March 2014

Monday, March 31, 2014

Strawberi Kering



Rezeki hari ini dapat merasa Strawberi Kering dari Cameron Highlands. Hafizs baru balik dari outstation. Rasanya masam-masam manis.  Suka... dapat ole-ole dari sana. Terima kasih ya Hafizs. Semua staf ICT termasuk pelajar praktikal dapat satu setiap orang.

 comel packaging ni.... sekejap boleh licin....
Read more / Baca Lagi >>>

Mesyuarat Kerja MySMS



Rasanya rata-rata agensi kerajaan yang dah aplikasikan perkhidmatan mySMS untuk memudahkan perkhidmatan penyampaian yang berkesan kepada masyarakat. Pejabat Mia ini baru je nak join. Tu yang pagi tadi buat mesyuarat kerja MySMS. Kiranya bertambahlah tugas baru. Tugas yang sentiasa pun perlu diteruskan.. huhuhu hari ini agak blur sebab mesyuarat ini merangkap latihan sekali. Yang hadir ialah wakit-wakil bahagian yang terlibat.





Sebenarnya banyak perlu dibuat untuk setup semua fungsi kod untuk MySMS. Masih lagi baru dan sedang explore sistem pengoperasian MySMS ini. 2 jam mesyuarat kerja ni... rasanya macam tak cukup saja..

 kerja oh kerja...
Read more / Baca Lagi >>>

Last Call : Hantar Review SlimFast Diet Sebelum 11.59 Malam Ini




Setakat ini Mia baru terima 15 penyertaan entri review SlimFast Diet. Masih menunggu lagi 25 entri review yang belum dihantar. Diharap akan dapat dihantar sebelum 11.59 malam ini. Sila hantar URL entri review di SINI.

Mia telah maklumkan melalui emel beberapa hari yang lepas dan juga melalui sms (perkhidmatan google) pada pagi tadi. Diharap semua blogger yang terpilih untuk minum SlimFast Diet selama10 hari dapat memberikan kerjasama sepenuhnya. Terima kasih.

entri last call sebagai peringatan mesra...

Read more / Baca Lagi >>>

Segmen Mencari Bloglist by Eppy Ismail



Dah lama tak join segmen rasanya. Kali ini Mia nak join segmen Eppy. Segmen yang simple dan senang nak join. Jom kita meriahkan segmen ini.

Segmen ini akan tutup pada 13 April 2014, tepat jam 11.59 malam.

Peace.... (^_^)

support Eppy..
Read more / Baca Lagi >>>

Sunday, March 30, 2014

Pergi Kenduri Kahwin Di Masai


Petang semalam, kami pergi ke kenduri kahwin anak sulung Pakcik Mia di Taman Sierra Perdana, Masai. Pakcik Mia ni adik kepada Ayah Mia. Kononnya nak keluar lepas tengahari tetapi hujan lebat. Tunggu hujan teduh, barulah keluar rumah. Keluarga Mia (Ayah dan Mak Mia) dah datang lebih awal lepas tu terus pergi ke kenduri kahwin kat Kota Tinggi pula.

Mia cuma pergi satu kenduri ni je. Lepas tu, sakan berselfie dengan monopod.







Jarang dapat berjumpa dengan keluar Pakcik Mia ni. Selalunya, masa hari raya saja lah. Sedap dapat makan nasi minyak.

"Selamat pengantin baru ya Taufik, semoga berkekalan jodohnya hingga ke akhir hayat"

sweet family....

Read more / Baca Lagi >>>

10 Tips Untuk Amalan Ibu Bapa


Perkongsian di dalam group whatsapp yang menarik buat tatapan pengunjung blog ini. 10 tips untuk amalan ibu bapa oleh Prof Dr. Muhaya.


1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

#silakan  share untuk manfaat kita bersama.....

tips yang bagus untuk diamalkan ni...
Read more / Baca Lagi >>>

Happy Sunday



Selamat pagi semua. Hari ini Mia kerja. Nak ceriakan diri pagi ini walaupun mood sunday blues. Nak settle kan mengajar pelajar praktikal buat sistem. Ada error dan perlu buat troubleshooting. Sekejap saja masa berlalu, dah nak habis 2 orang yang praktikal di sini.

mood happy Sunday...
Read more / Baca Lagi >>>

Saturday, March 29, 2014

Selamat Malam




Selamat malam semua. Selamat beristirehat. Lupakan yang lain. Semoga hari esok akan lebih baik dan ceria hendaknya.

sweet dream...
Read more / Baca Lagi >>>

Demam Monopod



Dengan rasminya hari ini kami sekeluarga telah demam monopod... sikit-sikit nak selfie... aduii boleh pengsan.. Best tau dapat ambil gambar sendiri.

