image June 2014 - Mia Liana

Monday, June 30, 2014

Pengumuman Pemenang Segmen 12 Jam Bloglist #9

6/30/2014 08:30:00 PM 26 Comments

Pengumuman Pemenang Segmen 12 Jam Bloglist #9

Wahh.. tentu tidak sabar bukan? Agak lama juga ya nak menanti keputusan ini  supaya dapat berikan ruang pada Mia untuk blogwalking ke semua peserta segmen ini dulu di samping berkenalan dengan mereka. Sebelum itu, sila rujuk nombor peserta di SINI. 12 blog yang bertuah telah pun dipilih oleh random.org dan pemenang-pemenangnya ialah...














Seronoknya.... Tahniah diucapkan kepada semua pemenang di atas. Diharap agar anda dapat masukkan blog Mia ke dalam bloglist masing-masing untuk bulan Julai dan Ogos 2014 sebelum 5 Julai 2014. Sekiranya, blog Mia masih belum tersenarai, bermakna pemenang tidak bersetuju untuk exchange bloglist dengan Mia. Harap maklum dan terima kasih ya...

Kepada yang tidak berjaya, usahlah bersedih. Cuba lagi ya nanti (^_^)


penyeri bloglist baru....

Doa Agar Diberi Kesabaran Dan Kekuatan

6/30/2014 06:56:00 PM 12 Comments
Perkongsian dari facebook untuk pengunjung blog ini.  Doa agar diberi kesabaran dan kekuatan dari ayat 250 surah al-Baqarah.


Ertinya : Wahai Tuhan Kami! Limpahkanlah kesabaran kepada kami dan teguhkanlah tapak pendirian kami sera menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir.

doa.. dan terus berdoa...

Sesuci Ramadhan

6/30/2014 04:47:00 PM 12 Comments


Ramadhan
Hadirmu membawa seribu rahmat
Memberi cahaya bagi mereka yang mencari hidayahnya
Memberi keampunan bagi yang meminta
Membuka jalan pulang bagi yang bertaubat
Ambillah peluang mensucikan hati
Sesuci Ramadhan ini


Sumber gambar : Google

puisi yang menyentuh hati ini...

Sunday, June 29, 2014

Happy Birthday Ainim

6/29/2014 11:14:00 PM 16 Comments
Masih tidak terlambat rasanya untuk membuat entri birthday buat blogger protege Mia, Ainim Rashihah. Bertuahnya, birthday dia jatuh pada hari puasa pertama, 1 Ramadhan. Moga mendapat rahmat dan keberkatan di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Cedok gambar dari entri SINI. Ainim yang tudung peach pink tu...

Happy Birthday yang ke 28 ya Ainim... Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, sihat tubuh badan, bertemu jodohnya, dimakbulkan apa yang dihajatinya dan ceria selalu. Amin...




jemput berkenalan dengan birthday girl di SINI.

Ganjaran Puasa Di Bulan Ramadhan

6/29/2014 11:45:00 AM 16 Comments


Perkongsian seterusnya tentang ganjaran puasa di bulan Ramadhan. Mia kongsikan juga buat tatapan pengunjung blog sekalian. Sama-samalah kita beramal di bulan yang mulia ini, bulan Ramadhan.


Sumber gambar : Google

Ganjaran Puasa Di Bulan Ramadhan
  • Pintu syurga dibuka, ditutup pintu neraka
  • Diampuni segala dosanya yang lalu
  • Pahala berlipat ganda
  • Jauh dari api neraka
  • Perisai dari siksaan
  • Beroleh dua kegembiraan
  • Doa sangat mustajab
  • Masuk dalam syurga

rebutlah ganjaran di bulan Ramadhan ini...

Sekilas Pandang Mengenai Puasa Di Bulan Ramadhan

6/29/2014 09:25:00 AM 14 Comments
Salam 1 Ramadhan pada hari ini. Hari pertama kita berpuasa pada bulan ini. Syukur alhamdulillah bertemu dengan Ramadhan yang penuh dengan ganjaran dan keberkatan.

Di sini Mia ingin kongsikan sekilas pandang mengenai puasa di bulan Ramadhan buat renungan kita semua.

sila klik pada gambar untuk besarkan



Hukum Puasa Ramadhan
  • Hukumnya WAJIB berdasarkan nas-nas dari al-Quran, as-Sunnah dan Ijma'
Siapa yang wajib berpuasa?
  • Muslim
  • Berakal
  • Baligh
  • Sihat dan mampu untuk berpuasa
  • Menetap bukan musafir
  • Suci dari haid dan nifas bagi wanita
Rukun Puasa
  • Berniat
  • Menahan diri dari segala yang membatalkan puasa semenjak terbit fajar hingga terbenam matahari
Perkara Yang Membatalkan Puasa
  • Makan atau minum dengan sengaja (wajib qada')
  • Mengeluarkan mani (wajib qada')
  • Memasukkan bahan bukan makanan ke dalam perut melalui jalan biasa (wajib qada')
  • Meniatkan berbuka (wajib qada')
  • Bersetubuh (wajib bayar kifarah)
Amalan Sunnah Berkaitan Puasa Ramadhan
  • Bersahur
  • Melambatkan sahur
  • Menyegerakan berbuka
  • Berbuka dengan tamar atau air
  • Memberi makan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa
  • Berdoa ketika berpuasa dan sejurus selepas berbuka puasa
  • Solat sunat malam (terawih)
  • Menjauhi perkara yang sia-sia /  dilarang
  • Menggosok gigi
  • Bermurah hati dalam menderma
  • Mempelajari dan mentadabbur al-Quran
  • Memperbanyakkan ibadah pada 10 hari terakhir Ramadhan
  • Berusaha untuk mendapatkan Lailatul Qadar

Sumber gambar : Google

selamat berpuasa...

