image November 2014 - Mia Liana

Sunday, November 30, 2014

COD Ephyra Area Johor Bahru

11/30/2014 11:46:00 PM 11 Comments

Alhamdulillah... siang tadi Mia COD (cash on delivery) produk Ephyra premium pack (30 sachets) pada Mama Maszull.

Beli 1 kotak premium pack Ephyra dapat sekotak Ephyra Skin Bar, shaker dan beg ekslusif


Sweet kan... kami berdua

Terima kasih ya Mama. Customer tetap Mia dari dulu.

Mia dealer produk Ephyra... sesiapa yang berminat boleh whatsapp ke 0146118445 atau emel ke ephyra@mialiana.com untuk harga yang istimewa.

dah ada customer tetap dari Kota Singa...

Sedang berlangsung :
Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com
Blogger dijemput join, klik SINI.

Bersauna Herba Petang Tadi

11/30/2014 09:26:00 PM 11 Comments


Bersauna herba Mia.. petang tadi selepas balik kerja. Kat kawasan Bandar Baru UDA. Dekat dengan pejabat Mia. Nampak sangat Mia ni payah benar nak exercise. Kerja pun duduk dalam aircond.

Masa sauna inilah baru nak berpeluh-peluh. Cuma kena tahan panas sedikit. Baru segar badan dan kepala. Rasa relaks dengan aroma herba.

Biasalah dah namanya wanita.. Takkan lari dari spa & beauty.


yang jenis kayu ni best tau...

Sedang berlangsung :
Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com
Blogger dijemput join, klik SINI.

Stok Biskut Minggu Ini

11/30/2014 05:12:00 PM 13 Comments


Tengahari tadi lepas lunch Mia singgah Mydin beli biskut. Restock. Biskut yang ada dah nak habis. Buat bekalan jika lapar kat pejabat di waktu petang.

Suka biskut Munchy's Lexus Chocolate Cream...

 kudapan yang so sweet...

Sedang berlangsung :
Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com
Blogger dijemput join, klik SINI.



Wana.. Pelajar Praktikal Baru

11/30/2014 11:34:00 AM 21 Comments


Jeng.. jeng.. jeng... sukanya Mia hari ini. Dapat pelajar praktikal baru. Namanya Wana pelajar Diploma Sains Komputer dari UiTM Segamat. Hari ini baru lapor diri. Macam biasa Mia jadi penyelia dia. Dapat juga bernafas sedikit. Kalau tak, tak cukup tangan dibuatnya. huhuhu...

Mengajar dan mendidik pelajar praktikal, dah cukup sebati dalam diri ini. Selalunya Mia akan ajar pembangunan sistem, rekabentuk grafik dan multimedia. Belum lagi ditambah dengan kerja harian Unit ICT. Memang cukup pengalaman lah kalau habis latihan industri di sini.

Mia tak kedekut ilmu. Selagi dipraktikkan oleh pelajar praktikal, selagi itu ilmu akan terus mengalir.

ilmu ICT sangat luas...

Sedang berlangsung :
Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com
Blogger dijemput join, klik SINI.

Segmen Bloglist Januari 2015 by CN

11/30/2014 03:30:00 AM 27 Comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Segmen Bloglist Januari 2015 by CN


Pencarian bloglist bagi bulan Januari 2015 di cekgunorazimah.com bermula pada hari ini, 30 November 2014, iaitu tepat jam 12.00 tengah malam sehingga 30 Disember 2014, iaitu tepat jam 11.15 malam. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  • Buat entri bertajuk "Segmen Bloglist Januari 2015 by CN" 
  • Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.   
  • Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI.

Seramai 15 orang peserta akan dipilih untuk masuk dalam bloglist CN untuk bulan Januari dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog CN ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 1 Januari 2015.
Kredit untuk Kak Mialiana

support CN juga... (^_^)


Sedang berlangsung :
Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com
Blogger dijemput join, klik SINI.



Saturday, November 29, 2014

Shopping Shawl Baru

11/29/2014 11:58:00 PM 13 Comments


Siang tadi Mia ada shopping online shawl baru yang jenis united colors. Pilih warna pink yang ni. Comel je tengok.  Hari Isnin akan diposkan.

Sabar menanti...

 berkenan sungguh bila nampak Fuza pakai ni...


Sedang berlangsung :
Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com
Blogger dijemput join, klik SINI.

