September 2015

Wednesday, September 30, 2015

Wordless Wednesday 255 : iPaid... !



iPaid... !


Read more / Baca Lagi >>>

Tuesday, September 29, 2015

Quote Of The Day (207)




Believe in yourself.

Have faith in your abilities.

Without a humble but reasonable
confidence in your own powers
you cannot be successful or happy.

just believe and have faith in you...

Read more / Baca Lagi >>>

Monday, September 28, 2015

Makan Nasi Minyak



Dah namanya cuti raya haji. Ramai juga yang buat kenduri kahwin pada hari kelmarin (Sabtu 26 September 2015). Ayah Mia ada jemputan kahwin kat Parit Kaspan Parit Raja. Kami pergi berlima dengan Adik Mia sebelum tengahari. Mia pakai sedondon dengan Sofea. Selepas tengahari, Mia dah nak balik Johor Bahru. Tak mahu balik lambat, takut jammed nanti. Hari Ahad dah start sekolah dan kerja.

Jom tengok... zassss.. 







Favourite Sofea ni... makan nasi minyak dengan ayam goreng atau ayam masak merah. Alhamdulillah, kenyang. 

family hour....



Read more / Baca Lagi >>>

Sunday, September 27, 2015

Arnab Dan Kura-Kura



Hmmm... teringat kisah si arnab dengan kura-kura yang Sofea pernah ceritakan dalam pertandingan bercerita semasa tadika 4 tahun di rumah keluarga Mia. Sofea menang tempat pertama masa itu. Kisahnya ada di SINI.

Ni cerita haiwan peliharaan keluarga Mia di kampung. Kalau keluarga Mertua Mia bela kucing, keluarga Mia bela arnab dan kura-kura. Lain orang lain citarasanya.

Jom tengok.....

Ada cerita tentang Mimi kat SINI.

Comelnya je kan.... (^_^)

Sofea kurang gemar bermain dengan kura-kura......
Read more / Baca Lagi >>>

Saturday, September 26, 2015

Bela Anak Ayam



Kat rumah family Mia ni, ada bela anak ayam satu reban. Yang menukangnya, Nabilah, adik Mia yang belajar ijazah sarjana muda di bidang peladangan kat UiTM Jasin, Melaka. Dia ada belajar kursus pendek penternakan ayam kat luar.

Makanya, teori yang telah dipelajari.. dipraktikkan kat rumah family Mia. Nak letak kat kebun rasanya tak sesuai, sebab anak ayam sangat sensitif. Bela kat depan rumah, 34 ekor anak ayam berusia antara dua minggu hingga dua bulan. Jenis spesies ayam.. ayam kampung asli, ayam bulu balik dan ayam gajah. Makanannya dedak halus campur jagung halus. Waktu malam, lampu dihidupkan untuk panaskan badan anak ayam.

Jom tengok...





Tak pasal-pasal raya haji ni, Sofea sibuk main anak ayam. Geli juga dia. Nak pegang anak ayam guna sarung tangan.

dah besar skit nanti akan dipindahkan ke reban yang lebih besar kat kebun...

Read more / Baca Lagi >>>

Ranking Alexa 26.9.2015



Global Alexa Rank : 361,576

Rank in Malaysia : 4,016

Sumber : SINI

Rekod sebelum ini di SINI

prestasi blog menurun... update blog tak konsisten dan trafik berkurangan... huhuhu..
Read more / Baca Lagi >>>

Friday, September 25, 2015

Hantu Pelam




Jangan sebut pelam kat rumah family Mia ni. Memang favourite sangat. Adik beradik Mia semua suka. Bukan yang perempuan saja, yang lelaki pun sama. Nak buat macamana... dah Mak Mia ngidam pelam muda masa mengandungkan kami semua.

Bila berkumpul semuanya masa raya haji ni, sekali ngadap pelam baik yang dah masak mahupun yang muda, memang licin terus. Makan begitu saja. Tak sempat nak cicah dengan sambal kicap ke.. bubuh asam ke...

Hantu pelam betul kami ni. Masa Mia mengandungkan Sofea pun menurun dari Mak Mia juga, ngidam pelam muda. Bestnya dapat makan mentah-mentah gitu je. Rasa puas...

alhamdulillah... favourite satu family...
Read more / Baca Lagi >>>

Quote Of The Day (206)




Family
like branches on a tree
we all grow in different directions,
yet our roots remain as love

family best quote...

Read more / Baca Lagi >>>

Thursday, September 24, 2015

Salam Aidiladha 2015




Di kesempatan ini, Mia nak ucapkan Selamat Hari Raya Haji dan Salam Aidiladha buat semua pengunjung blog ini yang beragama Islam.

Mia raya di rumah keluarga Mia di Batu Pahat.

Selamat bercuti dan hati-hati memandu di jalan raya.

hayatilah erti pengorbanan yang sebenar...
Read more / Baca Lagi >>>

Kata-Kata Madah (44)




Sahabat yang baik itu anugerah,

tak perlu yang berserban mahupun

berpurdah, cukuplah yang selalu

membimbing kita ke jalan Allah.

usah mudah percaya dari luaran....

Read more / Baca Lagi >>>

Wednesday, September 23, 2015

Wordless Wednesday 254 : Kucing Terapi Perubatan



Kucing Terapi Perubatan

(purring getaran antara 20-140Hz)

Read more / Baca Lagi >>>

Quote Of The Day (205)




If a man loves
a woman's soul,
he'll end up 
loving one woman, 
but if he
loves a woman's face,
all women in the world
won't satisfy him.

hmm... very deep meaning..


