July 2015

Friday, July 31, 2015

Carta Pengkomen Tegar Jun 2015




Terima kasih kepada semua yang masih berkunjung ke blog ini di kala Mia agak sibuk dan tidak dapat blogwalking ke blog rakan-rakan. Namun begitu Mia tetap keluarkan senarai carta ini bagi menghargai jasa dan sumbangan komen yang diberikan oleh pengunjung tegar blog ini. Lambat macam mana pun tetap akan publish entri ini.


Carta Top 20 Pengkomen Tegar Jun 2015

No 1 - Azhafizah Md Nor (30 komen)

No 2 - Mas Zull (29 komen)

No 3 - Maria Firdz (21 komen)


No 4 - Nurzakiah Hanum (15 komen)

No 5 - Shahida Dzulkafli (15 komen)


No 6 - AinAthirah Anuar (13 komen)


No 7 - Mardiah Diana (8 komen)


No 8 - Yang Baik (7 komen)


No 9 - Cikgu Norazimah (7 komen)

No 10 - AizaMia3 (6 komen)


No 11- Normi Nieza (6 komen)


No 12 - Asha Lya (6 komen)

No 13 - Ms. Kejupenyet (5 komen)


No 14 - Azura Aziz (5 komen)


No 15 - Sally Samsaiman (4 komen)

No 16 - Hidayu Ayumie (4 komen)


No 17 - Iola ( 4 komen)


No 18 - Nurul Aqidah Azahar (4 komen)


No 19 - Sya Mimie (4 komen)


No 20 - AyuInsyirah (3 komen)


tahniah pada blogger yang tersenarai di atas... senang-senang jemputlah bertandang ke blog mereka ya....

Read more / Baca Lagi >>>

Tazkirah Petang (17)




Tanda adanya hasad dengki
di dalam diri kita ialah
apabila orang lain dapat
nikmat atau kejayaan
Kita sakit hati dan
rasa tidak senang
Bila orang lain dapat
bencana atau kesusahan
Kita rasa senang hati

moga kita semua dijauhkan dari sifat bahaya ini.. amin..
Read more / Baca Lagi >>>

Thursday, July 30, 2015

SEGMEN RAYA BERSAMA MAMAMYJA



Wahhh... menariknya segmen ni. Bolehlah kita tahu tema baju raya blogger-blogger lain. Bila dah berkeluarga secara automatik memang nak sedondon.

Sebagai memenuhi syarat-syarat segmen ini, Mia tempek dulu gambar Mia sekeluarga.



Hah.... segar tak biji mata tu. Merah menyala mak ngah ooii... hihihi.. Tema baju raya kami sekeluarga ialah merah. Biar merah terang benderang. Bila beraya ramai-ramai senang nak nampak warna merah dari warna lain. Biasalah setiap tahun pasti akan tukar warna. Tahun lepas warna biru. Tahun ni warna merah lah pula. Tahun depan... hmm belum fikir lagi.

Hmm... kepada sesiapa yang berminat, boleh lah join segmen ini dengan klik SINI. Segmen ini akan tamat pada 31 Ogos 2015.

sesi support rakan blogger....
Read more / Baca Lagi >>>

Wednesday, July 29, 2015

Kata-Kata Madah (38)




Antara akhlak orang yang berjaya adalah
optimis dan tidak berputus asa,
mampu memperbaiki kesalahannya
dan keluar daripada krisis
serta mengubah
kerugian menjadi keuntungan.


kata-kata madah yang berhikmah....
Read more / Baca Lagi >>>

Tuesday, July 28, 2015

Quote Of The Day (185)




Behind this reluctant smile
I hide my pain and sorrow

Behind this devilish look
I hide my tears of sadness

And behind this shattered body
I hide my broken heart

sadness and sorrow quote...
Read more / Baca Lagi >>>

Monday, July 27, 2015

Rintihan Seorang Blogger




malam yang sunyi
tiada unggas berbunyi
langit gelap tiada seri
umpama bulan tidak menyinari

termangu seorang sendiri
terkebil mata berkedip lagi
menagih idea di hujung jari
update blog di malam hari

blog ini hanya biasa
lahir dari naluri tanpa sengaja
luahan hati tuan empunya
sajian bacaan buat pengunjungnya

dalam kesibukan digagahi jua
walau entri pendek termampu seadanya
berkobar ingin mengarangnya
tetap akur pada kekangan masa

kehidupan blogger lumrahnya
ada suka
ada duka
dikongsi bersama
pengunjung tercinta
suntikan semangat waja
penyambung riwayat fana
blog kekal bernyawa 
sehingga ke nafas terakhirnya

puisi rintihan seorang blogger dari Mia malam ini... 
Read more / Baca Lagi >>>

Menang Giveaway "Blog Fadzi Razak Launch" 2015



Wahhhh... bestnya. Tak sangka pula Mia menang Giveaway "Blog Fadzi Razak Launch" 2015 kat entri pengumuman pemenang di SINI. Entri penyertaan Mia ada di SINI.





