Entri Pendek Banyak Membantu

Tuesday, February 9, 2016

Entri Pendek Banyak Membantu


Hmmmm.... Mia nak beritahu kita ni sememangnya bukan blogger sepenuh masa. Ada komitmen keluarga. Ada komitmen kerja. Kadang ada komitmen lain juga. Kita juga bukannya blogger yang boleh 24 jam mengadap blog. Nak update blog pun kadang... curi-curi masa yang ada. Kadang update terus dari handphone. Kalau terbanyak idea boleh buat entri autopost. Kalau tak ada idea atau kurang idea, tu yang Mia buat entri backdated. Terpaksa korek juga idea dari celah mana-mana. Macam tu lah bila dah jadi blogger.

Alamak mukadimah dah terlebih pula. Mia nak straight to the point. Entri pendek banyak membantu Mia untuk update blog. Kadang bila sibuk.. sibuk dengan kerja... sibuk dengan anak.. sibuk dengan kerja-kerja rumahtangga... Masa tu terasa begitu singkatnya. Dah lah azam Mia nak maintain momentum berblog setiap hari, agak sukar juga. Tetapi semangat tu kuat, itu yang digagahi juga.

Kadang kan.. kalau dah blank tak tahu nak update apa. Just tempek gambar dan ulas sedikit tentang gambar itu pun dah kira update blog juga.

Tentu perasan.. Mia ada buat siri entri pendek untuk Wordless Wednesday, Tazkirah, Quote Of The Day, Ranking Alexa dan Kata-Kata Madah. Boleh buat banyak jenis siri. Tapi Mia lebih selesa dengan 5 saja ni dulu. Kalau banyak sangat, takut tak termampu nak maintain nanti. huhuhu..

Buat entri pendek ni simple, senang dan cepat. Hanya tempek gambar dan Mia taip balik kat entri. Kebanyakan sumber gambar dari Google. Kalau ada watermark Mia kat gambar tu, sumbernya dari Mia sendiri.

Memanglah entri itu nampak pendek dan macam tak penting. Tapi bila kena pada keyword yang amat dicari, boleh dapat sampai beribu pageviews. Wahhh... trafik pasif dari enjin carian.. Bestnya.

Itu saja yang Mia nak kongsikan di sini. Harap sampai mesej Mia ni. 

jangan pandang remeh pada entri pendek...

Entri berkaitan :

26 comments:

  1. biarpun entri pendek tp panjang maksudnya kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah abe... penuh tersirat dari gambar tu...

      Delete
  2. Ha'ah betul tuh kak mia. Blog bila lama tak ypdate, orang pun malas nak singgah sebab entry smua yang lapuk.

    http://kimchaa.blogspot.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... risau takut pengunjung lari nanti.... huhuhuh

      Delete
  3. entri pendek pun kalau kena dengan topik yg hangat skrg ni...mau tinggi jugak PV kak :P

    ReplyDelete
  4. Entri pendek begini memang Yun Sing selalu buat.. tapi haru, kekadang tak sempat juga nak update blog xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. kalau dah sibuk betul memang tak sempat... huhuhu

      Delete
  5. salam betul kak mia , yana pon kenkdang tak ada idea tempek gambar je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam yana... haah.. tu yang terbaik buat masa tu...

      Delete
  6. Betul tu kak mia... Tapi kdang nak buat entry pendek terpanjang pula.. Hehe.. Tapi dari sekeping gambar boleh diulas Macam-macam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok juga tu... sebab kita menulis dari hati.. kadang tak perasan dah mengarang panjang... tq maria.

      Delete
  7. PC setuju kak mia..sangat setuju..ringkas..padat..

    ReplyDelete
  8. aah betul kak mia . sebab ain pun buat macam gitu jugak . hehehe.

    ReplyDelete
  9. Thanks for sharing kak...amat membantu bagi saya yg kesuntukan masa tapi bersemangat utk berblog

    ReplyDelete
  10. pendek dan ringkas... tak jemu mata memandang hehehe

    ReplyDelete
  11. haa..kite pun ada gak buat entri pendek, tempek gambar, letak kapsyen kat gambar..cukup lah, janji update..ihihi

    #kitesayangblogkite ;-))

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum mia...yer betul2 tu mia...entri pendek yg terbaik mesti ada dlm blog juga...:)

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.