Menu Masakan Hari Ini

Saturday, October 4, 2014

Menu Masakan Hari Ini



Keletang.. keletung duduk di dapur seorang diri. Maka inilah hasilnya. Seronok kalau masak di hujung minggu ini. Dapat merasa betapa indahnya aktiviti memasak di dapur.

Hari ini Mia masa ayam masak kicap. Bubuh kentang (dah digoreng dulu) dalam tu. Sebelum itu ayam di goreng separuh masak selepas diperap dengan rencah tumbuk (halia + kunyit + garam). Sofea dan Suami Mia sangat favourite dengan ayam masakan macam ni. Kemudian barulah Mia buat kuah kicap macam biasa. Rencahnya Mia tumbuk dan digoreng sehingga naik bau bersama rempah tumis. Bubuh kicap, air dan sos tomato (supaya ada rasa masam). Siap dah kuah kita kemudian masukkan ayam dan kentang tadi. Biarkan didih sehingga ayam masak sepenuhnya.

Untuk sayur pula Mia masak kobis dan lobak masak air je. Nak galakkan Sofea makan sayur. Agak susah sikit kalau nak makan sayur. Itu yang bubuh lobak supaya nampak lebih menarik.

Menu sambal pula Mia buat sambal ketok. Suka sangat sambal ini sebab ianya pembuka selera makan. Nak-nak bila dimakan panas-panas. Betul-betul terangkat. Resepinya ada di SINI.

Paling puas hati bila suami dan anak berselera makan. Siap tambah lagi. Alangkah bestnya kalau dapat jadi surirumahtangga setiap hari.

mood puas memasak...

19 comments:

  1. Singgah petang Kak Mia....sedap tu Kak...

    ReplyDelete
  2. Sedap tuh walaupun simple.. hari nih buat masak lemak cili padi ketam ngan ikan masak asam.. tak berapa sihat, buat ala kadar jer..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum mia....mmg nampak menyelerakan...

    ReplyDelete
  4. ada resipi hari ini..entry khas hari raya haji..enak nampaknya tu Mia..

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap kak mia...bole la cuba camni

    ReplyDelete
  6. uwaa...nampak menyelerakan betul! terliuq!! :)

    ReplyDelete
  7. Kombinasi lauk pauk yang menyelerakan...yumyummy

    ReplyDelete
  8. Bestkn memasak Kak slh satu hobi lya hhee

    ReplyDelete
  9. Sedapnya sambal ketok tu.. Nanti boleh cuba resepi ni plak.. Tenkiu kak Mia! ^_^
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.