BR1M 2015 : Kemaskini Maklumat Pemohon

11/29/2014 06:59:00 PM 28 Comments

BR1M 2015 : Kemaskini Maklumat Pemohon

Makluman penting buat pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2015 bahawa pendaftaran BR1M 2015 secara online akan bermula pada 1 Disember 2014. Bagi memastikan permohonan dapat diproses dengan sempurna, pemohon diminta untuk kemaskini semula maklumat peribadi seperti berikut :
  1. Maklumat pasangan / tanggungan
  2. Alamat terkini pemohon bagi memastikan tiada keciciran semasa proses pengeposan surat
  3. Maklumat akaun bank pemohon. Pembayaran BR1M 2015 akan dibayar sebanyak 3 kali setahun iaitu pada bulan Januari, Mei dan September. Sila isi dengan betul maklumat akaun bank yang tepat supaya bayaran dapat disalurkan terus ke akaun bank pemohon.
  4. Penerima BR1M 2015 di bawah kategori isi rumah dan warga emas adalah layak dipertimbangkan untuk menerima Skim Khairat Kematian. Sila isi maklumat waris bagi tujuan pembayaran khairat kematian.
Tarikh kemaskini maklumat : 1 hingga 31 Disember 2014

Cara kemaskini maklumat boleh dibuat :
  1. Secara online melalui Portal Rasmi BR1M LHDNM di https://ebr1m.hasil.gov.my
  2. Menggunakan Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2015 (BK-01) dan dihantar ke mana-mana Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / UTC LHDNM
Senarai bank yang dibenarkan untuk tujuan pembayaran BR1M 2015 :
  1. Affin Bank Berhad
  2. Agro Bank
  3. Alliance Bank Malaysia Berhad
  4. AmBank Berhad
  5. Al Rajhi Bank
  6. Bank Islam Malaysia Berhad
  7. Bank Rakyat
  8. Bank Muamalat Malaysia Berhad
  9. Bank Simpanan Nasional
  10. CIMB Bank Berhad
  11. Citibank Berhad
  12. Hong Leong Bank
  13. Maybank
  14. OCBC Bank
  15. Public Bank Berhad
  16. RHB Bank Berhad
  17. Standard Chartered Bank Malaysia Bhd
* Jenis akaun yang dibenarkan ialah akaun simpanan bank atas nama pemohon sahaja. Akaun pinjaman, akaun bersama dan akaun syarikat adalah tidak dibenarkan.

Jumlah nilai BR1M 2015 yang diterima :
  1. Kategori isi rumah yang berpendapatan bulanan bawah RM3,000 akan menerima RM950
  2. Kategori isi rumah yang berpendapatan bulanan dari RM3,000 sehingga RM4,000 akan menerima RM750
  3. Kategori individu / bujang yang berpendapatan bulanan di bawah RM2,000 akan menerima RM350 dan dibayar pada bulan Januari.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi :
  1. Talian bebas tol 1-800-88-2716 (LHDNM)
  2. Talian 03-8882 4562 / 4566 (Kementerian Kewangan Malaysia)

Sumber : Surat Kemaskini Maklumat Pemohon BR1M 2015 dari Kementerian Kewangan Malaysia

selamat mengemaskini dan semoga permohonan anda berjaya!

Calling For Bloggers : Jomlah Join Giveaway Ephyra Skin Bar

11/29/2014 08:03:00 AM 15 Comments

Tahu kan... ada satu giveaway yang sedang berlangsung di blog ini. Giveaway Ephyra Skin Bar yang sedang dalam pencarian 50 orang blogger untuk mencuba produk Ephyra Skin Bar bersaiz 50gram. Setakat entri ini dibuat dah hampir 100 orang peserta giveaway. Terima kasih atas sokongan semua.

Kepada yang belum join, jemputlah join giveaway ini, mana tahu ada rezeki kat sini. Mudah nak join hanya perlu buat entri penyertaan dengan copy coding yang disediakan dan jawab soalan di akhir entri. Hadiah yang ditawarkan pun memang menarik, sila rujuk di SINI.


Join ya.... klik banner di atas.  Jangan tunggu lama-lama...

sesi support Mia pula.... (^_^)

1st Segmen Blogwalking & Kenali Blogger Nad Dea

11/29/2014 06:02:00 AM 13 Comments



10 Fakta Mengenai Mia
  1. Blogger separuh masa
  2. Tinggal di Johor Bahru
  3. Sudah bekerja
  4. Sudah berkahwin dan ada seorang anak
  5. Suka makan tomyam
  6. Tak suka pada orang yang hipokrit
  7. Suka berblog
  8. Suka berkawan
  9. Suka blogwalking
  10. Cerewet dan teliti

Kepada yang berminat boleh klik banner di atas. Tutup pada 30 November 2014.

sesi support blogger...

Sedang berlangsung :
Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com
Blogger dijemput join, klik SINI.

Friday, November 28, 2014

Ranking Alexa 28.11.2014

11/28/2014 11:25:00 PM 19 Comments

Di hari kedua puluh lapan bulan yang kesebelas ini, Mia nak update juga ranking Alexa malam ini. Hmm.. ternyata makin ke laut lagi. Tak mahu nak ke darat. Jatuh sedikit dari yang sebelumnya.


