April 2014 - Mia Liana

Wednesday, April 30, 2014

Pengumuman Pemenang Segmen 12 Jam Bloglist #8

4/30/2014 09:29:00 PM 63 Comments
Pengumuman Pemenang Segmen 12 Jam Bloglist #8

Akhirnya... berjaya juga Mia selesaikan sesi blogwalking ke semua 114 blog peserta. Terima kasih di atas sokongan yang diberikan untuk segmen ini. Terlebih dahulu, sila rujuk nombor peserta di SINI.

Dengan ini Mia ingin mengumumkan pemenang Segmen 12 Jam Bloglist #8 jatuh kepada nombor-nombor peserta seperti berikut...













Wahhhh... Tahniah diucapkan kepada semua pemenang di atas. Diharap agar anda dapat masukkan blog Mia ke dalam bloglist masing-masing untuk bulan Mei dan Jun 2014 sebelum 5 Mei 2014. Sekiranya, blog Mia masih belum tersenarai, bermakna pemenang tidak bersetuju untuk exchange bloglist dengan Mia. Harap maklum dan terima kasih ya...

Kepada yang tidak berjaya. Usah berputus asa. Boleh cuba lain kali ya... (^_^)

penyeri bloglist baru....

Hampir Selesai Blogwalking Peserta Segmen Bloglist #8

4/30/2014 07:28:00 PM 30 Comments


Ketika ini Mia baru blogwalking sampai blog peserta yang ke 80. Ada lagi 34 blog selepas ini. Sabar ya... dah nak hampir selesai ni. 

Bila dah selesai, Mia akan buat pemilihan melalui random.org dan umumkan pemenangnya malam ini juga. Sambil-sambil itu kalau free jomlah blogwalking sama-sama dengan Mia. Senarai peserta ada di SINI.

Semoga berjaya.... 

mood kejar masa..... chaiyukkk...

Dah Ramai Blogger Letak Captcha Di Shoutbox

4/30/2014 07:13:00 AM 62 Comments


Perasan tak sekarang ini makin ramai blogger yang dah letak captcha jika kita ingin tinggalkan jejak di shoutbox mereka. Bagus ni boleh elakkan aktiviti spamming ke atas shoutbox.

Faham-faham je la kan... bila dah blogwalking di akhir bulan. Agak semput sikit. Memandangkan kuota broadband pun dah nak sampai di tahap hujung. Jenuh juga nak tunggu kotak shoutbox keluar dan captcha keluar. Kena banyak bersabar. Pula tu... bila blogwalking banyak blog, rasa macam lecehnya nak taip perkataan captcha. Tu pun ada yang Mia tersalah taip.

Minta maaflah kalau ada yang perasan Mia blogwalking ke blog dia tapi tak tinggalkan jejak kat shoutbox. Hanya komen sahaja di entri. Mana tahu.. kot-kot terasa hati ke....

mood blogwalking awal pagi...

Tuesday, April 29, 2014

Koko Dah Besar Dan Cantik

4/29/2014 08:53:00 PM 44 Comments
Dah lama tak layan Koko. Kebetulan balik kerja singgah rumah mertua ni. Tercari-cari Koko. Rupanya senyap-senyap makan di dapur. Terus Mia snap gambar dia. Mula-mula tak pakai flash. Gelapnya tak nampak rupa Koko. Bila guna flash, barulah jelas rupa Koko.




Mood dia terganggu dek flash handphone Mia. Terus cepat-cepat dia pergi. Muka garang tu...

Dah besar dah Koko. Makin cantik dan cerah bulunya.

Masa kecilnya...



geram tengok bulu dia ni...

Sarapan Pagi Dengan Roti Jala

4/29/2014 09:48:00 AM 26 Comments


Pagi ini Mia makan roti jalan untuk sarapan. Kena makan cukup-cukup sebab nanti senang nak buat kerja. Ubah selera pagi ini. Asyik makan roti canai, nasi goreng, nasi lemah, mee goreng je kan...

Menu pagi ini berbeza sedikit. Sudah selamat makan dengan licin pagi tadi..

mood baik pagi ni..

Monday, April 28, 2014

Pengumuman Tarikh Giveaway Ephyra 2014

4/28/2014 10:36:00 PM 49 Comments


Sepatutnya mengikut perancangan, hari ini sudah bermula Giveaway Ephyra di blog Mia untuk tahun ini. Namun terdapat kekangan masa dan beberapa komitmen lain oleh kedua-dua belah pihak, Puan Amiza, pengasas produk Ephyra dan Mia sendiri. Tak menang tangan dibuatnya. Harap dapat maafkan kami.

