Kali Pertama Buat Bekam

Saturday, October 18, 2014

Kali Pertama Buat Bekam



Temujanji dah dibuat semalam untuk Mia buat bekam jam 6.00 petang tadi di Bandar Baru UDA. Selama ini Mia belum pernah bekam.

Pengalaman pertama kali buat bekam, memanglah fikir yang bukan-bukan. Takut darah dan takut sakit. Bila dah buat, barulah tahu macam mana rasanya. Sakit jugalah kena cucuk jarum tapi taklah sakit sangat.

Ada bekam angin dan bekam darah. Mia buat bekam darah yang 11 cup tu. Banyak juga keluar darahnya bila bekam. Buat 2 kali. Takut juga tengok darah kotor sendiri. Bagus buat bekam ni tapi itulah antara berani dengan tak je.

Mia buat kat tempat urut badan tradisional di SINI. Lepas urut dua kali, sakit pinggang Mia dah semakin pulih.

Bekam Darah
Permukaan kulit dilukakan menggunakan jarum tajam, kemudian sekitarnya disedut menggunakan cupping yang sesuai dengan kawasan yang di bekam selama 5 minit setiap sedutan.  Untuk mengeluarkan toksik-toksik dalam kulit tersebut, bekam dilakukan 2 kali tergantung keadaan pesakit. Darah yang bertoksik akan nampak hitam pekat, berkaca, berbuih dan menggumpal.  Luka atau bekas sedutan akan hilang dalam 2-3 hari.

Alhamdulillah, badan dah rasa lega dan ringan sedikit.

sunnah Rasulullah... bagus untuk kesihatan..

19 comments:

  1. Acik pernah juga buat bekam...mula-mula fikir macam Mia juga..tercabut-cabut botol bekam tu sebab Acik kurus..tak ada daging nak sedut.

    ReplyDelete
  2. Huhuhu tak penah buatt tatutt tattutt..huuhuhu

    ReplyDelete
  3. mcm takut je, hehe tp mcm nak try..

    ReplyDelete
  4. Yang penting peralatan dan tukang bekam tu bersih dan hygiene. Jarum baru dan alcohol swabs tu untuk menghalang dan membunuh kuman ditakuti kuman masuk dalam darah.
    IsmailDotCom

    ReplyDelete
  5. bunyi macam scary la kak mia. kena jarum? takutnya.
    tapi tu la, untuk kesihatan juga kan sebenarnya bekam ni.
    PG tak pernah buat lagi. tapi nak juga mencubanya sendiri. hehe

    ReplyDelete
  6. Dah setahun teringin nak buat..Sudahnya tak buat2 smpai sudah..Ni dah pregnant,jawapnya kena tunggu setahun lagi la baru bleh buat.hehehe

    ReplyDelete
  7. X pernh lgi lya Cuba..eermm bunyi mcm mnakutkn

    ReplyDelete
  8. teringin jugak nak berbekam..tapi takut tengok darah sendiri nanti..huhu

    ReplyDelete
  9. Tak pernah lagi. Takut pulak tengok bekas tu terpacak kat.badan kite.

    ReplyDelete
  10. Mmg nk g buat juga... Cuma ntah bila berkesempatn nk buat...

    ReplyDelete
  11. Takut tengok orang kalau berbekam ni....takut tengok darah...hehe...

    ReplyDelete
  12. Mmg nk g buat juga... Cuma ntah bila berkesempatn nk buat...

    ReplyDelete
  13. teringin nak berbekam..tapi tulah..rasa takut tu lebih banyak dari berani..huhu

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum mia...mama x pernah buat pun...:)

    ReplyDelete
  15. CN pun tak pernah buat...mcm nk try jer ;)

    ReplyDelete
  16. Tak pernah lagi cuba bekam.. Mcm kak Mia cakapla, duk pikir macam2 nak buat tu.. Hehe..
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.