May 2015

Sunday, May 31, 2015

Karnival Sukan Tadika Johor 2015



Wahhh.. memang best ni. Sofea join Karnival Sukan Tadika Johor 2015 pada hari Sabtu 23 Mei 2015. Disertai oleh 17 buah tadika. Memang meriah sebab buat kat Indoor Sport Complex Educity, Nusajaya.

Sebelum pukul 8.00 pagi memang kena ada sebab cikgu-cikgu nak siapkan kanak-kanak tadika untuk perbarisan. Sofea pula costume dah macam ala-ala robot dan teknologi. Memang sweet.

Ada pelbagai acara sukaneka iaitu kepit bola celah peha, tarik bola menggunakan gelung, sambung-sambung straw, campak bola masuk dalam bakul, berjalan dengan pundi kacang di atas kepala, pecahkan belon, susun tin, human puzzle dan lari berganti-ganti. Acara untuk ibu bapa pun ada..

Sofea masuk acara human puzzle dan kumpulannya dapat johan. Tadika Al-Hidayah dapat johan perbarisan. Sukanya Sofea. Mia dan Suami Mia yang teruja sangat.

Jom tengok...













Alhamdulillah.. dapat juga bawa balik pingat emas. Puas hati Sofea. Yang penting ini adalah pengalaman pertama dia bersukan di kompleks sukan...


family hour...
Read more / Baca Lagi >>>

Saturday, May 30, 2015

Carta Pengkomen Tegar April 2015




Senarai blogger yang menduduki Carta Top 20 Pengkomen Tegar April 2015 seperti berikut :

No 1 - Mas Zull (42 komen)


No 2 - Azhafizah Md Nor (42 komen)


No 3 - Maria Firdz (28 komen)


No 4 - Cikgu Norazimah (25 komen)


No 5 - Yang Baik (18 komen)

No 6 - Izzeyda (18 komen)

No 7 - Ct Noraishah (12 komen)

No 8 - Normi Nieza (12 komen)

No 9 - Nurzakiah Hanum (10 komen)

No 10 - Oneyani Deankayree (10 komen)


No 11 - Asha Lya (9 komen)


No 12 - Princess Mimi (8 komen)

No 13 - Aisyah Ambris (8 komen)


No 14 - Yoorin Melacolea (7 komen)

No 15 - Azney Shamsuddin (6 komen)

No 16 - Zaidalifah Hussin (6 komen)


No 17 - Mrs Yatie (5 komen)


No 18 - Sally Samsaiman (5 komen)


No 19 - Nurul Aqidah Azahar (5 komen)


No 20 - Azura Aziz (5 komen)


tahniah pada yang tersenarai.... terima kasih kerana sudi support Mia...
Read more / Baca Lagi >>>

Friday, May 29, 2015

Kata-Kata Madah (33)




Kalau pasangan anda
tidak pernah post
gambar dengan anda,
bermakna ada perasaan
orang lain yang
dia sedang jaga. Simple.

** opssss... tak tahu.. tak tahu...

Read more / Baca Lagi >>>

Thursday, May 28, 2015

Quote Of The Day (175)




You may never
understand why
somethings happen,
so don't
drive yourself
crazy trying.

** just accept what is meant for you...

Read more / Baca Lagi >>>

Wednesday, May 27, 2015

Wordless Wednesday 231 : Main Karom Dan Congkak



Main karom

Main Congkak

(indoor games)


Read more / Baca Lagi >>>

Blogger Keyra In Da House



Malam tadi Mia bersosial dengan blogger Keyra dan kawannya Nurul. Dia ni... Cik punya blog http://keyranazleen.blogspot.com. Bukannya kat luar. Kat bilik hotel Mia je. Kali pertama bertemu tak rasa kekok bila berborak. Mesranya. Meroyan jugalah. Banyak yang diborakkan. Sehingga tak sedar dah pukul satu lebih pagi... dua pagi ke.. lebih kurang macam tu la... uwaa sekejapnya masa berlalu.

