Minum Air Jus Tomato

Saturday, September 5, 2015

Minum Air Jus Tomato


Mia nak cerita yang Mia ni minum jus tomato. Bergantung pada keadaan. Kalau mood tengah rajin, hari-hari Mia buat jus tomato. Sanggup beli tomato yang fresh setiap hari kat kedai runcit.

Seminggu ni tengah mood rajin nak minum jus tomato. Sangat bagus untuk kesihatan dan kecantikan. Banyak khasiatnya. Mia kalau bab makan tomato sebiji memang agak susah sedikit. Tetapi kalau di blend dan dibuat jus, airnya memang laju Mia minum.




Sekali buat Mia guna 6 biji tomato. Dapatlah satu jag air jus tomato yang dah di blend. Lepas itu, simpan dalam peti sejuk untuk stok satu hari.

Jom tengok khasiat dan kelebihan tomato [sumber] :

Khasiat Tomato Untuk Kesihatan
  1. Melancarkan Sistem Pencernaan – Tomato mempunyai kandungan serat yang tinggi dan ianya amat sesuai untuk melancarkan sistem pencernaan badan kita.
  2. Memperkuatkan Tulang – Buah tomato juga ada kandungan vitamin k yang tinggi yang mampu mencegah osteoperosis.
  3. Mencegah Penyakit Kencing Manis (Diabetes) – Tomato membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah
  4. Menjaga Kesihatan Mata – Sumber vitamin A yang terdapat dalam buah tomato membantu menajamkan penglihatan dan merawat kesihatan mata.

Khasiat Tomato Untuk Kecantikan
  1. Mengecilkan liang pori – Jus tomato yang disapukan pada wajah boleh mengecilkan liang-liang pori.
  2. Menurunkan Berat Badan – Amalan meminum atau memakan tomato dua kali sehari, membantu menurunkan berat badan.
  3. Menyihatkan Rambut – Jus tomato yang dilumurkan pada rambut akan membuatkan rambut kelihatan lebih sihat dan bermaya.
  4. Mencerahkan Kulit Yang Kusam – Kandungan vitamin A dan C dalam tomato mampu mencerahkan kulit yang kusam.
  5. Menghilangkan Kelemumur – Sapukan tomato pada kulit kepala dan biarkan selama setengah jam. Kemudian bilas. Jika diamalkan selalu, masalah kelemumur akan hilang.

jom minum jus tomato.....


Sedang berlangsung sekarang :

Klik SINI untuk join.
Tamat pada 11.59mlm 7/9/2015.

15 comments:

  1. Woww, bagusnya mia blh minum jus tomato.. Mesti kulit cantik..")

    ReplyDelete
  2. wow! tips yng Etuza suka sekali,.pastinya blogger lin..infor sihat kena manfaatkan

    ReplyDelete
  3. salam singgah sini kak mia....wahh...buah tomato...hari tu kak rumah ada stok buah tomato tapi tak terfikir pula nak buat jus...hihi...InsyAllah nnti ada buah tomato nak juga cuba buat jus...

    ReplyDelete
  4. bagus ni kak mia..legi cepat menyerap pada badan zat zatnya kan bila di blander..

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum mia...sedapnya campur karot pun sedap juga ni..:)

    ReplyDelete
  6. Gulp...tak pernah cuba. Memg bagus tomato ni. Tp tu lah memg letak tepi klu jmpa tomato dlm masakan.

    ReplyDelete
  7. ermmm nik x minat makan tomato kena pulak buat jus rasa pahit x ?

    ReplyDelete
  8. wah terima kasih share kak,
    sebb saya pun mmg susah nya telan yang sebijik cenggitu

    ReplyDelete
  9. Sha selalu telan tomato, tapi tomato cherry lah. Kalau yang besar gini, tak tertelan rasanya. Haha. Buat air tomato mcm ni ok rasanya =)

    ReplyDelete
  10. Tak pernah minum jus sbb suka ratah tomato gtu je.
    Nt boleh try

    ReplyDelete
  11. sedap jus ni kekadang rasam mcm buah tembikai kan.....

    ReplyDelete
  12. memang bagus..tapi kalau fiza mesti tak lalu minum..hehe

    ReplyDelete
  13. tak pernah cuba lagi jus tomato.. kalau makan gitu je biasalah.. ;)

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.