July 2014

Thursday, July 31, 2014

Kali Pertama Sofea Main Ni


Seronoknya Sofea dapat main ni. Kiranya langkah kanan masa bertandang raya ke rumah nenek Mia petang raya kedua. 

Sebelah malamnya.. Sofea seronok main bunga api dan mercun pop pop dengan anak-anak makcik Mia.






Kali pertama Sofea main. Memang suka sangat dia. Mia dengan Suami Mia yang risau. Jaga dia betul-betul masa main ni.

happy hour with family during raya season..
Read more / Baca Lagi >>>

Nak Beli Bihun.. Teringat..




Dah balik rumah, kenalah beli barang keperluan dapur. Shopping kat Giant Skudai. Tu lah... bila nak beli bihun, asyik teringat bihun cap masjid yang glamour dan penuh kontroversi dulu.. Walaupun dah lupa, setiap kali nak beli pasti teringat juga.

Mia beli bihun cap jasmine punya... (^_^)

nasib masa itu tak beli yang cap masjid punya... lega..
Read more / Baca Lagi >>>

Ranking Alexa 31.7.2014


Payah juga kan.. nak update blog sambil berjalan raya sana sini. Nak-nak kalau kita ke tempat yang terhad akses internet, nak update blog pun jenuh walaupun secara mobile. Untuk lebih selamat, boleh siapkan entri autopost. Yang penting jangan putus asa..

Alhamdulillah, prestasi blog Mia berada di kedudukan stabil bawah ranking 500 Alexa Malaysia. Masih lagi maintain dengan update blog yang konsisten. Ranking Alexa Malaysia meningkat kepada 344 jika dibandingkan dengan sebelumnya. Cuma ranking Alexa Global menurun sedikit kepada 49,039.

Alexa Traffic Rank : 49,039
Traffic Rank in MY : 344

Sumber : SINI
Laporan sebelum ini di SINI.

Nak semak ranking alexa blog sendiri, klik SINI.

 rekod laporan prestasi blog akhir Julai 2014...
Read more / Baca Lagi >>>

Raya Ketiga Serba Coklat




Hari raya ketiga.. semalam, Mia, Suami Mia dan Sofea serba coklat pula. Tema coklat ni.. tahun lepas punya. Masih boleh pakai lagi. Cuma tudung shawl pashmina dan inner magic itu je yang tahun ni punya..

Alhamdulillah... semalam beraya dapat juga beberapa rumah on the way balik ke Johor Bahru melalui Parit Botak, Rengit dan Pontian.

Jalan-jalan relaks dan santai sambil beraya...

selamat sampai rumah sebelum tengah malam tadi..
Read more / Baca Lagi >>>

Wednesday, July 30, 2014

Wordless Wednesday 154 : Cara Buat Taufu Fah



Cara buat taufu fah dari air soya.

Read more / Baca Lagi >>>

Giveaway Ephyra Fasa Kedua : Lagi 9 Blogger Belum Hantar Entri Review


Esok dah hari terakhir untuk penghantaran entri review bagi Giveaway Ephyra Fasa Kedua. Harap pemenang Giveaway Fasa Pertama seperti yang tertera di bawah ini akan dapat menghantar entri review pada hari esok selewat-lewatnya jam 11.59 malam. Harap maklum.



Untuk blogger Mrs Puex dibenarkan menghantar lambat sedikit (tambahan 5 hari) untuk menyiapkan entri review. Terima kasih.

hantar... jangan tak hantar...
Read more / Baca Lagi >>>

Hampir Terlupa Soal Selidik 4 Perasaan Pengunjung


Dah nak akhir bulan Julai 2014, baru Mia teringat tentang aktiviti rutin blog ini, Soal Selidik 4 Perasaan Pengunjung untuk sesi pertengahan tahun tahun ini. Hampir terlupa Mia dek komitmen yang agak menyibukkan Mia sebulan dua yang lepas.


Nampaknya akan dibuat pada bulan Ogos lah jawabnya untuk dapatkan statistik baru perasaan pengunjung blog ini. Mungkin dalam masa 7 hari bergantung pada keadaan juga. Harap-harap dapat sambutan dari semua. Terima kasih ya...

Penghasilan statistik perasaan pengunjung dari soal selidik yang pernah dibuat :
  1. Awal tahun 2013
  2. Pertengahan tahun 2013
  3. Awal tahun 2014
mana tahu.. kot-kot dah tak suka blog ini ke....
Read more / Baca Lagi >>>

Wordless Wednesday 153 : Duit Raya Drive Thru



Duit raya drive thru.

sumber : SINI

Read more / Baca Lagi >>>

Tuesday, July 29, 2014

Kad Raya Dari Ainim Rashihah



Kad raya terakhir yang Mia terima sebelum hari raya, datangnya dari blogger Ainim Rashihah. Protege Mia yang ketiga.



