Dah Bayar Zakat Fitrah 1437H / 2016M

Monday, June 27, 2016

Dah Bayar Zakat Fitrah 1437H / 2016M


Alhamdulillah.. selesai juga bayar zakat fitrah pada 19 Jun 2016. Tak lama lagi dah nak raya dah. Jangan lupa jalankan tanggungjawab kita pada rukun Islam yang keempat. Persiapan raya kali ni sederhana saja. Yang penting Sofea happy..


Panduan Kadar Fitrah [Sumber : SINI]

Harga Fitrah RM 6.00
Umat Islam di Negeri Johor yang makan beras gred/jenis super tempatan 15% hancur (beras nasional) sahaja yang berharga RM1.80 sekilogram.

Harga Fitrah RM 8.00
Umat Islam di Negeri Johor yang makan beras gred/jenis selain daripada beras super tempatan 15% hancur (Beras Nasional).

Panduan Pembayar
Umat Islam yang bermukim di Negeri Johor wajib menunaikan zakat fitrah di Negeri Johor
Bayaran fitrah hendaklah dibayar kepada amil bertauliah dan mempunyai kad kuasa amil daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor.

Pastikan setiap bayaran Zakat Fitrah mendapat resit rasmi Majlis Agama Islam Negeri Johor.
Anda digalakkan menunaikan Zakat Fitrah di awal Ramadhan bagi membolehkan agihan kepada fakir dan miskin disempurnakan sebelum Hari Raya.

Sabda Rasulullah S.A.W maksudnya:
"Rasulullah S.A.W mewajibkan Zakat Fitrah kerana ia membersihkan kekotoran (dosa) orang-orang yang berpuasa dan memberi makanan (juadah) kepada orang-orang miskin, dan barang siapa menunaikannya (Zakat Fitrah) sebelum solat hari raya, maka ia adalah zakat yang diterima dan barangsiapa yang menunaikannya (Zakat Fitrah) selepas solat hari raya, ia menjadi sedekah-sedekah biasa (bukan Zakat Fitrah)" - Hadith Riwayat: Abu Daud & Ibnu Majah

ramadhan bakal dirindui nanti...

4 comments:

  1. assalamualaikum mia...alhamdullilah ...:)

    ReplyDelete
  2. Selamat hari raya :)

    https://17duabelas.blogspot.my/2016/07/tips-melancong-ke-lombok.html

    ReplyDelete
  3. Dekat kedah Rm 7 kalau tak silap zakat fitrah

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.