Online Dengan Handphone Samsung Note 3

Tuesday, November 4, 2014

Online Dengan Handphone Samsung Note 3



Sejak Mia boleh online dengan handphone rasanya banyak masalah Mia yang dahulu dapat diatasi. Dulu kan susah nak online. Terpaksa mengadap komputer atau laptop barulah online. Sejak Mia bertukar kepada handphone Samsung S Advance pada 27 Jun 2012. Kisahnya ada di SINI. Masa itu Mia baru nak berjinak-jinak dengan smartphone. Perlahan-perlahan kayuh lama-lama bila dah serasi dan sesuai untuk berblog, Mia tanamkan impian untuk memiliki handphone yang lagi canggih supaya semua aplikasi bila dibuka dalam satu masa tidak hang. 

Akhirnya... pada 30 September 2013, handphone Samsung Note 3 telah berada di genggaman. Masa itu terfikir dan berharap handphone ini menepati citarasa Mia. Alhamdulillah... sehingga sekarang Mia gunakan handphone ini Mia amat berpuashati. Memang best lah dan Mia boleh blogwalking dan update blog seperti biasa. Ibarat kata orang macam komputer kecil yang boleh dipegang kat tangan. Macam itulah yang Mia alami.

Sejak dah ada powerbank Samsung lagi memudahkan Mia. Lebih-lebih lagi untuk cas handphone Mia di mana-mana. Terasa begitu lengkap keperluan Mia sekarang ini. Powerbank dah siap-siap cas dulu sebelum keluar rumah. Jadi.. tiada alasan untuk kita tidak boleh online.

Amat menyenangkan Mia bila ada apa-apa notifikasi dari emel, facebook, twitter, instagram dan whatsapp, Mia tidak tertinggal dan boleh tengok terus. Handphone yang ada, digunakan sepenuhnya. Syukur sangat, Mia pun tak sangka yang keputusan ragu-ragu tahun lepas apabila nak bertukar kepada smartphone lebih canggih membuahkan hasil. Mia tidak guna mana-mana aplikasi mobile untuk update blog. Mia hanya gunakan Chrome. Macam kita update kat komputer atau notebook. Sebab Mia dah serik guna aplikasi mobile. Ada kisahnya di SINI.

Memang diakui bila menjadi blogger ini, banyak benda yang kita kena tahu dengan update terkini. Apa yang dilalui dulu.. dengan masalah yang dihadapi.. bila difikir secara positif boleh diatasi sebenarnya. Seterusnya mengubah kita kepada yang lebih baik. Jika kita berfikir secara negatif, nescaya tidak ke manalah kita. Duduk kat takat itu saja.  Kalau tak ada masalah kita tak mungkin jadi seperti yang ada sekarang ini. Semua orang ada matlamat untuk berblog. Kejarlah impian itu, jangan biarkannya terkapai-kapai.

Kerana Mia percaya pada usaha. Kita mungkin tidak popular atau famous, tapi kita boleh berusaha untuk menjadi blogger yang berjaya. Di era serba moden dan berteknologi maklumat ini, prospek blog semakin cerah dan kalau lepaskan peluang ini, akan menjadi sia-sia nanti. Berblog melalui handphone akan menjadi kebiasaan di masa akan datang.

Anjakan paradigma.. berhijrah ke arah teknologi yang lebih memudahkan...

best tau.. bila boleh beronline dengan handphone ini.. tak percaya.. buatlah..

29 comments:

  1. Sep kak mia.. kita sama! Nik pon guna note 3 gak.. betul kata kak mia.. kalau guna apa2 aplikasi kan, mudah hang hp. Lepas tu lagi payah nak update.. nak letak gambar pun susah.. guna chrome, lajuuu je.. best..

    ReplyDelete
  2. seronok kan kak mia.. yui lak jrg bw guna hp.. hihih

    ReplyDelete
  3. betul mia..
    saya pun lebih senang beronline pakai phone
    sambil tunggu anak keluar sekolah pun boleh online lagi ;-)

    ReplyDelete
  4. saya pon dah mula berjinak2 berblog dengan smartphone...macam kak mia...

    ReplyDelete
  5. Zaman skrg makin canggih.. makin senang utk kita bercommunicate dgn apa2 apps.. satu keputusan yg bagus Mia..

    ReplyDelete
  6. saya BW sahaja pakai s4.. menaip masih lagi menggunakan pc.. lagi seronok ketok keyboard la kak mia.. :)

    ReplyDelete
  7. klu selalu gak la online guna hp. kadang2 draft siap2 je . nak edit or backlink kena buat kat pc gak... now hp rosak... mmg 100% mengharap pc je la... sedih...

    ReplyDelete
  8. Wah, bestnya. Saya tak pernah lagi on9 guna hp. Mesti best nie.

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum mia...samsung note ni bagus yer...terasa nak gunakan juga la...mulalah berangan nak membelinya...:)

    ReplyDelete
  10. best guna note 3...internal dah 32 G....kalau add on external 8...wah! comfirm terbaik!
    screen pun ok ...market value pun ada....
    kalau nak beli hp, cari yang ada 4G...if nak trade in, ada harga...

    ReplyDelete
  11. nak kena tanamkan impian untuk dapatkan note 3 ni :D

    ReplyDelete
  12. wah... saya tak selalu sangat gunakan handphone untuk blog :D

    ReplyDelete
  13. betul mia, kakmieja kalau dekat rumah tak pernah guna pc lebih suka pakai iphone.
    senang dan cepat..nak golek2 atas katil sambil update pon senang:)

    ReplyDelete
  14. Wow !!! Terbaik...isz pun guna smartphone Lenovo s920 aje pun dah ok....kalau note4 tu tak mampulah. Memang mudah guna smartphone untuk berbelog
    IsmailDotCom

    ReplyDelete
  15. sangat memudahakan kerja bagi seorang blogger kan :)

    ReplyDelete
  16. asalam Etuza masih berangan nak beli phone ..hehehe kalau ada rezeki nak beli nanti..brand baru opo tu pun ok kan mia..

    ReplyDelete
  17. Memang best kalau boleh online dengan smartphone ni, jimat letrik :)

    ReplyDelete
  18. Tula... dulu mmg suke gne laptop je sbb puas besar.. tp sjk laptop hang ni trpksa gne fon...
    Ehhh jadi sonok plak bile bw..
    Snng je.. cume bile nk update kene gune tab lah..

    ReplyDelete
  19. Bestnya. Ada keinginan jugak nak guna yg lebih canggih. :)

    ReplyDelete
  20. Betul2.. Jadi blogger ni memang nak kena ada gadget yang membolehkan kita online di mana2.. Mesti nak kena ada smartphone, capaian internet & power bank.. Saya pun abru je beli power bank baru2 ni.. Tak rasmi pun lagi.. Standby dlm handbag siap2.. Senang nak ke mana2 tak payah susah cas tepon pepenuh mcm dulu dah.. sebab dah boleh cas on the go.. Hehe..
    RosmizaAliDotCom

    ReplyDelete
  21. Za jarang guna handphone umtuk update entry..hehe

    ReplyDelete
  22. Memg mudahkn Kak .lya pun on9 blog bw just guna hf je

    ReplyDelete
  23. bila la nak beli samsung note ni..mudah nak bawa ke mana mana

    ReplyDelete
  24. kalau phone saya dah nazak kadang2 . macam2 hal buat huhuu

    ReplyDelete
  25. wahh...best ni kebanyakkan suka online guna hp....Diana klu nak update entri selalu guna tab dan klu untuk bw selalu guna hp...

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.