May 2014

Saturday, May 31, 2014

Segmen | Blog Review By ERAZ FADLI



ERAZ FADLI mengajak semua blogger untuk join Segmen | Blog Review By ERAZ FADLI.. Segmen yang sangat simple dan insyaallah akan memberi manfaat kepada yang join..  Segmen ini bermula sekarang dan akan berakhir pada Isnin, 02 Jun 2014 pukul 11:59 Malam sahaja.. LIMA atau mungkin SEPULUH atau mungkin lebih blog akan dipilih untuk direview.. Korang sure tahu apa keistimewaan blog di review kan.. Sama-sama membantu..

Selain daripada itu, seorang TOP REFERRAL akan untuk mendapat saguhati RM 10 atas usaha beliau promote, share dengan kawan-kawan serta join segmen ini.. Cara nak dapatkan TOP REFERRAL? Tentulah kena join segmen ini, lepas share link entri korang di Facebook ke, Twitter ke, group-group yang ada di Facebook ke kan..
Syarat : -
  1. Follow blog Eraz, dan like Page E'raz Fadli.. 
  2. Buat tajuk entri Segmen | Blog Review By ERAZ FADLI
  3. Copy coding code yang telah disediakan di SINI dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish entri..
  4. Beritahu pendapat anda tentang blog ERAZFADLI.COM dan apa istimewanya blog korang..
  5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen ini..
Pendapat tentang blog ERAZFADLI.COM -
Blog yang simple, ringan loading dan pengisian yang pelbagai.

Keistimewaan blog sendiri - 
Kisah pengalaman belajar di OUM sehingga berjaya dan kini menjadi rujukan pelajar-pelajar junior OUM.

# Senang.. Idea cara yang simple dan mudah ini dikreditkan kepada blogger MiaLiana..


support Eraz...
Read more / Baca Lagi >>>

Giveaway Cash RM350 by Emas Putih


As-Salam

[Nak join sila tekan banner di atas]

Giveaway Cash RM350 by Emas Putih ini di anjurkan oleh Emas Putih dan disponser oleh Emas PutihNasibah KhushairyKasih Lestari Abadi Nor Farihan AyobNannie Isa , dan yangbaik .

support Uzu...
Read more / Baca Lagi >>>

Bebelan Di Tengah Malam - 11




Minggu ini agak sibuk bagi Mia terutama dua tiga hari lepas yang agak menduga ketabahan diri. Alhamdulillah dipermudahkan segala urusan pada beberapa hari yang lepas.

Kalau ada yang follow update kat blog ini, tentu tahu kan..

Mia nak minta maaf tak dapat nak berinteraksi dengan pengunjung blog ini berikutan Mia sekarang berada di Kuala Lumpur dan ada komitmen lain di sini. Dalam hati berkobar-kobar nak balas komen-komen di dalam entri-entri blog ini tetapi belum berkesempatan. 

Maafkan Mia ya jika Mia tak dapat blogwalking ke blog-blog anda. Jangan salah faham ya. Mia bukannya sombong. Mia on mobile di sini. Update blog guna handphone sepenuhnya. Entri pun biasa-biasa saja.

Apa-apa pun terima kasih sudi datang ke blog ini. (^_^)

aktiviti agak padat...
Read more / Baca Lagi >>>

Friday, May 30, 2014

Kata-Kata Penguat Semangat



Kata-Kata Penguat Semangat

Allah tahu kamu letih
Allah tahu kamu susah
Tapi tahukah kamu bahawa
Allah takkan menguji kamu
Dengan sesuatu di luar kemampuanmu

kuatkan semangat, cekal dan tabahkan hati untuk mengharunginya....

Read more / Baca Lagi >>>

Ziarah Rumah Blogger Mak Dara




Salam. Jenazah arwah Martias Ali, suami blogger Mak Dara sekarang berada di rumahnya di Lembah Keramat. Arwah merupakan seorang penulis skrip dan pengarah filem tanahair.

Sebentar lagi dalam pukul 12.00 tengahari akan dibawa ke masjid berhampiran dengan kawasan rumahnya Masjid Sobirin, AU5.  Lepas sembahyang jumaat akan dikebumikan di tanah perkuburan lembah keramat AU4. - mesej dari ahli keluarga.

