Review Gelang Penghalau Nyamuk Bugslock


Review Gelang Penghalau Nyamuk Bugslock

Wahhhh... best tau bila pakai gelang penghalau nyamuk Bugslock ini semasa Mia sekeluarga pergi ke Taman Negara Johor Tanjung Piai Pontian. Seronoknya bila dapat bawa Sofea berjalan-jalan di kawasan Taman Negara Johor yang penuh dengan suasana ketenangan dan pemandangan serba hijau dengan hutan simpan paya bakau. Luas sangat kawasannya. Lebih seronok bila tiada gangguan nyamuk atau agas di situ. Betul-betul berkesan bila pakai di pergelangan Mia, Suami Mia dan Sofea.


Sesuai sangat untuk kami bertiga

Ada dalam warna coklat, hijau dan kuning

Tidak perlu risaukan anak takut digigiti nyamuk.

Selesa bila menggunakannya.

Terbaik..



Apa itu Gelang Penghalau Nyamuk Bugslock?


Deet Free
Non Toxic
Mosquito Repellant Band
Bugslock Perfect For The Whole Family


Hah... tengok saja sudah tahu kan. Tentulah kegunaannya untuk menghalau nyamuk. Ditambah pula dengan 100% aroma semulajadi Citronella Oit (serai wangi). Produk ini berbentuk gelang yang menghalau nyamuk dari mendekati kita. Cara nak gunanya pun senang boleh dipakai di pergelangan tangan atau kaki. Tidak perlu bimbang ianya boleh dilaraskan mengikut saiz. Boleh digunakan oleh semua peringkat umur dan ianya selamat. Boleh juga guna untuk bayi. Gelang penghalau nyamuk Bugslock ini tidak mengandungi bahan-bahan toksid.



Satu utas gelang penghalau nyamuk boleh digunakan sehingga 240 jam. Selepas guna boleh simpan balik ke dalam bekasnya. Ada zip bagi memudahkan penyimpanan jika tidak diguna dan bagi mengekalkan aromanya ke tahap yang maksima.



Sekitar 2 juta orang dilaporkan meninggal akibat malaria setiap tahun. Sebab utamanya adalah peningkatan jumlah nyamuk akibat pemanasan global dan kemusnahan alam semula jadi. Pembiakan nyamuk semakin meningkat dan jangka hayat nyamuk semakin panjang kerana semakin kondusif sekitar untuk hidup. Dengan kes-kes denggi semakin meningkat di negara ini, ia adalah penting untuk melindungi diri dan anak anda daripada nyamuk aedes. Untuk tidak terus merosakkan alam semula jadi melalui penggunaan pelbagai jenis racun serangga dengan kandungan kimia dan lagi mengekalkan keberkesanannya menghalau gigitan nyamuk, satu produk Bugslock - gelang penghalau nyamuk yang inovatif telah dihasilkan di Korea dan kini boleh didapati di Malaysia.

Bertukarlah kepada gelang penghalau nyamuk Bugslock jika anda menyayangi diri dan ahli keluarga anda.

Satu utas gelang berharga RM13. 
Boleh beli secara online di << SINI >>


Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi,

Malaysia Bugslock
X Cube Enterprise

Fanpage :  https://www.facebook.com/gelangpenghalaunyamuk
WhatsApp & Line : 016 4858235

katakan tidak kepada nyamuk!

Post a Comment

38 Comments

  1. wah memang tak ade nyamuk gigit ye... berapa lama bole bertahan ni..

    ReplyDelete
  2. Salam Mia,.datang berkunjung pagi Isnin.
    Baguslah gelang ni utk anak2 pakai masa outing. Boleh kena air tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam farah. gelang ini amat bagus. tapi tidak boleh terkena air. bau serai wangi dari gelang akan terjejas dan kurang berkesan.

