February 2014

Friday, February 28, 2014

Ber Whatsapp Dengan Protege


Salah satu cara Mia berhubung dengan protege-protege blogger Mia ini ialah dengan aplikasi Whatsapp. Senang nak berinteraksi dan ajar mereka.




Macam tu la gayanya... memang rapat sangat ni. Tak larat nak taip mesej... buat voice note... yang penting mereka tidak buat tugasan protege sendiri. Sentiasa dipantau oleh Mia.

permata di depan mata yang sedang digilap...
Read more / Baca Lagi >>>

Kotak Ephyra Yang Ke 7


Pagi ini... Mia dah mula minum 1 sachet dari kotak Ephyra yang ke 7. Masih setia dan tegar dengan Ephyra sehingga kini. Ephyra sentiasa di hati Mia walau ke mana pun Mia pergi, Mia akan tetap bawa stok Ephyra bersama. Minum setiap hari secara konsisten.



Inilah dia... kotak yang ke 7 Ephyra, yang sampai minggu lepas. Laris betul produk ini sampai habis kotak Premium Pack dijual. Kali ini dapat 3 kotak Trial Pack bersamaan dengan 1 kotak Premium Pack. Stok untuk sebulan. Minum.. jangan tak minum.... heheheh (^_^)

Kisah kotak Ephyra yang ke 6 ada di entri SINI.

Jom cuba Ephyra dengan harga istimewa. Emelkan ke ephyra@mialiana.com atau hanya dengan whatsapp ke 0146118445.

banyak kesan positif yang cukup meyakinkan...
Read more / Baca Lagi >>>

Pengumuman Pemenang Segmen 12 Jam Bloglist #7



Pengumuman Pemenang Segmen 12 Jam Bloglist #7

Wahhh.. tentu tidak sabar nak tahu siapakah pemenangnya yang bakal menjadi takhta selama 2 bulan iaitu Mac dan April 2014 nanti. Sila rujuk nombor anda dalam senarai peserta di SINI. Mia dah pun selesai blogwalking ke blog-blog peserta segmen.

Memang best sangat kali ini sebab melebihi 100 penyertaan. Sambutan amat menggalakan. 

Dan pemenangnya ialah...













Tahniah diucapkan kepada semua pemenang di atas. Diharap agar dapat masukkan blog Mia ke dalam bloglist masing-masing untuk bulan Mac dan April 2014 sebelum 5 Mac 2014. Sekiranya, blog Mia masih belum tersenarai, bermakna pemenang tidak bersetuju untuk exchange bloglist dengan Mia. Harap maklum dan terima kasih ya...

mood renew bloglist....
Read more / Baca Lagi >>>

Thursday, February 27, 2014

Ilmu Bertambah Bila Dibelanjakan



Perkongsian dari fanpage Dr Tengku Asmadi tatkala diri ini rasa down dan kurang keyakinan. Banyak mendorong menguatkan dalaman Mia.


Ilmu itu lebih baik daripada harta.
Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga ilmu
Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum.
Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan.

- Saidina Ali bin Abi Talib

Itulah kan.. yang penting keikhlasan dalam membelanjakan ilmu. Barulah merasa kenikmatannya. Kadang ada orang tersalah tafsir dan tidak mengerti perjuangan mendidik sebenarnya.

hayatilah....
Read more / Baca Lagi >>>

Betul Ke Ni? Salah Kira Ke?




Betul ke ni? Salah kira ke... Rasa macam tak percaya bila dapat bil elektrik ni. Betul-betul jimat tak sampai pun RM20. Syukur... ini adalah kali pertama buat rumah Mia.

Ada betul juga, bulan lepas dan bulan ini kami sibuk mengecat dan uruskan rumah sewa. Balik kerja terus ke rumah sewa. Dah lewat malam baru balik rumah sendiri.

Rasa terharu.... bila bil elektrik dibiayai oleh kerajaan Malaysia... terima kasih...

mood suka...
Read more / Baca Lagi >>>

Dah Expired



Tempoh 3 hari tambah booster, dah expired. Internet handphone ni dah jadi lambat macam siput balik. Cukuplah dah keluarkan RM10. Kali ini biarkan je... lambat pun lambatlah sementara nak tunggu 1hb ni...

dilema setiap bulan..
Read more / Baca Lagi >>>

Wednesday, February 26, 2014

Dah Siap Blogwalking Ke Semua Peserta Segmen Bloglist #7




Selesai juga Mia blogwalking ke semua peserta Segmen Bloglist #7 yang telah berlangsung selama 12 jam pada 12 Februari 2014 yang lepas. Seramai 108 penyertaan yang diterima dari kalangan blogger tetapi hanya 106 penyertaan sahaja yang akan masuk pemilihan melalui random.org. Dua lagi penyertaan tidak lengkap. Keputusan akan diumumkan pada 28 Februari 2013.

