Cantik Yang Sebenarnya

Wednesday, November 12, 2014

Cantik Yang Sebenarnya



Cantik yang sebenarnya
Bukan hanya dari luaran
Berseri menawan
Memikat si pemandang
Tapi dalam penuh kepalsuan

Cantik yang sebenarnya
Bukan hanya di bibir saja
Manis berbicara
Tapi di hati lain bisikannya

Cantik yang sebenarnya
Usah percaya dari mata
Walau janji ditabur manis belaka
Tapi pahit pula yang dirasa

Cantik yang sebenarnya
Biarlah seperti bunga
Sebagaimana cantik di luar
Begitulah jua di dalamnya


puisi dari Mia yang cukup berkias dan puitis... (^_^)


Jom join sekarang :





15 comments:

  1. assalamualaikum mia...cukup menarik ...:)

    ReplyDelete
  2. cantik hanyalah bersifat sementara....jadilah bunga ros merah yang sedap mata di pandang, dan dalam masa yang sama memberi manfaat kepada manusia, dengan baunya yang wangi..ceeewah..! :)

    ReplyDelete
  3. Cantik ...subjective...cantik di luar biar la cantik di dalam juga...kan?

    ReplyDelete
  4. cantik luar cantik dalam, kalau saya cantik, awak pun cantik sama ^^

    ReplyDelete
  5. cantik luar+cantik dalam=cantik yang sebenar :)

    ReplyDelete
  6. Cantik dalam kekal abadi, Cantik luar sementara bersifat baru.
    ***IsmailDotCom***

    ReplyDelete
  7. Nice Kak Mia. Cantik sebenar itu sentiasa mekar di pandangan Allah :)

    ReplyDelete
  8. Cantik....semua orang nak cantik..cantik biarlah seiring dengan memiliki keperibadian dan cantik luar dan cantik dalamannya...

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.