August 2016

Wednesday, August 31, 2016

Pengumuman Pemenang Segmen 12 Jam Bloglist #22




Pengumuman Pemenang Segmen 12 Jam Bloglist #22

Alhamdulillah... sempat juga Mia nak blogwalking ke semua 38 entri penyertaan peserta bermula dari jam 11.00 malam tadi. Nak buat macam mana, hari ni kan cuti. Banyak betul aktiviti sampai ke malam. Dah malam macam ni, barulah boleh mengadap blog.

Hmmm.... dah tiba masanya untuk Mia umumkan siapakan 12 pemenang bertuah yang url blognya bakal menghiasi ruangan bloglist Mia untuk bulan September dan Oktober 2016. Terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi join Segmen 12 Jam Bloglist #22 di SINI dan sila semak senarai nombor peserta di SINI.

Dan pemenang-pemenangnya ialah..... jeng.. jeng.. jeng...








Diucapkan tahniah pada yang terpilih melalui random.org ini. Diharap agar semua pemenang dapat memasukkan blog Mia ke dalam bloglist masing-masing sebelum 8 September 2016. Kepada yang tidak terpilih, usah berputus asa. Kita jumpa segmen ini yang seterusnya lagi 2 bulan ya...

Diucapkan tahniah pada yang terpilih melalui random.org ini. Diharap agar semua pemenang dapat memasukkan blog Mia ke dalam bloglist masing-masing sebelum 8 September 2016. Kepada yang tidak terpilih, usah berputus asa. Boleh cuba lagi di segmen ini yang seterusnya iaitu 2 bulan yang akan datang.lepas ni nak masuk siri yang ke #23 pula... (^_^)
Read more / Baca Lagi >>>

Segmen Nak URL Blog #25 : Last Call For Bloggers Sebelum 11.59 Malam Ini




Last call untuk bloggers.. Dah join ke belum? Kalau belum, jemputlah join Segmen Nak URL Blog #25 di SINI sebelum 11.59 malam ini...

entri peringatan mesra.. (^_)
Read more / Baca Lagi >>>

Salam Kemerdekaan 2016




Wahhh... selamat bercuti semua. Semoga berbahagia di samping keluarga tercinta di hari yang penuh sejarah ini. 31 Ogos 2016...

Di kesempatan ini, Mia ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 59....

salam merdeka...
Read more / Baca Lagi >>>

Tuesday, August 30, 2016

HOTEL DAN HOMESTAY DI KUANTAN PAHANG



HOTEL DAN HOMESTAY DI KUANTAN PAHANG

Salam sejahtera. Atas permintaan daripada seorang sahabat, entri Mia kali ini adalah berkenaan hotel dan homestay di Kuantan Pahang.

Apa perbezaan hotel dan homestay? Hotel menyediakan perkhidmatan sewaan bilik berserta kemudahan di dalam bangunan yang sama manakala homestay pula menawarkan sewaan rumah atau bilik secara harian. Kedua-duanya mempunyai kelebihan yang tersendiri. Jadi bergantung kepada keperluan dan jumlah orang untuk menyewa bilik hotel ataupun memerlukan sebuah rumah untuk disewa.



Ada lebih dari 60 hotel di Kuantan Pahang yang boleh ditempah secara online. Mencari hotel tidak susah tetapi mencari yang berbaloi dan selesa serta mengikut bajet memerlukan kesabaran. Di sini Mia senaraikan beberapa hotel yang boleh dipilih apabila anda ke Kuantan.

1. Hotel Sentral Kuantan

Terletak di bandar Kuantan, hotel ini berada di tepi Sungai Kuantan. Anda boleh menginap di hotel ini sambil menikmati pemandangan Sungai Kuantan. Hotel ini harganya bermula dari RM 120.00 dan mempunyai perkhidmatan seperti wifi, perkhidmatan dobi, penyimpanan beg, pengering rambut, peti simpanan deposit dan minibar. Hotel ini juga sesuai untuk dijadikan tempat mesyuarat kerana ada disediakan kemudahan tersebut.