Sama-sama ya Ainim. Terharunya dapat kad raya ini. Apa yang Kak Mia dah ajar itu, gunakanlah dengan sebaiknya. Terima kasih ya Ainim. Luv you too.

cantik kadnya... tema biru muda...
Read more / Baca Lagi >>>

Servis Kereta Raya Kedua




Sebelum raya tak menyempat nak servis kereta. Tengah raya tadi singgah bandar Batu Pahat untuk servis kereta kesayangan Mia sekejap. Nasib ada kedai kereta yang buka hari ini.

Rasa lega sangat bila dah servis... baru senang hati nak pergi beraya.

sayang sangat kat kereta ni...
Read more / Baca Lagi >>>

Beraya di Batu Pahat


Semalam petang sampai Batu Pahat kat rumah keluarga Mia. Maka hari ini, raya kedua, beraya di Batu Pahat.



Gambar-gambar kat atas ni masa tengah raya ke rumah Mak Yah di Peserai. Rapat sangat dengan Mak Yah ni. 

Konon nak update terus ke blog tetapi line internet lambat macam siput sedut. Tu yang baru update sekarang.

raya tahun ni... raya pertama pagi kat rumah mertua di Johor Bahru manakala sebelah petang kat rumah keluarga Mia di Batu Pahat...

Read more / Baca Lagi >>>

Belum Habis Blogwalking Peserta Segmen Kad Raya 2014



Itulah kan.... Tempohari Mia sempat blogwalking ke 40 blog pemenang segmen (excited nak hantar kad raya cepat-cepat masa itu) dan baru saja sempat terjah 14 blog yang bukan pemenang. Minta maaf ya, masa itu sibuk sangat nak raya jadi Mia belum habis blogwalking ke semua blog peserta.

last jejak kat blog Farah

InsyaAllah.. bakal habis juga nanti. Mia buat pelan-pelan sambil-sambil raya ni..

Rayablogwalking...

terima kasih sudi memahami..
Read more / Baca Lagi >>>

Monday, July 28, 2014

Tengok Movie Journey 2 : The Mysterious Island



Sedang tengok movie Journey 2 : The Mysterious Island kat saluran Cinemax. Satu keluarga tengok sambil bersantai dan rehat-rehat di ruang tamu.

Best pula tengok movie ni di rumah keluarga Mia. Adik-beradik pun tengok juga.. layannnsss..

satu hari yang agak meletihkan... raya lah katakan..
Read more / Baca Lagi >>>

Terima Kasih Yun Sing




Tengah-tengah sibuk beraya di kampung, sempat pula nak tengok blog sekejap. Wahhh... Betapa terharunya Mia, blogger Yun Sing bertandang ke blog ini dan meninggalkan komen pada entri-entri yang dibacanya di blog ini.

Terima kasih ya Yun Sing.

mood suka...
Read more / Baca Lagi >>>

Bila Sofea Bershawl




Ni lah gaya Sofea pagi tadi selepas Mia siap pakaikan dia shawl halfmoon rania najima. Suka betul dia bila ber shawl sama sedondon dengan Mia.

Peace... (^_^)

kisah pagi raya pertama..
Read more / Baca Lagi >>>

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014




1 Syawal hari ini. Hari Raya Aidilfitri yang pertama. Di kesempatan yang terluang ini, Mia sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014 buat semua pengunjung blog ini yang beragama Islam.

Maafkan Mia sekiranya ada salah dan silap dan moga kita dapat jalinkan hubungan yang ukhwah di antara kita.

tema raya serba biru muda dengan shawl halfmoon rania najima....
Read more / Baca Lagi >>>

Sunday, July 27, 2014

Amalan Di Malam Hari Raya



Perkongsian dari SINI tentang hadith / hadis amalan di malam hari raya.

Daripada Abi Umamah r.a, daripada Nabi Muhammad SAW bersabda: Sesiapa mengerjakan amal ibadat pada malam hari raya (Aidil Fitri dan Aidil Adha) dengan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, hatinya tidak akan mati (pada hari qiamat) sebagaimana matinya hati (orang-orang yang kufur engkar) pada hari itu. 

Umat Islam digalakkan menyambut hari raya dengan Takbir dan Tahmid sebagai menandakan kesyukuran kepada Allah. Malah orang-orang yang beriman yang menghidupkan malam hari raya dengan beramal dan beribadat kerana Allah, hatinya akan hidup (bahagia dan gembira). Mereka akan mendapat balasan yang baik di sisi Allah S.W.T.