Memang giveaway ini nampak macam senang tetapi harus melalui perbincangan yang teliti supaya tiada masalah di kemudian hari. Semua blogger boleh join.

Setelah dipersetujui, maka tarikh bermulanya giveaway ini ialah pada 1 Mei 2014.

doakan agar segalanya dipermudahkan... amin...

Aktiviti Mohon Kerja (2)

4/28/2014 05:49:00 PM 35 Comments


Hari Jumaat lepas, Mia ada hantar permohonan kerja Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 ke Kuala Lumpur melalui Nationwide Express. Dah 8 tahun 4 bulan, Mia masih lagi memegang jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29. Kenalah mohon kat tempat lain kalau nak naik pangkat. Kalau kat sini, sampai ke pencen lah dengan gred F29 tu.

Dah ada ijazah, tentulah kena mohon. Walaupun sampai sekarang belum ada rezeki di mana-mana, Mia tetap akan mohon juga pada tahun ini. Hasrat nak sambung belajar disimpan dulu. Nak tunggu dapat kenaikan pangkat.

ada lagi masa 2 tahun.. kalau tak dapat juga kemungkinan besar akan ke sektor swasta... 

Jamuan Perpisahan Untuk Wana

4/28/2014 01:38:00 PM 21 Comments
Semalam tengahari, Unit ICT ada buat jamuan makan kat Pizza Hut Bukit Alif sempena meraikan perpisahan Wana (bertudung hitam) yang merupakan kerani di unit ini. Wana masuk Unit ICT pada September 2013 dan berpindah ke pejabat LPNM di Pontian 1 Mei 2014. Sedihnya... sebab tiada pengganti.








Alhamdulillah... kenyang. Bos yang belanja. Itupun ada yang tak habis. Siap bungkus bawa balik pejabat.

Dengan ini, tinggallah kami berempat menguruskan hal-hal berkaitan perkakasan, perisian, sistem, rangkaian, aset dan lain-lain yang berkaitan untuk semua pejabat LPNM di seluruh Malaysia. Seorang satu gred F41, F29, E27 dan FT17.


 sebab itu khidmat pelajar-pelajar praktikal amat diperlukan di sini...

Tudung Bawal Jadi Seperti Shawl

4/28/2014 08:55:00 AM 41 Comments


Selamat pagi semua. Hari ini agak terajin pula Mia. Tengok-tengok ramai pula blogger yang dah buat. Mia pun cuba jugalah.

Tudung bawal dilipat dua kemudian belitlah ikut suka dan kemudian kemaskan lilitan tudung dengan pin. Siap...

Sekali-kala pakai macam ala-ala shawl macam ni kat pejabat ok kan...

sweet monday with shawl....

Sunday, April 27, 2014

Opss... Mood Berblog Dah Ke Laut

4/27/2014 09:43:00 PM 29 Comments


Opss... mood berblog dah ke laut. Perlu cari balik semangat yang hilang. Perlu gali balik kata-kata motivasi untuk santapan jiwa. Perlu luangkan sedikit masa untuk blog. Perlu hargai pengunjung yang datang. Perlu ceriakan diri. Perlu cari kawan penghibur hati. Perlu uruskan stres dengan rasional. Perlu uruskan masa dengan cekap supaya blog tidak terabai. Fiuh... banyaknya perlu kan...

Macam itulah Mia bila rasa mood berblog dah ke laut. Jangan dibiarkan hanyut... bila tersedar, cepat-cepatlah naik ke darat.

mood sayangi blog kita...


Carilah Kawan Yang Pandai Jaga Aib Kita

4/27/2014 05:06:00 PM 25 Comments
Perkongsian dari salah satu coretan Ustaz Kazim tentang perlunya kita pandai memilih kawan yang baik. Bukan senang nak cari yang boleh menjaga aib diri kita walaupun telah putus hubungan atau dah bergaduh. 


Nak cari kawan, carilah yang menjaga aib
walaupun dah bergaduh ataupun dah tak contact lagi.

Sebaik-baik kawan ialah kawan yang simpan aib.

Hmm.. cuba renungkan... dalam ramai-ramai kawan kita tu, entah berapalah yang boleh dikategorikan kawan yang baik. Ada juga yang jenis kawan makan kawan... huhuhu

sentiasa doakan yang terbaik untuk kawan....