Fesyen Baju Kurung Moden

Hmm.... tiap-tiap hari pergi kerja Mia mengenakan pakaian baju kurung. Baju kurung nampak lebih formal dan amat sesuai untuk pakaian pejabat. Baju kurung moden yang ada fesyen terkini belum ada lagi. Masa anak dara, ada jugalah beberapa helai. Bila dah kahwin, sudah tidak muat. Nak jugalah ada beberapa pasang bagi menambahkan koleksi baju kurung di almari.

Jom tengok gambar Mia, Sueha dan Aqhmar bersantai-santai di Country Garden, Danga Bay, Johor Bahru. Sueha dan Aqhmar, mengenakan pakaian baju kurung moden.




Baju kurung moden sememangnya tidak asing lagi bila didengari. Tentu terbayang di depan mata satu fesyen yang kontemporari dengan sentuhan rekaan menarik yang diberikan nafas baru untuk si pemakainya agar kelihatan lebih anggun dan jelita bila digayakan.

Asalnya adalah baju kurung yang merupakan pakaian tradisional untuk orang perempuan bangsa Melayu. Tetapi apabila ianya diubahsuai dengan peredaran masa di zaman sekarang, rekabentuk dan potongan pula diubah menjadi lebih moden dan kreatif ditambah pula dengan hiasan sulaman, manik, labucci dan kerawang. Material juga turut dipelbagaikan antaranya chiffon, sutera, batik, linen, satin, organza dan lain-lain lagi. Namun begitu, ciri-ciri keasliannya masih dikekalkan. Bak kata orang, tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Fesyen baju kurung moden sentiasa digemari oleh para wanita. Amat sesuai untuk semua lapisan masyarakat, tidak kira tua ataupun muda.


Tapi kan.... sekarang ini sudah semakin mudah dan senang untuk beli baju kurung moden secara online. Tidak perlu susah-susah nak berjam-jam di kedai pakaian pilih baju kurung moden. Kalau shopping online, boleh ada banyak pilihan yang cantik-cantik dengan pelbagai rekaan yang menarik. Pendek kata, tidak akan menghampakan kita. Jom tengok baju kurung moden kat internet. Mana tahu, kalau-kalau berkenan boleh terus beli. Mia pun nak pilih satu nanti....

baju kurung moden... dulu, kini, selamanya memperlihatkan ketrampilan imej kesopanan wanita Timur dan keunggulan budaya Melayu... (^_^)

Post a Comment

55 Comments

  1. baju kurung juga amat sesuai dan sopan dipakai kemana jua. cantik2 model kat atas tu

    ReplyDelete
  2. k.eza pakai baju kurung biasa jee...zaman anak dara bleh laa pakai kebaya...skang tidak mampu lagi menyarung mereka..hahaha...hari selasa pakai baju korporat jabatan...jumaat pakai jubah...g memana pon skang nie sarung jubah je, senang....hehehehe..

    ReplyDelete
  3. baju kurung juga masih diterima pakai dari dahulu hingga kini...^_^

    ReplyDelete
  4. baju kurung juga baju kebangsaan ehehe

    ReplyDelete
  5. Assalamualikum dan selamat pagi Kak Mia...singgah pagi di sini...Diana pun hari2 pakai baju kurung moden pergi kerja...rasa selesa bila di pakai...model2 kat atas tu cantik lah Kak Mia..hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam diana.... selamat pagi juga. thanks dear..

      Delete
  6. baju kurung moden adlah ciptaan dripada pakaian tradisi org melayu yang dipelbagaikan untuk tampil lebih anggun dan menarik ..

    ReplyDelete
  7. Sally kena pakai baju kurung biasa je..shape lari..hahahaha

    ReplyDelete
  8. Wah...tiga-tiga model wanita melayu yang anggun menawan

    ReplyDelete
  9. Baju kurung tak kira yg moden atau teluk belanga semuanya tak akan hilang ditelan zaman Mia. Tetap manis dipandang mata.

    ps: semuanya macam model pulak dah kakak tengok:)

    ReplyDelete
  10. DEQ SKRANG CAM LEBIH BERMINAT PDA JUBAH . SENANG PAKAI N GOSOK . KIHKIH .. TP BJU KURUNG MMG TERBAIK

    ReplyDelete
  11. baju kurung..baju tradisional wanita melayu.. :-)

    ReplyDelete
  12. pada che mid, kena hati-hati pilih baju kurung utk acara formal, tak boleh sebarang material dan warna..nanti silap2 nampak kasual pulak. he he.

    Dalam gambar tu, si warna kuning amat terserlah, dan sibelang-belang sedondon pulak dengan prop ha ha

    ReplyDelete
  13. Sama la kak mia,kita ngajar student besar2. Pakai baju kurung nampak sopan skit.hee.

    ReplyDelete
  14. Salam Mia,

    Kalau nak selamat memang berbaju kurung paling mudah. Saya pun selesa berbaju kurung sebab dah terbiasa. Kurung moden tu sesekali bila teringin menukar citarasa, kenakan jugalah pada badan nih :)

    ReplyDelete
  15. amal mmg lebih selesa pakai baju kurung even ke shopping complex :)

    ReplyDelete
  16. baju kurung moden pilihan farah dari dulu sampai sekarang, selesa dan senang di bawa ke mana2...he he he... pakai kat mana pun selesa...

    ReplyDelete
  17. Amalan berbaju kurung mmg patut diteruskan.. sesuai dgn agama & budaya kita.. :)

    ReplyDelete
  18. baju kurung mmg ssuai dengan smua majlis.xkira knduri atau pengkebumian..

    ReplyDelete
  19. Fesyen lama, diilham kn kmbali oleh pereka fesyen kini...

    ReplyDelete
  20. suka sangat dengan kurung moden..cantik! wahh bercanda di danga bay tu.

    ReplyDelete
  21. cantik cantik no , baju kurung tu. hiihi

    ReplyDelete
  22. lebih suka berbaju kurung atau dress bila keluar... longgar...

    ReplyDelete
  23. assalamualaikum mia...cantik dan manis berbaju kurung...;)

    ReplyDelete