Jom tengok mestilah sakan bergambar kan... dah namanya blogger... weeee..





Bestnya bila berjumpa di alam nyata. Selama ini di alam maya saja.

Mia menginap satu malam kat Premiera Hotel Kuala Lumpur... senang nak cuci-cuci mata kat Jalan TAR...


Read more / Baca Lagi >>>

Tuesday, May 26, 2015

Oh Sogo Sale




Setiap kali Mia ke Kuala Lumpur pasti akan singgah shopping apa-apa yang patut kat Jalan TAR. Sogo memang dah wajib untuk window shopping. Kalau berkenan terus beli... kalau tak cuci-cuci mata aje lah.

Hari ini Mia datang Sogo tengah sale mega hot deal dan mid-year clearance..  cantik juga baju-baju untuk lelaki.

Terus segar mata... harganya pun kaw-kaw sale. Naik ngeri tengok. Hati kena kuat.. kalau tak, keringlah poket... hihihi...

2 hari kat KL... jadi orang Kolumpo kejap lah kita ni...
Read more / Baca Lagi >>>

Monday, May 25, 2015

Sibuk Survey Klinik Gigi



Memang diakui bila dah sakit gigi ni, kalau tak makan ubat... memang flat dan melepek lah jawabnya. Mia ada beritahu sebelum ini yang gigi geraham bongsu Mia tumbuh baring dan kedudukannya memang menyakitkan lebih-lebih lagi bila dia menolak gigi yang di depannya. Xray nya ada di SINI.

Dua tiga hari ini sibuk Mia survey klinik gigi swasta dulu di area Johor Bahru dan didapati memang kosnya RM800. Fiuhhh.. memang semput nak bayar ni. Mia belum pergi lagi Klinik Pergigian Mahmoodiah. Selagi tak cabut selagi itu akan kembali lagi sakitnya nanti.

Tengah kumpulkan kekuatan diri untuk cabut gigi ni. Sememangnya Mia ni penakut sikit bila tiba bab gigi. Ngerinya macam nak apa... Nak-nak bila Mia dah baca blog-blog yang ada cerita pengalaman cabut gigi geraham bongsu ni... @ wisdom tooth. Ada yang ok.. ada yang tak. Ada yang terkena saraf sehingga mengalami Paresthesia. Macam-macam lah pengalaman mereka. Mia baca pun untuk mengetahui keadaan sebelum dan selepas buat minor operation kat gigi.

blog pun tak leh nak ngadap sangat... puan blog tengah sakit gigi...
Read more / Baca Lagi >>>

Friday, May 22, 2015

Sakit Gigi Kerana Geraham Bongsu



Ni lah... terpaksa juga akur bila minggu lepas Mia demam rasa lain macam bisanya. Rupanya sebab nak sakit gigi. Gusi bengkak kerana gigi geraham bongsu tumbuh baring. Aduhai... ngerinya bila tengok xray ni...


Nampak tak? Gigi geraham bongsu ni tumbuh kat area gigi bawah sebelah kanan. Bila dia tolak gigi depan dia, memanglah sakit.

Mia pergi Klinik Gigi Rakyat yang kat Persiaran Tanjung pagi tadi dan diberinya ubat. Katanya lepas sembuh sakit gigi ni, kenalah buat operation untuk keluarkan gigi itu. Lagilah ngeri sebab gigi tu dalam gusi. Kali pertama ni, tersangatlah takut. Kosnya dalam RM500 - RM1000. Mahal juga ni.

Hmm... tengah fikir-fikir nak buat kat klinik gigi swasta lain atau kerajaan punya. 

Terasa macam nightmare.... uwaaaa...

Mana tahu kot-kot ada sesiapa pernah buang gigi geraham bongsu, bolehlah share dengan Mia yang sememangnya sedang takut ni.. hihihi..

gigi oh gigi....
Read more / Baca Lagi >>>

Top Supporters March 2017