Tak Seronok Cuti Bila Suami Kerja Hari Jumaat


Tak seronoknya cuti bila suami kerja hari ini. Hari ini kan hari Jumaat pertama Johor cuti. Tetapi ada yang kerja di sektor swasta macam Suami Mia tidak cuti. Cuti masih lagi hari Sabtu dan Ahad. Ahad pula Mia kerja dan Sofea sekolah tadika.

Kan senang kalau sektor swasta pun ikut juga cuti hari Jumaat dan Sabtu. Ini tidak pula. Kalau suami isteri sama-sama kerajaan tidak apalah... Ni kalau seorang lagi kerja swasta, boleh kacau dibuatnya.. Tak seronoklah..

Hari ini berdua dengan Sofea. Sofea pun tanya kenapa ayahnya kerja. Selalunya bila cuti, semua ada di rumah. Nampaknya hari Sabtu sahaja baru semua ada.

Payah juga macam ni... hmmm.. nampaknya Mia akan selalu cuti hari Ahad dan Sofea pun kena cuti jugalah kalau nak jalan-jalan.

rutin berubah betul... ada pro dan kontra juga cuti hari Jumaat...

Post a Comment

52 Comments

  1. Sabar ye.. Mula-mula memang mcm ni.. Nanti insyaallah sektor swasta pun akan ikut ubah cuti jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. harapnya begitulah.... tak sabar nak tunggu saat tu..

      Delete
  2. Alhamdulillah kebawah DYM Sultan Johor kerana diberikan Allah petunjuk untuk memuliakan hari Jumaat penghulu sekalian hari... semoga johor dilimpahi kemakmuran dan kedamaian... Amin

    ReplyDelete
  3. ingtkn swasta sama cuti..
    mungkin kelak swasta pun akan amik cuti sama..
    ramai komplen nnti tukar ler dia :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. taklah shark... huhu... harap2 biar sama la cutinya. senang nanti... tq ya.

      Delete
  4. sya sangat berharap sektor swasta akan cuti jumaat sabtu tp nk wat camne.."kelumpuhan ekonom" katanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam2 boleh kata... tapi tu la takleh nak buat apa...

      Delete
  5. assalamualaikum mia...mula2 mmg terasa... tapi kena juga lalui walaupun cuti berlainan hari....kalau swasta ikut juga cuti hari jumaat lagi senangkan...

    ReplyDelete
  6. hari berduaan bersama anak..selamat bercuti,Mia

    ReplyDelete
  7. sama jugak macam saya, kalau balik kampung hari sabtu saja dapat berkumpul, hari ahad semua dah kembali bekerja..saya jugaklah sorang yang cuti

    ReplyDelete
  8. kalo zara : xseronok keja hari jumaat bila suami cuti duduk kat rumah sorg2.. huhu.. terbalik laa kita sis mia.. huhu.

    ReplyDelete
  9. Ye betul tu. rutin keluarga pun berubah. Bila sorang cuti, sorang pula kerja. Aduhai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq ya... mia kena sabar dan cuba sesuaikan dengan rutin yang baru...

      Delete
  10. saya je tunggu hubby home trip in Feb..

    ReplyDelete
  11. susah jugak mcm ne kan kak mia..mase brsama famly cume sehari,...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena betul2 gunakan 1 hari tu dengan sepenuhnya...

      Delete
  12. Kena biasa kan lah nampaknya kak mia, mmg payah kalau tak sama ni. Nak merancang pun susah kan.

    ReplyDelete
  13. Mmg tak best Mia bila satu cuti satu keje.....payah nak berjalankan....

    ReplyDelete
  14. Lagi bagus kalau selaraskan 1Malaysia :)

    ReplyDelete
  15. Inilah masalahnya bila bukan semuanya yg nak ikut.. sabarlah...

    ReplyDelete
  16. susah jugak yg macam tu kan kak mia.. huhu

    ReplyDelete
  17. susah juga kann..na wt cm ne..ikutkn je laaa

    ReplyDelete
  18. samalah mcm kami sekeluarga..sabar je la kn..:-)

    ReplyDelete