No 45-P Jalan Besar, Kuantan, Malaysia, 25000


2. Sri Manja Boutique Hotel

Berhampiran lapangan terbang Kuantan dan terletak berdekatan Kolej Profesional Mara Bandar Indera Mahkota. Hotel ini mempunyai kemudahan dan perkhidmatan seperti wifi, peti simpanan deposit, tempat letak kereta dan dobi. Harga bilik sekitar RM 95.00 hingga RM215.00

B2-34, Jalan 1M 7/1 Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Malaysia, 25200


3. Arenaa Batik Boutique

Hotel yang bertaraf 2 bintang ini terletak di berdekatan dengan Pusat Membeli-Belah ECM Kuantan. Bagi yang mencari hotel bajet, hotel ini bermula dari harga RM90.00 sebilik dan mempunyai kemudahan serta perkhidmatan yang banyak walaupun bertaraf 2 bintang. Hotel ini sesuai bagi yang sedang bercuti atau syarikat-syarikat yang hendak melakukan aktiviti korporat.

E2324-2326, Jalan Dato'Wong Ah Jang, Kuantan, Malaysia, 25100


4. Hotel Grand Continental Kuantan

Hotel ini terletak betul-betul di dalam bandar kuantan dan berdekatan dengan pusat membeli-belah dan di kelilingi kedai serta restoran, amat memudahkan sesiapa yang menginap di sini mencari makanan atau barangan keperluan lain. Harga yang ditawarkan berpatutan dengan tempat penginapan yang selesa. Hotel ini menawarkan kemudahan seperti kolam renang, pengering rambut, peti keselamatan deposit, minibar, tab mandi dan kemudahan pusat perniagaan. Sesuai sangat untuk yang ke Kuantan atas urusan peribadi atau kerja.

Jalan Gambut, Kuantan, Malaysia, 25000

5. Swiss Garden Beach Resort

Bagi yang ingin menikmati keindahan pasir putih dan bermain air laut boleh memilih Swiss Garden Beach Resort. Resort ini bertaraf 4 bintang dan menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan seperti kolam renang, fitness center, spa dan sauna, jakuzi, bankuet dan bilik persidangan. Amat sesuai bagi mereka yang inginkan percutian yang mewah dan selesa.

2656-2657, Mukim Sungai Karang, Balok Beach, Beserah, Kuantan, Malaysia, 26100


Homestay di Kuantan Pahang

Asalnya homestay dijadikan untuk menggalakkan pelancong asing datang dan menimba pengalaman bersama masyarakat Malaysia terutamanya di kawasan pedalaman. Kini homestay dijadikan sebagai persinggahan awam untuk tujuan seperti majlis perkahwinan, percutian keluarga dan rumah tambahan kepada saudara mara yang berkunjung.

Kemudahan yang disediakan di homestay adalah dapur dan perkakasan memasak yang terhad, kemudahan bilik air, ruang tamu dan bilik tidur. Di sini ada beberapa homestay yang boleh didapati di Kuantan.


1. Apple Boutique Homestay

Terletak di Kuantan dan berdekatan dengan Muzium Tokoh, Taman Rekreasi Kuantan dan Masjid Sultan Ahmad Shah, homestay ini mempunyai 9 buah bilik. Homestay ini juga menyediakan perkhidmatan dobi dan penyewaan basikal. Setiap bilik mempunyai penghawa dingin dan wifi. 

Kredit Foto: https://www.facebook.com/applehomestaykuantan/photos

A67772, Lorong Seri Kuantan 28, 25250 Kuantan, Malaysia



2. Adam Homestay

Homestay ini terletak di Bandar Indera Mahkota Kuantan dan sangat strategik kerana berdekatan dengan lapangan terbang, pusat membeli belah, tempat-tempat rekreasi seperti Kuantan River Cruise dan pusat pendidikan seperti Universiti Islam Antarabangsa Kuantan. Homestay ini merupakan rumah teres setingkat dan mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Turut dilengkapi dengan kemudahan seperti peti sejuk, sofa, televisyen dan mesin basuh.