Read more / Baca Lagi >>>

Wordless Wednesday 253 : Belut Masak Paprik




Belut Masak Paprik

(Kota Bahru, Kelantan pada 24.8.2015)

Read more / Baca Lagi >>>

Wordless Wednesday 252 : Ikan Selar Goreng Masak Asam




Ikan Selar Goreng Masak Asam

(menu makan malam pada 22.9.2015)
Read more / Baca Lagi >>>

Tuesday, September 22, 2015

Kata-Kata Madah (43)




kadang-kadang kita kena
menjadi kejam dan 
pentingkan diri sendiri

apatah lagi bila kita sedar
kita sering dipergunakan

kadang-kadang kita kena
fikirkan hati sendiri,
kerana kita juga punya perasaan.

jangan lupa pada perasaan sendiri.....


Read more / Baca Lagi >>>

Giveaway Sempoi By MrsFara



Mia join giveaway ini. Dah nak tamat pun pada hari esok. Sempat lagi penyertaan last minute ni... hehehe.. 

Pada yang berminat nak join, sila klik banner ya.

sesi support rakan blogger....

Read more / Baca Lagi >>>

Quote Of The Day (204)




Respect people who
find time for you in
their busy schedule.

But love people who
never look at their
schedule when you need them.

busy quote..

Read more / Baca Lagi >>>

Monday, September 21, 2015

Bagaimana Islam Mengajar Apabila Menghadapi Tekanan




Bagaimana Islam Mengajar Apabila Menghadapi Tekanan

Keimanan
Kembali kepada Allah melalui ibadah-ibadah fardu dan sunat lain. Pasakkan dalam diri dengan keyakinan bahawa Allah memberikan jalan keluar pada hambaNya yang meminta dan mengharap. Konsistenkan amalan supaya bukan sekadar dibuat apabila menghadapi masalah.

Tadabbur
Benar, kita tidak ada daya untuk melihat Allah, tetapi kita mempunyai bukti-bukti kebesaran Allah. Lihatlah alam yang terbentang luas. Memikirkan betapa Penyayangnya Allah apabila makhluk di dalam batu juga hidup, inikan manusia sebagai khalifah yang menadah tangan dan memohon bantuanNya.

Zikir
Allah S.W.T. berfirman dan bermaksud : "(Iaitu) orang yang berfirman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah hati akan menjadi tenang." (surah al-Ra'd 13:28)

Berimaginasi
Bayangkan keadaan syurga yang cukup indah. Ada sungai anak dan susu yang mengalir, dilayan dengan bidadari yang cantik, tiada sedih dan buruk sangka. Semuanya menggambarkan ketenangan. Fikirkan layakkah kita menjejaki ke sana? Bagaimana harus kita ke sana? Syurga boleh menjadi motivasi supaya lebih kuat untuk menghadapi tekanan hidup.

Berdoa
Beza antara orang Mukmin dan yang lain adalah senjata mereka yang dikenali sebagai doa. Doa penguat hubungan antara manusia dengan Allah.

sumber [group whatsapp]

jangan biarkan diri semakin tertekan...
Read more / Baca Lagi >>>

Quote Of The Day (203)




A true relationship
is when you can tell each other
anything and everything

No secrets
No lies

hmm.. true relationship which is now so hard to find one.....

Read more / Baca Lagi >>>

Pelajar Praktikal Siti Dan Sarah



Hmm... sekarang ni kat ICT ada dua orang pelajar praktikal perempuan jurusan Diploma Teknologi Maklumat. Seorang bernama Siti dan seorang lagi bernama Sarah.

Jom tengok...


Sebelah Mia tu Siti. Pelajar dari Politeknik Mersing, menjalani latihan praktikal di sini dari bulan Jun hingga November 2015.

Sebelahnya Sarah (yang pakai spec) pula pelajar dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Tempoh praktikal dari bulan September 2015 hingga Januari 2016.

Semoga dapat jalani latihan praktikal di sini dengan jayanya...

diselia oleh Mia... (^_^)
Read more / Baca Lagi >>>

Sunday, September 20, 2015

BROOCH Mini Giveaway




Comel-comel brooch ni. Hmm.. tengah blogwalking terjumpa mini giveaway dari blogger Sya Mimie. Mia baru nak join. Tengok-tengok dah ramai yang join. Tak kira.. nak juga nyelit kat situ.

Tutup pada 11.59 malam 22 September 2015.

sesi support rakan blogger... weeee...
Read more / Baca Lagi >>>

Dapat Voucher RM12 D'Apotic Pharmacy



Alhamdulillah... syukurnya Mia. Balik-balik saja tadi, tengok peti surat ada surat dari D'Apotic Pharmacy. Teruja nak buka cepat-cepat pastinya ada voucher kat dalam.

Bila dibuka.... wahhhh... bestnya dapat voucher RM12. Kali pertama dapat amaun yang sebesar ini. Mia ada cerita sebelum ini di SINI, dapat voucher RM3 dan RM7 pada bulan Mac 2015.


Tersenyum sambil update entri ni... Bolehlah beli apa-apa yang patut nanti.

mood syukur....
Read more / Baca Lagi >>>

Quote Of The Day (202)




Smile and Silence are two
most powerful tools...

Smile is the way to solve
many problems
and
Silence is the way to avoid
many problems.

yuppp... so true...
Read more / Baca Lagi >>>

Top Supporters January 2017