca entri kita itu. Ataupun mintalah rakan baca entri itu dan beri pandangan. Seeloknya pastikan biar mesej entri itu sampai betul pada pengunjung.

Kesilapan yang sering dilakukan oleh para blogger tanpa disedari. Sebagai contoh.. kadang penggunaan bahasa yang mengenakan orang lain mungkin kata-kata pedas. Kedekut nak bagi backlink. Dahlah cerita tentang blog lain, apalah salahnya bagilah backlink supaya senang pengunjung tidak tercari-cari dan juga supaya tuan punya blog itu tidak berkecil hati. Usahlah terlalu memandang rendah pada blog-blog picisan. Sebab setiap blog ada kelebihannya tersendiri. 

Bukan senang nak jaga hati dan hubungan dengan pengunjung. Cara penyampaian entri hendaklah betul dan jangan sampai pengunjung tersalah tafsir. Kesan negatif akan mula muncul dan boleh merosakkan reputasi blog. Bila reputasi blog sudah terjejas, maka tiada maknalah lagi imej dan identiti blog itu.

Akhirnya pengunjung akan lari. Mungkin terasa dengan entri itu sebab terasa macam diperli. Tak pasal-pasal kita yang kena. Padahal kita tak berniat pun nak menyinggung sesiapa. Lebih baik kita cuba atasi segera dengan membetulkan cara penyampaian entri yang salah. Apa guna kotak komen? Apa guna komen dari pengunjung? Buatlah pembaharuan. Belajar dari kesilapan. Buatlah pengunjung gembira. Cara penyampaian secara santai yang tidak terlalu berat mungkin boleh membuatkan mood pengunjung sentiasa ceria dan ingin bertandang kembali. Percayalah. Jaga hubungan dengan pengunjung blog kita kerana merekalah kita boleh berada di tempat yang ada sekarang.

Maafkan Mia jika tersinggung dengan entri ini. Mia sekadar memberikan pendapat. Mungkin entri ini sesuai untuk blogger personal. Harap jangan berkecil hati sebab mungkin kita tidak sedar betapa pentingnya cara penyampaian entri yang betul. Kadang Mia pun macam itu juga. Sama-samalah kita cuba saling ingat-mengingati dan menegur dengan cara yang diplomatik supaya semua dapat berblog dengan harmoni dalam komuniti blogger.

tiba-tiba nak tanya juga, adakah cara penyampaian entri ini sampai betul pada anda?
Read more / Baca Lagi >>>

Wordless Wednesday 88



Cuti hari ini dan esok.

Read more / Baca Lagi >>>

Wordless Wednesday 87



Renew insurans kereta di 
Allianz, Taman Pelangi, Johor Bahru

Read more / Baca Lagi >>>

Wordless Wednesday 86



Hello Kitty vs Strawberry
Read more / Baca Lagi >>>

Wordless Wednesday 85



Pilih Baju Kurung Pahang Lace yang ini dari SINI.
Read more / Baca Lagi >>>

Tuesday, January 28, 2014

Mood Berehat Sebentar


Izinkan Mia untuk berehat sebentar malam ini. Sepatutnya keputusan Soal Selidik diumumkan pada malam ini. Tapi Mia tak sempat lagi nak habiskan blogwalking ke semua blog peserta.Huhuhu Sabar.... dan terus bersabar...

bagi laluan pada emosi yang kecewa ini.
Read more / Baca Lagi >>>

Hati Ini Terlalu Sangat Kecewa



Sebenarnya kan... Mia terlalu sangat kecewa. Minta maaf jika entri ini terasa begitu personal. Entri ini juga bukan untuk menagih simpati sesiapa pun. Sila abaikan entri ini dan tidak perlulah membacanya. Ini hanya luahan dari hati Mia yang Mia rasa dah tak boleh tahan lagi kerja kat sini sebab ICT tidak penting dalam organisasi ini. 

Bayangkan kerja semakin lama semakin banyak. Nak itu.. Nak ini. Terbaru, nak guna door access dan attendance system. Tetapi orangnya hanya berapa kerat sahaja. Seorang pegawai. 2 orang penolong pegawai, seorang juruteknik dan seorang pembantu tadbir. Ditambah pula dengan kerja yang bukan ICT pun ada juga. Kenapa ya.. orang-orang macam ni asyik pentingkan diri sendiri. Tahu nak pc, notebook, kamera, ipad, internet, broadband. Pulak tu nak cover lagi satu Malaysia, bukannya satu pejabat. Banyak pejabat dan ada di kebanyakan negeri. Belum lagi dengan sistem-sistem yang ada yang perlu dimaintain. Dengan aircond bilik server yang uzur dan siling bocor. Belum lagi dengan peralatan ICT yang rosak, untuk dibaiki. Belum lagi rekod aset dan inventori untuk setiap peralatan ICT. Pengurusan stok juga. Laman web lagi. Rekabentuk grafik. Sistem emel. Buat bajet dan laporan. Sistem kad rawatan klinik dengan printer evolys yang asyik meragam. Tup-tup kena buat kad pekerja yang ada cip untuk door access. Bayangkan lah. Belum lagi kerja-kerja ad-hoc lagi. Buat video dan sound editting. Nasib ada pelajar praktikal. Itupun kena ajar mereka untuk bantu kerja-kerja Unit ICT. Kalau tak ada pelajar praktikal, tak tahulah nak cakap macam mana lagi...