Kredit Foto: Adam Homestay

No 26 IM 2, Bandar Indera Mahkota 2, 25200 Kuantan, Pahang

Jika anda ingin mencari lain-lain hotel atau homestay di Kuantan Pahang boleh rujuk di https://www.traveloka.com/en-my. Semoga perkongsian Mia ini dapat memberi manfaat kepada semua.

selamat bercuti dan melancong ke Kuantan Pahang.... (^_^)
Read more / Baca Lagi >>>

Seminar Lindungi Diri Dan Keluarga - "Pedofilia, Pornografi Dan Jenayah Siber"




Seminar Lindungi Diri Dan Keluarga - 
"Pedofilia, Pornografi Dan Jenayah Siber"


Tarikh : 24 September 2016 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi hingga 1.00 petang 
Tempat : Berjaya Waterfront Hotel Johor Bahru (The Zone)

Yuran : RM10


Whatsapp : 
Dr. Nor Azizah - 019 5594509
Puan Syaimaa - 013 2797672
Pejabat IKRAM Johor - 07 5211152

Slot Khas - Pelancaran Pakej Modul : "Lindungi Diri dan Keluarga"

Ucaputama :
Lindungi Diri Dan Keluarga - "Pedofilia, Pornografi Dan Jenayah Siber"
oleh Datin Paduka Che Asmah bt Ibrahim, Ketua Wanita IKRAM Malaysia

Sesi perkongsian :
Penderaan Seksual Kanak-Kanak oleh Syed Azmi

Forum :
Ancaman Pedofilia : Peranan Kita


Anjuran :
Wanita IKRAM Negeri Johor
Pertubuhan Pergerakan Wanita Johor

Dengan Kerjasama :
Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Johor
Jabatan Pendidikan Negeri Johor
Hospital Permai Johor Bahru
Berjaya Waterfront Hotel Johor Bahru
Sekolah Rendah Islam Hidayah
Sek Men Islam Hidayah
Rangkaian Tadika dan Taska Iman

jemputlah datang beramai-ramai...

Read more / Baca Lagi >>>

Monday, August 29, 2016

Segmen Nak URL Blog #25 Mialiana.com




Masa untuk bersegmen. Dah ke siri #25 dah Segmen Nak URL Mia ni dan kali ni untuk bulan Ogos 2016 punya. Segmen ini tersangatlah simple dan senang sangat nak join. Bagi link url blog anda saja. Tak perlu susah-payah buat entri.

Blogger newbie atau yang lama... semua boleh join ya. Amat-amat dialu-alukan Tak perlu nak malu-malu... Ketengahkan blog anda.

Motif utama untuk memudahkan Mia blogwalking di samping menjadi platform buat blogger-blogger mengenali di antara satu sama lain. Yang dah kenal dirapatkan. Yang belum kenal dikenalkan.

Senang saja nak join. Hanya perlu tinggalkan url blog anda di ruang komen entri ini. Segmen ini bermula sekarang dan akan tamat pada jam 11.59 malam Rabu 31 Ogos 2016 (3 hari sahaja).

jom join........ (^_^)
Read more / Baca Lagi >>>

Sunday, August 28, 2016

Kata-Kata Madah (66)




Gagal selepas usaha adalah hikmah,
anda akan mendapat sesuatu
yang lebih besar daripada
apa yang anda sangkakan.

kata-kata perangsang... pemberi semangat...

Read more / Baca Lagi >>>

Saturday, August 27, 2016

Quote Of The Day (274)




Forgiveness doesn't excuse their behavior.

Forgiveness prevents their behavior from destroying your heart.

forgiveness quote..

Read more / Baca Lagi >>>

Friday, August 26, 2016

Tazkirah 55 : Seberat Mana Pun Ujian Yang Dirasai





Sehebat dan seberat mana pun ujian yang dirasai, ia tidak akan melebihi keupayaan diri.

Firman Allah SWT :

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya."
[Surah Al-Baqarah, ayat 286]

sabarlah menempuhi dugaan...
Read more / Baca Lagi >>>

Thursday, August 25, 2016

Senarai Peserta Segmen 12 Jam Bloglist #22





Salam sejahtera. Diucapkan terima kasih pada blogger-blogger yang sudi join Segmen 12 Jam Bloglist #22 pada 23 Ogos 2016 dari 11.00 pagi hingga 11.00 malam di SINI. Sebanyak  37 entri penyertaan diterima dan 1 penyertaan selepas segmen tamat. Syukur... alhamdulillah...

