image November 2016 - Mia Liana

Wednesday, November 30, 2016

Tuesday, November 29, 2016

Solat Dhuha - Rezeki

11/29/2016 08:51:00 PM 12 Comments


Solat Dhuha - Rezeki

Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) ada sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahuakbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha

amalan tambahan di pagi hari..

Carta Pengkomen Tegar Oktober 2016

11/29/2016 11:26:00 AM 10 Comments




Carta Pengkomen Tegar Oktober 2016


1 - Mas Zull dengan 133 komen


2 - Mrs Velentine dengan 99 komen


3 - Mardiah Diana dengan 40 komen


4 - Mas dengan 34 komen


5 - Cik Ash dengan 31 komen


6 - Mama Amir dengan 31 komen


7 - The KehalusanKelembutan dengan 22 komen


8 - Maria Firdz dengan 17 komen


9 - Yang Baik dengan 17 komen


10 - Nieyl dengan 16 komen


11 - Azhafizah Md Noor dengan 14 komen


12 - Nadia Johari dengan 14 komen


13 - Ros Reeza dengan 12 komen


14 - Wani Sukarno dengan 12 komen


15 - Kin Naz dengan 12 komen


16 - Nur Afiqah dengan 10 komen


17 - Unnie Anje dengan 9 komen


18 - Nurul Aqidah Azahar dengan 9 komen


19 - Siti Rohaida Yusof dengan 8 komen


20 - AizaMia3 dengan 8 komen

terima kasih di atas moral support yang diberikan pada blog ini... (^_^)

Monday, November 28, 2016

Solat Tahajjud - Permudah Urusan

11/28/2016 09:43:00 PM 5 Comments


Solat Tahajjud Permudah Urusan

"Dan pada sebahagian malam, maka kerjakanlah Solat Tahajjud sebagai satu ibadah tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji."

 – Surah Al-Isra’ : Ayat 79


amalan tambahan selepas bangkit di tengah malam...

Banyak Buat Entri Backdated

11/28/2016 08:18:00 AM 15 Comments


Tentu perasan Mia sekarang ini banyak buat entri backdated. Idea itu ada tapi cuma masa itu yang tak dan nak update. Mia minta maaf kalau ada yang tertunggu-tunggu update terkini dari blog ini. Itu yang bila ada masa terluang, Mia terus balun update entri backdated (entri di set pada hari dan masa yang dah terlepas). Tidak mengapa bukan.

Mia sayang sangat kat blog ini. Tak sampai hati nak biarkan hari-hari yang terlepas itu tidak berupdate. Kat sini lah fungsi schedule >> set date and time amat penting bagi Mia.

Mia akui blogger separuh masa macam Mia ni terkadang agak sukar nak curi masa untuk mengarang dan update blog. Semangat kena kuat. Kalau tak, blog akan bersarang nanti.

sayangi dan cintai blog kita...

Sunday, November 27, 2016

Kenangan Biru Sedondon Dengan Pelajar Praktikal Tahun Lepas

11/27/2016 09:56:00 PM 7 Comments

Tiba-tiba terjumpa pula gambar ini dalam koleksi gambar tahun lepas handphone Mia. Masa ini memang Mia dan Shila berjanji dengan pelajar-pelajar praktikal nak pakai baju sedondon warna biru. Sporting semuanya.



Sweet je kan bila teringat kenangan lama. Apa-apa pun harap mereka tak lupa kenangan menjalani latihan industri di sini.

bila terkenang.. rasa rindu juga..

Kata-Kata Madah (93)

11/27/2016 07:44:00 AM 5 Comments


Bahagia itu pilihan. Jangan salahkan Tuhan andai kau bersedih, tetapi salahkan diri sendiri. Sedih, kau yang cari. Sedih, boleh diatasi.


hidup ini sentiasa ada pilihan... kita yang memilih sama ada nak bahagia atau sedih..

Saturday, November 26, 2016

11 Perkara Menarik Tentang MAHA 2016

11/26/2016 10:31:00 AM 3 Comments
MAHA 2016
Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism Show
Pada 1 hingga 11 Disember 2016, MAEPS Serdang