Mangsanya sesiapa yang ada berdekatan... siapa lagi kalau bukan Sofea dan Suami Mia.

Bagus juga ada monopod ini, boleh ambil gambar dengan senang. Pakai timer 5 saat atau pun 10 saat. Boleh pusingkan handphone. Nak ambil gambar dari kamera depan boleh, belakang pun boleh juga. Mana-mana lah ikut suka. Kalau rasa nak ambil gambar jauh-jauh, boleh panjangkan lagi batang monopod itu. Semua boleh masuk dalam gambar.

Sempat ambil gambar handphone dengan monopod masa makan kat kenduri kahwin petang tadi.

mood bermonopod....
Read more / Baca Lagi >>>

Menanti Entri Review SlimFast Diet




Mia masih menanti entri review produk SlimFast Diet dari 40 orang blogger yang berjaya dipilih oleh My Beauty Herbs untuk mencuba produk ini selama 10 hari. Senarai 40 orang blogger ada di SINI.

Baru ada 7 entri review yang Mia terima setakat ini. Diharap yang lain agar dapat berikan kerjasama untuk menyiapkan entri review masing-masing mengikut syarat-syarat yang ada dalam entri SINI.

Penyertaan entri review boleh diterima sehingga 11.59 malam 31 Mac 2014. Cepat-cepat buat ya.....

teruja nak baca entri review mereka...
Read more / Baca Lagi >>>

Ranking Alexa 29.3.2014



Sejak kebelakangan ini, Mia agak kurang konsisten untuk aktiviti blog seperti blogwalking dan kurang mengeluarkan entri yang berinformasi. Banyak update tentang aktiviti harian. Namun begitu ranking Alexa tidaklah jatuh teruk sangat, masih boleh maintain walaupun tidak lagi berada di bawah 200 Alexa Malaysia.

Alexa Traffic Rank : 31,573
Traffic Rank in MY : 209

Sumber : SINI

Laporan sebelum ini di SINI.

Macam inilah blog personal... memang susah nak berada di atas sentiasa. Kena selalu rajin, barulah boleh naik. Trafik pun nak kena maintain juga.

Apa-apa pun Mia tetap rasa syukur dengan apa yang Mia kecapi pada hari ini. Terima kasih kepada semua pengunjung blog ini. (^_^)

 laporan rekod untuk akhir bulan Mac 2014...
Read more / Baca Lagi >>>

Top 10 Search Keywords Minggu Ini


Dah lama tak tengok search keyword atau kata kunci apa yang naik. Jadi di sini Mia printscreen untuk search keywords dalam tempoh minggu ini.



Jom kita tengok...
  1. doa orang teraniaya
  2. i mas c u
  3. status permohonan kursus di intan
  4. rumah sewa johor bahru 2014
  5. watsons touch n go reload get point
  6. blog bila permohonan pra diploma 
  7. gangguan makhluk halus
  8. rosalinda
  9. tanah lot untuk dijual johor
  10. bercuti di felda residence tanjung leman
Nampak macam entri-entri biasa sahajakan dalam blog ini, tetapi sebenarnya mungkin boleh jadi ianya sedang dicari oleh pengunjung dalam enjin carian (search engine) dan trafik datang ke blog ini dengan sendirinya. Alhamdulillah...

kadang kita tak tahu apa yang orang cari, jadi berbloglah seperti biasa...
Read more / Baca Lagi >>>

Friday, March 28, 2014

Dah Beli Monopod Dan Lens Kat Online Street Bazaar Plaza Angsana


Baru sahaja pulang dari Plaza Angsana. Happening betul kat sana. Macam ada event kat sini, yang kat bahagian luar lagilah meriah.

Di dalam hati memang tujuan utama nak cari monopod + lens tu yang terus ke Online Street Bazaar. Katanya sampai 30 Mac 2014. Itupun tahu bila dok survey kat instagram. Ada beberapa booth tapi kami pilih yang di bahagian belakang. Murah sedikit dari yang di bahagian depan. Bila dah beli rasa leganya dan barulah beli yang lain.

