May 2016

Tuesday, May 31, 2016

JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA TAHUN 1437 H / 2016 M BAGI NEGERI JOHOR


JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA TAHUN 1437 H / 2016 M BAGI NEGERI JOHOR

Siapa sini orang Johor? Mia anak jati Johor. Bulan Syaaban hampir sampai ke penghujungnya. Tak lama lagi dah nak puasa. Di entri ini, Mia lampirkan jadual waktu imsak dan berbuka puasa untuk rujukan pengunjung. Sila klik pada gambar untuk besarkan.


ZON 1
Pulau Aur Dan Pulau Pemanggil.


ZON 2
Daerah Johor Bahru, Kulai, Kota Tinggi, Mersing dan Pulau-Pulau yang berdekatan dengannya.


ZON 3
Bagi Daerah Pontian dan Kluang.


ZON 4
Daerah Batu Pahat, Muar, Tangkak, Segamat dan Gemas Johor.


Selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini. Moga amalan kita diterima dan diberkati olehNya. Amin.....

 selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak...

Read more / Baca Lagi >>>

Monday, May 30, 2016

Cepat Join Giveaway Fridge Magnet Lombok Sebelum 11.59 Malam Ini


Wahhhh... hari ini dah masuk hari terakhir Giveaway Fridge Magnet Lombok berlangsung di blog ini. Alhamdulillah... mendapat sambutan yang menggalakkan. Terima kasih tak terhingga pada yang dah join. 
Pada yang belum join, sudi-sudikanlah join ya. Simple je nak join. Hanya copy dan paste coding yang Mia telah sediakan. Masih ada masa lagi. Cepat-cepat join ya.. sebelum 11.59 malam ini. Jommm
Nak join klik SINI
entri peringatan mesra dari Mia... (^_^)
Read more / Baca Lagi >>>

Sunday, May 29, 2016

Chewies Children Chewable Multivitamin



Hmm.... dalam beberapa multivatimin yang Mia beli untuk Sofea, hanya multivitamin jenis ni yang Sofea nak makan. Mungkin rasanya sesuai dengan tekak Sofea. Chewies Children Chewable Multivitamin dalam perisa Strawberry dan Vanilla. Sugar free. Mengandungi Lysine HCI, Vitamin A, Vitamin E Acetate, Vitamin D3, Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B6, Vitamin B12, Nicotinamide, Vitamin C dan Folic Acid.





Ni dah masuk botol kedua Sofea makan multivitamin ni. Serasi nampaknya. Nak Sofea jadi kanak-kanak yang sihat dan cergas.

luv her so much...
Read more / Baca Lagi >>>

Saturday, May 28, 2016

Kisah Masa Newbie : Join Segmen / Giveaway




Dah terlalu lama rasanya, Mia tak berceloteh dalam siri entri blog... Kisah Masa Newbie.

Kali ini Mia nak cerita pengalaman Mia masa newbie dulu tentang salah satu aktiviti blog yang sangat-sangat Mia suka iaitu Join Segmen / Giveaway.

Cuba fikir sejenak... masa mula newbie dulu macam mana kita nak blog kita dikenali orang? Selain dari blogwalking... kita boleh juga join segmen dan giveaway yang dianjurkan oleh blogger lain dan yang paling penting kalau ada blogger famous. Kalau blogger famous anjurkan segmen atau giveaway, join saja. Tak menang pun tak apa. Janji blog kita tersenarai dalam blog penganjur nanti dalam entri senarai peserta.

Sekadar perkongsian dari Mia. Masa newbie dulu, trafik dari search engine sangat-sangat ciput, ye la... entri-entri di blog masih lagi sedikit lagipun banyak yang ala-ala santai daripada seo (search engin optimization). Masa itu risau juga.

Jadi salah satu cara, Mia join segmen atau giveaway mana-mana blogger dengan diselang-selikan dengan entri lain. Mia tak nak nampak ketara sangat yang Mia ni gila segmen / giveaway je. Hihihihi... kadang terasa juga diri sendiri ni. Maklumlah newbie... selalu ada rasa perasaan merendah diri takut orang fikir kita yang bukan-bukan. Konon tak ada identiti lah....terikut-ikut lah... gila trafik lah.. standard lah tu.

