Sepatutnya


Sepatutnya itu yang dibuat
Tapi diri pula tak cukup kuat

Sepatutnya dah selesai sekarang
Tapi angan penuh bersarang

Sepatutnya tangkis segala tohmahan
Tapi senyap membisu menahan

Sepatutnya kejar peluang yang datang
Tapi tak berani takut pantang

Sepatutnya terima kelemahan diri
Tapi tidak mahu malah lari

Sepatutnya berhijrah
Tapi bertangguh entah bila berubah

puisi nukilan Mia malam ini....

Post a Comment

13 Comments