Saturday, June 28, 2014

Salam Ramadhan 2014

6/28/2014 10:43:00 PM 30 Comments


Sekejap betul masa berlalu. Bulan Ramadhan kini tiba. Di kesempatan ini Mia sekeluarga ingin memohon ampun dan maaf seandainya ada kekurangan, kelemahan dan kesilapan antara kita.

Semoga Allah mempermudahkan ibadat puasa kita tahun ini dan semoga ibadat kita mendapat pahala dan rahmat seperti mana yang dijanjikanNya. Amin...

Salam Ramadhan Al-Mubarak..

esok mula puasa...

Total Sites Linking In 1,015

6/28/2014 08:06:00 AM 18 Comments

Sesekali bila belek Alexa, selain dari tengok Alexa Traffic Rank, elok jugalah tengok ada berapa sites yang link ke blog kita. Perlu juga ambil berat sikit pasal hal-hal blog ni.

Alhamdulilah, setakat ini sudah ada 1,015 sites yang link ke mialiana.com mengikut perkiraan Alexa. Kalau diikutkan sebenarnya mungkin ada banyak lagi tapi hanya jumlah itu sahaja yang masuk dalam perkiraan Alexa.

sumber : SINI

The "Sites Linking In" count shows the number of sites that Alexa found that link to this site

Nak tahu macam mana Alexa kira total sites linking in ini, boleh rujuk di SINI.

tidak mempengaruhi Alexa Traffic Rank..

Friday, June 27, 2014

Selesai Blogwalking Senarai Peserta Segmen Bloglist #9

6/27/2014 03:24:00 PM 17 Comments


Alhamdulillah, misi Mia telah berjaya hari ini. Mia dah selesai blogwalking ke semua Senarai Peserta Segmen Bloglist #9 di SINI. 50 blog berjaya dijejaki. Yang belum di follow telah di follow. Yang belum kenal, dah berkenalan. Terima kasih tidak terhingga pada semua peserta segmen ini.

Nantikan keputusan pemenang pada 30 Jun 2014 ini ya.... 

selesai sudah... leganya...

Pengumuman Pemenang Baru Giveaway Ephyra Fasa Pertama

6/27/2014 12:00:00 PM 22 Comments


Salam sejahtera semua. Pemenang Fasa Pertama Giveaway Ephyra Untuk Cantik Sihat Dan Bertenaga telah diumumkan pada 2 Jun 2014 di SINI. Namun begitu, terdapat seorang pemenang yang lambat memberikan butiran yang diperlukan dan juga didapati tidak menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan. Perbincangan telah dibuat bersama Puan Amiza beberapa hari yang lepas dan telah pun sepakat untuk memilih seorang pemenang baru bagi menggantikan pemenang tersebut.

Pemenangnya ialah....

http://mrspuex.blogspot.com/2014/05/ephyra-untuk-cantik-sihat-dan-bertenaga.html

Diucapkan tahniah kepada pemenang tersebut dan diharapkan agar dapat memberikan butiran di bawah dengan segera ke inbox Fanpage Mialiana.com

URL penyertaan :
Nama penuh :
Umur :
Alamat penghantaran :
No handphone :
Saiz t-shirt :

tentu suka kan..... kalau dah rezeki takkan ke mana....

Thursday, June 26, 2014

Jangan Mengata

6/26/2014 06:02:00 PM 25 Comments


Jangan mengata anak orang
Anak kita tak tahu lagi macammana nanti

Jangan mengata ibu tunggal
Perkahwinan kita tak tahu lagi macammana nanti

Jangan mengata semua oranglah
Diri kita sendiri pun tak tahu lagi macammana nanti

kita tak tahu apa yang akan berlaku nanti.... roda sentiasa berputar. kadang di atas... kadang di bawah...


Johor Cuti Hari Ini.. Tahniah JDT..

6/26/2014 08:25:00 AM 24 Comments

Alhamdulillah, Johor cuti hari ini. Semalam balik dari Kuala Lumpur, Mia tidur awal. Tup-tup pagi ini bangun, wahhh team bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) menang 1-0 dengan Sarawak di perlawanan akhir Liga Super Malaysia 2014. JDT bangkit semula dan penantian sejak tahun 1991 kini berakhir. Tahniah...

sumber gambar : fanpage Johor Southern Tigers

sumber gambar : fanpage MBJB

mood cuti panjang sampai hari puasa pertama.. (^_^)

Wednesday, June 25, 2014

Adobe Flash CS3 Professional Training

6/25/2014 12:08:00 PM 21 Comments

Semalam dan hari ini Mia dengan Kak Aida, Ina, Din dan Zul menghadiri Adobe Flash CS3 Professional Training di Sentul Kuala Lumpur. Kami belajar membuat objek dan animasi. Memang seronok dapat belajar melukis dan buat pergerakan animasi ke atas objek. Jenuh nak melukis satu persatu.

Dengan Ina dan Kak Aida

Zul dan Din

Antara animasi yang dibuat. Mia ada upload beberapa lagi dalam instagram Mia

Selfie dengan trainer

Hari ini hari kedua, barulah sempat update dalam blog. Alhamdulillah, sesi menambah ilmu di dada.

enjoy our training... (^_^)