October 2014

Friday, October 31, 2014

Episod Akhir Drama Selamat Pengantin Madu



Mia memang menanti betul episod akhir drama yang hangat di TV3, Selamat Pengantin Madu. Sebab nak tahu sangat apa yang akan berlaku dengan Mas. 

Tup-tup malam semalam pula ada gathering blogger di Dataran Bandaraya Johor Bahru. Melepas nak tengok kat TV3.

Tadi petang, demi nak tahu juga dan tak nak ketinggalan, mulalah Mia buka tonton.com.my dan cari episod ke 13 drama ini. Dapat juga tonton dengan seronoknya.


Kisah bermadu yang menarik ini rasanya ramai yang mengikutinya kat luar sana itu. Nak-nak dengan perangai Mas yang tersangatlah over dan Zul yang tidak nampak pengorbanan Hana yang terlalu baik untuk dimadukan. 

Macam-macam kesilapan yang dibuat Mas bagi merebut kasih dari Zul. Asyik menyirap je tengok perangai dia tu. Tapi kesilapan dalam episod akhir ini adalah yang paling besar iaitu keluar dengan lelaki lain tanpa pengetahuan Zul kerana jeles Zul bercuti seminggu dengan Hana di Maldives. Nasib baik bila pulang Zul dapat tahu melalui mesej chat di dalam notebook yang terbuka dan pergi mengintai apa yang Mas buat.

Apalagi bila Mas balik, berlaku pertelingkahan dan Mas diceraikan dengan talak satu. Sejak itu Zul dah tak boleh terima Mas semula dan terus kembali ke pangkuan Hana walaupun Hana ada memujuk Zul untuk terima Mas kembali. Mula-mula hubungan keluarga tidak begitu ceria tapi lama-kelamaan dah bahagia. Happy ending... sukanya Mia. Paling suka dengan watak Hana.. sangat sporting dan penyabar orangnya.

ada banyak pengajaran dalam drama ini....
Read more / Baca Lagi >>>

Gathering Blogger Di Dataran Bandaraya Johor Bahru




Malam tadi bertemunya blogger-blogger kategori mak dengan seorang blogger ayah yang famous dari Kuala Lumpur. Lokasi pertemuan di Dataran Bandaraya Johor Bahru. Waktu yang dijanjikan pukul 8.00 malam. Perbincangan ilmiah tentang dunia blog, cabaran dan rintangan. Ada juga terselit tips tentang blog dalam tak sedar. Meriahnya makan steamboat, bakso, nasi ayam penyet dan lain-lain. Yang pastinya ada orang itu makan bertambah.

Pengerusi majlis blogger Broframestone. Iera dan Fisha yang comel pun ada.

Borak sakan. Seronok dapat berjumpa. Masing-masing bawa family.

Syoknya dengar bebelan blogger yang baju hijau tu. Nak menurunkan ilmu blog katanya.

Kenangan beramai-ramai.

Lepas dah puas makan dan borak, kami terus ke dataran. Lepak-lepak sambil bergambar lagi.




Gambar-gambar diambil oleh Suami Mia. Sofea tak join masa ini, dia ada kat rumah Mertua Mia. Nak main dengan sepupu katanya.

Blogger-blogger Johor Bahru yang sudi datang malam tadi ialah Mama Niza, Kisah Si Diary, Mar Mansor. Terima kasih pasal malam tadi. Memang bestlah dapat jumpa. Lain kali boleh buat gathering kecil-kecil macam ni, ajak blogger-blogger Johor Bahru yang lain. Yeahh..

sweet moment with bloggers...
Read more / Baca Lagi >>>

Quote Of The Day (70)




Don't trust too much
Don't love too much
Don't hope too much
Because that "too much"
Can hurt you so much...

don't... be hurt anymore...
Read more / Baca Lagi >>>

Goreng Sosej Dengan Mentega


Pagi ini sarapan ala-ala western sedikit. Makan sosej dengan roti. Dulu masa anak dara kalau nak goreng sosej guna minyak masak biasa saja. Sejak kahwin, Mia bertukar pula kepada mentega. Kiranya ada inovasi sikitlah. Jadi favourite Suami Mia bila digoreng dengan mentega. Rasa lemak-lemak berkrim gitu.