Jadi, jangan terlalu sangat negatif. Banyak kelebihannya bila kita join segmen giveaway ni antaranya : (yang boleh Mia fikirkan ketika ini, kalau ada yang lain silalah tambah)
  1. Bukan saja dapat trafik dari blogger yang join segmen / giveaway itu malah ada juga blogger yang bukan peserta turut blogwalking ke blog menggunakan emtri senarai peserta segmen / giveaway tersebut.
  2. Memudahkan kita untuk blogwalking menggunakan senarai peserta segmen / giveaway tersebut. Kalau bernasib baik boleh terjumpa blog yang belum kita kenali dan blog newbie, apalagi terus follow dan kenal-kenal lah ya..
  3. Kita akan dikategorikan sebagai blogger yang aktif. Hmmm... maksudnya di sini blogger lain akan tahu melalui entri senarai peserta segmen / giveaway blogger-blogger lain sebab ada link penyertaan dari blog kita.
  4. Dapat backlink dari entri senarai peserta segmen / giveaway dari blog penganjur. Dalam erti kata lain, link blog kita ada kat blog orang lain. Suka tak? Tentulah suka. Dah lah kita ni blogger newbie. Susah tau blogger lain nak letak link blog kita kat entri mereka.  Siapa kita untuk blog lain review blog kita? Renung-renungkanlah.
  5. Boleh guna entri segmen / giveaway untuk update blog. Yang ni memang syok. Kadang kan... bila nak update blog, idea tak timbul pula. Tunggu punya tunggu terus blank. Nah... join je lah segmen / giveaway dengan buat entri penyertaan. Maka terupdate lah blog kita. 
  6. Salah satu cara untuk kita support blogger lain. Senang cerita... kalau kita buat segmen / giveaway tapi tak ada blogger yang join ataupun dapat sedikit penyertaan? Sedih tak? Susah hati tak? Bayangkan betapa besarnya nilai entri penyertaan kita pada blogger penganjur, tak kisahlah entri kita itu sesimple mana pun, yang penting kita join. Akan cukup membahagiakan blogger penganjur. Betul kan...
Nampaknya point yang penting Mia dah huraikan di sini. Harap tak tersinggung dengan kata-kata Mia ni. Nasihat Mia, sebagai blogger newbie, kena banyak belajar dari korek ilmu dari blogger-blogger lama. Belek-belek entri lama mereka untuk dijadikan bahan ilmiah. Jangan malu dan segan ya...

teringat kenangan masa newbie.... boleh tersenyum sorang-sorang... (^_^)

Entri-entri lain dalam siri Kisah Newbie :
Read more / Baca Lagi >>>

Friday, May 27, 2016

Tazkirah Petang (42)




Sabda Rasulullah S.A.W.

Hari paling baik di mana matahari terbit pada hari itu adalah hari Jumaat, pada hari itu Adam diciptakan dan pada hari itu juga Adam dimasukkan ke syurga, serta diturunkan dari syurga, pada hari itu juga kiamat akan terjadi, pada hari tersebut terdapat suatu waktu di mana tidaklah seorang mukmin solat mengadap Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan permintaannya.

Jumaat penghulu segala hari...

Read more / Baca Lagi >>>

Thursday, May 26, 2016

Tahniah JDT Masuk Suku Akhir Piala AFC 2016




Wahhhhh... tahniah kepada JDT. Makin lama makin hot. Makin lama makin ngaummmmmm....

Sesekali cerita pasal bola pula kita ni. Perlawanan “Round of 16” Piala AFC kalah mati antara JDT (Malaysia) bertemu dengan Kaya FC (Filipina) yang telah diadakan pada malam semalam dengan keputusan JDT menang kenduri gol 7-2 dan berjaya ke peringkat suku akhir seterusnya. Kagum sangat dengan team bola harimau selatan ni boleh beraksi dengan keadaan permukaan padang yang basah akibat hujan renyai namun tidak merencatkan semangat aksi pemain JDT. Terbaik ahhhh...

Kejayaan besar ini telah melayakkan JDT ke peringkat suku akhir bersama Tampines Rovers (Singapura), South China (Hong Kong) dan Bengaluru FC (India) bagi mewakili pasukan dari Zon Timur. Mia rasa bangga jadi anak Johor.

Luaskan Kuasamu Johor... Hidup Johor..... Chaiyukkkk…..

pagi ni sarap 7 keping roti kaya… sedap... 
Read more / Baca Lagi >>>

Tuesday, May 24, 2016

Quote Of The Day (259)




Decisions are the
hardest thing to make
especially when it is a
choice between where
you should be and
where you want to be.

hard decision quote....
Read more / Baca Lagi >>>

Monday, May 23, 2016

Giveaway Fridge Magnet Lombok By Mialiana.com




Giveaway Fridge Magnet Lombok bermula saat ini dari hari ini, 23 Mei 2016 hingga 30 Mei 2016. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join.


Siapa nak ole-ole dari Lombok? Ada 20 fridge magnet berupa rumah perkampungan orang Sasak, Lombok, Indonesia.

Jom join giveaway ini... ramai-ramai support Mia ya... Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Fridge Magnet Lombok By Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
  5. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 30 Mei 2016.
Copy Coding Entri

Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 3 Jun 2016.

** nak join giveaway ini, sila klik pada banner...
Read more / Baca Lagi >>>

Sunday, May 22, 2016

Quote Of The Day (258)





Apologizing

Does not always mean that
you're wrong and 
the other person is right.

It just means that you value
your relationship
more than your ego.

apology quote... deep meaning...

Read more / Baca Lagi >>>

Saturday, May 21, 2016

Beli Kain Pasang Untuk Baju Raya 2016



Dah nak puasa tak lama lagi. Baru sibuk nak beli kain. Selalunya memang akan beli kain pasang untuk baju raya Mia dan Sofea kat kedai Jakel Batu Pahat.

Tahun ni temanya warna purple. Buat 2 pasang untuk Mia dan Sofea. Bila pilih jenis kain, Mia memang akan pilih yang lembut dan sejuk bila pakai.

Jom tengok kain apa yang Mia beli...

8 meter kain untuk baju raya hari pertama

7.5 meter kain untuk baju raya hari kedua

Kalau kain yang ada kaki memang kena lebih sedikit. Hari Ahad baru pergi hantar tempah kat tukang jahit di Johor Bahru.

tentu sweet bila dah jadi baju kurung...
Read more / Baca Lagi >>>

Friday, May 20, 2016

Tomyam Ayam Gajah



Hujung minggu balik kampung, Mak Mia ada special request. Minta Mia masak tomyam. Makanya kenalah masak satu periuk besar sebab rakyatnya ramai bila semua balik.

Untuk menyediakan bahan-bahannya, adik-adik ada tolong Mia untuk Mia cepat siap masak. Kalau masak tomyam, Mia akan buat pes tomyam sendiri dengan blender bahan-bahannya.

Jom tengok..

Bahan-bahan untuk di blender.. bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas, serai, daun limau purut, cili merah dan tomato. Dipotong supaya senang nak blender.

Seekor ayam gajah yang siap dibersihkan bulunya. Ayah Mia yang sembelih kat kebun. Lepas tu potong ikut suka. Nak besar ke.. kecil ke... terpulang. Janji boleh masuk mulut.

Masa blender bahan-bahan tadi, Mia akan campur 2-3 sudu minyak masak. Garam pun Mia bubuh sekali. Lepas itu, terus goreng pes ni dalam periuk.


Bila dah garing dan naik bau... hmmm.. harumnya... barulah masukkan ayam gajah yang dipotong tadi. Masak sampai empuk ayam gajah ni. Lama sedikit nak empuk dari ayam biasa.


Kemudian.. tambahkan sedikit air. Mia suka kuah tomyam yang pekat sedikit. Bila dah mendidih, masukkan bawang besar, bunga kobis dan lobak. Sayur-sayur lain pun boleh juga. Adjust rasa kuah tomyam dengan perahan limau kasturi untuk rasa masam sedikit. Kalau rasa kurang garam, nanti tambahkan sedikit.

Wahhh... dah siap dah. Boleh dimakan seisi keluarga di kampung. Lokasi dapur di dapur rumah keluarga Mia. Periuk yang Mia guna ni, periuk yang selalu diguna untuk masak lauk lodeh masa raya. Bayangkan... betapa puasnya dapat makan tomyam ramai-ramai... Syukurnya...

Hmmm... macam ni lah cara Mia masak tomyam. Simple je. Main campak-campak je. Tak tahulah orang lain masak macam mana. Setiap orang ada cara masing-masing.


jemput cuba resepi tomyam dari Mia ni.... 

Read more / Baca Lagi >>>

Thursday, May 19, 2016

Kata-Kata Madah (56)




Bahagia secukupnya.
Sedih seperlunya.
Mencintai sewajarnya.
Membenci sekadarnya.
Tapi, bersyukurlah sebanyak-banyaknya.

lumrah kehidupan.. perlu sentiasa bersyukur... 