Senarai peserta terkini ada di SINI. Jemput-jemputlah blogwalking dan berkenalan dengan yang lain, bila free nanti.

tentu tidak sabar, bukan?
Read more / Baca Lagi >>>

Dapat Watsons RM5 Cash Voucher


Seronoknya... dapat emel dari Watsons ini. Voucher RM5 ini Mia dapat hasil daripada menjawab Watsons Malaysia e-Survey tempohari. Semua soalannya Mia jawab. Ada dikisahkan di SINI. Tak sangka pula boleh terpilih untuk dapat voucher ini.

You are rewarded : Watsons RM5 Cash Voucher

Alhamdulillah... rezeki hari ini. Syukur... Terima kasih ya Watsons Malaysia...

mood suka....
Read more / Baca Lagi >>>

Wordless Wednesday 96



Sesi mengajar pelajar praktikal buat sistem. (^_^)


Read more / Baca Lagi >>>

Radiance Signature Whitening & Glowing Series



Radiance Signature Whitening & Glowing Series. Satu jenama produk kecantikan yang tidak asing lagi di internet. Ramai wanita telah pun menggunakannya dan mendapat hasil yang positif. Bukan setakat untuk kecantikan sahaja malah juga turut menjaga kesihatan kita.



Manfaat dan kelebihan utama Radiance Signature Whitening & Glowing :

Untuk kecantikan :
  1. Mencerah dan menggebukan kulit seluruh badan.
  2. Memberikan kulit yang cantik dan sihat.
  3. Menjadikan kulit glowing secara natural.
  4. Menghilangkan kulit kusam & tidak bermaya.
  5. Anti Penuaan dan menjadikan wajah kelihatan muda.
  6. Memperbaiki dan memperbaharui sel-sel kulit.
  7. Menghilangkan sel kulit mati.
  8. Mengecutkan dan menghilangkan jerawat.
  9. Menghilangkan jeragat.
  10. Memudarkan dan menghilangkan parut jerawat.
  11. Menghilangkan kesan lebam di bawah mata.
  12. Meningkatkan kandungan kolagen dalam badan.
  13. Mengecilkan pori-pori.
Untuk kesihatan :
  1. Anti kanser.
  2. Menstabilkan tekanan darah.
  3. Menstabilkan hormon lelaki dan wanita.
  4. Merawat ekzema.
  5. Merawat imsonia.
  6. Merawat resdung.
  7. Merawat penyakit kencing manis.
  8. Merawat dan mencegah kanser payudara.
  9. Merawat dan mencuci buah pinggang.
  10. Meningkatkan sistem imunisasi dalam badan.
  11. Bertindak sebagai Anti-Body.
  12. Memberikan tenaga serta merta.
  13. Memberikan tidur yang nyenyak.
  14. Merawat keputihan pada alat sulit wanita.
  15. Menegang dan menganjalkan payudara.
  16. Merapatkan alat sulit wanita yang longgar.
  17. Merawat rambut gugur dan tidak bermaya.
  18. Melawaskan pembuangan.
  19. Meningkatkan daya ingatan.
  20. Serta mempunyai 1001 khasiat lain.

Untuk bentuk badan yang IDEAL :
  1. Mengawal berat badan.
  2. Membuang toksin dalam badan.
  3. Meningkatkan kadar metabolisme badan.
  4. Memberikan rasa kenyang.
  5. Mengawal nafsu makan

Wow! Kesannya boleh dapat dilihat SEAWAL 3 hari penggunaan produk ini. Memang terbaik..


Selain yang di atas, Radiance Signature Whitening & Glowing  juga:
  1. Mengandungi pemakanan sunnah seperti kurma, madu dan delima.
  2. Dalam bentuk sachet yang mudah dibawa.
  3. Hanya koyak dan minum.
  4. Hanya 1-2 sachet 1 hari untuk kesan dan rawatan terbaik.
  5. Boleh diminum oleh ibu yang mengandung, dalam pantang dan menyusu.
  6. Mempunyai kolagen gred AAA yang berkualiti tinggi.
  7. Menggunakan Pura Sweet sebagai pengganti gula.
  8. Sesuai untuk mereka yang mengidap diabetis dan kencing manis.
  9. Mengandungi ramuan dan kandungi aktif.
  10. 100% natural base.
  11. Tanpa Sapuan.
  12. Tanpa Bahan Terlarang.
  13. 100% Natural Base.


HARGA JUALAN :
 1 KOTAK = RM180 / RM190 SS
2 KOTAK = RM350 / RM370 SS
3 KOTAK = RM520 / RM540 SS

Member ID : RSA0018 (Ain)

Untuk pembelian boleh hubungi: -

Fanpage : Lime Like Shop
Instagram : @limelikeshop
Sms/Whatsapp : 017-571 6759
Emel : lime_like@yahoo.com

produk kecantikan yang semakin laris di pasaran...
Read more / Baca Lagi >>>

Wordless Wednesday 95



Dah jalan sejauh 100,000 km.
Read more / Baca Lagi >>>

Tuesday, February 25, 2014

Teaser : Giveaway My Beauty Herbs


Rezeki untuk pengunjung blog ini khususnya blogger... Mia sedang dalam perbincangan dengan My Beauty Herbs untuk adakan giveaway pada bulan Mac 2014.


