Cari Dan Edit Audio Untuk Background Music Montaj

Dari pagi tadi sampai lah sekarang, Mia tengah buat sound editing untuk background music montaj yang Mia kena buat. Bab yang paling leceh dan cerewet sebab bukan senang nak pilih lagu music background ni. Kena dengar semua baru boleh kerat part mana yang Mia nak. Ada lah banyak juga lagu soundtrack game dan movie yang Mia dah download lepas itu Mia ambil sound dia sahaja.

Hmmm... terpaksa curi masa kat rumah nak settle kan ni. Minggu depan dah boleh buat text animation, video dan gambar dan gabungkan dengan music background yang Mia buat hari ni.

Montaj dalam 1 hingga 2 minit. Tapi tulah.. bahan yang paling makan masa lama ialah pilih lagu yang sesuai supaya orang tak boring dengan mesej yang nak disampaikan. Takkan nak guna lagu yang pernah digunakan. Asyik sama nampak sangat pemalas kan...

Software yang Mia gunakan Vegas Movie Studio HD Platinum dan Sound Forge Audio Studio.


Tengah render sebagai audio mp3 kat Vegas Movie Studio HD Platinum

Edit part audio yang Mia nak dan gabungkan dengan  audio lain untuk jadi music background montaj di Sound Forge Audio Studio.

Mia buat montaj yang simple je untuk gimik perasmian satu event ofis Mia kat Sarawak hujung bulan ni di samping membuat kerja-kerja rutin yang lain di pejabat. Bayangkanlah.. masa itu amat mencemburui Mia... uwaaaaa... doakan agar Mia dapat siapkannya. amin....

minggu ni.... telinga sibuk buat kerja....

Post a Comment

11 Comments

  1. salam , kak mia, semoag dipermudah semua urusan ye kakmia ^^

    ReplyDelete
  2. Moga dipermudahkan.. Sound Forge tu pernah guna...agak mudah nak edit sound guna software tu kan..

    ReplyDelete
  3. Salam mia, first time sampai sini. Susah tak pakai vegas? Saya baru berjinak jinak video editing utk youtube video. Pandai guna movie maker and filmora je. Ehehe. And yes lagu susah nak cari. Kalau nak upload kat youtube kena fikir pasal copyright jugak lagi lah pening.

    Btw, saya blogger baru nak serious blogging ada tengah buat giveaway kat blog for mommy bloggers kalau mia minat nak join.

    ReplyDelete
  4. mg dipermudahkan kak mia.. wawa time study dlu ade pernah buat, time presentation ade sopund2 skit kan, syok laa org dgr,...:)

    ReplyDelete
  5. Mia memang banyak kemahiran ict..dan dunia blog tahnia

    ReplyDelete
  6. memang agak susah nak pilih music yang sesuai..apepun semoga dipermudahkan urusan kak mia

    ReplyDelete
  7. Semoga di permudahkan segalanya kak mia...

    ReplyDelete
  8. pandai buat ye..saya mmg ke laut la benda2 camni..huhu

    ReplyDelete
  9. Yang ni saya sangat setuju. Part paling susah ialah cari background music lebih2 lagi kalau kita jenis jarang dengar lagu.

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum mia...menarik2 ni...:)

    ReplyDelete