Kisah Belon

Monday, March 6, 2017

Kisah Belon


Amat menarik kisah belon. Boleh dijadikan perumpamaan untuk kehidupan kita seharian. Kita ni hidup bermasyarakat dan sifat pentingkan diri sendiri pasti merugikan. Kenapa ya.. jom kita baca kisah belon ini yang Mia petik dari fanpage Kata Kata Hikmah.


Sekumpulan 100 orang dewasa mendaftarkan diri ke seminar 'Senyumlah' bersama Ustaz Rahim. Sebelum menamatkan kuliah, Ustaz Rahim memberikan seorang setiap belon dan meminta para peserta untuk menulis nama mereka di atas belon. Belon yang ditiup besarkan dan diberikan kepada Ustaz Rahim. Ustaz Rahim melepaskan 100 belon tersebut ke dalam sebuah bilik. 100 peserta ini disuruh mencari belon yang tertulis nama mereka secara serentak dalam masa 5 minit tanpa memecahkan sebarang belon. 5 orang pertama akan mendapat hadiah. Keadaan di dalam bilik terus menjadi kelam kabut. Para peserta berebut2, menolak antara satu sama lain untuk mencari belon masing-masing. Suasana cukup melemaskan. 5 minit berakhir, tiada seorang pun dapat mencari belon mereka. Ustaz Rahim tersenyum dan meminta para peserta untuk mengambil satu belon seorang dan memberikan kepada pemiliknya berdasarkan nama di atas belon. Dalam masa 3 minit sahaja, semua mendapat kembali belon masing-masing. Ustaz Rahim tersenyum lagi. Wahai anakku.. Inilah yang berlaku di dalam kehidupan manusia. Semua orang sibuk mencari kegembiraan sendiri, tapi tidak tahu di mana dan bagaimana. Walhal, wahai anak kesayanganku, kegembiraan kamu bersangkut paut dengan kegembiraan orang lain. Buat orang lain gembira, kamu akan mendapat kegembiraan. Seperti kisah di atas, jika para peserta tidak pentingkan diri sendiri kerana tamakkan hadiah, mereka akan terfikir untuk mencari belon untuk orang lain dan bukan diri sendiri. Akhirnya belon milik sendiri akan datang daripada orang lain. Jika semua berebut, suasana akan menjadi kelam-kabut dan akhirnya semua orang rugi. Gembirakah org sekeliling kita bersama diri kita? Muhasabah diri.. =)



Hmmm... terkesima bukan? Harap dapat faham mesej yang ingin disampaikan dalam kisah belon di atas. Moga ianya dapat dijadikan pengajaran buat kita semua.

** saling ingat-mengingati...

31 comments:

  1. Uyul paham maksud cerita nih. Kalau kita dapat cari belon nama orang lain, kita bg kat orang tersebut. dan orang lain pun akan buat benda sama pada kita. mudah kan nak dapatkan belon nama sendiri.

    Uyul Rosli

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena tolong menolong.. takleh pentingkan diri sendiri.. huhuh

      Delete
  2. fuhhh deeep..

    ehh hari sabtu hari tu macam ada orang bergambar dengan belon.. nak request satu post "kak mia dan belon" boleh ekekeke..gurau je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak.. siap ada request ek... hihih malu..

      Delete
  3. hehehe... kdg tanpa kita sedaq kan2. terima kasih sharing..

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum mia...satu entri yg penuh pengajaran pd kita semua...:)

    ReplyDelete
  5. Tak terfikir cara macam tu.. dan bila dah tau terkesima sekejap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan ai... takpe kita belajar dari kisah ni...

      Delete
  6. Gembirakan org lain, inshaALLAH....ade yang akan mengembalikan kegembiraaan tu................ berkongsi kegembiraan penting dalam kehidupan...... itu yg Nona paham..... mana gmbr akak dgn belon?? tepeklah sekali.hahah~

    ReplyDelete
    Replies
    1. yupp.. alamak nona. dah 2 orang request ni. nanti kak mia up kan ya...

      Delete
  7. a great story mai singgah ke blog saya
    http://thisisme-38.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. Hidup kena saling tolong menolong. Baru mudah kehidupan sesama kita. Bukannya penting diri saja. Cerita yang sangat bagus untuk dikongsi bersama. 👍

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

Top Supporters February 2017