Sebaliknya orang-orang yang kufur engkar, hatinya mati (hampa dan kecewa) pada hari itu, kerana dimurkai Allah dan ditimpa dengan sebuiruk-buruk balasan.

Sama-samalah kita beramal dan sambutlah kehadiran syawal dengan sederhana...

 raya yang dinanti....
Read more / Baca Lagi >>>

Tetap Update Blog Walaupun Tiada Pengunjung




Boleh gitu kan... Statement yang agak tak tahan tu. Blog tetap berupdate walaupun tiada pengunjung di musim raya ini. Memang diakui apabila tiba musim perayaan, nak-nak musim raya macam ini, blogger haruslah terima hakikat yang trafik blog pasti merundum. Atau dalam erti kata lain dengan lebih senang, tiada pengunjung yang datang. Kalau datang pun, mungkin sedikit saja bilangannya.

Ini berikutan ramai pengunjung yang pulang ke kampung untuk cuti raya. Supaya tidak terasa blog sunyi, ramai blogger yang dah buat autopublish entri siap-siap supaya kekal update setiap hari. Kadang ada juga pengunjung yang akan datang blog kita, untuk mengikuti perkembangan blogger kesayangan mereka di hari raya.

Bagi Mia, Mia harap dapat maintain 4 entri setiap hari secara konsisten untuk mengekalkan momentum berblog di sepanjang cuti hari raya ini. Kebanyakan entri akan di update secara terus melalui handphone Samsung Galaxy Note 3 ini. Kecuali kalau Mia sibuk sangat atau pergi beraya ke tempat yang tiada capaian internet, Mia akan cuba buat entri autopublish ataupun backdated.

Nak buat macam mana kan... Jiwa ini dah terlalu sayang kat blog. Tak sanggup nak biarkan dia bersarang.

sayangi blog anda di musim hari raya ini...
Read more / Baca Lagi >>>

Kisah Kerja Hari Ini



Di kala semua orang sudah pun bercuti raya, Mia masih kerja lagi hari ini. Kat pejabat dah tak ramai yang kerja, senang sedikit nak buat kerja design flyer saiz A5 untuk program banci nanas. Senyap dan tenang. Mia buat yang simple saja. Design guna Adobe Photoshop.



Sambil-sambil itu, boleh pula aircond bilik server meragam. Ada jadi ais kat dalamnya. Tak pasal-pasal korek ais dan perah airnya keluar ke baldi. Nasib baik ada Shila (staf baru ICT) dapatlah juga tolong Mia. Kerja-kerja membersihkan selesai sebelum 1.00 tengahari.

Nak tahu tak, aktiviti korek ais ini dibuat secara manual. Pernah cerita kat blog ini dulu di SINI. Buat sementara, guna air cond kecil dan Hafizs tutup mana-mana server yang tidak penting.



Lepas raya lah... baru panggil orang untuk repair air cond ini. Dah uzur sangat sejak tahun 2007.

Memandangkan hari esok hari raya, kami diberi keizinan pulang awal. Alhamdulillah...

dah mood raya ni...
Read more / Baca Lagi >>>

Kad Raya Dari Azhafizah




Sampai juga kad raya yang dinanti, dari blogger Azhafizah. Serba pink hitam. Seorang blogger yang pandai bab-bab design ni. Terima kasih ya Fizah.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin ya... Kak Mia suka kad raya ni... cantik...

sweet pink..
Read more / Baca Lagi >>>

Saturday, July 26, 2014

Have To Accept.. Have To Learn.. Have To Let Go



Sometimes this is the truth. Although it is hard, we have to go through the bad times. Sometimes without our willing. Without our expectations.


There are things we don't want to happen but have to accept,

things we don't want to know but have to learn,

and people we can't live without but have to let go.

have to face it...
Read more / Baca Lagi >>>

Suasana Raya Terasa Kini




Suasana raya terasa kini
Sedikit masa lagi
Sangat dinanti
Kemeriahan Aidilfitri

Suasana raya terasa kini
Sanak saudara berkumpul kembali
Terbayang keseronokan tambah seri
Riuh rendah menggamit memori

Suasana raya terasa kini
Kanak-kanak paling gembira sekali
Duit raya angan di hati
Dah berkira raya rumah mana nanti

Suasana raya terasa kini
Balik kampung sila hati-hati
Tidak tahu bahaya yang menanti
Moga selamat sampai ke destinasi

Suasana raya terasa kini
1 Syawal kan tiba pasti
Sambutlah dengan keriangan hati
Selamat Hari Raya Aidilfitri

nukilan puisi dari Mia... salam lebaran buat semua..
Read more / Baca Lagi >>>

Top Supporters April 2017