image Majlis Konvokesyen Hidayah Educare Centre - Mia Liana

Thursday, 26 November 2015

# Family Matters

Majlis Konvokesyen Hidayah Educare Centre



Pada hari Sabtu, 21 November 2015 yang lepas, Mia menghadiri Majlis Konvokesyen Hidayah Educare Centre di Berjaya Waterfront Hotel. Hari itu hari yang amat bermakna bagi Sofea. Selesai sudah tadika 6 tahun, dah nak masuk darjah 1 tahun depan. Orang yang paling teruja sangat pada pagi itu ialah Sofea. Sanggup bangun awal. Tak nak lambat sampai.

Syukur sangat. Rasa tersentuh bila tengok Sofea buat persembahan kat depan dan kemudian naik ke atas pentas untuk ambil Anugerah Pencinta Alam dan sijil tadika 6 tahun. Sayang sangat kat Sofea.

Jom tengok...
















Sekejapnya Sofea membesar... terasa macam baru lahirkan dia semalam... sob.. sob.. sob..

my little cutie... (^_^)




9 comments: