Kereta Dilanggar Lori Pagi Tadi

Pagi tadi seperti biasa keluar rumah pukul 7.00 pagi nak pergi kerja di Bandar Baru UDA. Mia bawa kereta macam biasa. Tidak laju. Sampai sahaja di atas flyover Taman Ungku Tun Aminah, kereta bergerak perlahan. Begitu juga dengan kenderaan lain. Mia berada di lorong tengah.

Entah macam mana tiba- tiba belakang kereta kena langgar dengan 2 kali hentaman. Bunyi kuat. Berderau darah Mia. Suami Mia yang berada di sebelah terus tekan hon lama-lama untuk beri amaran pada kenderaan berdekatan. Kebetulan pula hari ini Suami Mia tak jadi bawa motorsikal ke tempat kerja. Takut sebelah petang hujan.

Nasib baik kami selamat dan tidak alami sebarang kecederaan. Kenderaan di hadapan agak jauh dari kereta Mia.

Bengang juga dengan pemandu lori ini. Kenderaan dah banyak di depan pun boleh langgar pula. Terus keluar dan jumpa pemandu itu. Langsung diambil gambar lori dan lesennya.

Selepas itu kami buat laporan di Balai Polis Skudai. Pemandu itu katanya akan buat laporan polis selepas selesai urusan penghantaran barang.




Kereta kemek di bahagian belakang. Memang terkejut sebab ini adalah kali pertama kereta Hyundai Getz ini accident. Mia bawa kereta ini memang cukup hati-hati. Sayang sangat. Beli dari awal tahun 2010.

cuti terus hari ini... mood tidak berapa stabil...

Post a Comment

75 Comments

  1. Semua ok ke?harap dapat selesai sebaik mungkin..

    ReplyDelete
  2. adehh teruknya pemandu tu..suda taw jln jem nak juga bawa laju2..

    ReplyDelete
  3. akak pun kena mcam MIA awal tahun - berdentum - org langgar belakang awal pagi smpai skrg msih trauma - lom upload gambar lg sadisssss sgt kete baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. aduii... tentu ralat sangat tu... kereta baru... huhuhu..

      Delete
  4. Nasib baik kak Mia okay. dulu FD dgn family accident masa nak dekat raya. lagi sadis, kereta kemek depan belakang

    ReplyDelete
  5. nasib baik tak der apa-apa ye MIA...kekadang kita takut kalau trailer begini ada kat belakang kereta kita, silapnya driver terlalu dekat dengan kenderaan di depan...untuk pengetahuan lori Scania ini mempunyai brek angin yang perlu di pam....sepatutnya beliau tidak boleh menghampiri kereta di depannya terlalu dekat....satu kesilapannya...

    ReplyDelete
  6. Syukur awak dan suami tidak cedera... Kereta kena langgar tak apa... boleh claim insurance... mungkin selepas ini, boleh tukar kereta baru... :d

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah izni... nasib baik... thanks ya. masih sayang kat kereta ni...

      Delete
  7. Rietta pown pernah kena dgn pemandu lori gas...bila nak report, dia kata nak settle....dia bagi rm50 sj dlu...lpas tu katanya nnti ksi bill dengan dia...smpai hr nie xbayar...dan rietta masih terkilan smpai hr hie...

    ReplyDelete
  8. alhamdulilah, syukur semua nya masih selamat, xpe kak, kereta tu boleh dibaiki..

    ReplyDelete
  9. janji akak dan suami selamat . Pemandu lori tu nak ganti tak kak ?

    ReplyDelete
  10. harap semuanya ok kak..nasib baik akak n suami takde pape..

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum mia...nasib baik x ada apa2 berlaku kan...x ada ambil gambar kete yg kemek tu yer...

    ReplyDelete
  12. Terkejut juga bila dapat tau kak mia accident. Alhamdulillah takde kecederaan. Harap perkara ni selesai cepatlah ya

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah kak mia dan suami tidak cedera.Apapun yang diburu jangan dilepaskan. Tuntut dan periksa segala kerosakan. Memang kereta boleh dibaiki, tapi kosnya mungkin makan banyak jugak.

    ReplyDelete
  14. Syukur Mia dan suami selamat...itulah kalau dah nak jadi macam tu lah kan...kita hati2 org langgar dr belakang..

