Hala Tuju Protege Mialiana.com

Monday, September 8, 2014

Hala Tuju Protege Mialiana.com



Terus-terang Mia ingin katakan tujuan utama Mia mendidik protege adalah untuk menyambung legasi Mia di dunia blog. Didikan ini bukanlah kerana nama atau duit semata-mata. Tiada bayaran sesen pun. Didikan ini penuh dengan keikhlasan dan kasih sayang. Mia tidak pernah menganggap diri ini pakar dalam blog. Masih ada ramai lagi blogger-blogger otai di luar sana yang lebih hebat dari Mia.

Berkat usaha dan didikan Mia, keempat-empat protege Mia iaitu Eraz, Farah, Ainim dan Sally pernah berada di bawah ranking 100,000 Alexa Global dan 500 Alexa Malaysia. Maksudnya Mia berjaya mendidik dengan kudrat yang ada, dengan komitmen lain, dengan masa yang dapat diluangkan bersama, tercapailah cita-cita Mia. Syukur, alhamdulillah.

Cuma sekarang ini bila dah habis tempoh didikan, masing-masing kadang sibuk dengan tugas dan komitmen lain, itu yang ranking ada yang merosot sedikit dan ada yang maintain. Mia sentiasa berikan sokongan dan yakin mereka boleh manfaat ilmu itu dengan sepenuhnya.

Hala tuju blog mereka, terpulang pada mereka sendiri. Mia tidak janjikan apa-apa. Mia hanya curahkan ilmu berblog berdasarkan kepada pengalaman yang ada. Mia tidak bolehlah nak paksa atau kongkong aktiviti berblog mereka. Manalah tahu kot-kot dah berjaya kelak, terlupakan Mia ke... sekurang-kurangnya ada juga diari mentor di blog ini sebagai kenangan. Bukannya nak macam itu, tetapi segelintirnya akan begitu.. habis madu sepah dibuang. Mia dah bersedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku di masa akan datang dan redha. Anggap saja ilmu di dalam diri itu mengalir kepada orang lain, selagi ianya digunakan selagi itu kita akan mendapat keberkatanNya. Eh! Dah macam drama kat tv pula. Jangan bimbang Mia tetap seperti biasa. Hanya akan melihat perkembangan mereka dari jauh.

Rindu pula pada saat itu. Saat di mana Mia ajar semua protege. Teringat bagaimana kami boleh beronline sampai ke tengah malam. Teringat usaha gigih mereka menyiapkan tugasan protege. Kenangan itu terpahat di memori. Sayang sangat kat mereka. Sentiasa doakan yang terbaik untuk mereka.

Untuk pencarian protege yang seterusnya (kelima), hanya seorang blogger saja dan juga merupakan protege terakhir Mia. Masa amat mencemburui Mia. Tak dapat nak ambil lagi selepas ini. Identiti protege kelima masih dirahsiakan sehinggalah Mia umumkan nanti.

Apa-apa pun, terima kasih sudi belajar dengan Mia, sanggup layan karenah Mia yang teliti dan cerewet ini. Mia rasa impian 2 tahun lepas untuk jadi mentor dah tercapai sekarang ini. Rasa puas dan syukur sangat.

they're my precious.. no matter what..

29 comments:

  1. thank you so much kak. Insha Allah will do my best

    ReplyDelete
  2. gud luck kak mia....insyaallah dorang tak akan lupakan kak mia..

    ReplyDelete
  3. nak jugak jadi protege mia tapi takut tak maintain..maybe 1 hari kot

    ReplyDelete
  4. Tak sempat nak jadi anak murid...
    Layak ke hehehe

    ReplyDelete
  5. Peluang masih terbuka utk jd protege ke?

    ReplyDelete
  6. Terima kasih utk segala ilmu kak...insyaallah... Akan digunakan sebaiknya.. (≧∇≦)/

    ReplyDelete
  7. Touching baca entry nih... Ibarat surat guru kepada anak muridnya...

    ReplyDelete
  8. siapakah yang bakal menjadi pemilik ranking terhebat yg kelima

    ReplyDelete
  9. Salam perkenalan kak mia..baiknya hati kak mia..susah nak cari org macam nie :)

    kak mia jemput ke blog sy jugak ye www.ladysara84.blogspot.com..

    ReplyDelete
  10. semoga jasa baik kak Mia dikenang selalu.. :)

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah...tahniah buat kak mia dan anak didik kak mia....insya Allah, ilmu kak mia tak berhenti di sini...mana tau anak didik kak mia pula nak sambung legasi kak mia dengan adanya anak didik mereka masing2...siapa tau kan...^_^

    ReplyDelete
  12. Seronoknya kalau ada mentor ni..terbaiklah dari Kak Mia..Ilmu dikongsi bersama :)

    ReplyDelete
  13. all the best kak mia...moga kak mia terus success dalam aktiviti blogging dan kerjaya..amin

    ReplyDelete
  14. Tahniah !!! Kerana telah berjaya mendidik protégé sehingg ranking malaysia mencecah bawah 500 .. Memang terbaik !!!

    ReplyDelete
  15. Tahniah kepada semua yg telah menjadi anak didik Kak Mia...mereka semua memang hebat2..dan yang akan menjadi anak didik Kak Mia.....awak memang bertuah sangat sebab jadi anak didik Kak Mia.

    ReplyDelete
  16. Tahniah kepada semua yg telah menjadi anak didik Kak Mia...mereka semua memang hebat2..dan yang akan menjadi anak didik Kak Mia.....awak memang bertuah sangat sebab jadi anak didik Kak Mia.

    ReplyDelete
  17. beruntungnya dorag dapat sifu mcm kak.mia. teringin nak ada sifu juga.hehe

    ReplyDelete
  18. Beruntung ada mentor macam mia.. apapun semoga semuanya lebih berjaya selepas ini..

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum mia..mmg terbaik ni...:)

    ReplyDelete
  20. Rasa-rasa kita layak tak?heheeh.. Nak gak merasa ada mentor ni.. :)

    ReplyDelete
  21. Tahniah kak mia..bkn mudah mjadi seorang guru..

    ReplyDelete
  22. Bestnya ;)
    Hopely one day, kak mia ambik PG sbg protege kak mia pula ;)

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.