image March 2016 - Mia Liana

Tuesday, March 29, 2016

Nak URL Blog #23

3/29/2016 07:29:00 AM 63 Comments


Tibalah masa untuk bersegmen pula di blog ini. Segmen Nak URL Blog #23 bermula saat ini bagi bulan Mac dan April 2016. Segmen ini tersangatlah simple dan senang sangat nak join. Bagi link url blog anda saja. Tak perlu susah-payah buat entri.

Blogger newbie atau yang lama... semua boleh join ya. Tak perlu nak malu-malu... Ketengahkan blog anda.

Motif utama untuk memudahkan Mia blogwalking di samping menjadi platform buat blogger-blogger mengenali di antara satu sama lain. Yang dah kenal dirapatkan. Yang belum kenal dikenalkan.

Senang saja nak join. Hanya perlu tinggalkan url blog anda di ruang komen entri ini. Segmen ini bermula sekarang dan akan tamat pada jam 11.59 malam  Ahad 3 April 2016 (5 hari sahaja).

SEGMEN TAMAT

jom lah join...

Monday, March 28, 2016

Cubaan Minum Susu Kambing

3/28/2016 11:16:00 PM 14 Comments


Apa? Susu kambing? Aduhai... lemahnya bila dengar kena minum susu. Tak apa juga. Pastu susu kambing plak. Nak tak nak.. Terpaksa juga la cuba minum.

Ironinya susu kambing memang banyak khasiatnya. Tinggi dengan protein dan kalsium. Tapi kalau yang original.. minta maaflah Mia memang tak boleh nak telan.. dengan bau dan hamis.

Jadi... Mia cuba minum yang susu kambing dalam paket Jiddan sebelum tidur. Perisa vanilla. Cuba dulu yang ini sambil survey produk susu kambing yang lain.

kesihatan lebih utama.....

Kembali Berblog Selepas Seminggu Berehat

3/28/2016 07:24:00 AM 19 Comments


Alhamdulillah... syukur sangat Mia dah kembali pulih. Betul-betul berehat ni. Cuti seminggu dari berblog. Walaupun kerja di pejabat dan menguruskan hal-hal rumahtangga, Mia dapat merehatkan minda dan kurang menggunakan handphone dan ipad mini. Nasib tak ada kerja adhoc atau yang urgent kat pejabat.

Terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi mendoakan Mia. (^_^)

[sumber gambar : google]

rindu sangat kat blog ni...

Monday, March 21, 2016

Blog Tersepi Seketika

3/21/2016 02:09:00 PM 25 Comments

Huhuhuhu.... semalam dan hari ini Mia kurang sihat sedikit. Cuaca panas kering. Badan dah macam nak demam dan letih.

Ada aktiviti blog yang pending ni. Mia nak buat giveaway. Mia nak buat segmen nak url lagi.

Minta maaf ya.. Mia perlu rehat seketika. Hari ini mc. Esok baru naik kerja.

sesekali cuti berblog....

Saturday, March 19, 2016

Friday, March 18, 2016

Segmen Blogwalking + Bloglist #3

3/18/2016 10:37:00 PM 21 Comments
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


(klik banner kalau nak join)

support segmen Shawal.... jom join ramai-ramai....

Cenderahati Top 10 Carta Pengkomen Tegar 2015 Diposkan Hari Ini

3/18/2016 01:35:00 PM 32 Comments


Hah... nampak tu. Mia baru sempat nak packing cenderahati untuk Top 10 Carta Pengkomen Tegar 2015. Setakat ini hanya 8 orang blogger sahaja yang bagi details kat Mia. Lagi 2 orang belum melaporkan diri sehingga saat ini.

Jadi Mia akan poskan petang nanti kat Pos Laju Larkin. Terimalah cenderahati ini sebagai tanda ingatan dan penghargaan dari Mia. Terima kasih sangat-sangat kerana support Mia.


Nak tahu apa cenderahatinya... klik SINI.

syukur sangat... moga selamat sampai ke destinasinya..

Thursday, March 17, 2016

Kulit Sunburn Balik Dari Port Dickson

3/17/2016 07:54:00 AM 24 Comments


Uwaaaaa... perkara yang paling membimbangkan bila balik dari Port Dickson. Kulit sunburn !!!!!

Dah berbelang muka ni dan rasa perit. Walaupun tak kena matahari lama-lama tapi sunburn tetap kena. 4 hari 3 malam di Glory Beach Resort dengan cuaca yang panas kering. Cuba bayangkan... betapa kesiannya kulit ini. Kulit muka dan kulit tangan. Yang parah pastinya kulit muka. Kalau tak rawat dengan segera, takut mudarat.

Jadi... sekembalinya dari Port Dickson tempohari.. cepat-cepat Mia pergi ke Farmasi Guardian beli Fruit of the Earth Rose Petal Aloe Vera 100% Gel untuk atasi dan rawat kulit sunburn Mia ni. Contains no alcohol. Pure. No color added. Luxurious moisturising therapy for dry or sunburned skin.

"Relaxing Rose Petal Aloe Vera Gel transports your senses while cooling soothing Aloe Vera forms a protective barrier on your skin to help retain moisture and promote healing."

Bila dah tempek kat muka ni, barulah lega dan sejuk. Kulit terasa lembap dan tak kering. Syukur...

kebetulan beli satu dapat percuma satu.. tengah promosi ni...

Tuesday, March 15, 2016

Rindu Kat Blog Dan Kisah Kerja Kat PD

3/15/2016 12:26:00 PM 17 Comments

Alhamdulillah... event ofis Mia yang kat Glory Beach Resort, Port Dickson telah selesai dengan jayanya seperti yang dirancang dari 12 hingga 14 Mac 2016. Mia dan ICT team datang awal sehari untuk persediaan.