      Delete
  3. Wahh. Kalau pakai waktu tidur pun boleh lah kan? Kadang2 kalau musim banyak nyamuk, tak senang tido jadinya :)

    ReplyDelete
  4. Oh...baru tahu.Ermm..sesuai sangat pakai masa nak tidur ni.huhuhuhu

    ReplyDelete
  5. bagus lahh.. boleh masuk kebun kelapa sawit atok kalau gini..

    ReplyDelete
  6. Salam singgah sini Kak Mia...bagus produk ni kan nak guna pun senang cuma pakai macam gelang jer...

    ReplyDelete
  7. oo maksudnya berkesan la ek ...
    tq for sharing

    ReplyDelete
  8. nak kena cuba ni...lagi2 kami ni berdarah manis, nyamuk memang suka...hihi

    ReplyDelete
  9. guna gelang ni lagi selamat dari guna spray atau cecair^^

    ReplyDelete
  10. kalau pegi masuk hutan memang sesuai sangat ni kak

    ReplyDelete
  11. Dulu2 pernah pakaikan utk Adam.tp skrg dh x pkai sbb dh jarang sgt kene gigit nyamuk.kalau nk pegi berjalan tmpt berpaya mcm tanjung piai ni wajib carik lagi

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum mia...best juga ni...mcm nak cuba jer...:)

    ReplyDelete
  13. Wah terbaik !!!! Kalau sangkut di beg sandang atau tali pinggang pun boleh jugakan....risau juga kes denggi dan malaria kerap berlaku di kawasan tempat tinggal. Memang inovasi lah produk bug lock nie.

    ReplyDelete
  14. pernah cuba gelang ni..mmg brkesan...hehe

    ReplyDelete
  15. bagusnya, tak payah sapu2 dah kalau pakai gelang ni kan

    ReplyDelete
  16. Wahhh macam2 skg ni kak mia....
    Tak pernah dengar pon ade alat cmni..
    Snng la kalau nk masuk hutan ke mane2..
    Takde nk bergusti2 ng nyamok

    ReplyDelete
  17. wah bagusnye. mmg sesuai sgt dipakai kat kwsn sini. nyamuk seregombolan byknye. hargablh tahan. tp senang nak guna. mmg bgs sgt dijual benda ni.

    kak nak tanye, kak mia online pakai hp ker? setiap kali akak masuk blog sy, ada gangguan tak? macam link wassap tu? coz ada yg pembaca bgtau ada link wassap keluar.

    sy ada test gak sebelum ni guna tablet, ok, xde masalah. cuma belum buka blog guna hp. akak online pakai hp ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank yumida...
      kak mia byk online guna hp berbanding lappy. bila buka blog yumida ada gangguan iklan. bila klik entri yumida automatik keluar popup haikexue.com... dan terus route ke website dia..

      Delete
  18. saya dapat yang warna pink..memang berkesan .ank akak tidur malam tak de nyamuk pun dalam bik dia..bau nya wangi tapi kuat..

    ReplyDelete
  19. wahhh....berkesan ye...takot nak beli sbb ingat tak berkesan..next time balik kg bleh la beli untuk baby n kita skali..hehehe

    ReplyDelete
  20. Memg keberkesanannya trbukti..cntik plak tu

    ReplyDelete
  21. Lamanya boleh bertahan sampai 240 jam..superb

    ReplyDelete
  22. Saya pun dah try Bugslock ni.. Memang bestlah.. Hari tu masa kenduri kat kampung, tengah2 malam still lagi bergelumang dengan bawang, ikan, ayam, daging utk rewang esoknya.. Nasib baik bawak bugslock ni, nyamuk tak berani dekat.. Hehe..
    RosmizaAliDotCom

    ReplyDelete
  23. Nak try jugak pakai nanti kaalu ke tempat banyak nyamuk..

    ReplyDelete
  24. bagus nie...boleh pakai time pi hiking... nice info 4 sharing

    ReplyDelete
  25. memang betul-betul berkesan yer..
    warna pun cantik-cantik

    ReplyDelete
  26. dah lama nak beli tapi tak beli-beli..lastly memang tak beli lah, anak pon dah besar..tapi juga beli untuk stanby kan

    ReplyDelete