No Mia... 57 nombor bertuah. Alhamdulillah... dapat Buku Nota Harian dari blogger Suria Amanda. Terima kasih ya...

rezeki giveaway di bulan Syawal.... syukur selalu...
Read more / Baca Lagi >>>

Sunday, July 26, 2015

Kata-Kata Madah (37)




Adakah kita bertemu dengan orang yang salah?

Sehingga langit yang cerah menjadi mendung?

Langit tak selamanya cerah dan mendung bukan bererti tiada lagi sinar.

Sebenarnya mereka yang "salah" itu sendiri banyak mengajar kita "akan kekurangan diri sendiri".

sekadar renungan...

Read more / Baca Lagi >>>

Saturday, July 25, 2015

Mood Beraya



Masih lagi dalam mood raya. Itu hari Mia beraya di kampung Mia kat Batu Pahat sampai raya ke 5. Sakan betul raya.

Jadi hari ini baru beraya dengan ahli keluarga sebelah mertua konvoi ramai-ramai. Dengan saudara mara dari Johor Bahru dan Singapura. Bertandang banyak rumah sehingga ke malam. Setiap rumah siap hidang juadah makanan. Alhamdulillah.. Lokasi beraya di daerah Johor Bahru dan Kota Tinggi.



Memang seronok + keletihan bila dah balik rumah...

lupakan diet seketika....
Read more / Baca Lagi >>>

Friday, July 24, 2015

Tazkirah Petang (16)




Berkasih sayang
perintah Allah

Di antara sifat Allah

Kasih kepada hambanya

Allah sangat sayang
Kepada hamba
yang berkasih sayang

Jalinkanlah kasih sayang
Untuk keredhaanNya

kasih sayang... keharmonian... ketenangan..

Read more / Baca Lagi >>>

Thursday, July 23, 2015

Pergi Poliklinik Bio Sucinas



Semalam baru naik kerja. Raya blues dengan selsema memang sangat tak selesa. Nampak sangat banyak minum air batu masa raya. Nak buat kerja pun tak berapa nak fokus. Kepala rasa macam berat. Terus Mia call Poliklinik Bio Sucinas kat Bandar Baru UDA ni. Nasib baik dah buka.


Terus pergi segera. Lama juga menunggu. Ramai betul orang. Mia tak ambil mc. Selesai ambil ubat Mia kembali ke pejabat semula. Kiranya keluar sekejap.

Alang-alang dah pergi kerja teruskan saja sampai ke petang.

Kalau tak makan ubat, takut makin melarat dan berjangkit pada orang lain.

serasi dengan ubat klinik ni...
Read more / Baca Lagi >>>

Tuesday, July 21, 2015

Entri Khas Dari Blogger Ena



Wah... terima kasih ya blogger Ena. Tak sangkanya Mia, Ena boleh buat entri khas sebagai penghargaan di SINI.

Tahniah ya... Ena salah seorang pemenang bertuah Nak URL Blog #15 dan berpeluang menjadi penyeri bloglist Mia sehingga ke segmen yang seterusnya.



Terharunya Mia. Pada yang lain boleh juga cuba segmen ini pada bulan depan.

jom kenal-kenal dengan Ena...
Read more / Baca Lagi >>>

Monday, July 20, 2015

Kaya Durian Dan Pulut Kukus



Aktiviti memasak di kampung.... tengah-tengah malam, Mak Mia nak masak kaya durian dan pulut kukus. Bila adik-beradik perempuan semua ada, memang meriahlah kat dapur. Sambil tu apalagi, berborak sakan lah kami.

Tempek sini... sedang masak ni...

kaya durian

pulut kukus

Durian hasil dari kebun.. dibuat kaya. Dimakan dengan pulut kukus memang sedap.

Sarapan esok pagi untuk kami sekeluarga...

suka sangat... 

Read more / Baca Lagi >>>

Top Supporters January 2017