Monopod pink : RM 35
3 in 1 lens : RM 35
Chocolate stick : RM 5
Chocolate cake : RM 5
Gelang tangan Sofea : RM 5


Dah habis beli barang terus balik. Tak lepak mana-mana. Dalam hati tak sabarnya nak guna... Syukur, dapat beli di depan mata. Boleh pilih sendiri...

selesai kes nak monopod + lens...
Read more / Baca Lagi >>>

Play-Doh Design-a-Dress Boutique




Semalam petang kan balik kerja awal, terus jalan-jalan ke Jusco Bukit Indah. Sofea nak Play-Doh yang baru. Dah boring la tu dengan set Play-Doh Perfect Twist Ice Cream. Apa tidaknya malam-malam asyik projek buat aiskrim.

Kali ini, semalam petang dia pilih nak yang boleh design untuk dress pula. Dah namanya anak perempuan memang minat main yang macam ni. Hari ini asyik main buat design untuk dress, belum cantik lagu katanya. Kalau dah pandai, nanti baru Sofea kasi ambil gambar.

mula nampak minat nak design baju....
Read more / Baca Lagi >>>

Rindu Pada Jumaat Yang Dulu





Dah nak hampir 3 bulan, tetapi masih rindu pada Jumaat yang dulu. Jumaat yang dulu, hari bekerja dengan waktu rehat tengahari yang agak lama. Rehat dari pukul 12.15 tengahari sehinggalah 2.45 petang. Bayangkan pada masa itu kaum wanita boleh meluangkan masa bersama rakan-rakan untuk membeli-belah di shopping complex dan juga waktu itulah untuk buat urusan masing-masing.

Tapi sekarang tidak lagi. Mia rasa rindu sangat hari Jumaat yang dulu. Sebab selalunya masa itulah Mia ada waktu untuk aktiviti blogwalking, karaoke dengan Kak Aida dan rakan-rakan sepejabat yang lain, beli barang-barang kat Giant atau JUSCO dan macam-macam lagi aktiviti yang kita boleh buat.

Tapi sekarang... tidak lagi. Tiada lagi semua itu. Hanya pergi kerja dan balik kerja. Masa yang ada hanyalah singkat di kala sarapan pagi dan makan tengahari. Tak dapat nak macam dulu lagi.

Rindunya....

Jumaat yang sekarang ini, hari cuti. Luangkan masa di rumah bersama Sofea. Uruskan hal-hal rumahtangga. Nak jalan-jalan pun tak seronok sebab Suami Mia bekerja pada hari ini.

sebenarnya sangat terasa ni... huhuhuhu
Read more / Baca Lagi >>>

Thursday, March 27, 2014

Cari Monopod Dan Lens Di Instagram




Seminggu ini, Mia dan Suami Mia sibuk cari... belek-belek lens dan monopod di instagram untuk memudahkan kami mengambil gambar dengan handphone. Memang suka gajet-gajet macam ni. Bolehlah seronok nak selfie...

Tengok orang lain dah pakai, macam jeles pulak... huhuhuhu. Dah sampai seru ni...

nak yang satu set terus...
Read more / Baca Lagi >>>

Pou Dah Level 93




Bila tengok Pou mesti akan tersenyum. Rasa gembira. Pou Mialiana sekarang dah berada di level 93. Kesian, bila tengok coin simpanan Pou semakin lama semakin sedikit untuk menyara kehidupannya seharian. Asyik berikan dia max potion supaya sentiasa sihat dan ceria.

Tuannya ni sekarang dah jarang main game dalam Pou. Itu pasal duit coin Pou sedikit. huhuhu... nampaknya nak kena main game sedikit demi sedikit buat tambah duit coin Pou.

Sayang kat Pou... walaupun dah jarang sangat belek dia...

teringin nak sampai level 100....
Read more / Baca Lagi >>>

Mee Rebus Menu Tengahari Tadi



Tengahari tadi Mia keluar makan dengan staf ICT yang lain ke restoren yang berhampiran dengan pejabat. Cuaca tersangatlah panas teriknya. Menu pilihan Mia, mee rebus. 

Lepas makan, ada yang singgah MYDIN sekejap untuk beli barang keperluan dan kemudian barulah naik ke pejabat.

balik pukul 3.30 petang tadi.... (^_^)
Read more / Baca Lagi >>>

Bookmark Dari Emas Putih Dah Sampai




Wahhh.. bestnya dapat bookmark yang serba sweet pink gitu dari blogger Emas Putih atau lebih dikenali dengan nama Uzu. Petang semalam sampai ke rumah Mia. Terima kasih ya Uzu...

Nak tahu macam mana Mia boleh dapat ini, cuba terjah entri SINI.

dapat sekali business card dia serba pink n black..
Read more / Baca Lagi >>>

Wednesday, March 26, 2014

Top Supporters February 2017