Mee Racun Parit Raja Batu Pahat

Wednesday, October 5, 2016

Mee Racun Parit Raja Batu Pahat


Mee Racun Parit Raja Batu Pahat

Telah sekian lama mee racun jadi makanan popular di Batu Pahat, Johor. Asalnya ialah mee tomato, tetapi telah bertukar dipanggil sebagai mee racun yang digelarkan oleh peminat-peminat mee racun itu sendiri hinggalah kekal sehingga sekarang.

Namun demikian, pengasasnya telah meninggal dunia dan yang tinggal hanya warisannya saja. Terdapat 3 tempat di Bandar Penggaram (Batu Pahat) iaitu di Jalan Sultanah, di Taman Sri Jaya dan di Jalan Timah Sari, Batu Pahat.

Makanan ini sangat digemari ramai hinggalah penunggang motorsikal berkuasa besar dari Singapura sering singgah untuk menikmati mee racun. Sesiapa yang hendak menjamu selera mee racun ini terpaksalah pergi ke bandar Batu Pahat.

Kini, peminat makanan ini boleh mendapatinya di pekan Parit Raja, Batu Pahat iaitu di Restoren "Bujang Dara Seafood" di hadapan Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) berhampiran dengan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).





Koordinat GPS
1.849432, 103.079415

Jemput singgah ke gerai Pak Ngah yang menyediakan mee racun, mee rebus, rojak manis dan asam laksa. Dijamin sedap dan menyelerakan dengan harga yang berpatutan.

gerai Pak Ngah

penyediaan mee rebus

penyediaan bahan-bahan

mee racun RM4.00

mee rebus RM4.00

rojak manis RM4.00

asam laksa RM4.00


Jadi, tidak perlulah pergi ke bandar Batu Pahat hanya untuk menikmati makanan mee racun ini. Demikian juga dengan pelbagai yang beraneka selera makanan lain turut disediakan di restoren ini dan beroperasi dari jam 6.00 petang sehingga 12.00 malam setiap hari.

Jom pekena satu......

Sedap | Murah | Jalan-Jalan Cari Makan | Mee Racun | Mee Rebus | Rojak Manis | Asam Laksa | Istimewa | Special | Biasa | Gear Box | Makan Malam | Restoren Bujang Dara | Gerai Pak Ngah | Parit Raja | Batu Pahat | Johor


dah rasa... pasti nak lagi...

10 comments:

  1. Kakak tahu tempat ini Mia
    Dah pernah menikmatinya juga:)

    ReplyDelete
  2. tak pernah lagi ni makan mee racun tu..

    ReplyDelete
  3. Asam laksa tu..terlio SB nengok, alahaiii, nunggu bulan posa je baru dapat jumpa benda mcm ni.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum mia...wah nampak sedap jer ni..leh pi nanti..:)

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.