Bila Blog Yang Diimpikan Tidak Menjadi Kenyataan

Thursday, February 25, 2016

Bila Blog Yang Diimpikan Tidak Menjadi Kenyataan


Sekadar pandangan dari lubuk hati Mia. Terasa seperti ingin meluah senario yang sentiasa berlaku di kalangan kita. Kadang kita sedar. Kadang kita tak sedar. Kadang kita sedar tapi pura-pura tak sedar. Begitulah lumrahnya hidup kita seharian.

Sebagai blogger tentu ada motif dan matlamat kita untuk berblog. Terpulang pada kita sendiri untuk mencorak blog. Mungkin untuk suka-suka, mengisi masa lapang, diari kehidupan, perkongsian pengalaman, ingin ramai kawan, menjana pendapatan sampingan dan banyak lagi.

Kadang itu dalam mengejar blog yang diimpikan menjadi kenyataan, bukannya satu perkara mudah. Bukan setakat bercakap di bibir saja. Tetapi perbuatan, usaha, komitmen masa, keyakinan, modal idea.. itu yang boleh membuahkan hasil yang diingini. Kadang terjatuh beberapa kali perlu bangkit cuba naikkan prestasi blog kembali.

Impian untuk punyai ramai followers, kunjungan trafik ke blog yang tinggi setiap hari malah konsisten, ranking Alexa yang bagus, blog ringan, punyai ramai pengkomen tegar, punyai ramai pengunjung blog yang setia, entri blog diindeks dan mudah dijumpai oleh enjian carian, google pagerank yang tinggi, blog mesra pelbagai gajet, design blog yang cantik dan ringan, blog jadi famous, dan macam-macam lagi impian yang Mia tak dapat sebutkan di sini. Banyak betul kalau nak disenaraikan satu persatu.

Kadang kan... tiba-tiba ada ayat jahat di benak hati. Seperti contoh... "Ya lah... kita ni siapa.. sedar diri lah sikit". "Eleh... blog biasa-biasa je.. ada hati nak glamour". Antara kata-kata yang boleh melemahkan semangat. Anggaplah ini sebagai positif dan jadikan ianya perangsang untuk mencapai blog yang diimpikan. Kadang ada juga kawan-kawan atau saudara mara terjumpa blog kita... pandang rendah pada kita. Tidak mengapa. Inilah asam garam kehidupan sebagai blogger. Pasti ada yang akan bersikap begitu. Perlu sabar..  banyakkan sabar..

Percayalah.. Pokok pangkalnya.. usaha dan terus gigih berusaha. Jangan mudah putus asa. Belajar dari mereka yang sudah berpengalaman. Jangan malu untuk belajar. Dalam pada itu kita juga perlu jaga reputasi blog kita dan jalinkan hubungan mesra dengan pengunjung blog kita dan komuniti blogger-blogger yang lain. Sentiasa jujur, ikhlas dan bersyukur...

Kerana Mia bermula dari kosong.. dari newbie di dunia blog ini. Naik turun jatuh dan bangun.... sakit perit.. hasad dengki... dikritik... ditipu.. putus asa.. putus harapan.. hilang semangat.. hilang kepercayaan.. blog diklon.. kini momentum berblog dah jadi neutral dan dengan sendirinya Mia boleh suntikkan semangat berblog kembali dan tidak putus-putus berdoa agar tidak ketandusan idea untuk update blog setiap hari... Blog ini dah macam nyawa Mia.. wajib tengok setiap hari. Sebahagian dari hidup Mia. Sayang sangat kat blog ini.

naluri berblog lahir dari hati yang ikhlas, berikan impak yang positif pada blogger (penulis) dengan pengunjung blognya.....

21 comments:

  1. Ya Allah.. kak mia. Sokong sangat dan setuju sangat. Hati kadang-kadang rasa muak dah dengan blog. Tapi bila memikirkan berapa banyak cerita yang dah kongsi walaupoun banyak yang saya dah delete..saya sayang blog saya.

    ReplyDelete
  2. Betul. Sebenarnya antara penyuntik semangat sy berblogging adalah kak mia. Bila selalu giveup jee dgn berblogging mesti kak mia uo entry jangan putus asa. Hoho .. Makasih kak mia . moga Allah mudahkan urusan akak dunia akhirat ^^ dan moga ada rezeki jmpa akak dialam realiti :D

    ReplyDelete
  3. Terima Kasih kak mia atas perkongsian... Yes, jatuh bangun perkara biasa tapi ada 1 yang luar biasa.. Bila seseorang tu Bangkit semula...

    ReplyDelete
  4. Kuncinya niatkan kak mia...ke mana dan bagaimana kita pandu niat itu..arah mana dan warna apa kita corakkannya...betul kak...BUKAN MUDAH...PC akui...

    ReplyDelete
  5. Betul, niat tu penting, selalu ingat tu. terima kasih Mia..buat sy sedar erti blogging pula huhu

    ReplyDelete
  6. Ikhlas sangat di atas luahan. Nice sharing ^^

    ReplyDelete
  7. wahh.betul tu, kadang kala teras begitu sia-sia je berblog, tapi kita tahu matlamat nya....jadi..tak perlu tertekan, perkongsian yang menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, bila kita ttpkan matlamat mmbuatkan kita lebih mudah mengurus blog dgn identiti sendiri

      Delete
  8. apa yang penting impian kita untuk blog kita hanya kita yang tahu... walau kadang2 tersasar sekejap, cepat2 kembali ke impian asal.
    nice sharing mia. :D

    ReplyDelete
  9. betul kak mia. apa yang ka mia kongsikan ada juga yang aRz sendiri dah rasakan. walaubagaimanapun blog masih lagi banyak kelemahan. terima kasih atas entri ini mungkin dapat membuatkan blogger baru faham susah senang perit payah seorang blogger

    ReplyDelete
  10. Saya setuju dgn perkongsian kak mia. Walaupun sye agak lama berblog, agak payah utk berthn. Byk kali tersungkur, jatuh dan bgn balik. Saya rasa apa yg kak mia rasa. Sye kdg2 x kisah x byk follower tp saya takut dgn penulisan sy. Takut sbb org muak dgn penulisan sye. Tp kali ini sye xkan mengalah sbb ade yg bg support.

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum mia...yer betul tu..yg penting ikhlas dlm berblogging...itulah dia sam garam bagaimana susah senang seorang blogger...:

    ReplyDelete
  12. betul tue kak...kadang kita nak buat tapi ada jer yg buat kit arasa down nak capaikan impian nak blog kita mcm mna

    ReplyDelete
  13. Setuju sangat kak mia...walaupun banyak rintangan dalam dunia blog kita sebagai seorang blogger harus sentiasa tabah dan sabar dan yang paling penting ikhlaskan hati kita dalam semuanya...

    ReplyDelete
  14. salam kak mia , saya setuju dengan apa kak mia kata kat atas, cuma senagt perlu kuat , insyaAllah blog masing2 ada identiti tersendiri

    ReplyDelete
  15. pernah merasai suka duka beblog..tak kisah dah apa orang nak cakap. senyum je :)

    ReplyDelete
  16. Terima kasih atas sokongan dan motivasi dari entry ni... Memang entry best utk dibaca... Terima kasih juga sudi join segmen ringkas MF ya...

    ReplyDelete
  17. thanks for sharing kak mia...semangat memang kena kuat...

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.