Lepas itu, dimakan dengan roti ataupun begitu saja.. Sofea pun suka...

merasa jadi mat saleh sekejap... hihihi
Read more / Baca Lagi >>>

Pengumuman Pemenang Segmen 12 Jam Bloglist #11




Seperti yang telah dijanjikan, tibalah hari yang dinanti-nanti untuk Mia umumkan siapakah 12 pemenang yang bertuah dipilih oleh random.org bagi menjadi penyeri bloglist Mia bagi bulan November dan Disember 2014.

Segmen 12 Jam Bloglist #11 telah diadakan pada 13 Oktober 2014 dari 11.15 pagi sehingga 11.15 malam. Sebanyak 93 penyertaan yang lengkap diterima. Sebelum itu sila rujuk no peserta di SINI.

Dan... pemenangnya ialah...








Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menyertai segmen ini. Kepada yang berjaya diminta untuk memasukkan blog ini ke dalam bloglist masing-masing sebelum atau pada 5 haribulan.

tahniah pada yang berjaya... (^_^)
Read more / Baca Lagi >>>

Thursday, October 30, 2014

Ranking Alexa 30.10.2014



Suka hati pula nak update tentang Alexa malam ini walaupun agak merundum sedikit prestasi blog ini. Ada berkursus minggu ni. Yang penting ber update demi pengunjung tersayang.



Global Rank : 50,231
Rank in Malaysia : 306

Sumber : SINI
Laporan sebelum ini di SINI

Boleh check ranking Alexa blog di SINI

Terima kasih sudi datang sini... terharu ni..

 mood syukur....
Read more / Baca Lagi >>>

Taman Negara Johor Tanjung Piai Pontian


Pada petang Jumaat yang lepas, kami telah beriadah di Taman Negara Johor Tanjung Piai, Pontian. Salah satu tempat pelancongan yang menarik di Johor. Tempat ini memang sesuai untuk aktiviti sekeluarga. Sebelum masuk jangan lupa beli air minuman dan pakai kasut flat sebab tempat ini sangat luas. Puas berjalan kaki. Luas pemandangan. 

Kat depan pintu masuk.
"Welcome to Tanjung Piai Johor National Park"

Kat kaunter tiket.

Harga tiket dewasa RM5.00. Kanak-kanak bawah 6 tahun percuma. Kad pengenalan diperlukan sebagai bukti.

Papan tanda arah.


Di mercu tanda Taman Negara Johor
"The Southernmost Tip of Mainland Asia"

Bilik tayangan dan informasi.

Tengah bacakan untuk Sofea.

Tengah tunjukkan akar pokok bakau pada Sofea.

Peace... di kehijauan hutan paya bakau

Menuju ke penghujung selatan tanah besar Asia.

Melihat ketenangan air laut.

Tapak Ramsar 1289 Tanjung Piai.

Tahniah! Anda telah berada di penghujung selatan tanah besar Asia.

Tak larat nak jalan.


Naik menara pemerhati.

Pemandangan dari atas menara pemerhati.

Di atas jeti.

Boleh nampak Pulau Karimun (a.k.a Tanjung Balai), Indonesia dari sini.

Papan tanda arah di atas jeti.

Boleh beli cenderamata di sini sebagai kenangan

Aktiviti yang menyihatkan. Berpeluh satu badan bila jalan kaki macam ini. Dapat menghirup udara yang segar dan keindahan hutan paya bakau yang penuh dengan kehijauan.

sesi bersama keluarga...
Read more / Baca Lagi >>>

Top Supporters May 2017