Hukum Tidak Tunaikan Janji Dalam Islam



Kadang kita tak perasan, kita mudah berjanji itu ini macam-macam tapi sebenarnya kita alpa bila kita tak tunaikan janji itu... ianya akan dituntut di akhirat kelak.

Sekadar perkongsian di malam ini. Bicara secara santai tentang janji. Janji tidak ditepati. Banyak kali berlaku dalam fenomena masyarakat kita sekarang ini. Ironinya Mia rasa dah macam satu trend pun ada juga ni.

Mia petik sedikit artikel di SINI..

Sebab itu, satu perkara yang perlu kita ketahui, apabila Nabi SAW sebutkan tentang “Ciri-ciri orang munafiq itu ada tiga.” Itu adalah ciri-ciri, Nabi tidak menghukum orang itu munafiq, sebab itu kita jangan mudah menghukum orang munafiq. Sebab apabila kita menjatuhkan hukum munafiq ke atas seseorang, itu bererti kita menjatuhkan hukum kafir ke atasnya, kerana munafiq di dalam Islam hakikatnya adalah kafir. Munafiq adalah orang yang menyembunyikan kekafiran dan menzahirkan keimanan.
Namun kita boleh mengatakan seseorang itu ada ciri-ciri munafiq. Kerana Nabi mengatakan bahawa di antara ciri-ciri munafiq adalah “Apabila dia berjanji dia memungkiri, apabila diberi amanah dia khianat.”
Sebab itu kalau ada orang politik mahupun orang awam yang berjanji tetapi dia tidak menunaikan, dia memiliki ciri-ciri orang munafiq. Sedangkan firman Allah SWT di dalam Al-Quran,
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا أَوْفُوا بِالْعُقُودِ
“Wahai orang-orang yang beriman, tunaikanlah janji-janji.” (surah Al-Maidah, 5:1)
Juga Allah menyatakan ciri-ciri orang yang berjaya, salah satunya adalah,
وَالَّذِينَ هُمْ لأَمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُونَ
“Dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya.” (surah Al-Mukminun, 23: 8)

Nabi telah menyebutkan wujudnya kelompok yang suka bercakap kosong dianggap orang benar di akhir zaman, sabda baginda,
إِنَّهَا سَتَأْتِي عَلَى النَّاسِ سِنُونَ خَدَّاعَةٌ، يُصَدَّقُ فِيهَا الْكَاذِبُ، وَيُكَذَّبُ فِيهَا الصَّادِقُ، وَيُؤْتَمَنُ فِيهَا الْخَائِنُ، وَيُخَوَّنُ فِيهَا اْلأَمِينُ، وَيَنْطِقُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ، قِيلَ: وَمَـا الرُّوَيْبِضَةُ؟ قَالَ: السَّفِيهُ يَتَكَلَّمُ فِي أَمْرِ الْعَامَّةِ
“Sesungguhnya akan datang pada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan, seorang pembohong dikatakan benar dan seorang yang jujur dianggap berbohong, seorang pengkhianat dikatakan amanah dan seseorang yang amanah dianggap khianat, dan pada ketika itu Ruwaibidhah akan berbicara.” Ditanyakan kepada baginda, “Siapakah Ruwaibidhah?” Baginda menjawab, “Orang yang lekeh (tidak ada ilmu) berbicara tentang urusan manusia (umat).” (Musnad Imam Ahmad)

Nampak kan... betapa orang yang mungkir janji ini ada ciri-ciri orang munafik. Lepas ini kena sentiasa beringat bila berjanji dan kenalah bertanggungjawab pada janji tersebut dan wajib ditunaikan. Kepada yang menerima janji, hati-hatilah jangan mudah terpedaya dengan janji-janji manis yang ditaburkan.

janji wajib ditepati....

Post a Comment

7 Comments

  1. Besar impak bila mungkir janji...terima kasih kak Mia perkongsian ini..alhamdulillah.

    ReplyDelete
  2. janji itu berat ... hati hati dalam melafazkannya.

    ReplyDelete
  3. kan.. tak boleh sewenang2nya berjanji klu rasa takmo nak tepati..


    jemput singgah blogshop saya, http://mymodestycloset.blogspot.my/

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum mia...betul tu kalau dah berjanji eloklah ditepati...:)

    ReplyDelete
  5. tepati lah janji ...dan jangan berjanji kalau tak dapat ditepati

    ReplyDelete