Produk yang akan disponsor untuk giveaway ini ialah SlimFast Diet. Boleh kuruskan badan ni... Wow! Terujanya Mia untuk jalinkan kerjasama dengan Puan Normey dari My Beauty Herbs. Terima kasih kerana percayakan Mia dan sudi untuk buat giveaway di mialiana.com.

Jika tiada apa-apa halangan, mengikut perancangan, giveaway akan bermula awal bulan Mac 2014. Pencarian sebanyak ehem.. ehem... blogger dijadualkan pada minggu depan selama 5 hari dengan mengisi borang online nanti. Pandai-pandailah isi borang tu ya... 

Banyak lagi langkah-langkah dalam giveway ini seperti pemilihan blogger melalui borang online, sponsor produk, blogger buat entri review, entri review blogger akan dipaparkan dalam fanpage dan lain-lain.

Doakan ya... agar perbincangan dengan My Beauty Herbs berjaya....

suka tak... ada giveway ni... blogger lelaki pun boleh join....
Read more / Baca Lagi >>>

Bum Equipment Flap Front Leather Casual Bag



Nak dijadikan cerita beg Suami Mia dah terkoyak. Dah lama pakai. Memang dah sampai masa untuk diganti baru. Seminggu dua ni memang mencari. Akhirnya, beli online...

Semalam GDEX dah datang, tapi kami berada di Melaka. Hari ini cuti untuk rehat. Konon nak pergi ambil kat pejabatnya pagi tadi tapi katanya hari ini ada penghantaran kali kedua. Terus suka...





Inilah dia... Bum Equipment flap front leather casual bag. Kategori sling bag. Cantik dan berkualiti. Sesuai sungguh dengan Suami Mia.

untuk yang tersayang....
Read more / Baca Lagi >>>

Pengumuman Penting Giveaway Ephyra 2014




Seperti yang telah Mia maklumkan dalam entri SINI, sepatutnya sebelum hujung bulan ini dah mulakan Giveaway Ephyra 2014 di blog Mia. Giveaway kali ini agak berlainan sedikit jika dibandingkan secara copy paste yang pernah dibuat pada tahun lepas. Kali ini ianya memerlukan komitmen sepenuhnya pengasas produk ini, Puan Amiza bagi memilih pemenang nanti.

Memandangkan Ephyra merupakan Co-Sponsor untuk event Sepetang Bersama Blogger SBB2014 SBBYEOS2014, jadi Mia nak maklumkan giveaway ini akan ditunda ke tarikh yang akan diberitahu kelak. Harap maaf ya...

Jom cuba Ephyra dengan harga istimewa. Emelkan ke ephyra@mialiana.com atau hanya dengan whatsapp ke 0146118445.

berita yang tidak berapa nak gembira sangat....
Read more / Baca Lagi >>>

Baru Sampai Rumah


Baru saja sampai rumah ini. Tup-tup ada dua notis penghantaran barang ditampal di pagar rumah. Satu dari pos laju dan satu lagi dari gdex.


Nampaknya, esok kena pergi ambil sendirilah ni. Mata pun mengantuk dan badan agak letih. Seharian berjalan. Skudai Johor Bahru - Tanjung Bidara Melaka - Parit Raja Batu Pahat - Tampoi Johor Bahru - Skudai Johor Bahru. Suami Mia yang memandu.

mood letih...
Read more / Baca Lagi >>>

Monday, February 24, 2014

Belajarlah Dari Kesilapan Mereka Juga...


Perkongsian di malam ini. Kata-kata motivasi tentang belajar. Tak kisahlah belajar tentang apa sekalipun.


Kita belajar bukan sahaja daripada
kejayaan orang lain, tetapi juga daripada
kesilapan mereka....

oleh Tun Dr Mahathir Mohamad

Renung-renungkan...

maaf ya... hari ini Mia terlalu sibuk dan letih...
Read more / Baca Lagi >>>

Dah Dapat Penyewa Baru




Alhamdulillah... sejak iklankan rumah untuk disewa di blog ini kelmarin, ramai betul yang call Suami Mia. Semalam dah ada orang yang berkenan dan dah tengok rumah. Bakal berkahwin bulan depan, dan betul-betul tengah cari rumah. Nasib dia cepat bagi confirmation dan dah bank in kan duit deposit rumah petang tadi.

Dengan rasminya dah ada penyewa yang baru. Syukur sangat. Lega betul rasa hati ini.

belum sempat lagi nak iklankan kat mudah.my...
Read more / Baca Lagi >>>

Top Supporters January 2017