    ReplyDelete
  15. nasib baik x da apa2..yang penting slmat

    ReplyDelete
  16. alhamdullillah mia n suami x pape..kdg fobia nak bawak kete disebabkan reason cmnila..kte berhati2 tp orang lain plak yg xnak berhati2..huhu

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah, nasib baik takda apa-apa berlaku ya. Tabahkan hati ya sis .

    ReplyDelete
  18. bagus la akak mmg paling xsuka org main langgar belakang nie rabun ka apa

    ReplyDelete
  19. sabar sis mia. kereta rosak bleh d ganti, keselamatan diri tu yg pntg. alhmdulillah, sis ngan suami xada apa2. kdg2 kita dah amik lgkh bhati2, tp org lain xhati2.. huhu.

    ReplyDelete
  20. Lorr... dah knape bleh main langgar bontot plak ni... 2 kali lak tu... mentang2 besar... grrr....

    ReplyDelete
  21. alhamdulillah..mujur kak mia & suami takda apa2...

    ReplyDelete
  22. Assalammualaikum..kak mia,

    mujur xder pape.. macam2 kan..

    mselim3

    pls: xper janji kak mia dan suami x per2..

    ReplyDelete
  23. kalau kita berhati² orang lain pulak tak berhati².Alhamdulillah kak Mia dan husband selamat.

    ReplyDelete
  24. ermm nasib baik tak de apa-apa, take care ye mia..

    ReplyDelete
  25. alahai takut je dgr.mujur akak dgn husband.kalo sorg2 haii..xtahu ape jd

    ReplyDelete
  26. Saya terkejut baca tajuk. Eksiden taun lepas masih fobia rasanya. Alhamdulillah kak mia selamat. Kadang2 kita dah habis berhati2 tapi orang lain plak yang kurang berhati2 kan.

    ReplyDelete
  27. Alhamdulillah Mia dan suami tidak apa-apa....

    ReplyDelete
  28. As long awak n hubby ok, Alhamdulillah..lori tu dekat sangat la tu..

    ReplyDelete
  29. Dah nasib nk buat mcm mana.. mujur selamat semuanya, alhamdulillah..
    semoga dipermudahkan segala urusan ye.. aamiin.

    ReplyDelete
  30. Syukur Alhamdulillah...Kak Mia dan suami tak ada apa-apa...

    ReplyDelete
  31. nasib baik tak apa2. saya pun baru je lepas kemalangan isnin lepas. sakit2 la jugak 1 badan....

    ReplyDelete
  32. Allhamdulillah mia x apa2.. risau nya. Tu la, kita dah berati-hati bw kete.. org lain pulak yg sapu.. geramkan! Huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang geram yus... tak pasal2 kena sondol... huhu

      Delete
  33. Nasib baik tuan badan tidak cedera... Sabar ye mia..

    ReplyDelete
  34. wah..takutnya kalau situasi langgar belakang kereta ni, sy blm pernah lalui lg...syukur mia dan suami selamat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang takut PCL... berderau darah dan menggigil kepala lutut ni...

      Delete
  35. Kak mia keja kat bbu dkt mne kak? Kita tinggal dkt bbu.. Mne tau boleh jumpa.hehehhee. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala... depan mydin je... hihi... boleh juga kalau nak jumpa...

      Delete
  36. mujur akk dgn husband selamat..kdg kita dah hati2..tp kecuaian org lain kita jd mangsa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah... tu la.. kadang orang lain yang cuai..

      Delete
  37. Alhamdulillah tak de apa-apa yang tak elok berlaku..

    ReplyDelete
  38. alhamdulillah... kak mia masih selamat...

    ReplyDelete
  39. alhamdulillah kak mia x da pape. tp tu la boleh tahan lori tu ..
    sy msa guna highway pasir gudang mmg cukup cukup trauma kalau trailer atau kontena ikut depan n blkang. seriau kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang lah... besar lori trailer/kontena... ngeri je kalau lalu dekat2 kita..

      Delete
  40. nasib baik kak mia dan suami tak apa2 kan.
    sama ada lori ni laju atau tak jaga jarak dgn kenderaan depan atau kedua2nya. huhu
    tu yg scary kalau drive kat highway, lori dan bas laju2 je.. huhu.. bukannya kisah dgn kereta kecik2.. mentang2 lah kurg berisiko mcm kenderaan yg lebih kecik. huhu

    ReplyDelete
  41. owh ini ke kisahnya.
    sib baik kak mia ngn le husband...
    kalau sorang jangan turun kak - especialy kat KL ne...
    bahaya....

    take care kak mia...

    ReplyDelete