Buat kerja memang ikhlas. Tetapi asyik ditindas buat itu. Buat ini. Seorang buat macam-macam benda. Tidak macam jabatan lain ada klasifikasi kerja tersendiri. Manalah larat, kan.. Bila bersuara untuk mempertahankan hak, tetapi tidak diendahkan. Dah buat penstrukturan semula kali kedua pun tidak berjaya. Gred E yang lebih diutamakan. Sangat sedih.

Setiap masa berdoa agar dapat kenaikan kerjaya ke gred 41 di tempat lain. Kat tempat sendiri dah terang-teranglah tak ada peluang. Nak tunggu berapa lama lagi. Sejak dari 2005 hinggga 2014. Gred F29. Mia dah cukup demoralise sekarang. Cukuplah sudah apa yang Mia alami ini. Dah tak tertanggung rasanya. Ikutkan hati, nak saja berhenti terus. Lebih rela kerja dengan sektor swasta. Bila dah terikat dengan pencen, macam inilah. Yang kaki bodek.. sedara mara.. boleh hidup senang lenang. Cepat naik pangkat. Yang boleh buat kerja, selamanya akan buat kerja.

Tolonglah bawa Mia pergi dari sini. Hanya blog saja tempat Mia mengadu. Dah mohon kerja mana-mana sejak 2012 tetapi tidak berjaya juga. Tahun ini tahun terakhir Mia mencuba. Kalau tak dapat juga, Mia terpaksa pergi mana-mana walaupun ke sektor swasta. Tak kisahlah kalau tak dapat pencen nanti. Yang penting Mia nak pergi ke tempat orang yang boleh menghargai ICT. Tahu kepentingan ICT.

Tiba-tiba teringat masa kerja kat Kuala Lumpur dulu di sebuah company cina yang sangat berprestij dan paling gah. Tak perlu Mia sebut di sini. Memang semua tahu company ini. Walaupun Mia seorang Melayu, tetapi layanan tetap mesra dan Bos Mia terlalu sayangkan Mia sebab semua projek yag susah, Mia boleh handle dan boleh belajar benda baru dalam masa cepat. Gaji pun memang tip top walaupun diploma lanjutan saja. Walaupun staf yang lain semuanya lepasan ijazah luar negara. Terlalu seronok sangat masa itu jadi Software Engineer. Bekerja dengan orang-orang ICT. I did really missed that moment. Bos Mia ada pesan sebelum Mia berhenti kerja dulu kerana dapat kerja kerajaan di Johor. "There could be sometimes. If it really exists in the future... If there is no one could ever appreciate you, dear.... Do come back. You are so precious to me. It's hard to let you go". Dia tahu kebolehan Mia ini boleh pergi jauh lagi. Terharunya. Jangan salah faham pula. Bukannya Mia ini bagus sangat. Mia suka berusaha dan belajar benda baru. Dari situ timbulnya pengalaman yang berharga dalam hidup ini.

Hanya blog saja yang boleh menggembirakan hati ini. Ilmu yang ada tidak pernah disia-siakan. Hati ini terlalu sangat kecewa di sini dan tidak boleh dirawat lagi. Sedang banyakkan istighfar... Mohon petunjuk dariNya...

luahan hati saja... usah dipertikaikan...
Read more / Baca Lagi >>>

Blog Kena Hacked



Alahai kesiannya... tengah blogwalking sekejap  ke blog Fyna, muncul paparan ini. Alamak, blog Fyna kena hacked. Sejak bila? Mia baru je tahu ni masa blogwalking ke semua blog peserta Soal Selidik 3. Nampak sangat dah lama tak blogwalking ke blog Fyna. Sampai sekarang masih kekal macam tu ya. Tentu sedih.

Nasib kat FB tadi Galah Panjang beritahu. Rupanya dia dah ada blog lain di http://blogfyna.com. Buat terkejut je...

Maklumlah dah terlalu banyak blog yang Mia kunjungi, tentulah tak ingat sangat kan... Maafkan Mia buat semua orang terkejut.

Diharap blogger lain harus berhati-hati ya.... sila jaga blog masing-masing.

peringatan buat kita...
Read more / Baca Lagi >>>

GIVEAWAY CNY by DEDEQ




Wahhh.. Dedeq buat giveaway... Nak joinlah. Macam best je... Namanya ada CNY. Merah gitu banner segmen.

Jom kita tengok apakah hadiahnya...

1. Baju / Dress untuk top komenter x 1
2. Shawl x 1
3. Keychain x 10
4. Tudung bawal x 2
5. Topup x 3 (Digi , Maxis , Celcom)

Giveaway ini akan tamat pada 9.30 malam 3 Februari 20114.  Jom join...

support Dedeq....
Read more / Baca Lagi >>>

Top Supporters May 2017