image March 2015 - Mia Liana

Monday, March 30, 2015

Sibuk Dengan Komitmen Keluarga

3/30/2015 07:35:00 PM 17 Comments


Pertama kalinya Mia nak minta maaf sebab blog ini nampak agak sunyi sedikit dari minggu lepas. Perasan tak... tak ada entri bebel Mia macam ni. Mia hanya sempat update entri-entri pendek. Itu pun backdated.

Maafkan Mia ya... hati ini memang berkobar-kobar nak ngadap blog, nak blogwalking tetapi Mia sibuk dengan komitmen keluarga sejak hari Khamis lepas sehinggalah minggu ini. Kata orang.. keluarga adalah yang lebih utama dan untuk itu Mia cuti dari bekerja untuk komitmen ini. Betul-betul sibuk sampai dah banyak hari tak ngadap laptop.

doakan semuanya baik-baik belaka ya... amin...

Sunday, March 29, 2015

Saturday, March 28, 2015

Friday, March 27, 2015

Thursday, March 26, 2015

Tuesday, March 24, 2015

Monday, March 23, 2015

Sunday, March 22, 2015

Saturday, March 21, 2015

Lebih 1k Gambar Hilang Tiba-Tiba Dari Handphone

3/21/2015 09:51:00 AM 22 Comments

Bayangkan... tengah seronok belek handphone, konon nak pilih gambar untuk di update ke blog, tiba-tiba folder camera dalam gallery dah hilang. Dahlah ada lebih 1k gambar yang dah di snap ada kat dalam tu. Agak-agak dapat rasa tak perasaan itu macam mana?

Perkara ini terjadi kat Mia pada petang Khamis lepas. Bagai tersentap diri ini, terus sedih macam nak apa. Benda dah nak berlaku. Baru niat minggu lepas, nak pindahkan gambar yang banyak tu ke dalam komputer kat rumah. Belum sempat buat, dah hilang.

Gawat betul. Jiwa terus tak tenteram. Kehilangan amat dirasai.


Nampak tu... Tak ada folder camera. Dah puas cari tak jumpa. Macam nak nangis. Sedih teramat.

Mustahil Mia boleh terdelete folder camera tu secara tak sengaja. Takkan pula boleh hilang dengan sendirinya. Takkan kena virus pula. Kenapa satu folder je yang hilang, yang lain tak.. pula. Folder camera ni kat internal memory handphone Mia. 

Mia cuba buat recovery Samsung Galaxy Note 3 dengan cari tutorial di google. Ada buat beberapa tutorial tapi masih tak berjaya. Gigih berusaha sehingga hari ini.

hari itu cuma update blog dengan 1 entri je....

Friday, March 20, 2015

Storage Defragmenter Untuk Smartphone

3/20/2015 02:49:00 PM 10 Comments

Sekarang ni... dah ramai sangat dah pengguna smartphone. Pendek kata, handphone yang boleh buka internet tu... yang boleh fb, instagram, whatsapp, twitter dan macam-macam lagi.

Dah tu, penuh storage handphone dengan macam-macam.. gambar, video, aplikasi, lagu dan lain-lain.

Tapi, kita tak pernah pun ambil kisah kat storage... ala.. tempat simpan semua benda-benda yang Mia sebut kat atas ni sama ada bersepah atau tersusun.

Jadi kat sinilah kepentingan aplikasi mobile, storage defragmenter. Eh.. jangan ingat komputer dengan laptop saja yang kena defrag.. handphone pun kena jugalah. Sayang handphone kan... (Mia lebih selesa dengan nama handphone daripada smartphone... ).

Mia tempek printscreen masa process defragmenting ke atas handphone Samsung Galaxy Note 3 Mia... weee...



Sekejap je... Tak ada lah lama sangat. Dari 11,538.96MB terus jadi 8,433.51MB. Ada beza dalam 3,105.45MB. Banyak juga ni. Kalau tak buat ni, kita dah rugi saiz storage ni.

Bila buat macam ni, kedudukan fail-fail dalam simpanan handphone akan lebih tersusun dan hanya guna storage yang sepatutnya. Mia terangkan dengan ayat yang mudah. Kalau guna bahasa komputer nanti tersalah faham pula.

aktiviti housekeeping handphone/smartphone yang kita kurang ambil berat....

