Pesawat MAS MH17 Ditembak Jatuh Di Ukraine

Friday, July 18, 2014

Pesawat MAS MH17 Ditembak Jatuh Di Ukraine



Berita yang amat mengejutkan dan begitu menyedihkan. Sudah tersebar di merata-rata laman sosial baik di blog, facebook, twitter, instagram dan lain-lain.

Pesawat MAS MH17 dikatakan ditembak jatuh di Ukraine. Pesawat yang membawa 295 orang dari Amsterdam, Belanda menuju ke Kuaka Lumpur terhempas dikatakan ditembak peluru berpandu dari daratan ke udara oleh pihak berkuasa Rusia. Rasa macam pelik kenapa pula pesawat itu yang ditembak. Salah siapa...

Sesuatu yang tidak diduga. Ujian untuk Malaysia. Apakah maksud semua ini. Macam-macam persoalan dan konspirasi bermain di benak di fikiran. Rakyat Malaysia berhak mengetahui perkara yang sebenarnya.

Mia amat sedih dengan berita ini. Al-fatihah buat semua penumpang yang beragama Islam. Salam takziah buat keluarga mereka.

Sumber di atas : Kosmo

RT News telah melaporkan bahawa pesawat IL-96 milik mereka telah melalui laluan yang sama dilalui oleh MH17 pada jam 16:21 waktu Moskow, manakala MH17 telah melalui laluan udara yang sama pada jam 15:44 waktu Moskow, iaitu sekitar setengah jam lebih awal berbanding IL-96.

Menurut sumber Russian Today, serangan ke atas pesawat MH17 itu sebenarnya mahu disasarkan kepada pesawat IL-96 yang terbang dari Brazil ke Russia.

IL-96 adalah sebuah pesawat khas yang membawa Presiden Russia, Vladimir Putin yang mana Putin ketika itu dalam perjalanan pulang dari Brazil ke Russia selepas menghadiri satu konvensyen berkenaan BRISC.

Menurut satu sumber yang tidak mahu disebutkan namanya, pesawat yang membawa Putin dan juga Boeing Malaysia telah bersilang pada satu titik yang sama.

“I can say that Putin’s plane and the Malaysian Boeing intersected at the same point and the same echelon. That was close to Warsaw on 330-m echelon at the height of 10,100 meters. The presidential jet was there at 16:21 Moscow time and the Malaysian aircraft - 15:44 Moscow time,” - Menurut sumber berkenaan.

Tambah sumber itu lagi, pesawat yang dinaiki Putin dan MH17 mempunyai struktur yang hampir sama dan menggunakan warna yang sama. Hal ini mungkin telah menjadi kekeliruan kepada si penyerang.




Sumber di atas : RT News, Russian Today, Reuters, Whatsapp Group

tersangat hiba... sekadar luahan...

14 comments:

  1. assalamualaikum mia...yer la mcm2 cerita kita dengar x tahu la yg mana yg betul n salahnya...hanya mampu mendengar ...al-fatihah n salam takziah buat mereka...

    ReplyDelete
  2. Takziah untuk semua yang terlibat.Mungkin mereka berada di tempat dan masa yang salah-kalau nak kaitkan dengan Putin la :/

    ReplyDelete
  3. Moga semua keluarga mangsa tabah hadapi ujian berat ini

    ReplyDelete
  4. Tak dapat bayangkan apa situasi mereka.. Huhu..

    ReplyDelete
  5. Al-Fatihah untuk mangsa yang beragama Islam. semoga ditempatkan bersama mereka yang beriman disamping-Nya. sesungguhnya apa yang terjadi adalah percaturan Allah SWT kerana Dia jualah yang mengetahui segalanya. doakan Malaysia kekal aman dan terpelira sentiasa. condolences for the lost souls of the people on board #MH17.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum.. Allahurabbi.. sedih baca berita tentang ni. semoga ahli keluarga mangsa tabah menerima pemergian org tersayang. Al-Fatihah buat yang beragama Islam

    ReplyDelete
  7. Allah maha besar..Allah sedang menguji hambaNya..Al fatihah buat mangsa yang beragama Islam..semoga keluarga mangsa tabah hadapi ujian yang besar ni

    ReplyDelete
  8. Allahuakbar ...Semalamdapat tahu terkejutt sangat2 ..Tak dapat nak kata apa2 ..Sedih duka dan kecewa bermain2 di minda ..Angkara siapakah ??

    ReplyDelete
  9. Moga2 pihak yg bertanggungjawap di bawa ke muka pengadilan ..

    ReplyDelete
  10. Pasukan penyelamat dan penyiasat sampai 19-07-14 tapi tidak dibenarkan ke lokasi kejadian...

    ReplyDelete
  11. Innalillahiwainnailaihiraajiuun..
    Al-Fatihah..

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.