Bebel Tentang Blog (2)

Thursday, April 17, 2014

Bebel Tentang Blog (2)



Aishh... bebel lagi tentang blog. Mia nak beritahu satu perkara yang Mia rasa memang patut blogger ambil tahu. Nampak macam remeh-temeh saja. Tapi impaknya cukup besar sebab ianya melibatkan soal etika.

Mia tak nak sentuh blogger mana kat sini. Tapi kan nak berkongsi sesuatu apa salahnya. Siri bebel kali ini Mia nak sentuh isu blogger yang dapat sponsor produk  A dan dalam pada masa yang sama dapat produk B. Produk A dan produk B pula dalam satu kategori yang sama. Uiii... panas ni...

Perkara ini benar-benar berlaku ya. Biasalah sejak blogger sekarang dah mendapat tempat di hati pengiklan, penjual produk dan lain-lain yang berkaitan.

Soalnya sekarang ini, di mana perginya etika seorang blogger itu. Follower pun bukannya sikit-sikit. Kot ya pun nak buat testimoni untuk produk A, tunggulah sampai habis kontrak ataupun habis di sponsor. Ketika company yang sponsor produk A belek blog dia untuk tengok entri testimoni dan sambil tu tengoklah entri-entri lain, didapati ada buat entri tentang produk B dalam tempoh yang di sponsor, oh sedihnya.... agak-agak lah kan. Kalau ya pun.. nak terima job dari sponsor produk B tunggulah sehingga tempoh sponsor produk A dah habis. Rasional lah sedikit. Jagalah etika. Nanti pengunjung akan keliru dengan imej blogger itu. Umumnya, produk A tersangatlah laris di pasaran dan amat berkesan bila digunakan. Produk B pula, ramai yang tidak tahu sangat.

Dapat tak, apa yang Mia nak sampaikan di sini. Jadi blogger kenalah jaga etika. Tak kisah kalau produk itu jatuh dalam kategori berlainan contohnya minuman dengan syampu rambut. Tapi janganlah terjadi sehingga produk-produk yang di sponsor pada masa yang sama jatuh dalam kategori sama yang boleh menimbulkan persaingan. Impaknya besar... orang akan hilang respect dan kepercayaan pada blogger itu.

sekadar luahan tentang apa yang berlaku di kalangan blogger...

45 comments:

  1. Teguran berhemah... Berguna utk sy... Terima kasih kak mia...

    ReplyDelete
  2. Kalau zumal jadi syarikat produk A tu memang sentap habis la dgn blogger tu :)

    ReplyDelete
  3. Seronok tu ada org sponsor..tapi tak amik peluang...

    ReplyDelete
  4. baguih nih, cheq tak pernah jadi promoter mana2 product lagi, hehe...

    ReplyDelete
  5. dalam apa hal sekalipun kita kena beretika......:D

    ReplyDelete
  6. Thanks for sharing kak mia..Nasihat berguna untuk para blogger.. :)

    ReplyDelete
  7. Muz tak pernah jadi testimoni lagik..Ada org nak sponsor tak? Haha.... :P btw, setuju ngan kata2 sis..

    ReplyDelete
  8. Inshaallah akan pbaiki lagi..tq sharing kak mia..

    ReplyDelete
  9. Tak akan berlaku pertindihan sekiranya blogger hanya promote produk yang dia betul-betul suka.

    ReplyDelete
  10. Tq share kak mia..mungkin dlm masa yg sama menerima produk atau habis consume untuk mencuba yg lain..apepun kalau nak lagi beretika kena ada hitam putih..so boleh tahu pengesahan tajaan atau syarat yg ditetapkan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 ya fizah.. thanks atas pendapat ni...

      Delete
  11. So far tak de pun yg nak sponsor produk kat akak...may be blogger yg over retis jadi begitu excited....

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe kak sukma... kalau ada pun, tak ramai...

      Delete
  12. perkongsian pandangan yg sgt baik kak.. sekurang-kurang nya buka minda kepada blogger lain, jika blogger berkenaan buat tak peduli hal ini.. thumbs up kak mia..

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum mia...betul juga tu...apa2 pun kenalah berbincang antara satu sama lain dan amik jln penyelesaiannya...semoga semua pihak berpuas hati dgn cara itu...:)

    p/s mmg seronok kalau ada yg sponsor...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam mama.... mungkin juga ada salah faham skit ni. takpe kita boleh belajar dari ni..

      Delete
  14. Kalau iklan banner? tak pa kut? atau macamana ya?... ada point of view in the case?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo.. yang tu takpe. kalau yang kena consume tu yang bahaya. pengunjung tak dapat bezakan nanti produk mana yang lebih bagus..

      Delete
  15. tu la susahnya..pengguna akan lebih keliru..

    ReplyDelete
  16. Insyaallah boleh jadi pengajaran kepada yang lain..

    ReplyDelete
  17. Tak pernah dapat lagi sponsor untuk review produk.. Tapi benda2 macam ni memang kena ambil berat.. Etika sebagai seorang blogger mesti kena jaga.. Thanks kak Mia atas perkongsian & tips.. ^^,
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.