Puisi Pray For Palestine

3/20/2015 09:40:00 AM 11 Comments

peperangan
bukan satu penyelesaian
bahkan membinasakan
semua yang ada
merugikan
menyusahkan
menindas yang lemah
harta benda habis musnah
dek kekejaman manusia
yang bertopengkan 
kebendaan
kekuasaan
kesombongan
keegoan
kepuraan
ketamakan
kejahilan

tiada apa yang boleh diselamatkan lagi
hancur dalam sekelip mata
tangisan dan rintihan
kehilangan
penyesalan
kemusnahan

jika semua ingin membangga diri
rakyat jelata menanggung derita
moga mereka tabah hadapi
doa kami sentiasa di sisi

puisi pagi ini dari Mia... pray for palestine....

Thursday, March 19, 2015

Wednesday, March 18, 2015

Tazkirah Petang (12)

3/18/2015 05:50:00 PM 10 Comments


Setiap manusia rezeki tidak sama,
ada yang dapat kerja awal,
ada yang dapat jodoh awal,
ada yang dapat peluang sambung belajar tinggi,
ada yang murah rezeki,
sentiasa untung, cukup semua keperluan
dan macam lagi yang Allah bagi...

tapi jangan sombong,
sebab itu semua hanya pinjaman
dan pemilik sebenar adalah Allah SWT..
ingat, kesenangan juga adalah dugaan.

muhasabah diri.... syukur seadanya...


Tuesday, March 17, 2015

Voucher D'Apotic Pharmacy

3/17/2015 09:04:00 PM 13 Comments


Kalau dah jadi member... bab surat D'Apotic Pharmacy memang suka sebab dalamnya pasti ada brochure promosi produk dan yang paling dinanti ialah voucher. Kali ini Mia dapat voucher RM7. Sebelum ini dapat voucher RM3. 

Jadilah kan... daripada tak ada langsung. Banyak juga nilai RM10 ni. Hmmm.. dah boleh berkira-kira nak beli vitamin dan suplemen sikit lepas gaji nanti. Dapatlah guna voucher ni...

dah lama jadi member... cuma beli kadang-kadang je...

Monday, March 16, 2015

Mia Liana Of The Day - 3

3/16/2015 04:40:00 PM 21 Comments


Mula-mula...... ngaummmm... Mia tempek muka Mia petang ini.... weeee... serba rimau kita hari ini. Walaupun mata ini macam tak cukup tidur dek busy buat kerja seperti yang Mia cerita kat entri SINI namun bila buat kerja hari ni kenalah ceria kan... padahal semalam petang balik kerja macam nak demam menyiapkan kerja tu... huhuhu perah idea sampai kering..

2 hari tak update blog terasa rindunya. Sangat-sangat rindu...

Mia mengenakan Shawl Glitters Hanna.... ada kisahnya di SINI dan SINI.

sweet Monday... Mia Liana of the day.... (^_^)

Cenderahati Diposkan Tengahari Ini (Batch 3)

3/16/2015 01:01:00 PM 18 Comments


Hah... barulah Mia berkesempatan nak poskan tengahari ini. Memandangkan sampul pos laju prabayar asyik tiada je memanjang makanya Mia gunakan perkhidmatan pos laju yang biasa ni. Minta maaf ya.. agak terlewat sedikit.

Blogger Kak Sukma - Tracking Number EF 56 815200 8MY

Ini adalah cenderahati buat blogger yang menduduki Carta Top 10 Pengkomen Tegar 2014. Yang ini merupakan batch terakhir. Tahniah ya..

moga selamat sampai ke Perak..

Baru Boleh Ngadap Blog

3/16/2015 10:11:00 AM 17 Comments


Leganya hati Mia... baru hari ini Mia boleh ngadap blog sebab beberapa hari yang lepas Mia ada komitmen kerja yang perlu disiapkan segera. Makanya pagi tadi baru siap. Terus lapang dada ini.

Nak buat kerja tu perlu fokus dan teliti kalau tak nanti silap pula. Siap bawa balik rumah dan buat malam-malam demi nak siapkan juga pagi ini. Bila tiba bab mengarang memang waktu tengah malam ke awal pagi itulah idea datang mencurah-curah..

Maafkan Mia tidak dapat update beberapa hari ini. Lepas ini dah tak busy sangat. Akan cuba update entri walaupun terpaksa autopost atau backdated. Hati tetap ada pada blog ini.... weeee

i'm back...