Global Rank : 51,518
Rank in Malaysia : 386

Sumber : SINI
Laporan sebelum ini di SINI

Boleh check ranking Alexa blog di SINI

Mia tak konsisten sangat. Bila sibuk sikit dengan komitmen kerja, banyak buat autopublish. Blogwalking mana yang sempat. Payah nak maintain ranking Alexa ni sebenarnya. Boleh jatuh dengan cepat, tetapi nak naik memanglah semput, sikit demi sikit. Kalau tak maintain, langsung ke lautlah perginya.

Walaubagaimanapun terima kasih kepada semua pengunjung blog ini yang sentiasa bertandang ke blog ini. (^_^)

 selamat malam...

Sedang berlangsung :
Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com
Blogger dijemput join, klik SINI.

Menang Segmen Blog Review By Syukurnya Sihat

11/28/2014 09:34:00 PM 11 Comments


Wahhh.. tidak sangka betul nombor Mia, nombor 4 naik dalam pemilihan menggunakan random.org dan terus menang Segmen Blog Review By Syukurnya Sihat di SINI. Sukanya Mia. Terima kasih ya....

Tahniah juga buat 4 orang pemenang yang lain.

entri penyertaan Mia ada di SINI


Sedang berlangsung :
Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com
Blogger dijemput join, klik SINI.

Selesai Blogwalking Senarai URL Blog #10

11/28/2014 08:04:00 PM 17 Comments


Fiuhhh.... selesai juga Mia blogwalking 111 blog hari ini dari pagi sampailah ke petang. Senarai URL Blog #10 di SINI.

Sebenarnya tempohari dah blogwalking banyak dah. Tapi tak ingat dah sampai mana. Hari ini Mia blogwalking semula dari blog peserta nombor satu sampailah habis. Kalau buat separuh.. separuh.. nanti dah payah nak sambung semula.

Salam kenal pada blogger yang baru mengenali Mia.

gigih blogwalking dengan internet yang macam siput sedut ni...


Sedang berlangsung :
Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com
Blogger dijemput join, klik SINI.

Masak Sambal Telur Puyuh

11/28/2014 06:02:00 PM 19 Comments

Kisah dari dapur Mia. Hari ini masak sambal telur puyuh. Lama juga terfikir nak masak apa lah telur puyuh ni.


Dah lama betul tak makan telur puyuh. Sampai tak tahu nak masak apa. Susah-susah masak sambal aje.


Dah siap masak, macam ni la rupa dia. Tak masak banyak. Makan berdua je kat rumah ni.

makan dengan nasi lemak.... sedapnya...


Sedang berlangsung :
Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com
Blogger dijemput join, klik SINI.

Giveaway kerusiburok: Ole-Ole Phuket!

11/28/2014 03:18:00 PM 17 Comments
hai semua blogger! 

seperti yang korang semua maklum, kerusiburok akan bercuti ke Phuket awal Disember ni (baca entri kerusiburok ke : PHUKET (intro)

jadi, kerusiburok bercadang nak bagi ole-ole dari Phuket kepada blogger2 sekalian.

bermula 25 Nove 2014 hingga 3 Dec 2014
KLIK banner di atas untuk sertai.

OLE-OLE utama akan diberi kepada 3 pemenang bertuah. 
tapi kalau ramai yang join segmen giveaway ni, 
saya akan tambah 7 lagi ole-ole untuk blogger bertuah! 
hehehe

3 x Ole-Ole Utama = T-shirt kenangan dari Phuket
(sebab tu conduct giveaway awal-awal, nanti pemenang boleh dapat saiz baju yang betul hehe)


JOM SERTAI! Mana tahu korang bertuah! Klik Banner kat atas tu ye untuk syarat yang simple :)


jom join ramai-ramai. ajak blogger lain sekali yer! 
di samping bersegmen, boleh jugak kita berblogwalking dan berkenalan! hehehe

babai.

support KerusiBurok juga....


Sedang berlangsung :
Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com
Blogger dijemput join, klik SINI.

Borang Permohonan Kad Nikah Pintar

11/28/2014 02:03:00 PM 21 Comments


Apa kenalah ni. Tiba-tiba muncul cerita borang permohonan kad nikah pintar dari Jabatan Agama Johor. Sebenarnya inilah aktiviti yang paling lama tertangguh sejak nikah pada 20.07.2007 sehinggalah sekarang. Nanti.. nanti punya pasal sampai dah 7 tahun baru nak buat.

Baru ambil borang ini semalam. Sebelum ini ke hulu ke hilir dengan salinan fotostat sijil nikah yang dah nak lunyai tu... Entah apa lah kan.. buruk betul perangai. Benda dah canggih sekarang ni, tapi selalu ketinggalan.