Al-fatihah buat Arwah. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman. Amin...

Mia sedang ziarah di sini....
Read more / Baca Lagi >>>

Al-Fatihah Buat Arwah Martias Mohd Ali Suami Blogger Mak Dara



Al-Fatihah buat Arwah Martias Mohd Ali, suami kepada Blogger Mak Dara. Arwah disahkan meninggal dunia jam 10.43 malam di wad ICU Hospital Ampang akibat kanser lyphoma (kanser darah) tahap 4.




nasib sempat jumpa malam tu dan berborak sekejap...
Read more / Baca Lagi >>>

Thursday, May 29, 2014

Ikhlas



"Keikhlasan mempunyai kilauan dan sinar, meskipun ribuan mata tidak melihatnya"

sama-samalah kita ikhlas dalam segalanya...
Read more / Baca Lagi >>>

Doa Di Dalam Sujud Terakhir



Doa Di Dalam Sujud Terakhir

"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar"

amin...
Read more / Baca Lagi >>>

Malam Tadi Kat Hospital Ampang




Malam tadi Mia sempat pergi melawat Abang Yas, suami blogger Mak Dara di Hospital Ampang. Sally tolong temankan. Doakan agar Abang Yas cepat sembuh.

lawat sekejap je....

Read more / Baca Lagi >>>

Wednesday, May 28, 2014

Wordless Wednesday 130



Dah sampai KL tapi jammed.


Read more / Baca Lagi >>>

Interview Pagi Ini




Pagi ini Mia ada interview untuk jawatan tetap Pegawai Teknologi Maklumat F41. Nervous jugalah. Dah lama tak pergi interview. Ada 20 lebih calon semuanya.

doakan Mia ya...

Read more / Baca Lagi >>>

Wordless Wednesday 129



Terkadang kecantikan membuat wanita SOMBONG...


Read more / Baca Lagi >>>

Tuesday, May 27, 2014

Beli Handbag Fabiano Ricco


Tengahari tadi Mia pergi beli handbag hitam yang baru. Handbag hitam yang lama dah tak elok benar rupanya. Berkenan pula dengan handbag Fabiano Ricco ini kat Plaza Angsana. Menepati dengan citarasa Mia. Simple and elegant. Sesuai untuk semua keadaan.




Hah... macam mana? Cantik tak? Nasib dapat diskaun 10%. Jadilah harganya RM 89.90. Alhamdulillah...

mood shopping....

Read more / Baca Lagi >>>

Cup Cake Time...




Cup cake time... petang-petang macam ni, lepas balik kerja. Sofea nak cup cake pula lepas ambil dia dari taska tadi. Mia dan Suami Mia pun pergi restoren Sedap Sedap Selera Manja kat Gelang Patah.

Suka betul makan cup cake. Hari ini dah mula cuti sekolah. Seronok dia dapat main dengan ramai kawan kat taska satu hari.

live update dari Gelang Patah...
Read more / Baca Lagi >>>

Ole-Ole Dari Pulau Pangkor




Mak aii... terkejut pagi ni sampai pejabat. Atas meja Mia ada sotong bbq squid yang besar. Nampak tak kat gambar tu, punyalah kecil pensil tu. Puas makan ni.

Ni.. ole-ole dari Pulau Pangkor. Hafizs baru balik dari outstation. Terima kasih ya...

semua staf Unit ICT dapat seorang satu...
Read more / Baca Lagi >>>

Monday, May 26, 2014

Lusa Ke Kuala Lumpur



Macam inilah orang yang kerja ICT dan yang uruskan laman web. Setiap tahun ada penilaian untuk laman web. Ala... yang Malaysia Government Portals And Websites Assessment (MGPWA). Tahun ini pun ada. Tapi tak pasti pula kriteria penarafan untuk 5 bintang.

Lusa, Mia dengan Bos Mia akan ke Kuala Lumpur kerana esoknya nak menghadiri MGPWA 2014 Briefing Session di Cyberjaya.


