September 2014 - Mia Liana

Tuesday, September 30, 2014

FB Marketing Training Untuk Produk Ephyra

9/30/2014 07:15:00 PM 11 Comments

Hari Sabtu lepas, Mia dengan Suami Mia telah hadirkan diri ke FB Marketing Training untuk produk Ephyra yang dianjurkan oleh Oceanlife Marketing Sdn. Bhd. di Ara Partners, Taman Melawati, Kuala lumpur. Pengasas produk ini, Puan Amiza turut bersama meluangkan masa sehari bersama semua dealer yang hadir pada hari tersebut. Blogger Eyriqazz pun ada juga tau.

Banyak perkongsian dan tips tentang keistimewaan produk Ephyra di samping kami diajar cara-cara untuk buat marketing secara online menggunakan facebook, platform media sosial yang sangat popular sekarang ini.

Training ini adalah percuma dan banyak yang Mia pelajari di sini. Rugi kalau tak datang.

Jom tengok gambar-gambar kami... zasss...












 peluang yang tidak mungkin dilepaskan.....


Hadiah bernilai RM 1,495.80.
Cepat join sebelum 11.59 malam ini, klik SINI.

Beli Cetaphil Gentle Skin Cleanser Twinpack 500ml x 2

9/30/2014 01:01:00 PM 24 Comments


Bulan lepas Mia ada cerita yang Mia mula gunakan produk Cetaphil di SINI. Sekarang ini, dah tinggal sikit sangat dah yang Cetaphil Gentle Skin Cleanser 237ml punya. Kali ini, Mia terus beli yang besar, yang twinpack tu untuk penjimatan yang lebih. 

Ditambah lagi beli di Apotec Pharmacy, akan dapat lagi 10% diskaun. Cetaphil Gentle Skin Cleanser Twinpack 500ml x 2 ini harganya RM84.60 bila dah tolak diskaun 10%, harganya jadi RM76.14. Kalau beli satu saja, harganya agak mahal iaitu RM55.90.

 perlu bijak berbelanja.....


Hadiah bernilai RM 1,495.80.
Cepat join sebelum 11.59 malam ini, klik SINI.

Hari Terakhir Giveaway 2014.. Cepat Join Sebelum 11.59 Malam Ini

9/30/2014 06:20:00 AM 10 Comments


Hari ini ialah hari terakhir Giveaway 2014 Mialiana.com. Penyertaan akan diterima sehingga 11.59 malam ini.

Kepada yang belum join, cepat-cepatlah join ya. Hanya perlu copy coding yang disediakan dan paste ke ruangan HTML entri penyertaan.

Hadiah bernilai RM 1,495.80 untuk 40 orang pemenang bertuah. Klik SINI untuk join.

 mana tahu.... ada rezeki kat giveaway ini...

Monday, September 29, 2014

Sabar Menanti 1 Haribulan

9/29/2014 11:51:00 PM 11 Comments


Inilah dia... boleh habis kuota pelan data handphone Mia hari ini. Tergendala nak update entri yang banyak gambar malam ini.

Boleh nak update tapi tu lah internet lambat macam siput. Terkial-kial nak upload.

Tengoklah macam mana dalam sehari ini. Tumpang pelan data handphone Suami Mia. Sofea punya pun dah habis juga. 

sabar menanti 1 haribulan... untuk renewal kuota pelan data..


Hadiah bernilai RM 1,495.80.
Cepat join, klik SINI.

Roti Sandwich Telur

9/29/2014 08:12:00 AM 19 Comments


Pagi ini masa sebelum sampai ke tempat kerja Mia ada singgah stesyen minyak Petronas. Alang-alang dah menyinggah itu, terus beli roti sandwich telur buat sarapan.

Nak beli satu macam tak cukup. Nak ambil dua, nanti pukul 11.00 pagi dah lapar pula. Last-last keputusan muktamad, terus beli tiga. Cukup stok sehingga waktu makan tengahari. Settled.

pernah tak rasa macam ni?


Hadiah bernilai RM 1,495.80.
Sempat lagi kalau nak join, klik SINI.

Esok Hari Terakhir Giveaway 2014 Mialiana.com

9/29/2014 01:03:00 AM 9 Comments

Wah.... sekejapnya masa berlalu. Esok adalah hari terakhir penyertaan Giveaway 2014 Mialiana.com.

Kepada yang belum join, sudi-sudikanlah ya. Senang saja nak join. Hanya perlu copy coding yang disediakan dan paste ke ruangan HTML entri penyertaan.

Hadiah bernilai RM 1,495.80 untuk 40 orang pemenang bertuah. Klik SINI untuk join.

cepat-cepat join ya....

Sunday, September 28, 2014

Lawak Klinik : Nurse Dan Pakcik

9/28/2014 06:51:00 PM 17 Comments
Perkongsian dari group whatsapp, Mia tempekkan kat sini satu lawak klinik.

Jom baca...


Aduhai pakcik tu... boleh pulah dia faham macam itu. Kesian nurse nak fahamkan dia.. hehehe...

Gitu lah dia... bila perkataan bahasa Inggeris disebut dalam bahasa melayu.... (^_^)

tak terlintas di fikiran... tandas siang / malam...


Hadiah bernilai RM 1,495.80.
Nak join, klik SINI.

Tempahan Qurban dan Aqiqah di Kemboja Secara Online Di eQurban

9/28/2014 02:00:00 PM 9 Comments



Tempahan Qurban dan Aqiqah di Kemboja
Secara Online Di eQurban

Setiap tahun umat Islam akan meraikan Hari Raya Aidiladha atau lebih dikenali dengan Hari Raya Qurban / Korban.

eQurban menerima tempahan qurban dan aqiqah di Kemboja secara online. Satu peluang yang menarik. Harganya pun berpatutan.

Untuk tempahan tahun 2014, tarikh tutup tempahan ialah pada 11.59 malam 30 September 2014. Sempat lagi jika ingin buat tempahan sekarang di eQurban.

Harga satu bahagian lembu ialah RM280

Harga satu ekor lembu ialah RM1960 
(untuk tujuh bahagian)

Harga satu ekor kambing ialah RM550


Harga satu ekor kambing Mekah ialah RM400

Harga satu ekor kambing Indonesia ialah RM550.

Senang, mudah dan cepat untuk berurusan.

Berminat? Jom tempah sekarang di eQurban.

semoga ibadah kita mendapat keberkatan dariNya..