Salinan dokumen dan bayaran yang diperlukan :
  1. Kad pengenalan / Pasport Suami Isteri
  2. 2 Salinan Sijil Nikah (jika sudah berkahwin)
  3. 2 keping gambar berukuran saiz pasport suami/isteri (wanita bertudung / lelaki bersongkok)
  4. Bayaran RM 40.00

perasan macam baru je nikah... hehehehe

Sedang berlangsung :
Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com
Blogger dijemput join, klik SINI.

Keindahan Dunia Blog Yang Dicipta

11/28/2014 10:02:00 AM 19 Comments


Status Mia kat facebook semalam. Tiba-tiba timbul pula idea untuk madah blog ini.

keindahan dunia blog yang dicipta.. 
itulah kepuasan maksimum berblog sebenarnya.. 

#myquote #suddenquote #blogquote #blogger #mialiana #blog #mialianadotcom

Dunia blog ini kita sesama blogger yang cipta. Meriahnya.. Seronoknya.. Kawan-kawan blogger yang boleh sependapat dan sefahaman. Lepas itu, ada giveaway dan segmen, menjadikannya happening sangat. Sokong menyokong antara satu sama lain tanpa mengira blogger baru atau lama, blogger banyak followers atau sikit followers. Tanpa ada perasaan dengki, cemburu dan lupa diri. Rezeki masing-masing. Tidak ada unsur boikot-memboikot dan lupa kawan blogger. Bila berblog dengan harmoni dalam komuniti blogger.. di situlah tersimpannya kepuasan maksimum berblog sebenarnya.

Sweet sangat kan...

perlu ada sifat positif dalam berblog...

Sedang berlangsung :
Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com
Blogger dijemput join, klik SINI.


Thursday, November 27, 2014

Bila Tak Sempat, Buat Entri Autopublish

11/27/2014 05:56:00 PM 20 Comments

Macam inilah lumrahnya bila jadi blogger separuh masa. Memang akan ada entri autopublish atau autopost siap-siap kalau rasa macam payah sangat nak luangkan masa nak update blog. Makanya, terus buat entri autopublish dan ianya akan publish pada tarikh dan masa yang kita dah tetapkan. Kemudahan dah ada, kalau tak guna.. rasa rugi betul.


Boleh dikatakan setiap hari.. ada saja beberapa entri yang Mia dah buat autopublish. Sayang sangat kat blog ini. Tak nak dia kesunyian tanpa pengunjung.

entri ini pun autopublish juga... jangan marah ya.... senyum sikit... (^_^) 


Sedang berlangsung :
Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com
Blogger dijemput join, klik SINI.

Tips Penjagaan Madu Lebah

11/27/2014 11:34:00 AM 21 Comments

Bila dah beli madu lebah ni, kena tahu cara-cara untuk menjaga agar khasiatnya dapat dikekalkan ke tahap yang maksima. Kadang kita ni tak tahu nak jaga, main bedal saja.

Di sini Mia kongsikan tips penjagaan madu lebah :

  1. Jangan simpan madu di dalam peti ais atau di tempat yang panas secara langsung. Sila simpan pada suhu bilik.
  2. Jangan simpan madu dalam bekas logam seperti besi.
  3. Jika madu dalam botol masih mempunyai banyak gas, jangan goncang botol tersebut. Ini dapat mengelakkan berlakunya letupan atau botol pecah akibat tekanan gas di dalam botol.
  4. Jangan simpan madu di tempat yang berbau busuk, kerana madu bersifat mudah menyerap.
  5. Elakkan minum madu dan makan tembikai dalam masa yang dekat.
  6. Jangan minum madu menggunakan sudu besi atau logam.
dah tahu.. bolehlah cuba buat tips ni... (^_^)



Sedang berlangsung :
Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com
Blogger dijemput join, klik SINI.

Dah Beli Madu Tualang

11/27/2014 07:21:00 AM 15 Comments


Suami Mia yang belikan semalam madu tualang ini. Madu lebah asli. Padahal Mia sibuk nak cari madu ini sejak sebulan yang lepas. Last-last dia yang beli. Warna madu ini yang gelap ini ada kandungan zat kuprum, zat besi dan manganese yang lebih tinggi.

Banyak khasiat dan bagus untuk kesihatan tubuh badan. Mengandungi vitamin A dan B kompleks, C dan E juga zat galian termasuk kalsium, fosforus, sulfur, karbon, magnesium dan sebagainya.

Nak cuba minum setiap pagi sebelum sarapan dengan air suam.

beli yang kecil dulu.... nak tengok serasi ke tak...


Sedang berlangsung :
Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com
Blogger dijemput join, klik SINI.