Senarai 11 Langkah Penjimatan Kerajaan

Sebagai rakyat Malaysia, kita kenalah ambil tahu Senarai 11 Langkah Penjimatan Kerajaan yang telah diumumkan baru-baru. Merata-rata heboh pasal ini. Bukan setakat orang awam sahaja malah termasuklah semua kakitangan kerajaan wajib tahu.

sumber gambar : SINI

  1. Elaun keraian menteri / timbalan menteri dikurangkan 10 peratus manakala elaun kerjaan pegawai kanan Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) C ke atas dikurangkan 5 hingga 10 peratus.
  2. Kos utiliti elektrik di semua premis kerajaan dikurangkan 5 peratus.
  3. Kemudahan bayaran tol bagi pegawai kanan gred JUSA C ke atas dikurangkan RM50 hingga RM100 atau 30 peratus.
  4. Permohonan baru pengubahsuaian ruang pejabat di semua premis kerajaan dibekukan.
  5. Mengetatkan pelantikan juruperunding untuk projek fizikal kerajaan dan cadangan pelantikan perlu dikemukakan terlebih dulu kepada Ketua Setiausaha Negara.
  6. Mengurangkan penggunaan syarikat pengurusan acara serta pemberian saguhati atau cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis kerajaan membabitkan anggota pentadbiran kerajaan dan penjawat awam.
  7. Pindaan kelayakan tiket penerbangan dometik dan antarabangsa bagi penjawat awam, sebagai conth kelayakan bagi penerbangan sektor domestik bagi JUSA C ke bawah ialah kelas ekonomi.
  8. Mengurangkan penyediaan makanan dan minuman ketika penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel serta sebarang acara rasmi kerajaan.
  9. Mengurangkan penggunaan kain pemidang bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel serta sebarang acara rasmi kerajaan.
  10. Mengoptimumkan penggunaan ruang pejabat sedia ada untuk mengurangkan sewaan premis pejabat.
  11. Mengoptimumkan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) serta kemudahan institusi latihan milik kerjaan bagi penganjuran kursus, seminar atau bengkel.
Semoga 11 Langkah Penjimatan Kerajaan ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya pada tahun 2014.

update kat blog... senang nak rujuk balik nanti....

Post a Comment

24 Comments

  1. harap mereka laksanakan dengan adil dan saksama...heheh..selamat tahun baru kak mia..

    ReplyDelete
  2. Selamat tahun baru kak MIa.. semoga apa yang diucapkan tu, dapat dilaksanakan :)

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. payah nak ingat semua benda... penting untuk rujukan peribadi nanti...

      Delete
  4. kerajaan pun kena la berkorban kalau rakyat dah merungut... :D

    ReplyDelete
  5. kalau semua langkah penjimatan ini dilakukan secara betul dan saksama..memang dapat jimat banyak. apa yang baik kita sokong 100%. selamat tahun baru mia

    ReplyDelete
  6. permulaan yg bagus utk malaysia pd 2014.. ;-)

    ReplyDelete
  7. Semoga di laksanakan lah kan kak mia..

    ReplyDelete
  8. betul tu kak.. hopefully begitu lah..

    ReplyDelete
  9. Moga perancangan tersebut dapat dilaksanakan dengan jayanya untuk kepentingan rakyat dan negara.

    ReplyDelete