Read more / Baca Lagi >>>

Tuesday, May 17, 2016

Tukar Kepada Comments >> Awaiting Moderation



Kalau perasan sejak menjak sekarang ni Mia tak dapat nak berapa konsisten update blog setiap hari. Kalau update pun, buat backdated. Nak buat macam mana dah namanya blogger separuh masa. Nak curi-curi masa sedikit pun untuk ngadap blog... macam bercinta. Nak-nak bila mood berblog tu macam dah kureng skit.

Nak dijadikan cerita.. punyalah panjang mukadimahnya kat atas. Ni baru nak masuk cerita entri ni. Hah.... Mia sekarang dah tukar kepada Comments >> Awaiting Moderation. Maksudnya sesiapa yang meninggalkan komen kat mana-mana entri di blog ini akan ditapis dahulu komennya. Dah approved barulah akan di publish dan dipaparkan ke dalam ruangan komen entri blog. Sebenarnya kan.. Mia takut terlepas pandang dan tak dapat baca komen-komen pengunjung. Tak semua pengunjung akan tinggalkan komen di entri-entri baru tetapi ada juga yang tinggalkan komen di entri-entri lama. Kiranya senang nak pantau lah ni..



printscreen selepas approved semua komen


Nampak sangat masa sangat mencemburui Mia sekarang. Terima kasih pada yang sudi datang berkunjung ke blog Mia ni. Jangan risau pada komen-komen yang ditinggalkan. Selepas Mia baca, Mia akan publish nanti. No heart feeling... ok...

kadang ada yang aktifkan cara yang macam ni untuk tujuan keselamatan demi menjaga imej blog tanpa komen yang berunsurkan negatif...
Read more / Baca Lagi >>>

Monday, May 16, 2016

Selamat Hari Guru 2016



Semalam... punyalah sibuk Sofea ajak Mia pergi belikan hadiah untuk guru kelas dia. Excited betul dia. Sambutan guru di sekolah sekarang ni tak sama macam dulu. Mia tetiba teringat kenangan dulu sekilas pandang masa sambutan hari guru. Teringat guru-guru yang mengajar Mia.

Hadiah dari Sofea berupa jam loceng yang comel. Tak sempat nak snap gambar terus dah bersampul kat Hinode Shop.

Hari ini 16 Mei 2016, semangat betul Sofea nak pergi sekolah pagi tadi. Satu hari tak belajar, ada aktiviti sambutan hari guru dan yang bestnya semua guru-guru di sekolah rendah Sofea berpakaian seragam baju sekolah. Sweet sangat...

Sofea berdiri sebelah guru kelas dia.


Selamat Hari Guru buat semua guru-guru... jasamu tak ternilai hendaknya... mendidik anak bangsa menjadi orang yang berguna di masa depan...
Read more / Baca Lagi >>>

Sunday, May 15, 2016

Johor Cuti Peristiwa Hari Ini



Alhamdulillah... Syukur sangat dapat juga rakyat jelata Johor bercuti hari ini. Cuti peristiwa disebabkan team JDT menang Piala FA malam tadi. Mia tak berapa nak tengok sangat kat tv. Yang tahu dapat 2 gol jaringan lawan 1. Syukur sangat. Tambah rehat satu hari lagi.


kegembiraan dikongsi bersama rakyat Johor.
Read more / Baca Lagi >>>

Saturday, May 14, 2016

Quote Of The Day (257)




Never lie to someone
who trusts you.

Never trust someone
who lies to you.

lie and trust quote...

Read more / Baca Lagi >>>

Friday, May 13, 2016

Kata-Kata Madah (55)




Nak cari kawan,
carilah yang menjaga aib
walaupun dah bergaduh
ataupu  dah tak contact lagi.

Sebaik-baik kawan ialah
kawan yang simpan aib.

berkawan biar berpada...

Read more / Baca Lagi >>>

Thursday, May 12, 2016

Tazkirah Petang (41)




Tanda Orang Munafik

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah bersabda : Tanda-tanda orang munafik ada tiga perkara, iaitu apabila bercakap berbohong, apabila berjanji dia mungkiri dan apabila diberi amanah dia mengkhianatinya. "

moga kita semua dijauhkan.. amin...
Read more / Baca Lagi >>>

Top Supporters May 2017