Risau juga ni. Dalam hati, harap-haraplah kriterianya janganlah susah sangat.. huhuhu

mood outstation...
Read more / Baca Lagi >>>

Kalau Mia Menang RM100,000 Dari Peraduan Yeo's @YeosMalaysia #80daysdrinktocash



Wahhh... berangan jangan tak berangan. RM 100,000 itu sangat besar nilainya. Macam-macam boleh dibeli ni. Seronoknya kalau Mia dapat kan.... Nak berangan sekejap, kalau dapat ni, impian sejak dulu lagi nak sampaikan hajat ke Mekah bersama keluarga. Selebihnya untuk pelaburan, simpanan dan kegunaan kecemasan. Boleh gitu.. kalau mood berangan sampai, semuanya nak yang indah-indah belaka. Haruslah kan...

Eh... join lah peraduan Yeo's ini. Masih ada lagi masa sebelum 6.30 petang 31 Mei 2014 ini. Kata orang untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Mana tahu ada rezeki kat peraduan ini. Rugi kalau tak mencuba... Hanya SEORANG yang benar-benar BERTUAH akan dapat menangi hadiah utama RM 100,000. Wow! Melopong sekejap ni. Jadi, tunggu apa lagi, hantarkan penyertaan sekarang!

Jom kita tengok cara-cara nak join peraduan Yeo's yang gempak ini..



Senang dan mudah saja untuk join. Sila klik ke laman peraduan ini, http://www.yeos.com.my/contest/index.php untuk syarat-syarat dan keterangan lanjut.

Mia dengan Yeo's.... check it out..... (^_^)



jomla join... dah nak habis dah peraduan Yeo's ni.....
Read more / Baca Lagi >>>

Walaupun Suami Tidak Sekaya Mana Tetapi...



Yang ini memang betul-betul menarik pada Mia. Perkongsian dari rakan facebook. Tersenyum ketika membacanya.


Walaupun suami kamu tidak sekaya mana tetapi mungkin dia..
  1. Kelakar dan selalu buat kamu ketawa
  2. Romantik dan selalu kamu terharu
  3. Selalu belikan kamu hadiah walaupun hadiah itu mungkin tidak mahal mana
  4. Selalu ajak kamu keluar jalan-jalan atau shopping
  5. Selalu ajak kamu keluar makan dan makan yang sedap-sedap
  6. Baik dengan kamu dan keluarga kamu
  7. Sentiasa membimbing kamu ke jalan menuju ke syurga
  8. Seorang yang penyayang dengan kamu dan anak-anak
  9. Rajin membantu tugas-tugas kamu

Alahai... sweet kan. Bersyukurlah dengan Suami yang ada sekarang ni. Alhamdulillah... yang penting kita kekal bahagia.

sayangi suami....
Read more / Baca Lagi >>>

Sunday, May 25, 2014

Sofea Ketika Usia 10 bulan




Kenal tak siapa ni? Gambar Sofea ini diambil pada tahun 2010 ketika sedang berusia 10 bulan. Semangat betul. Bila tengok gambar ini, rindu pula saat itu. Terbayang keletah Sofea masa kecil. Teringat kenangan masa belajar di OUM sambil mengandungkan Sofea. Sayang sangat kat dia..

mood belek gambar lama...
Read more / Baca Lagi >>>

Tanda-Tanda Hati Kotor


Perkongsian dari group whatsapp tentang tanda-tanda hati kotor. Semoga kita semua terpelihara dari tanda-tanda ini.


Saling insaf-menginsafi dan maaf-bermaafan.

mood tazkirah....
Read more / Baca Lagi >>>

Top 10 Search Keywords Minggu Ini (3)


Dalam tempoh 7 hari kebelakangan ini, kebanyakan trafik blog ini datangnya dari enjin carian. Jom kita tengok Top 10 Search Keywords Minggu Ini..


  1. doa orang teraniaya
  2. kata kata motivasi
  3. kata motivasi
  4. mata pelajaran pra diploma perdagangan
  5. tarikh israk mikraj 2014
  6. tarikh puasa 2014
  7. www.mialiana.com
  8. maksud kelopak mata kiri berkedip
  9. cara membuat bloggeroid
  10. doa orang yang teraniaya
Jangan dibuang entri lama. Sayang tu... Boleh jana trafik dengan sendirinya ke blog kita tanpa disedari.

keyword terhangat minggu ini....

Entri yang berkaitan :
Top 10 Search Keywords Minggu Ini
Top 10 Search Keywords Minggu Ini (2)
Read more / Baca Lagi >>>

Top Supporters February 2017