image December 2016 - Mia Liana

Friday, December 30, 2016

Sibuk Dengan Persiapan Sofea Naik Sekolah 2017

12/30/2016 03:33:00 PM 11 Comments

Hmmm... hari ini dan esok, Mia sibuk dengan persiapan Sofea nak naik sekolah tahun depan, 2017. Sofea sekolah rendah sebelah petang dan sekolah agama sebelah pagi.

Naik darjah 2. Buku-bukunya banyak yang nak disampul. Keperluan sekolah Sofea dah cukup. Baju kurung sekolah yang ditempah dah siap. Tinggal nak jahit lencana sekolah kat tudung-tudungnya.

Kasut-kasutnya dah dikapur pagi tadi.

Doa sangat agar Sofea dapat belajar dengan bersungguh dan rajin tahun depan... amin...

kadang maknya yang terlebih over bila anak naik sekolah....


Wednesday, December 28, 2016

Segmen 12 Jam Bloglist #24 Mialiana.com

12/28/2016 02:30:00 PM 31 Comments
Pencarian bloglist bagi bulan Januari dan Februari 2017 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 28 Disember 2016, iaitu tepat jam 2.30 petang sehingga hari esok, 11.30 malam 29 Disember 2016. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #24 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Copy Coding Entri :



Contoh Cara Nak Paste Coding Entri :
klik pada gambar untuk besarkan

Senang dan mudah bukan?

10 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2016.

** harap maaf sepatutnya dijadualkan pada 11.30 pagi tadi tetapi auto publish tak jadi pula.. so Mia extend sampai esok.


tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya.......

Tuesday, December 27, 2016

Monday, December 26, 2016

Sarapan Pagi Dengan Roti Canai

12/26/2016 01:15:00 PM 8 Comments


Sesekali pekena roti canai untuk sarapan pagi sedap juga. Favourite Sofea.... roti kosong dua.... Tapi katanya tak boleh challenge dengan roti canai yang paling sedap.. iaitu yang nenek dia (Mak Mia) buat. Kalau balik kampung, memang memanjang request roti canai nenek dia itu. Makan pula dengan kuah kari. Ditambah lagi makan seisi keluarga di kampung, memang berselera betul.

alhamdulillah.... rezeki...

Sunday, December 25, 2016

Saturday, December 24, 2016

Beg Sekolah 2017

12/24/2016 04:09:00 PM 9 Comments


Dah nak naik sekolah baru sibuk nak mencari beg sekolah yang baru untuk Sofea di tahun 2017. Kata orang, beg baru.. semangatnya lain sedikit.

Mia shopping beg sekolah baru Sofea kat Aeon Big Batu Pahat. Banyak sangat pilihan sampai rambang mata dibuatnya. Asingkan dulu warna pink. Lepas itu baru Sofea pilih. Cantik-cantik design beg sekolah sekarang tak sama macam Mia sekolah dulu. Setelah lama belek-belek, Sofea pilih yang kanan sekali (rujuk pada gambar). Warna pink hitam. Sesuai untuk Sofea yang bakal darjah 2 di tahun depan.

back to school...

Friday, December 23, 2016

She Is All Grown Up

12/23/2016 08:12:00 PM 6 Comments


Oh my english. It's been so many times I did try to write in English but to no avail. And yet for this blog post, allow me to write in English. She is all grown up. Looking at her reminds me so many things that made me as a mother. Being a mother is not an easy tasks. But I am so happy.. having her as my daughter.. completes my life.

2016 is going to end shortly. How time goes by so fast that we could ever realize. Next year... 2017... she will become 8 years old. Love her so much...

how I really missed those precious moments when she was a baby...

Thursday, December 22, 2016

Tuesday, December 20, 2016

Pemenang Bertuah Segmen Nak URL Blog #27

12/20/2016 06:45:00 AM 17 Comments


Berikutan kekangan masa yang benar-benar Mia tak dapat nak elakkan, baru hari ini Mia nak umumkan 2 orang pemenang Segmen Nak URL Blog #27 yang telah berlangsung dari 17 hingga 21 November 2016 di SINI.

Sila rujuk nombor peserta di SINI.

Pemenang dipilih melalui random. org dan mereka ialah...


klik pada gambar untuk besarkan


dan

Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Blog anda akan berada di bloglist Mia sehingga ke segmen ini seterusnya.

maaf sangat-sangat... terlambat umumkan pemenang kali ni...

Monday, December 19, 2016

Tazkirah 74 : Rahsia Al-Fatihah

12/19/2016 10:38:00 PM 8 Comments


Rahsia Al-Fatihah yang kadang kita tidak sedar betapa banyaknya kelebihan jika amalkan surah ini. Jom tengok...