11 Perkara Menarik Tentang MAHA 2016
  1. Rasai 168 sajian makanan popular di Empayar Makanan
  2. Lebih 100 gerai menjual buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-bungaan segar
  3. Hampir 20 seminar dan kursus pemasaran untuk melonjakkan perniagaan anda
  4. Agrotainmen untuk seisi keluarga di Kampung Durian Runtuh Upin dan Ipin
  5. Kemunculan Erma Fatima dan selebriti lain di Kampung Mak Cun Tuna in the House, rumah nelayan terbalik, Kingdom of Shark, rangka ikan paus dan peluang merasai ikan termahal di Laman Perikanan
  6. Lembu sado, perah susu, jumpa doktor vet dan pengalaman farmville di Laman Ternakan Rhythm of the Farmers menampilkan Khalifah, Wali Band, Shila Amzah, Projector Band, Man Bai, Ramli Sarip, Ebiet G Ade dan ramai lagi
  7. Lebih 180 kenderaan di dalam MAEPS Serdang untuk memudahkan pergerakan pengunjung, seperti bas, tram, buggy dan wagon.
  8. 7,000 tempat letak kereta disediakan dalam MAEPS, 1,900 lagi di UPM dan MARDI. Untuk yang tidak mahu memandu, bas shuttle disediakan dari stesen Komuter KTM Serdang, UPM dan IOI City Mall
  9. 10,000 petugas keselamatan, lalulintas dan khidmat pelanggan sedia menawarkan bantuan kepada pengunjung
  10. Ruang pameran lebih 6 kali ganda keluasan padang bola. Laman-laman pertanian pula berkeluasan lebih 35 padang bola!
  11. Kemudahan pengunjung: 8 kaunter informasi, 23 surau, 670 tandas termasuk OKU, 350 gerai makanan termasuk food truck, 20 hentian tram



Our Food Our Future


Sama-sama lah kita hadir ke MAEPS Serdang pada 1 Disember hingga 11 Disember 2016. Dibuka 10 pagi hingga 11.00 malam setiap hari.

[Sumber : SUA YBM MOA]

jom ke MAHA 2016..

Friday, November 25, 2016

Kisah Lawak : Pengganas Ujang

11/25/2016 11:25:00 PM 3 Comments


SEORANG PENGGANAS DI NEGERI SEMBILAN YG DITANGKAP dan DIPENJARA PUN MASIH SEMPAT BERBAKTI KEPADA ORANG TUANYA

Si Ujang ditangkap polis. Ujang disangka pengganas, kemudian ditangkap dan dimasukkan ke  dalam penjara.

Beberapa hari kemudian, si Ujang menerima surat dari Abahnya:

"Ujang, Abah dah tuo. Sekarang sudah musim tanam jagung, dan ekau dalam penjara pulak.

Camano ini,  abah tak terdayo mencangkul dan tanam  sendiri."

Si Ujang kemudian membalas surat tersebut:

"Abah, kobun jangan dicangkul dulu dan ditanam jagung. Sebabnya di kebun tu ese dah tanam senjato, peluru dan bom."

Ternyata surat balasan si Ujang ditapis oleh pegawai penjara, dan langsung dilaporkan ke unit tindakan Khas.

Besoknya, datang satu pelatun D4 ke kebun abah Ujang.

Tanpa banyak cakap, langsung seluruh kebun tersebut dicangkul hingga petang untuk mencari senjata.

Malam harinya setelah unit tindakan khas pulang, abah Ujang menulis surat:

 "Jang, tadi ada polis datang.donga ee mereka mencari senjato, peluru dan bom yang ekau tanam di kobun... tapi tidak jumpo. Sekarang abah nak buat camano?"

Setelah merima dan membaca surat kedua dari Abahnya, Ujang kemudian membalas surat kedua tersebut:

 "Bah, skrg kobun dah dicangkul... tanam jo la biji jagungnya."

Pegawai yang bertugas menapis surat tersebut langsung berteriak histeria: "Celako kau Ujang" 😡😁

[sumber : group whatsapp]

moral of the story... berbaktilah kepada kedua ibu bapa kita..

Thursday, November 24, 2016

Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 Tahun 2016

11/24/2016 08:48:00 PM 5 Comments
Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 Tahun 2016

Masuk tahun ini dah tahun keempat Mia mohon jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik M41. Tahun pertama dan kedua sehingga peringkat temuduga. Tahun ketiga sehingga ke peringkat peperiksaan online. Tahun keempat ini tak tahulah macam mana. Yang penting kita dah berusaha sedaya upaya...


Malam semalam jam 8.00 malam (23/11/2016) Mia jawab peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 dengan smartphone Mia. Kebetulan Mia sedang outstation, nasib baik boleh jawab dengan menggunakan handphone.




Soalannya pun dari setahun ke setahun tak banyak sangat beza. Yang susah dan mengelirukan tetap ada. Cuma kertas Daya Menyelesaikan Masalah itu perlukan kecekapan mengira dengan pantas, kalau tak memang tak cukup masa nak jawab semua.

good luck kepada semua calon PTD M41 tahun ini...