Jemput semak senarai di bawah mana tahu kot-kot Mia terlepas pandang, sila maklumkan pada Mia dengan segera. Selepas ini dah boleh mula blogwalking bersama-sama dengan Mia... Jomm...


Senarai Peserta Segmen 12 Jam Bloglist #22
  1. http://www.mariafirdz.com/2016/08/segmen-12-jam-bloglist-22-mialianacom.html
  2. http://ilovebunga89.blogspot.com/2016/08/segmen-12-jam-bloglist-22-mialianacom.html
  3. http://adaubiadabatas.blogspot.com/2016/08/segmen-12-jam-bloglist-22-mialianacom.html
  4. http://sotskirt.blogspot.com/2016/08/segmen-12-jam-bloglist-22-mialianacom.html
  5. http://masturanasarudin.blogspot.my/2016/08/segmen-12-jam-bloglist-22-mialianacom.html
  6. http://hatinufid.blogspot.my/2016/08/segmen-12-jam-bloglist-22-mialianacom.html
  7. https://permatabiru0310.blogspot.my/2016/08/segmen-12-jam-bloglist-22-mialianacom.html
  8. https://belogs.blogspot.my/2016/08/segmen-12-jam-bloglist-22-mialianacom.html
  9. http://maszull.blogspot.com/2016/08/segmen-12-jam-bloglist-22-mialianacom.html
  10. http://tujuhpetak.blogspot.my/2016/08/segmen-12-jam-bloglist-22.html
  11. http://gadisgenits.blogspot.my/2016/08/segmen-12-jam-bloglist-22-mialianacom.html
  12. http://nurfarahudahud.blogspot.my/2016/08/segmen-12-jam-bloglist-22-mialianacom.html
  13. http://kimchaa.blogspot.com/2016/08/segmen-12-jam-bloglist-22-mialianacom.html
  14. http://musicstyle29.blogspot.com/2016/08/segmen-12-jam-bloglist-22-mialianacom.html
  15. http://yangbaik.blogspot.my/2016/08/segmen-12-jam-bloglist-22-mialianacom.html
  16. http://www.aimisyahirah.com/2016/08/segmen-12-jam-bloglist-22-mialianacom.html
  17. http://hanyadihatiku.blogspot.my/2016/08/segmen-12-jam-bloglist-22-mialianacom.html
  18. http://vitaminwawa.blogspot.com/2016/08/segmen-12-jam-bloglist-22-mialianacom.html
  19. http://ainimrashihah.blogspot.my/2016/08/segmen-12-jam-bloglist-22-mialianacom.html
  20. http://www.azhafizah.com/2016/08/segmen-12-jam-bloglist-22-mialianacom.html
  21. http://myafarisha.blogspot.my/2016/08/segmen-12-jam-bloglist-22-mialianacom.html
  22. http://jackarcherpunyabelog.blogspot.my/2016/08/segmen-12-jam-bloglist-22-mialianacom.html
  23. https://tentangyaya.blogspot.my/2016/08/segmen-12-jam-bloglist-22-mialianacom.html
  24. http://mummysupplementshop.blogspot.my/2016/08/segmen-12-jam-bloglist-22-mialianacom.html
  25. http://ciklapunyabelog.blogspot.my/2016/08/segmen-12-jam-bloglist-22-mialianacom.html
  26. https://colouroflifek.blogspot.my/2016/08/segmen-12-jam-bloglist-22-mialianacom.html
  27. http://minimeyra.blogspot.my/2016/08/segmen-12-jam-bloglist-22-mialianacom.html
  28. http://nadiaafarhanaa.blogspot.my/2016/08/segmen-12-jam-bloglist-22-mialianacom.html
  29. http://msvelentine.blogspot.my/2016/08/segmen-12-jam-bloglist-22-mialianacom.html
  30. http://jombercontest.blogspot.my/2016/08/segmen-12-jam-bloglist-22-mialianacom.html
  31. http://hanifadhlinaabdulrahman.blogspot.my/2016/08/segmen-12-jam-bloglist-22-mialianacom.html
  32. https://thezafirahnazri.blogspot.my/2016/08/segmen-12-jam-bloglist-22-mialianacom.html
  33. http://ucingkadayan.blogspot.com/2016/08/segmen-12-jam-bloglist-22-mialianacom.html
  34. http://www.budakpening.com/2016/08/segmen-12-jam-bloglist-22-mialianacom.html
  35. http://dunia-diyana.blogspot.my/2016/08/segmen-12-jam-bloglist-22-mialianacom.html
  36. http://youismysoul.blogspot.com/2016/08/segmen-12-jam-bloglist-22-mialianacom.html
  37. https://rabiabiz79.blogspot.my/2016/08/segmen-12-jam-bloglist-22-mialianacom.html