  1. Seringkali dibaca untuk arwah
  2. Tanpa membacanya solat kita tidak sah
  3. Menjadi petunjuk bagi yang buntu dan resah
  4. Jika merindui seseorang, maka bacalah
  5. Dibaca ditiup pada beras, bagi anak yang bermasalah
  6. Salah satu surah penawar sihir, sabda Rasulullah SAW
  7. Terjemahannya indah, hafalnya mudah
  8. Sunat dibaca ketika masuk dan keluar rumah
  9. Sunat dibaca ketika dirimu sedang marah
  10. Bersama amalkan, tiada resah walaupun resah


jom amalkan...

Kembali Berblog...

12/19/2016 01:46:00 PM 22 Comments

Aduhai... agak lama juga Mia tinggalkan blog seketika kali ni. Itu lah nak cakap macam mana... memang tak dan nak tengok blog apatah lagi nak approve comments.

Sayang sangat kat blog ni. Biasalah bulan Disember, macam-macam yang harus diselesaikan. Mula-mula update blog backdated. Lama-lama dah tak boleh langsung... huhuhu...

Harap sangat dapat berblog seperti biasa selepas ini...

rindu kat blog ni...

Tuesday, December 6, 2016

Monday, December 5, 2016

Jangan Sedih

12/05/2016 07:54:00 AM 10 Comments


Jangan sedih bila orang lain tidak memahami kita. 
Tapi sedihlah kerana kita tidak mahu memahami orang lain.

Jangan sedih bila orang lain tidak mempercayai kita. 
Tapi sedihlah kerana kita tidak percaya diri sendiri. 

Jangan sedih bila orang lain tidak memberi kesempatan kepada kita. 
Tapi sedihlah kerana kita belum buat persiapan.

Jangan sedih bila orang lain tidak menghargai kita. 
Tapi sedihlah kerana kita tidak boleh menghargai orang lain. 

Jangan sedih bila orang lain menghina kita. 
Tapi sedihlah kerana kita membuat hina diri sendiri.

Jangan sedih bila orang lain memaki kita. 
Tapi sedihlah kerana kita bermulut jahat pada orang lain. 

Jangan sedih orang selalu mengkritik kita. 
Tapi sedihlah kerana kita tak pernah mahu perbaiki diri. 

Jangan sedih kerana kita selalu jatuh. 
Tapi sedihlah kerana kita tidak mahu bangkit kembali. 

Jangan sedih kerana perjalanan hidup kita pahit getir. 
Tapi sedihlah kerana kita tidak pernah belajar dari pengalaman hidup ini. 

cermin diri... perbaiki diri...

Sunday, December 4, 2016

Pergi Kenduri Kahwin Semalam

12/04/2016 09:46:00 PM 10 Comments

Mia dengan Sofea pergi kenduri kahwin semalam. Ayah dan Mak Mia ajak pergi kenduri kahwin anak Imam Masjid Parit Haji Salleh Ros, Parit Raja, Batu Pahat. Bab nasi minyak ni dah favourite Sofea. Suka tengok dia makan. Siap tambah lagi. Sedondon purple baju tudung kami bertiga, Mia.. Mak Mia dan Sofea.



First time Sofea pergi kenduri pakai kasut bertutup. Nampak sweet pula. Kasut baru pilihan dia. Buat pakai pergi kenduri kahwin. Nak tunggu raya lama lagi. 

moment with my parents...

Saturday, December 3, 2016

Pelajar Praktikal Batch November 2016 - Februari 2017

12/03/2016 08:17:00 PM 6 Comments

Syukur alhamdulillah. Dapat juga pelajar praktikal lelaki. Jarang sangat dapat pelajar praktikal lelaki selalunya asyik perempuan. Ibarat pucuk dicita ulam mendatang. Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan.


Faham-fahamlah kan.. kat Unit ICT. Boleh tolong angkat-angkat pc, install dan repair pc dan laptop. Namanya Radzi dari Kolej Yayasan Pelajaran Johor. Selamat menjalani latihan industri di sini dari November 2016 hingga Februari 2017.

nasiblah dia.. dapat penyelia yang garang macam Mia ni... hihihi..

Friday, December 2, 2016

Doa Rawatan Angin Ahmar, Lumpuh Dan Strok

12/02/2016 08:46:00 AM 7 Comments

Doa Rawatan Angin Ahmar, Lumpuh Dan Strok

Kami berlindung denganMu wahai Allah daripada al-Rih al-Ahmar (Angin Merah) dan penyakit yang besar (daripada berada) dalam diri, tubuh, tulang, daging, urat-urat, kulit, bulu dan seluruh jasad dengan rahmatMu wahai Tuhan yang Maha Penyayang.

Ya Allah lindungilah kami daripada semua kesakitan dan penyakit, juga daripada semua penyakit dan kecacatan dan darah yang hitam. Ya Allah lindungilah kami daripada penyakit yang besar dan al-Rih al-Ahmar (Angin Merah) dan darah yang kuning dan daripada semua kesusahan dan penderitaan dan penyakit strok dan daripada dukacita, kerisauan dan kesedihan dan daripada terpenjara (disebabkan penyakit-penyakit tersebut)


amin....