Harga Petrol RON95 Turun 4 Sen RON97 Turun 9 Sen

Monday, December 1, 2014

Harga Petrol RON95 Turun 4 Sen RON97 Turun 9 Sen


Hari ini 1 Disember 2014, bermula harga baru runcit petrol dan diesel. RON95 turun 4 sen dan RON97 turun 9 sen tetapi diesel naik 3 sen seliter.

Harga jualan runcit untuk bulan Disember 2014
RON97 - RM 2.46 seliter
RON95 - RM 2.26 seliter
Diesel - RM 2.23 seliter

Memandangkan beza cuma 20 sen seliter antara RON95 dan RON97, jadi lebih elok pilih RON97 kerana rasanya berbaloi dengan kualiti petrol yang lebih baik dan pembakaran yang lebih sempurna serta menjamin kebersihan kebuk dan injap-injap pembakaran enjin. Banyak kelebihannya. Bila lagi nak guna petrol yang baik.


Sempat ambil gambar kelmarin  semasa isi minyak kereta Mia guna RON97.


printscreen dari Kosmo hari ini.

Buatlah pilihan yang bijak... minyak oh minyak... nak jalan punya pasal, kena juga terima.

tak tahulah... nasib kita bulan Januari 2015 nanti..

Sedang berlangsung :
Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com
Blogger dijemput join, klik SINI.

15 comments:

  1. Wah Terbaiklah !!! Bila lagi nak merasa ron97 kan... Dulu ron97 mencapai rm2.70 seliter, tak mampu ... Orang asing jer.

    ***IsmailDotCom***

    ReplyDelete
  2. wahhh minyak turun harga, therbaiklah...arituh igtkan minyak nak naik...

    ReplyDelete
  3. Dah lama tak isi minyak RON97.. nanti boleh laa guna minyak RON97 selagi harganya tak mahal sesangat..

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum mia...mmg terbaik ni dah turun... boleh gunakan minyak RON97 la lepas ni...

    ReplyDelete
  5. rasanya sepatutnya lebih murah lagi.
    apapun bersyukur. mudah-mudahan semakin menurun

    ReplyDelete
  6. Aah. Dah turun. Tp majoriti stesen minyak letak notis ron97 habis stok. Realiti, kebetulan atau tetttt.

    ReplyDelete
  7. mudah-mudahan semakin turun harga minyak..hehe

    ReplyDelete
  8. aaa.. apsal saya nampak macam terbalik ke harga tu... ke memang macam tu?

    Harga jualan runcit untuk bulan Disember 2014
    RON97 - RM 2.26 seliter
    RON95 - RM 2.46 seliter

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah la... mia taip terbalik. ni baru betulkan. terima kasih ya.. (^_^)

      Delete
  9. Ok la dpt juga merasa minyak brkualiti dgn hrga murah sikit

    ReplyDelete
  10. susah kalau harga minyak naik..memang tak berjalan sangatlah jawabnya..kos pun bertambah..harap turun lagi..

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.