Sambal Tempoyak

Friday, September 16, 2016

Sambal Tempoyak



Sambal tempoyak. Lauk orang bujang. Kalau ada tempoyak kat peti sejuk tu, buatlah sambal tempoyak untuk dijadikan lauk. Ala-ala kampung dan penambah selera. Lagi-lagi dimakan dengan nasi panas. Memang meletup..

Mudah nak sediakan sambal tempoyak ini. Ikan bilis satu genggam digoreng. Lepas itu, 2 ulas bawang besar dan 1 ulas bawang putih dihiris. Sedikit cili padi yang dipotong halus untuk rasa pedas. Kalau nak lagi pedas potonglah banyak sedikit. Tempoyak dalam 4 - 6 sudu dimasukkan ke dalam mangkuk dan semua bahan-bahan tadi digaulkan sehingga rata. Perahkan sebiji limau kasturi. Dah siap... jadi lauk.

menu makanan kampung yang jarang dimakan...

6 comments:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.