Penyertaan selepas segmen tamat

  1. http://www.budakgemuk.net/2016/08/segmen-12-jam-bloglist-22-mialianacom.html


** Mia selesai blogwalking pada 31 Ogos 2016.

jemput berkenalan dengan mereka...

Read more / Baca Lagi >>>

Quote Of The Day (273)




A lie may take care of the present,
but it has no future

lie quote..

Read more / Baca Lagi >>>

Wednesday, August 24, 2016

Kata-Kata Madah (65)




Orang kalau dah tawar hati,
kau cakap apa pun
dia dah malas layan
sebab dia kecewa,
hati dia hancur.

madah mutiara... hati kecewa dan hancur...
Read more / Baca Lagi >>>

Tuesday, August 23, 2016

Segmen 12 Jam Bloglist #22 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan September dan Oktober 2016 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 23 Ogos 2016, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #22 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Copy Coding Entri :



Contoh Cara Nak Paste Coding Entri :
klik pada gambar untuk besarkan

Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Ogos 2016.


tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya.....
Read more / Baca Lagi >>>

Segmen Hari ini | Jemput Join Jam 11.00 Pagi Nanti





Hari ini... Mia ada buat segmen tau. Mia dah autopublish entri segmen siap-siap jam 11.00 pagi nanti. Jemput join ya nanti. Berlangsung selama 12 jam sahaja dari 11.00 pagi sehingga 11.00 malam. 

Support Mia ya...


yukkkk...
Read more / Baca Lagi >>>

Monday, August 22, 2016

Pengumuman Pemenang Giveaway Minyak Wangi Braveheart & Sweetheart DD Cosmetics




Wahhhhh... hebat-hebat belaka entri review yang dihantar oleh 15 orang blogger yang berjaya di SINI. Persaingan antara blogger agak sengit. Ribuan terima kasih diucapkan kerana telah memberikan kerjasama yang sepenuhnya dalam menjayakan giveaway ini. Pihak DD Cosmetics telah pun membuat penilaian terhadap semua entri review tersebut dan keputusan telah pun dihantar pada Mia pagi tadi.

Untuk mengetahui perjalanan sepenuhnya giveaway ini (dari mula sehingga akhir), klik SINI.

Dengan besar hatinya, Mia nak umumkan pemenang-pemenangnya ialah ...


Tempat 1 : Wang tunai RM200

Tempat 2 : Wang tunai RM150

Tempat 3 : Wang tunai RM100

Tempat 4 : Wang tunai RM50


Tahniah diucapkan kepada para pemenang di atas. Kepada yang tidak berjaya, usah berputus asa. Untuk tuntutan hadiah, diharap para pemenang dapat berikan butiran berikut ke inbox fanpage mialiana.com di SINI.

Tempat :
URL Entri Review :
Nama Bank : (preferable maybank or cimb)
No Akaun Bank :

Macam mana? Tentu suka bila guna minyak wangi Sweetheart dan Braveheart ni... wangi dan mesra solat... Terbaik!

selesai sudah giveaway minyak wangi yang hot ni di blog Mia... (^_^)

Read more / Baca Lagi >>>

Top Supporters April 2017