Mia tersangat rindu kat blog ni. Mia memang sibuk sangat buat kerja di sebalik tabir dalam menjayakan majlis besar ini.

Semalam petang selesai terus balik kampung rehat dengan keluarga Mia.

Mia tempek sini... Mia dengan design Mia...



ICT team yang bertungkus-lumus sepanjang program Hari Kecergasan ini merangkap family day...

Suka sangat.. Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Majlis Makan Malam Perdana berjalan dengan lancar.

Mia rasa syukur sangat coding yang Mia buat untuk lucky draw boleh run successfully tanpa error sehingga selesai semua staf yang hadir dapat hadiah.

Tayangan montaj video sepanjang 2 hari program berjaya disiapkan dan boleh play continuosly kat layar sehingga tengah malam.

Dan yang paling penting Mia dapat kerjasama yang sepenuhnya dari 3 orang anak buah Mia. Shila, Hafizs dan Zulaikha (budak praktikal). Tanpa mereka, belum tentu lagi kerja-kerja di sebalik tabir ICT capai targetnya...

mood syukur...

Sunday, March 13, 2016

Saturday, March 12, 2016

Friday, March 11, 2016

Stok Makanan Sebelum Travel

3/11/2016 12:26:00 PM 24 Comments


Hmmm... banyak juga ni. Sempat shopping stok makanan sebelum nak gerak ke Port Dickson. 

Agenda utama Sofea nak mandi kat swimming pool. Lepas swimming tentu lapar nak makan. Mia dah beli siap-siap.


Bila tunjuk swimming pool ni, memang heaven betul dia. Tempohari ada beberapa ajk event pergi survey resort ni dan tempek gambar kat whatsapp group. Dapat juga tengok keadaannya.

ketika ini sedang on the way ke PD.. touch down sekejap kat kampung Parit Raja, Batu Pahat jumpa parents Mia... hilang rindu sekejap...

Thursday, March 10, 2016

Kadang Sempat.. Kadang Tak..

3/10/2016 08:01:00 AM 23 Comments


Itulah dia... dah namanya blogger separuh masa, bila tengah seronok berblogging tup.. tup... tiba-tiba ada komitmen lain yang perlu diselesaikan. Makanya blog mulalah tak konsisten update nya. Mia bukannya cerita pasal blogger lain. Ni pasal Mia lah. Kadang macam sempat. Kadang macam tak..

Hmmmm.. seminggu dua ini tengah sibuk siapkan apa-apa yang patut untuk event pejabat di Port Dickson. Nasiblah ada budak praktikal bantu. Kalau tak, memang tak cukup tangan. Kadang orang tak nampak kerja di Unit ICT ni. Diorang tahu siap aje. Tapi nak menyiapkannya perlukan idea, komitmen, masa dan tenaga. Kita buat kerja di sebalik tabir tapi dah tanggungjawab, kenalah buat juga. Sentiasa berfikiran positif.

Walaubagaimanapun, banyak juga kerja yang dapat diselesaikan sebelum event. Masih lagi bimbang takut masa event ada technical fault ke... minta dijauhkan..

bakal berkampung kat Port Dickson dari 11 hingga 14 Mac 2016....

Blogwalking Segment by kasihjuju.com

3/10/2016 12:45:00 AM 19 Comments

Syarat-syarat penyertaan:

1/ Sila follow blog saya ye.
2/ Like fanpage saya -->
3/ Buat entri bertajuk " Blogwalking Segment by kasihjuju.com "
4/ Copy banner segmen dan link kan semula ke entri ini.
5/ Publish dan tinggalkan komen anda di ruangan komen entri ini sahaja.


Segmen akan berlangsung selama seminggu sahaja. Cepat-cepat join okeh. Banyak kebaikkan kalau korang join segmen macam ni. Antaranya, korang dapat kenal dengan rakan-rakan blog yang lain, boleh tengok design blog diorang yang cun-melecun dan yang paling penting dapat tingkatkan follower blog.

Dan yang paling best, penganjur segmen akan pilih 5 blog bertuah untuk dimasukkan dalam senarai bloglist special yang akan penganjur segmen create lepas habis segmen ni. Pemilihan akan dibuat berdasarkan top refferal dan juga menggunakan kaedah random.org.

support segmen rakan blogger...

Wednesday, March 9, 2016

Lawak Murid Sekolah Tentang Cita-Cita

3/09/2016 06:01:00 PM 17 Comments



Satu pagi di sebuah sekolah di Kelantan ... 

Cikgu bertanya pada murid-muridnya.

Cikgu; "Zulaika, nanti kalau sudah besar, apa cita-cita kamu?"

Zulaika; "Saya mau jadi doktor pakar, punya banyak klinik sendiri, bungalow, kereta mewah, ada bot peribadi. Saya akan bahagiakan suami dan kedua orang tua saya".

Cikgu; "Bagussss... mulia sekali cita-cita kamu. Dan kamu yg duduk di belakang tu pula, Ismadi?"

Ismadi; "Kawin sama Zulaika cikgu".


budak perempuan mungkin bijak tetapi budak lelaki lagi pintar.... aduiii untunglah...

[sumber : whatsapp]

Tuesday, March 8, 2016

Meeting Kat KL

3/08/2016 05:53:00 PM 17 Comments

Sebenarnya semalam pagi Mia ke KL. Ada meeting petang semalam dan pagi tadi. Habis meeting petang semalam sempat cuci mata sedikit kat SOGO.

Jom tengok gambar petang semalam..


Tak ada beli apa sangat. Santai-santai aje. Ni baru sempat nak update blog. Baru je sampai Johor Bahru.

touch down KL satu malam kat Premiera Hotel...

Monday, March 7, 2016

Sunday, March 6, 2016

Saturday, March 5, 2016